Jauhi Politik

5 08 2012

 

AWAS ! Gangguan Baru Kepada Mahasiswa Malaysia. Ibubapa Nasihatkan Anak2 Anda.

Bermula bulan September ini para pelajar di semua Pusat Pengajian Tinggi akan berdepan dengan satu bentuk cabaran / gangguan baru yang jika mereka tidak bersedia, bakal menganggu tumpuan mereka kepada tujuan utama mereka memohon kesana.

Ancaman Kepada Pelajar IPT Negara !

 

  • Kita akan mula memasuki kampus … dengan ketiadaan AUKU (Akta Universiti Kolej Universiti), kita akan sebarkan tawaran kita kepada mahasiswa,” kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kepada pemberita sewakti melancarkan Kelab Mahasiswa Keadilan di Ibu Pejabat PKR hari ini. TMI
  • “Kalau kita gagal kekal relevan untuk isu anak muda, tiada gunanya kita kekal,” 

Sehubungan itu, parti komponen pakatan pembangkang itu akan memulakan aktiviti mereka ini bermula di kawasan Universiti Malaya (UM) pada September depan, dan seterusnya ke seluruh kawasan universiti dan kolej sekitar Lembah Klang.

Kalau sebelum ini mereka dilindungi oleh AUKU, walaupun masih terdapat bisikan2 agar mereka mengalihkan tumpuan terhadap pelajaran , namun ia agak terkawal dan dilakukan secara senyap2. Tapi kini, tanpa AUKU, anda BERSEDIALAH !

Anak muda sememangnya berdarah panas dan secara umumnya adalah anti establishment. Lebih ramai yang memilih untuk membangkang dari menyokong dalam apa jua isu. Memihak kepada parti pembangkang akan dilihat sebagai ‘hip’ berbanding menjadi penyokong kerajaan.

Setiap detik masa yang dialihkan untuk aktiviti berpolitik adalah juga detik masa yang sepatutnya dimanafaatkan untuk akademik, juga merupakan detik masa yang tidak mungkin dapat digantikan semula.

Para pelajar mungkin akan terpengaruh dengan ‘semangat juang yang membara’ demi menegakkan keadilan dan laungan2 seumpamanya dan semuanya langsung tidak memberi sebarang kesan positif kepada pencapaian akademik mereka.

Jadi kepada para pelajar yang bakal kembali ke kampus dan mereka yang bakal memjejak kaki pertamakali ke dunia IPT, bersedialah. Sentiasa peringatkan diri anda – 

Ada masa untuk itu semua NANTI ….. SELEPAS anda telah berjaya dalam misi utama anda di IPT. Tak perlu mengambil sebarang risiko yang tidak mendatangkan sebarang faedah.

Perjalanan hidup kita ada peringkat2nya dan anda sedang melalui satu peringkat paling kritikal dalam hidup, peringkat yang bakal menentukan halatuju hidup anda seterusnya …. JANGAN PERSIAKAN !


Kepada para ibubapa, nasihatilah anak2 anda. JAUHI POLITIK ketika masih bergelar pelajar. Tak kiralah parti pembangkang ke, kerajaan ke …. JAUHI  POLITIK  !

Kepada Nurul Izzah @ Pkr @ PR – Kalau nak teruskan juga menganggu anak2 muda kita dari pengajian mereka, jangan lupa tumpukan perhatian anda juga kepada IPTS, mereka LEBIH RAMAI penuntut.

Dan jangan hanya ganggu pelajar2 Melayu saja, pelajar2 kaum lain pun kena ganggu juga, barulah adil.

 

 


Actions

Information

2 responses

10 08 2012
Snuze

Sedih kan melihat politikus memperkotak-katikkan mahasiswa yang jahil tentang realiti kehidupan? Saya ada dua orang rakan yang tercicir universiti akibat terikut2 gerakan reformasi Anwar Ibrahim. Sayang, kedua2nya Bumiputera yang datang dari keluarga sederhana yang mengharapkan anak2 lelaki inilah untuk menarik keluarga ke arah taraf hidup yang lebih baik.
😦

Menambah lagi kebencian saya terhadap pakatan pembangkang.

11 08 2012
Tanpa Nama

Benar, tetapi mahasiswa yang membenarkan dirinya di perkotak katikkan oleh politikus Pembangkang memang padan muka, bak kata bebudak.

Kesian, tetapi di umur 19,20,21 tahun di universiti mereka sepatutnya sudah boleh membezakan mana ma’nikam, mana batu tak berguna. Salahnya juga kapada emak bapak, tidak membimbing, tidak menasihat. Jika “keluarga sederhana” itu bermakna “middle class”, emak bapak nya patut tahu membimbing.

Benar, bebudak sekarang banyak terpengaruh oleh bermacam unsur unsur tidak baik di berbagai media, terutamanya Internet. Tetapi berbalik kapada yang meningkat umur dewasa tidak menggunakan otak di kepala. Sayang, amat sayang. Bagi kaum Bumiputera yang kekurangan serba serbi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: