Yang Kemaruk & Taksub serta Anti Nasional

24 08 2012

 

 

 

August 11, 2012

11 OGOS — Rangsangan jurulatih China kepada Lin Dan ketika permainan penentuan dalam Sukan Olimpik London tempoh hari, yang dapat didengari, iaitu Datuk Lee Chong Wei sebagai lawannya adalah separuh Cina saja, boleh dianggap rasis. Namun ia menarik sekali untuk direnungi oleh Cina Malaysia.

Kepada Cina Malaysia yang rata-ratanya kemaruk dan taksub terhadap bahasa dan budaya Cina, sehingga bukan saja ingin mencontohi, tetapi berkehendakkan pendidikan aliran Cina di negara ini wujud seperti yang terdapat di China, tanpa mempedulikan keperluan pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, persepsi jurulatih itu perlu direnungi sedalam-dalamnya kerana ia mempunyai banyak kebenaran.

Rangsangan itu memperlihat bangsa Cina yang bukan saja bangga dengan tamadun mereka yang berusia 5,000 tahun. Tetapi tetap angkuh sejak dulu kala sehingga ke zaman moden ini, sebagai bangsa yang maju dari segi peradaban dalam sejarah manusia.

Sehubungan ini, sebilangan besar Cina Malaysia bukan saja terikut-ikut dengan keangkuhan ini, tetapi berikhtiar sedaya upaya untuk mempamer selain mendukung jati diri etnik Cina tulen, dengan menolak unsur Melayu yang merupakan kelompok dominan di negara ini.

Cina Malaysia adalah hanya separuh Cina dan bukan Cina tulen seperti yang di China, merupakan hakikat yang perlu diterima dengan penuh keinsafan. Dalam hal ini, hubungan Cina Malaysia dengan China perlu hanya bersifat budaya nostalgia dan sentimental.

Oleh itu, mereka perlu menyedari, lebih-lebih lagi menginsafi nasionalisme etnik Cina mereka tidak boleh sekali-kali bersifat totok Cina, melainkan dibaurkan dengan perimbangan yang munasabah kadarnya, dengan nasionalisme Malaysia, yang harus mendukung simbol dan proses sosiobudaya Melayu. Ini adalah persetujuan bersama menjelang kemerdekaan.

Kelulusan pembinaan sekolah persendirian Cina yang ke-61 di Kuantan bukan saja disambut dengan baik, malah dianggap sebagai langkah betul yang diambil oleh kerajaan. Ini antaranya kerana kerajaan didapati memahami aspirasi mereka yang memberi keutamaan kepada pendidikan aliran Cina.

Untuk mewajarkan penubuhan sekolah ini, mereka selalu menganggapnya sebagai keuntungan kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara, lebih-lebih lagi dalam perdagangan Malaysia-China.

Kebaikan pendidikan aliran Cina dalam beberapa aspek tidak dapat dinafikan. Antaranya adalah ia bersifat sistem yang dibantu oleh komuniti sendiri sejak kemerdekaan dan penjajahan British lagi, selain cara pengurusannya yang cekap, baik dari segi kualiti pendidikan mahupun penglibatan komuniti.

Namun demikian, pendidikan aliran Cina, baik di Sekolah Jenis Kebangsaan atau Sekolah Persendirian, sering dipersepsikan sebagai antinasional atau menimbulkan isu perkauman pada sudut yang kurang ekstrem.

Hal demikian disebabkan oleh perjuangan dan tuntutan yang dapat dilihat sebagai melampau dan tidak berpijak di bumi nyata dalam sebuah negara majmuk. Antaranya adalah keperluan guru yang memiliki kelulusan bahasa Mandarin pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat penempatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Salah satu persepsi negatif tentang pendidikan aliran Cina ialah ketidaksediaannya untuk memupuk perpaduan, khususnya yang ingin dicapai melalui penggunaan bahasa Melayu selaku bahasa negara, sebagai penanda jati diri nasional.

Usaha sebegini didapati amat kurang jika diteliti daripada beberapa hal. Pertama, cadangan pendidikan ketatanegaraan dalam bentuk mata pelajaran baru, Malaysia Negaraku, dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada 2011, dalam bahasa Melayu. Ia yang ingin menggunakan 30 minit daripada jumlah 1,380 minit seminggu itu, ditolak atas pelbagai alasan, yang memperlihat keengganan sektor bukan Melayu menggunakan simbol Melayu itu.

Kedua, keengganan menggunakan sukatan pelajaran KSSR yang sama, untuk mata pelajaran bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris, dengan Sekolah Kebangsaan, agar penguasaan bahasa Melayu di sekolah vernakular berada pada tahap yang lebih tinggi. — Berita Harian

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Advertisement

Actions

Information

2 responses

24 08 2012
Hamid

Ooo mak, rangsangan itu banyak tak tepat, Tuan.

Bangsa Cina memang banggakan tamadun yang lama, tetapi kajian kajian sejarah berdasarkan penggalian peninggalan maanusia (archaeological remains) kebelakangan ini menunjukkan tamadun Asia Tenggara pun lebih awal dari mereka.

Perkara “maju dari segi peradaban dalam sejarah manusia” pun perlu di bincangkan tepat tidaknya. Di ketahui umum bahawa mereka yang “merekod sejarah” di istana Maharaja China sejak beribu tahun dahulu mencatitkan apa yang Maharaja suka dengar sahaja.

Maharaja yang pertama menyatukan beberapa propinsi menjadi entiti yang kemudian di kenali sebagai China lk 2,300 tahun dahulu, ia itu Maharaja Chin Shih Huangdi, telah membakar buku buku, juga beberapa bijak pandai China, sebab mahukan ha nya yang mengagongkan dia sahaja di rekod.

2,000 tahun lebih selepas itu, di tahun 1960an, pemimpin komunis, Mao Tzedong, telah juga lakukan pembakaran buku dan memalukan professor professor, guru guru dll, di ikat tangan di heret di jalan raya, bagi menentukan apa yang di tulis hendak lah mengikut sesuai kehendak dia sahaja. Ini berlaku di dalam tempoh yang di panggil “Revolusi Budaya (Cultural Revolution)” yang sebenarnya ada lah tindakan politik bertujuan mengembalikan popularitinya yang menjunam akibat dasar ekonominya yang gagal.

Banyak buku buku sejarah telah mengatakan bahawa mereka yang merekod sejarah di istana Maharaja China sentiasa mengagongkan China, mendakwa China sebagai “the Middle Kingdom”, dan ha nya orang Cina yang “civilized”, orang lain semuanya “barbarian”.

Tetapi Professor Wang Gung Wu, yang suatu masa dahulu di Universiti Malaya, telah mengatakan bahawa mereka itu telah sedar bahawa apa yang di dakwa mereka tidak betul, apabila mereka “came into contact with foreigners.”

Itu lah masalahnya mereka yang terbawa bawa dengan pemikiran mereka “civilized .. highly cultured” dsbnya, hingga tidak mahu menerima Perlembagaan negara Malaysia, hal Bahasa Kebangsaan, umpamanya, walau pun mereka sudah mengambil kerakyatan dan mengaku diri mereka rakyat Malaysia. Ini amat menghindar pembangunan negara ke arah suatu masyarakat yang majemuk.

Perkara perkara yang di sebut di rencana di atas perlu di bincang seluas luasnya.

25 08 2012
Zorro

“.. bangsa Cina yang bukan saja bangga dengan tamadun mereka yang berusia 5,000 tahun. Tetapi tetap angkuh sejak dulu kala sehingga ke zaman moden ini, sebagai bangsa yang maju dari segi peradaban dalam sejarah manusia.”

Not correct. Excuse me copying what written some other place:

“The Myth of the Chinese Cultural Aggrandizement

Ancient Chinese records aggrandized Chinese culture while at the same time denying the achievements of other cultures and races. Chinese historical documents had often been re-written, making it difficult to ascertain the truths.

The burning of the books occurred not just over 2,000 years ago during Emperor Chin Shih Huang Di, but also in the 1960s during the so-called Cultural Revolution of Mao Zedong.

Chinese history claimed China as the “Middle Kingdom”, others around them, and even far away, as “barbaric and uncivilized”.

Those thinking theirs is a higher culture and others have a lower one must read what History Professor Wang Gung-Wu (formerly of Universiti Malaya, now in Singapore?) said in his essay “Early Ming Relations with S.E.Asia” pg. 36:

“ … All peoples who believed that they alone were civilized did so because they thought their neighbours less civilized than themselves. This view was often proved wrong by subsequent contact with other civilized peoples.”

Another academician, Albert Kolb, also pointed out in his book, “East Asia”, 1971,

“For a long time, it (Chinese culture) was taken to be older, and possibly also richer in original features, than in fact it is”. (Pg 25).

“Chinese culture cannot be thought of as originally Chinese because the Chinese themselves emerged gradually as a blend of many races and peoples”. (Pg 26).

According to Professor Wolfram Eberhard, in his book “A History of China”, 1977, writings about ancient China were inventions of a later period, what were said to have been done by the Chinese rulers and the dates they were said to have been done appeared to be even later still. All these indicated that historical writings in China were meant to serve certain politico-ethical objectives.

These are the words Professor Eberhard himself wrote:

“Furthermore, we can now state with certainty that the historical data which were given in written documents for times down to 1,000 BC are false. They are the result of astronomical-astrological calculations, made by specialists of later times who pursued their own special political aims by doing these calculations”. (Pg 1).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: