Tun Abdul Razak – Mao Tse Tung : 1974

30 08 2012

 

  • Malaysia-China 1974

  • Almarhum Tun Abdul Razak memulakan perbincangan dua hala (Bilateral) antara kuasa-kuasa veto PBB iaitu China pada 28 Mei hingga 2 Jun 1974. Subky Latiff ketika itu wartawan Utusan Melayu merupakan jurnalis Kerajaan yang mengikuti rombongan Tun Razak ke China. Presiden China iaitu Mao Tse Tung ialah insan nombor wahid Tanah Besar China yang ingin berjumpa secara rasmi dengan Tun Razak pada 29 Mei 1974 di Beijing di Istana Presiden. Ini merupakan petanda paling sentimental dan penuh sejarah, kerana Tun Razak satu-satunya pemimpin Negara Asing yang memecah protokol lazim Kerajaan Koumintang China. Pada protokol lazimnya, seorang pemimpin Asing perlu berbincang dengan Perdana Menteri China, barulah diberi perkenan mengadap Presiden China; tapi ini tidak berlaku kepada Almarhum Tun Razak.
  • Kenapa? Inilah yang dimaklumkan oleh penulis dan jurnalis China sebagai kuasa baru dunia Melayu merdeka. Inilah kuasa sebuah Negara Islam yang meletakkan Agama Islam Sebagai Agama Persekutuan. Inilah karisma Almarhun Tun Abdul Razak Hussein. Mao Tse Tung terkesima dengan kekuatan minda dan hujah Tun Razak ketika di Persidangan PBB lagi, dan melihat prestasi kerja seorang pemimpin Melayu yang begitu bercita-cita besar dan berazam menghapuskan pengaruh Komunis di Bumi Melayu.
  • Selepas gagal Rundingan Baling pada 28 dan 29 Disember 1955, Pair Dragon dan Pair Phoniex telah memanggil Chin Peng mengadap di CCC Beijing. Chin Peng selaku Setiausaha Agung telah diberi AMARAN HUKUM MAUT, jika tidak boleh mengurus kemaslahatan Pasti Komunis Malaya secara baik dengan pemerintahan semasa. Nama Tun Razak dan Tun Dr. Ismail ialah dua nama yang sering disebut oleh Mao Tse Tung sebagai pakar pemikir regim pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.
  • Rupanya, perjumpaan selama 80 minit antara Tun Razak dan Mao Tse Tung ialah gesaan supaya diadakan usaha untuk penghapusan isme Komunis dan pembatalan PKM di Malaysia, sehinggalah takdirnya hanya pada 1989 menjadi realiti kepada tanahair ini. Satu lagi, hajat terpendam Mao Tse Tung ialah Malaysia dilihat sebagai sebuah negara contoh yang boleh memberi manfaat besar kepada kelompok minoriti Muslim China yang bilangannya 40 juta orang.
  • Inilah permulaan aktifnya PERKIM dan pendakwah Cina-Muslim. Diperkukuhkan lagi dengan lawatan rasmi dan perjanjian Bilateral tersebut. China pada tahun 1974 ialah sebuah Negara yang belum maju secara fizikal, tetapi mempunyai kekayaan metafizika dan manusia yang begitu baik. Sejarah tamadun perajaan dan kerajaan yang lama dan ilmu-ilmu khas tentang Dinasti merupakan perkongsian dan pertukaran maklumat antara kerajaan. Di sinilah diperbaharui Wa’ad antara Ma Cheng Ho dengan Sultan Mansur Shah, dan dimaklumkan kewujudan Pair Burung Hantu kepada Almarhum Tun Razak.
  • Pertemuan dengan Mao Tse Tung berakir dengan penuh cerita sejarah yang dalam dan diberikan perhatian khusus oleh Tun Razak. Yang tidak menjadi rahsia kerajaan dilaksanakan dan capaiannya hingga hari ini. Yang masih Rahsia Kerajaan kekal rahsia, hingga Subky Latiff pun tidak boleh mempersoalkan darjah kepentingan kerahsiaan berkenaan. Subky Latiff kini Pengarang HaprakDaily.
  • Kemudian pada 31 Mei 1974, Tun Abdul Razak memberi ucapan meraikan Perdana Menteri China Chou En Lai di Dewan Rakyat Peking, seterusnya mengadakan Mesyuarat Antara Kerajaan pada 1 dan 2 Jun 1974, sebelum mengakhiri lawatan rasmi Negara Malaysia di Tembok Besar China di sebelah petang.
  • Bermula daripada peristiwa ini, bermulakan Gerakan Perang Besar-Besaran Pasukan ATM dan PDRM di hutan belantara Malaysia untuk menghapuskan kegiatan subversif Komunisme. Tahniah dan Syabas Almarhum Tun Razak kerana dikaulah insan pilihan Allah untuk memulakan langkah pertama yang TERBAIK daripada langkah seribu.
  • Kepada pemimpin Melayu khasnya UMNO, Pas dan PkR hari ini; ingatlah bahawa Agenda Membatalkan PKM telah lunas. Agenda membenam ideologi dan isme Komunis masih belum terlaksana seperti rancangan Tun Razak, Tun Dr. Ismail dan Tun Salleh (IGP Kedua), serta Tan Sri Rahman (IGP Ketiga).
  •  
  • Namun kini urusan semakin rumit kerana ramai benar rakyat Raja yang dah “lupa akan perjanjian Tua” antara Pair Burung Hantu dengan Raja Melayu.
Advertisement

Actions

Information

5 responses

30 08 2012
Ragu

Saya tidak percaya kebanyakan apa yang di katakan di atas berkenaan kehendak dan tujuan Mao Zedong. Dia hantu puaka kominis, sanggup membuat apa sahaja untuk kepentingan dirinya dan Communist Party of China.

Kuasa politik dan popularitinya merosot di tahun 1960an. Dasar ekonomi nya “The Great Leap Forward” gagal dengan amat teruk. Berpuluh juta rakyat Cina mati kebuluran, bergaduh berbunuhan mengejar makanan dan peluang kerja yang amat kekurangan setahun demi setahun sehingga berlaku perang saudara (civil war) dan Mao Zedong lakukan apa yang di panggil Revolusi Budaya atau “Cultural Revolution”.

Sebenarnya itu hanya muslihat tipu helah dia, kononnya menggalakkan rakyat bersuara, mengkeritik, membuat cadangan membaikki keadaan. Tetapi selepas di kenal pasti siapa yang banyak mengkritik, di galakkannya pula mereka yang di panggil Tentera Merah atau “Red Guards” mengheret mereka ke jalan raya, di ikat tangan, di ludah, di jerit musuh revolusi kominis atau “counter-revolutionaries”, “Imperialist running dogs” dll. Tujuan Mao Zedong ada lah bagi mengukuhkan semula kedudukannya yang goncang akibat kegagalan dasar ekonomi itu. Tapi setahun demi setahun Red Guards merapong di seluruh negara yang demikian besar, bergaduh dan berbunuh antara puak pula. Akhirnya lk 30 juta rakyat mati akibat kegagalan dasar ekonomi dan “revolusi budaya” itu.

[Bersambung]

30 08 2012
Ragu

[Sambungan]

Di awal tahun 70an, mereka seperti Perdana Menteri Chou En Lai mula banyak berpengaruh di China. Chou berpelajaran tinggi, berpandangan luas, di hormati oleh dunia antara bangsa. Dia mahukan China berganjak dari imej pariah di kaca mata Barat sejak kominis merintah negara besar itu. Dia mahukan negara China Komunis di hormati di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations.

Maka Tun A Razak mahu melemahkan, malahan mengikis kominis dari bumi Malaysia. Dia mahu menarik hati rakyat Malaysia keturunan Cina supaya berhenti menyokong, mengenyah dan memulau anasir anasir kominis di negara ini. Dia mahu mendapat kepastian pendirian negara China terhadap orang rorang China yang tinggal di Asia Tenggara atau Nanyang. Dia mahukan kenyataan China tidak akan menyokong atau memberi payong kapada orang Cina yang telah menjadi rakyat negara negara seperti Malaysia.

Ada rombongan Malaysia di hantar ke China secara tidak resmi (belom ada perhubungan diplomatik di masa itu) sebelom lawatan Tun Razak di tahun 1974 itu. Rombongan itu telah menjumpai dan mendapat kepastian yang di beri oleh Chou En Lai. Katanya, China mahukan dan menasihat orang Cina di negara negara Nanyang patuh kapada negara angkat mereka. China tidak akan melayan mereka sebagai rakyat jika pulang ke China. China juga menghormati negara negara kecil yang membangun seperti Malaysia.

Ini jauh beza dari apa yang di lakukan di zaman sebelom puak Chou En Lai banyak berpengaruh ke atas Mao Zedong. China memberi bantuan kapada Partai Kominis Malaya, dan Chin Peng ada pergi ke China untuk bantuan moral dsbnya sebelom itu.

Maka ini lah yang menjadi asas kapada tindakan Tun Razak membuat lawatan ke China, mengadakan perhubungan diplomatik dan berucap menyokong China di PBB.

Bukan kehendak Mao Zedong. Tetapi mereka yang berpengaruh ke atasnya di masa tuanya. Mereka yang mahukan China Kominis (Communist China) di akui dan mengenepikan pengaruh Taiwan yang di usung dek US, dan yang menjadi bisul bernanah kapada China di masa itu. Mereka seperti Perdana Menteri Chou En Lai.

30 10 2012
wan

info

2 11 2012
Aida

wan, pls don’t feel shy about giving your opinion here. If you have accidentally clicked the Post Comment button too early, do feel free to continue writing what you wanted to say.

I like this blog because it’s non-moderated – comments appear automatically when pressing the button. And the comments I see are responsible ones, so far.

I want to say in my comment this time –

Tun A Razak did a skillful diplomatic manoeuvre by talking to and extending recognition of communist China while we still had communist terrorists in the jungles at that time.

As a result of that, China felt obliged to cease all support to the Parti Komunis Malaya and the communists terrorists. Materially and spiritually. It certainly led to a reduction of communist terrorist activities and eventually the Haadyai Accord was signed, and they became ensconced in the Betong Salient in south Thailand.

19 05 2020
Saiful Baharom

Allahyarham Tun Abdul Razak, bukan Almarhum. Tun Razak adalah Perdana Menteri, bukannya Sultan. Jangan nak pandai2 tukar penggunaan Bahasa Melayu peninggalan nenek-moyang kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: