Identiti MALAYsia : Didikan Sekolah Kebangsaan & didikan sekolah Jenis Kebangsaan – Apa kata Najib Tun Razak & Menteri Pelajaran Malaysia?

7 09 2012

  • 1. Kata Hang Tuah “Tak akan Melayu hilang di dunia.” Dapatkah kata-kata keramat ini menentu yang Melayu tak akan hilang di dunia?
  • 2. Di Singapura kerana tidak ada lagi sekolah Melayu dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah di Republik itu ialah Inggeris dan China; segala urusan rasmi dan tidak rasmi menggunakan Bahasa Ingggeris atau China, maka orang Melayu sudah pun tidak menggunakan Bahasa Melayu. Mereka menggunakan Bahasa Inggeris walaupun semasa bercakap dengan anak pinak, keluarga dan kawan-kawan Melayu.
  • 3. Budaya, adat istiadat Melayu juga terhakis. Yang tinggal hanyalah agama Islam mereka.
  • 4. KeMelayuan mereka sudah tinggal separuh. Kita boleh ramal yang hakisan keMelayuan mereka akan berterusan sehingga akan hilanglah Melayu di Singapura.
  • 5. Di sebelah utara pula kita dapati orang keturunan Melayu yang tidak dapat bertutur kata dalam Bahasa Melayu. Mereka Islam dan bangsa rasmi mereka ialah Thai. Maka hilanglah juga Melayu disitu.
  • 6. Tetapi di Malaysia juga kehilangan Melayu sedang berlaku. Ada anak muda Melayu yang tidak lagi ingin dikenali sebagai orang Melayu. Mereka orang Malaysia. Ada pula yang hanya akui mereka orang Islam dan tidak perlu dikaitkan diri mereka dengan kaum Melayu.
  • 7. Tetapi yang akan menghilangkan Melayu di dunia ialah dakwaan bahawa sesiapa yang bercakap berkenaan dengan bangsa Melayu, mereka akan dituduh “racist”. Oleh itu orang Melayu sudah tidak lagi berani menyebut perkataan Melayu kerana tidak mahu dituduh “racist”.
  • 8. Kasihan Hang Tuah. Besar kemungkinan kata-katanya tidak lagi akan menjadi kenyataan. Demikianlah apabila kita bergantung kepada kata-kata hikmat untuk nasib kita, akhirnya akan hilang hikmatnya.

Actions

Information

One response

8 09 2012
Sinaran

Untuk mengtahui bahawa Melayu tidak akan hilang di dunia, baca lah buku

1. The Malay Civilization, 2007
2. Tamadun Alam Melalyu, 2009

kedua duanya di tulis oleh Mohd Arof Ishak dan di terbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia (PSM).

PSM di tubuhkan semenjak zaman kolonial British lagi, Yang Di Pertua pertamanya ada lah Dato Mahmud bin Mat, dan ahli ahlinya terdiri dari ramai Pegawai Pentadbir Melayu dan Pegawai expatriate British di masa itu.

Sekarang ahli ahlinya termasuk bijak pandai seperti Professor Emeritus Dato Mohd Taib Osman (professor Pengajian Melayu), Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim (professor Sejarah – pernah menjadi ahli Exco PSM beberapa tahun), Professor Dato Zainal Abidin Wahid (professor Sejarah), Professor Dato Nik Hassan Shuhaimi A Rahman (professor Kajian Bahan Purba/ Archaeologist), dll.

350 juta maanusia yang di panggil Rumpun Melayu, lebih 1,200 Bahasa dalam Keluarga Besar Bahasa Melayu, di gugusan Pulau Pulau Melayu (The Malay Archipelago) dan di luar, hingga ke Madagascar, Australia, New Zealand, Indo-china, Hawaii.

Buku buku itu boleh di beli di Bangunan Sejarah Malaysia, di depan IJN, Jalan Tun Razak, KL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: