Semuanya dikorbankan demi undi politik

30 10 2012

 

 

 

 

Berkorban jangan sampai terkorban

(SINAR hARIAN 29 Okt 2012)
 
Pada minggu lalu, seorang pemimpin parti ultra kiasu mengeluarkan kenyataan bahawa pendidikan berasaskan bahasa ibunda atau sekolah vernakular bukanlah punca kepada polarisasi.

Beberapa polisi kerajaan sedia ada, merujuk kepada hak istimewa orang Melayu dan DEB, menjadi punca polarisasi seperti kemudahan pemberian lesen dan bantuan biasiswa. Kenyataan ini keluar sejurus selepas senator Melayu ultra kiasu mengeluarkan kenyataan sekolah agama punca kepada polarisasi.

Lebih memeranjatkan lagi, resolusi perhimpunan agung parti ini mendesak kerajaan supaya i) mencinakan lagi SMKJC Chong Hwa Kuantan, tidak lama lagi di Segamat. ii) mengekalkan silibus Bahasa Melayu (BM) di SJKC yang selama ini begitu mudah berbanding sekolah kebangsaan, iii) mahukan kursus vokasional diajar dalam bahasa ibunda (Cina), iv) menaik taraf Kolej Tunku Abdul Rahman menjadi kolej universiti. v) penggunaan pelbagai bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, bukan BM sahaja, makna turut menggunakan bahasa Cina dan berbagai lagi tuntutan lain. Ternyata, resolusi begitu ultra kiasu, terus mementingkan bangsa berbanding agenda negara.

Ketika merasmikan perhimpunan itu, Perdana Menteri (PM) turut mengumumkan peruntukan RM30 juta kepada 78 SMJKC seluruh negara. Sudah pasti ia akan menjadi peruntukan tahunan. Kayalah nampaknya SMJKC; derma datang mencurah-curah. Saya bukan dengki, tetapi sedih melihat sekolah agama.

Ya, saya tidak nafikan sumbangan sekolah vernakular dalam pembangunan, tetapi tidakkah kita perlu melihat sama aspek negatif, seperti niat murni PM mahukan ultra kiasu menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Malangnya, isu penguasaan BM langsung tidak dibincangkan dalam perhimpunan tersebut, apatah lagi diresolusikan. Sungguh licik ultra kiasu ini. Dalam kepala mereka semuanya memperkasa dan memperkayakan bangsa.

Sebelum ini, pemimpin ultra kiasu ini mengeluarkan kenyataan menghina Islam dengan mengatakan 1.2 juta rakyat Malaysia hilang pekerjaan jika hudud Pas dilaksanakan. Dia juga kata negara yang mengamalkan hudud adalah antara yang paling korup. Ultra kiasu boleh memusuhi Pas, tetapi jangan sama sekali menghina Islam, kerana Islam itu mulia dan dilindungi perlembagaan.

Saya juga boleh menghina agama Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain, tetapi Islam tidak membenarkan. Kenapa ultra kiasu begitu biadab? Kerana kita takut kepada mereka, meletakkan undi segala-galanya, sedangkan mereka belum tentu mengundi kita. Kita yang terhegeh-hegeh. Pas pun sama. Nasihat saya kepada pemimpin ultra kiasu, jangan campur hal ehwal Islam.

Sejarah membuktikan, tanpa penguasaan bahasa pun, interaksi antara kerajaan China dengan Tanah Melayu begitu rancak sejak lebih 600 tahun lalu dan sebelum itu. Ketika itu, kerajaan Melaka telah mengamalkan undang-undang Islam.

Orang Melayu tidaklah pandai berbahasa Cina, tetapi sikap dan perangai orang Melayu yang begitu lunak berteraskan cara hidup Islam, menjadi faktor penarik kepada orang luar untuk berinteraksi, selain mendapatkan hasil bumi melimpah ruah.

Ini menjadikan orang Cina datang berdagang terpaksa mempelajari BM untuk berinteraksi dengan alam Melayu. Di manakah hujah mengatakan kuasa China bangkit hari ini maka kita mesti menguasai bahasa Cina, termasuk memperbanyakkan sekolahnya? Yang perlu diubah hari ini ialah perangai dan sikap orang Melayu yang tidak yakin kepada kekuatan dan kehebatan diri sendiri. Inferioriti kompleks, memandang rendah cara hidup sendiri dan cara hidup Islam.

Sebenarnya kita telah diperbodohkan? Menjadi mangsa korban kerana terlalu banyak berkorban. Kuasa dan politik adalah segala-galanya. Mungkin kita boleh berseronok untuk jangka pendek, tetapi tidak jangka panjang. Pasti anak cucu-cicit kita akan merana.

Apakah tidak berlaku polarisasi jika sejak dari kecil kita dipisahkan dalam segala aspek. Apabila sampai ke peringkat menengah, mereka berasa janggal untuk berkomunikasi disebabkan masalah bahasa. Perkara ini terbawa-bawa hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Kajian saya mengenai polarisasi di IPT, sudah jelas menunjukkan semua ini disebabkan pembawaan sejak kecil. Bayangkan jika ditambah lagi SJKC, SMJKC dan sekolah persendirian. Bermakna semakin kurang bukan Melayu di sekolah kebangsaan. Akan bercampurkah anak-anak kita nanti. Selepas itu, mereka melanjutkan pelajaran di China dan Taiwan. Jenis manusia apakah yang ingin kita lahirkan di Malaysia ini?

Sempena hari raya korban ini, saya menyeru kepada seluruh pemimpin negara tercinta ini supaya melakukan korban untuk kepentingan negara, bukan bangsa, tidak semata-mata pilihan raya. Matlamat utama kita adalah untuk mengekalkan negara berada di tangan umat Islam, terjamin hak dan identiti Islamnya.

Amat jarang berlaku dalam sejarah dunia, identiti negara itu tercabut dek kerana terlalu meraikan orang lain. Boleh berkorban, tetapi jangan sampai agama dan anak bangsa terkorban.

 

Advertisement




Orang Cina yang bertebaran di bumi Malaysia

29 10 2012

Sin Chew – Ayuh Bersatu ! Semua Samaratakan TAPI Sekolah Cina Jangan Kacau Ok !

Artikel terjemahan SinChew Daily News dari Rocky Little Chinese Bru betul-betul menyingkap sikap HIPOKRIT penulis dan editornya. Mungkin kah pandangan yang sama turut dikongsi oleh kaum cina ? Saya copy sepenuhnya dengan sedikit peng-highlight -an.

Sinchew Daily News
Ruangan: Opinion Corner m/s 38
Tarikh: 26 Okt 2012 (Jumaat)

Hilangkan syak wasangka, bina sikap saling mempercayai
Oleh Lim Sue Guan
Timbalan Pengarang Sinchew Daily News

Projek perubahan Najib sudah berjalan selama 3 tahun, tetapi tidak membawa kepada perubahan dalam pemikiran serta pengetahuan am dalam erti mengenal perubahan dalam fikiran masyarakat.

”Kongres Ekonomi Melayu 2012” baru-baru ini telah berlangsung, ia sama juga seperti tahun-tahun sudah, perhimpunan kali ini tetap tidak berubah masih berkisar membincangkan pemegangan saham bumiputera, mahu pihak kerajaan dan syarikat-syarikat GLC membantu usahawan bumiputera; sampai bila baru cukup dan memadai untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat pelbagai kaum pula, supaya dapat wujudkan satu kongres yang boleh melibatkan ekonomi untuk semua rakyat?

Masa dahulu masih lagi kedengaran suara pemimpin-pemimpin membangkitkan usahawan bumiputera, usahawan Cina dan usahawan India perlu bekerjasama, untuk memperluaskan konsep kek-kek ekonomi; tetapi kekurangan dari segi kepercayaan di antara satu sama lain, terhalang dengan saling tidak mempercayai dan syak wasangka, win-win situation antara kaum ini telah pun dilupai.

Sebuah kongres ekonomi dari sudut kaum sahaja, pandangan mereka sudah tentu agak sempit, contohnya dulu, menteri dari kalangan UMNO Tan Sri Sanusi Junid pada kongres tersebut dengan lantang berkata, pada masa itu Mahathir gunakan cara sistem polisi Jerman menentang orang-orang Yahudi, tidak keluarkan lesen bank kepada orang-orang bukan bumiputera, tetapi pada ketika itu Menteri Kewangan Anwar Ibrahim pecahkan ruyung langgar halangan itu, keluarkan lesen kepada Hong Leong Bank dan Allianz Bank.

Pada ketika itu niat Sanusi Junid ialah cuba menghentam Anwar Ibrahim, mengatakan Anwar Ibrahim merosakkan agenda Melayu, tetapi pada ketika itu menyebabkan orang-orang bukan Melayu rasa tersinggung; orang-orang bukan Melayu membayangkan bahawa orang-orang Cina adalah seperti orang-orang Yahudi, kepada orang-orang Cina yang setia pada negara ini bukankah sudah tercalar?

Jika pada Abad yang lepas mahu dengki mendengki, saling berhati-hati dan waspada, menyekat pihak lain untuk berkembang, sepatutnya pada waktu ini semua fahaman itu perlu dikikis, terutama sekali kepada ahli-ahli politik; jika mereka masih timbulkan isu-isu lama, ia melambangkan pemikiran mereka sendiri sangat mundur.

Politik perkauman itu satu penyakit barah menyebabkan polisi perubahan tidak dapat dilaksanakan dengan baik, kerana mereka masih rasa syak wasangka, ia menjadi punca kepada saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Politik perkauman itu perlu dipecah dan ditadbir, hanya dengan cara begitu pemimpin yang berkuasa baru dapat mentadbirnya; tetapi ini sebenarnya satu permainan kosong-kosong dan sama rata. Hari ini pada keseluruhannya yang sepatutnya kita tekankan ialah persaingan antara negara-negara, bukan lagi berlegar pada nilai saham antara kaum. Jika ekonomi negara meleset, pasti nilai saham antara kaum juga akan turut mengecil.

Dalam laporan Bank Dunia, Malaysia melonjak ke tempat ke-12 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2013 oleh Bank Dunia, ia memang menggembirakan kita, tetapi yang paling penting ialah ranking persaingan negara dan kekuatan sebenar ekonomi kita.

Pertikaian dalam bab ekonomi kaum, sebaliknya kenapa kita tidak cuba rapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaya dan miskin, dan hapuskan tidak puas hati dalam masyarakat. Kita sepatutnya tangani kemiskinan, pendidikan dan persaingan dalam perniagaan melalui prestasi, sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan perlu dibantu, kesannya pasti akan lebih baik daripada apa yang ada sekarang ini, ia juga boleh terhindar daripada gejala rasuah dan sikap tamak.

Kekuragan sikap saling mempercayai antara satu sama lain kita hanya membazirkan masa bertelingkah ke atas perkara-perkara yang tidak berfaedah, hanya asyik meragui antara satu sama lain. Contohnya Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM, Prof Dr Teo Kok Seong sebaliknya mengkritik orang-orang Cina kerana orang-orang Cina tidak mahu menerima blue print pendidikan saranan pihak kerajaan, untuk memperkukuhkan bahasa Melayu di SJKC supaya menggunakan sylibus sekolah kebangsaan, beliau anggap orang-orang Cina terlalu pertahankan bahasa Cina.

Walaupun Dr Teo Kok Seong seorang berketurunan Cina, beliau tidak memahami masyarakat Cina, masyarakat Cina membantah kerana disebabkan masyarakat Cina khuatir kualiti di SJKC akan berubah, tindakan masyarakat Cina itu sebenarnya mahu pertahankan pendidikan bahasa Ibunda mereka, kegusaran dalam jiwa seperti ini dalam masyarakat Cina ada kaitannya dengan politik dan sejarah.

Sebab itu ia perlu melalui kaum hindarkan politik, laksanakan polisi yang terbuka yang bukan dari sudut perkauman, barulah ia dapat ketepikan syak wasangka di antara satu sama lain, supaya semua orang boleh rasa lapang dada, dan mampu bina saling mempercayai di antara satu sama lain.

Orang-orang Malaysia memang bijak, selama 50 tahun terpusing-pusing dengan agenda politik, menyebabkan berlaku pecah dan tadbir, pembaziran dalaman yang ketara, menyebabkan kekayaan negara serta orang-orang cerdik pandai mengalir keluar. Seterusnya kita meronta-ronta dan bertelagah di antara satu sama lain di tempat dan di ruang yang sempit ini, bermakna alam kita ini semakin lama semakin mengecil.

**********************************

Ada sesiapa nak beri pandangan ?

PS – saya nak komen satu jer – Apakah tindakan dipihak pemimpin2 kita kearah menyedarkan kaum bukan Melayu kenapa negara kita PERLU dasar2 Affirmatif, kearah KEADILAN dalam perkongsian ? Bahawa Samarata itu tidak bermakna ADIL ?





Pendaulatan Bahasa Kebangsaan – Sarawak di bawah KM berbanding Malaysia di bawah PM

26 10 2012

Sumber DI SINI.

 

“….berharap Sarawak dapat muncul sebagai negeri yang secara NYATA memancarkan CITRA BUDAYA BANGSA…..”

– Ketua Menteri Sarawak

Alangkah baiknya jika seorang Perdana Menteri bersemangat waja seperti ini terhadap budaya bangsa MALAYsia, bukannya mencanang sekolah-sekolah vernakular yang mencelarukan identiti MALAYsia yang mana akan menjurus kepada rakyat (?) sendiri langsung tidak tahu bertutur bahasa kebangsaan dek terdidik dengan sistem pendidikan vernakular cina (negara CHINA) dan tamil (negara INDIA).





Selamat Menyambut Hariraya Haji

26 10 2012





Najib meneruskan usahanya menukar MALAYsia kepada CINAsia? – Mementingkan undi cina daripada masa depan agama, bangsa dan negara.

24 10 2012

Tidak salah jadi ‘Cina pisang

(Utusan Malaysia 20 Oktober 2012)

  • Perdana Menteri (PM) mengatakan baru-baru ini Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Perdana Menteri juga  menegaskan, ketika menjadi menteri pelajaran, Akta Pendidikan 1996 diwujudkan menggantikan Akta Pelajaran 1961.
  • Akta Pelajaran 1961 amat ditakuti kerana memberi kuasa penuh kepada menteri pelajaran untuk menukar sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) kepada sekolah kebangsaan. Akta Pelajaran 1996, memberikan signifikan amat besar kepada pendidikan Cina. Kerajaan secara langsung mengiktiraf kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dan Sekolah Persendirian Cina (SPC) sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan yang bersifat kekal. Belajarlah berterima kasih kepada PM.
  • Sekadar makluman, selepas 1996, lebih banyak sumber kewangan diperuntukkan pendidikan Cina. Pada masa itu, terdapat 78 sekolah menengah Cina yang memilih untuk mematuhi silibus dan pengajaran kerajaan dan ia menjadi SMJKC, manakala 60 lagi kekal sebagai SPC. Ini tidak termasuk sejumlah hamper 1,300 SJKC yang diterima masuk sebagai sistem pendidikan kebangsaan. Bilangan SJKC terus bertambah setiap tahun melalui bantuan kerajaan sepenuhnya.
  • Akta 1996 yang lunak ini membolehkan kerajaan memberi bantuan kewangan, fiskal dan sumber perancangan kepada sistem pendidikan Cina. Namun, sedarkah kita bahawa akta ini juga ditentang oleh NGO Cina seperti Dong Jiao Zong, kerana mereka tidak mahu langsung sekolah Cina diganggu-gugat. Mereka mahu beroperasi dengan penuh kecinaan.
  • PM turut menjelaskan kedudukan terkini permohonan pembinaan sekolah menengah persendirian Cina di Kuantan, Pahang seperti yang dituntut komuniti di kawasan tersebut. Syarat yang dikenakan adalah pelajar-pelajar ini wajib mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan jika pelajar mahu mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), itu terpulang kepada mereka. Kerajaan juga menyediakan peruntukan kira-kira RM100 juta untuk membangunkan SJKC di seluruh negara. Selain itu, kerajaan turut menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar terbaik UEC selain menyelesaikan segera isu kekurangan guru di SJKC. Itupun masih ditentang kerana mereka mahu UEC diiktiraf sepenuhnya tanpa mengambil SPM.
  • Sebagai timbal balas, PM menaruh harapan melihat masyarakat Cina di negara ini fasih berbahasa Melayu. Persoalannya, bolehkah harapan PM ini dipenuhi oleh komuniti Cina, terutama kumpulan ultra kiasu, setelah kerajaan memberi begitu banyak kemudahan dan begitu bertoleransi.
  • Tidak ada negara di dunia ini yang begitu bermurah hati dan bertoleransi seperti apa yang negara kita lakukan. Persoalannya, kenapa tidak dihargai? Apa jua cadangan kerajaan untuk penambaikan sekolah Cina adalah ditentang habis-habisan. Toleransi yang tidak ada tolok bandingnya ini masih lagi diterima. Apa yang dimahukan oleh orang Cina? Apakah mereka mahu tinggal di pulau sendiri seperti Singapura dan sasaran mereka hari ini adalah Pulau Pinang.
  • Lebih memeranjatkan lagi, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan isu pendidikan dan kesaksamaan ekonomi, yang disebut sebagai road map, adalah daya penarik bagi menarik undi masyarakat Cina yang kebanyakannya kini beralih menyokong Pakatan Rakyat (PR). Road map yang dimaksudkan mengiktiraf UEC, seperti kerajaan mengiktiraf sijil dikeluarkan Kolej Tunku Abdul Rahman. Selain itu, terdapat beberapa tuntutan  utama lain yang mesti dipenuhi dipenuhi iaitu mengatasi masalah kekurangan guru di SJKC; menghalau keluar guru-guru bahasa Melayu dan Inggeris yang tidak mempunyai kredit mandarin dalam SPM, kesukaran permohonan pendaftaran ahli lembaga pengarah pengelola sekolah Cina, mencinakan penubuhan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, meluluskan penubuhan sekolah Cina persendirian Segamat, tambahan peruntukan pembangunan SJKC dan menyediakan rizab tanah sekolah Cina dan peruntukan yang diperlukan untuk membina sekolah.
  • Kata Saifuddin lagi, sekiranya isu-isu seperti itu berjaya diselesaikan, komuniti masyarakat Cina berkemungkinan besar akan kembali untuk menyokong kerajaan. Persoalan saya, jika semua tuntutan dipenuhi identiti apa yang akan tinggal? Kita membina negara atau membina bangsa? Raikan bangsa majoriti atau minoriti?
  • Saya harap kerajaan buat audit akaun-akaun NGO-NGO ini termasuk PIBG dan sumbangan hartawan Cina kepada mereka. Percayalah, jutaan wang telah ditaburkan. Maka tidak hairan jika kemudahan sekolah Cina jauh lebih baik daripada sekolah kerajaan kerana sikap dermawan hartawan mereka. 
  • Perkara yang perlu difikirkan adakah pendidikan dan masa depan boleh dijual beli? Sampai bila kita harus tunduk kepada desakan Cina kerana undi. Apakah kita lebih mementing undi Cina daripada masa depan agama, bangsa dan negara? Jika semua tuntutan ini dipenuhi maka berlakulah proses pencinaan 100 peratus. Mereka lebih cina daripada orang Cina di China. Ini tidak termasuk, proses pencinaan IPTS swasta yang hebat berlaku dan IPTS berasaskan parti politik perkauman. Proses pencinaan berlaku daripada sekolah rendah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Jika semua ini terus dibiarkan berlaku, tidak ada ertinya nama Malaysia, kerana identiti Malay (Melayu) sudah tidak wujud lagi. Yang ada, hanya menonjol hanya Chinesesia.
  • Hargai toleransi dan sikap murah hati PM. Ini tidak, mereka terus menerus mendesak kerajaan supaya terus mencinakan pendidikan Cina. Mereka langsung tidak memikirkan tentang bangsa majoriti yang semakin hilang identitinya semata-mata meraikan bangsa lain.
  • Sudahlah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak terdaulat. Hari ini sistem pendidikan tidak menyokong ke arah mendaulatkan bahasa kebangsaan. Peruntukan tahunan sudah menjadi sama rata. Di manakah maksud adil yang sebenarnya? Adil sudah tidak membawa makna meletakkan sesuatu pada tempatnya, tetapi sudah menjadi 1>1. Adilkah namanya?
  • Saya amat bimbang, tindakan mengalah ini akan menyimpan atau melahir rasa dendam orang Melayu kepada orang Cina. Inilah sebenarnya antara punca peristiwa 13 Mei 1969. Apabila dendam tidak dapat dikawal maka mengamuklah orang Melayu.
  • Percayalah, jika orang Cina terus mengambil pendekatan tertutup yakni terus mencinakan sekolah Cina, lebih cina daripada negeri Cina. Suatu hari ini orang Cina juga yang akan rugi dan menyesal. Mereka akan ketinggalan. Kecinaan yang keterlaluan tidak akan membawa keuntungan kepada orang Cina, kerana orang Cina tidak tinggal dilubuk sendiri.
  • Tidak salah menjadi Cina pisang sedikit, sebab kita berada di tempat orang, bukan tempat asal  kita dahulu. Saya tidak langsung membantah, jika orang Cina mahu menjadi secina-cinanya jika mereka berada di negara China.
  • Tetapi hari ini kita berada di Malaysia. Negara yang majoritinya adalah Melayu dan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa untuk orang Cina berinteraksi dengan orang Melayu adalah bahasa Melayu. Bahasa perpaduan dan integrasi adalah bahasa Melayu. Mustahil orang Melayu akan berkomunikasi dalam bahasa Cina dengan orang Cina. Itupun orang Melayu sanggup korbankan lengkok dan gaya bahasa Melayu semata-mata meraikan orang Cina. Cakap Melayu, berbunyi Cina (slang dan accent).
  • Penegasan yang sama saya buat dalam forum bulan bahasa di Putrajaya baru-baru ini anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Tidak ada berlaku dalam sejarah dunia, ada negara mengadakan kempen bukan bahasa kebangsaan. Kenapa perlu ada kempen bulan bahasa kebangsaan sedangkan bahasa melayu sudah termaktub dalam perlembagaan. Kita tidak pernah dengar adalah bulan bahasa Siam di Thailand, atau bulan bahasa di negara Perancis, Jerman, Jepun, China, Indonesia dan sebagainya. Bahasa kebangsaan mereka memang sudah terdaulat dan terdarjat. Kenapa kita masih terhegeh-hegeh untuk mendaulatkan bahasa berdaulat dalam perlembagaan ini? Apa masalah kita sebenarnya jika bukan kerana ramai bukan Melayu tidak boleh berbahasa Melayu disebabkan oleh sistem pendidikan perkauman ini?
  • Pada hemat saya, tidak perlu kempen, buang wang dan tenaga. Wajibkan penggunaannya dan kuatkuasakan serta merta, seperti yang dicadangkan oleh Allahyarham Dato Hassan Ahmad (15.2.2010):
  • i) Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara, bukan bahasa kebangsaan Melayu. Bahasa Melayu mesti digunakan dalam urusan rasmi kerajaan. Justeru, Jawatankuasa Khas hendak dibentuk disetiap Kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta supaya mendaulatkan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Menteri yang bertanggungjawab wajib memastikan bahasa Melayu digunakan dalam amalan seharian, ii) Bahasa Melayu mesti digunakan sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga pengajian tinggi, iii) Bahasa Melayu mesti diajar sebagai mata pelajaran wajib di semua jenis sekolah dan wajib lulus untuk lulus dalam keseluruhan peperiksaan, iv) Jika bahasa Inggeris itu menjadi keutamaan, maka bahasa Inggeris hendaklah dijadikan sebagai bahasa kedua yang wajib diambil di semua jenis sekolah, tetapi jangan sampai menenggelamkan bahasa Melayu, v) Di sekolah jenis kebangsaan, tambahan masa bahasa Melayu mesti dilakukan dengan tegas tanpa tunduk kepada ugutan persatuan-persatuan yang terlalu sifat kebangsaan atau ultra kiasu, yakni kumpulan yang tidak mahu mengaku kalah, vi) Semua media cetak, elektronik, papan tanda, risalah dan sebagainya mesti mendaulatkan bahasa Melayu berbanding bahasa lain. Tindakan undang-undang dan saman boleh diambil terhadap mereka yang membelakangkan bahasa Melayu, vii) Nama-nama Syarikat, Taman Perumahan, dan sebagainya mesti melambangkan identiti bahasa kebangsaan berbanding bahasa lain, viii) Malaysia perlu banyak belajar daripada negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, bagaimana negara-negara ini mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka.
  • Cadangan yang cukup minima ini mesti diterima. Janganlah kerana tidak mahu menjadi Cina pisang, kita turut mahu mencinakan negara ini. Sikap seperti ini tidak akan membawa kepada pembinaan negara bangsa yang sihat. Tetapi hanya akan menambah luka yang sedia ada. Mungkin ketika itu pemimpin NGO Cina yang ultra kiasu ini, sudah tidak ada lagi. Tetapi yang akan menjadi mangsa adalah generasi yang akan datang. Apakah sanggup kita mangsakan mereka disebabkan oleh tangan-tangan kita hari ini.
  • Saya mohon maaf kepada orang Cina, jika tersinggung dengan tulisan ini. Saya langsung tidak anti Cina, sebab saya juga adalah Cina. Tidak salah jika kita menjadi Cina pisang atau kita tidak rugi sedikitnya jika kurang sedikit kecinaannya, kerana kita sudah dapat yang sepatutnya kita dapat. Kita boleh mengamalkan semua budaya Cina sama seperti Cina di China. Ekonomipun kita sudah kuasai hampir kesemuanya, walaupun tidak sepenuhnya. Apa lagi yang kita mahu? Kita boleh menjadi Cina totok, di bumi orang lain.
  • Akhirnya, sudah sampai masanya, seorang menteri khas dilantik untuk menjaga kedudukan bahasa kebangsaan ini dan seterusnya memperkasakan peranan DBP supaya mendapat kuasa sepenuhnya mendaulatkan bahasa kebangsaan. Jika, tidak bahasa Melayu akan merempat di bumi sendiri.
  • Hati sayu bercampur gundah
  • Bila melihat bahasa diketepi
  • Bahasa Melayu bahasa indah
  • Sayangnya merempat di bumi sendiri 
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Program
Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

BA CA JUGA dari DinTurtle:-

Melayu Mungkin Sudah MUAK Dengan Dap TAPI Melayu Belum Puas Bodek Cina !

…Terbaru Najib umumkan geran RM30juta kepada sekolah cina, sebelum itu beliau BODEK lagi dengan janji2 umpama WIRA VERNAKULAR TERAGUNG Negara….





A MALAYSIAN, not a Chinese who happens to live in Malaysia

23 10 2012

 

 

 

The guru of Malay language

By DAWN CHAN
KUALA LUMPUR: THE Federal Territory National Language Month 2012 started on a high note with the bestowing of the Tokoh Pemartabat Bahasa Melayu Federal Territory Award on Universiti Kebangsaan Malaysia Institute of Malay World and Civilisation Malay sociolinguistics professor, Dr Teo Kok Seong.

The guru

Prof Dr Teo Kok Seong (right) receiving the Tokoh Pemartabat Bahasa Melayu Federal Territory Kuala Lumpur 2012 Award from Federal Territories and Urban Wellbeing deputy minister M.Saravanan (second from left) at the launch of the Federal Territory Kuala Lumpur National Language Month 2012. Looking on Tuesday. With them are City Hall director-general are Datuk Salleh Yusup (left) and Dewan Bahasa dan Pustaka language development and literature department director Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran. Pic by Farizul Hafiz Awang

 

The recognition came as a surprise to Teo, who is also the institute’s principal research fellow.

“I was shocked to receive the award for my efforts to promote Bahasa Melayu.

“This award is my first since being involved in sociolinguistics and Bahasa Melayu in 1979. “My work aims to ignite love and loyalty for Bahasa Melayu,” said the 59-year-old Chinese Peranakan from Kelantan who started as an English language teacher.

His research includes how well Bahasa Melayu is accepted by the Chinese, and the cultural identity of the Malay community.

Teo is not unfamiliar with the use of Bahasa Melayu as it is commonly spoken among members of the Chinese Peranakan communities.

He received his award at the City Hall Auditorium from Federal Territories and Urban Wellbeing deputy minister Datuk M. Saravanan, who launched the language promotion which is on until December.

Also present were City Hall director-general Datuk Salleh Yusup and Dewan Bahasa and Pustaka (DBP) Language Development and Literature Department director, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran.

Saravanan said City Hall will ensure that the national language is used on ads, signboards and road names, in line with the advertisement bylaw and the business premises advertisement guidelines.

City Hall, added Salleh, will continue to work closely with DBP with regard to the correct use of Bahasa Melayu, and for it to be displayed prominently on advertisements in public areas and business premises.





“New Politics” Najib – Undi didepan, IDENTITI NEGARA entah kemana

22 10 2012

 

Pilihan Orang Melayu – Nak Mati Perlahan ATAU Nak Mati Cepat ?

Saya cakap dah …… Saifuddin Abdullah memang akan bersama Kabinet selagi Najib jadi PM. Cara mereka berfikir SAMA ! New Politics tidak mengambilkira faktor bangsa atau agama, semuanya SAMARATA dan SEMUANYA meletakkan UNDI didepan. Apa-apa tindakan pun harus mengambilkira sokongan politik.

Bila berdepan dengan isu yang agak sensitif, selalunya akan dituntut sikap TOLERANSI dipihak Melayu bila sedikit demi sedikit hak kononnya digenggam kemas oleh Perlembagaan, dilepaskan bagi memenuhi tuntutan bukan Melayu ……… demi menjaga sokongan politik mereka.

Begitu juga isu Sekolah Cina, segala tuntutan kaum cina dipenuhi sedikit demi sedikit ……… demi menjaga sokongan politik mereka.

Satu persatu sekolah cina baru akan dibuka. Sijil UEC diiktiraf, Sijil Universiti dari negara China juga diiktiraf ….. yang saya nampak dimasa depan, orang cina TIDAK PERLU faham Bahasa Kebangsaan atau TIDAK PERLU berinteraksi dengan orang Melayu untuk terus hidup di Tanah Melayu, dari waktu dilahirkan sampai mereka mati ! TIDAK ADA KEPERLUAN UNTUK ITU SEMUA.

Tidak kah keputusan kerajaan dan desakan kaum cina dalam isu sekolah ini PENUH DENGAN UNSUR RASIS ? !

Orang Melayu telah KORBANKAN identiti bangsa mereka demi negara bila bahasa Melayu dan Sekolah Melayu dijadikan status Kebangsaan. Mana ada lagi Sekolah Melayu ? Yang ada cuma Sekolah Kebangsaan…….. dengan harapan SEMUA rakyat berbilang kaum dapat bersatu dibawah satu payung yang beridentitikan Nasional.

Jika kerajaan berterusan mengiktiraf segalanya yang CINA, kenapa tidak kita tuntut Sekolah Kebangsaan diMELAYUkan semula ! Tidak perlu ada identiti Kebangsaan kalau status itu diperlekehkan oleh pemimpin kerajaan sendiri.

“Untuk pengundi Cina, kita perlu benar-benar, menyelami sedalam-dalamnya isu yang mustahak untuk mereka, misalnya pendidikan.

Secara peribadi, saya rasa kita perlu tunjuk “road map” bila kita nak iktiraf sijil yang dikeluarkan oleh 60 buah sekolah persendirian Cina,” kata Saifuddin kepada TMI. Saifuddin juga yang tahun lepas menggesa kerajaan supaya mengiktiraf Sijil UEC DEMI MENARIK SOKONGAN UNDI CINA- KLiK. Beliau juga yang mengumumkan pengiktirafan Universiti2 China oleh Agensi Kelayakan Malaysia bulan Mac lepas – KLiK

Bagaimana pula dengan isu-isu yang MUSTAHAK kepada orang Melayu ?

Takper…… sebab orang Melayu tak pandai menggunakan kuasa politik mereka. Bila Melayu dalam pembangkang bersungguh-sungguh mahu SAMARATAkan semuanya dengan cina, apa yang Umno perlu tunjukkan adalah Umno tidaklah seLIBERAL Melayu pembangkang walaupun tetap hak Melayu diliberalkan sedikit demi sedikit……. sekurang2nya Umno tidak lepaskan kesemuanya sekali gus seperti janji Melayu PR jika mereka menang.

Malah agenda Melayu langsung diperlekehkan oleh PR !

Jadi orang Melayu tidak punya pilihan. Nak mati perlahan atau nak mati cepat ?

Sepatutnya pemimpin2 negara pecahkan kepala otak memikirkan bagaimana mahu melahirkan generasi bukan Melayu seperti Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan ! KLiK  Itulah yang seharusnya menjadi CABARAN 1MALAYSIA yang sebenar. Melahirkan rakyat yang meletakkan kepentingan Nasional didepan.

Petikan dari link diatas –

Persoalannya, berapa ramai orang-orang bukan Melayu seperti Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan yang telah berjaya kita lahirkan? Rata-rata yang ada adalah mereka yang terdiri daripada kumpulan yang mahukan keadilan melalui konsep sama rata dan sama rasa. Keadilan tidak lagi dilihat menurut definisi yang betul yakni, meletak sesuatu pada tempatnya.

Tetapi apabila keadilan dilihat semata-mata dari sudut konsep sama rasa, sama rata yakni jika orang Melayu dapat sebiji, maka orang bukan Melayu perlu juga diberi satu biji. Jika dua biji diberikan kepada orang Melayu, satu biji kepada bukan Melayu, maka itu tidak adil, tanpa mahu mengkaji atau sengaja buat-buat tidak faham kenapa keadaan sebegini wujud. Ini politik kurang matang yang telah menyelubungi politik Malaysia sekian lama.

Baca juga artikel sebelum ini –

Apakah Melayu Akan Tewas Jika TIDAK Sokong Sekolah Cina ?





Identity Crisis – Najib’s vernacular obsession is of no help at all toward nation building

20 10 2012

 

 

Cer tanya…cer tanya…

 

  • KJ kata, “Bangsa Malaysia dulu, baru Melayu!”
  • SakmongkolAK47 DAP kata, “Bangsa Melayu dulu, baru Malaysia.” (Pendirian DAP ke ni?)
  • Muhyiddin Yassin kata “Bangsa Melayu dulu, baru Malaysia.”
  • Nik Aziz agaknya akan cakap, “Isle dulu!”…baru, “Kawe nyesa jadi Melayu!”
  • Tapi takde sesiapa ke nak pi tanya LKY, Karpal Singki, LGE, Chua Soi Lek, Tony Phua, Elizabeth Wong bala…bala…tu semua tentang pendirian mereka sama ada pilih bangsa mereka dulu, atau pilih Malaysia dulu? Kenapa mereka dok sibuk pertikai Melayu saja. Kaum Cina dan India apa cer?
  • Mako eloklah kito pakat-pakat tanyo puak chauvinist tu semua…errr…tanya sekali anak Pak Brahim.
  • Idea asal sini.




Najib and his vernacular obsession is ruining nation building

19 10 2012

 

 

Speak Bahasa Programme Promotes Proper Use of National Language – D’Cruz

KUALA LUMPUR:The ‘Speak Bahasa’ Programme organised by the National Archive should be held more often to help the younger generation use Bahasa Kebangsaan properly.

Deputy Information, Communications and Culture Minister Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz said of late, many youths seemed to have forgotten how to use the national language correctly.

“Some of them mixed English with Bahasa Kebangsaan apart from using shortened and brief language when writing e-mail and sending SMS.

“As such the Speak Bahasa programme need to be held every year so that the people are reminded on the proper use of Bahasa Kebangsaan,” he said.

Maglin was speaking to reporters after opening a Speak Bahasa programme titled ‘The Correspondence Language of Sultan Abdul Hamid Halim Shah 1882-1905’ held at the Bahasa Melayu Campus of the Teachers Education Institute here today.

Touching on the collection of Sultan Abdul Hamid Halim Shah’s correspondence kept by the National Archive which received the recognition of the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (Unesco) in 2001 as a World Heritage Collection, he said linguistic expert Professor Emeritus Datuk Dr Asmah Omar had conducted a research on the collection and found the language used was unique.

“Results of the study will be produced into a book after this,” he said adding that it was hoped that the book would be an important source of reference
for linguistics as well as other fields such as history, administration, economics and so on.





Najib dan Vernakularnya – Suatu Percanggahan besar yang melibatkan ASAS-ASAS NEGARA

18 10 2012

 

Bahasa Melayu berperanan satukan rakyat Malaysia di luar negara: Dr Zufaryadi

Posted on October 17, 2012, Wednesday

SIBU: Bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu berperanan penting dalam me-nyatukan rakyat negara ini walaupun mereka berada di luar negara.

Timbalan Residen Bahagian Sibu Dr Zufaryadi Abdullah berkata, walaupun berada di luar negara, rakyat negara ini tetap menggunakan bahasa kebangsaan untuk bertegur sapa.

“Apabila berjumpa rakan-rakan baik yang berbangsa Cina, India atau kaum Bumiputera yang lain, perkataan pertama yang akan kita sebut adalah ‘apa khabar’. Kita tidak bertanya ‘how are you’, walaupun kita berada di luar negara.

“Ini menunjukkan bahasa boleh menyatukan rakan-rakan senegara apabila ber-ada di luar,” ujarnya ketika berucap menyambut ketibaan rombongan Kembara Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 Peringkat Negeri Sarawak di sini, petang semalam.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sibu Khalid Andong, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak Dr Amran Joned dan Penolong Pengarah DBP Sarawak Dr Hazami Jahari.

Menurut Dr Zufaryadi, apabila orang luar melihat kita mempunyai satu bahasa, kita dilihat sebagai satu masyara-kat yang mempunyai bahasa yang boleh menyatupadukan masyarakat.

“Apabila kita berada di negara luar khususnya, kita akan berasa bahawa kita aaldah warganegara atau rakyat Malaysia apabila kita bertemu di luar negara. Mungkin di dalam negara kita tidak dapat merasakan semua ini,” katanya.

Di samping itu ujar beliau, universiti-universiti antarabangsa di Amerika Syarikat, Jepun dan juga China mempunyai Unit Bahasa Melayu.

“Di sana kita melihat bahasa Melayu adalah bahasa yang boleh digunakan sebagai bahasa ilmu, yang boleh digunakan bukan sahaja oleh bangsa atau kaum Melayu, tetapi kaum-kaum lain di seluruh dunia.

“Kita ingin suatu hari nanti bahasa kita boleh menjadi seperti bahasa Jepun yang digunakan di banyak tempat di dunia ini,” jelas beliau sambil menambah ini supaya bahasa kebangsaan kita menjadi satu rumpun bahasa yang digunakan di wilayah Asia Tenggara dan seterusnya di seluruh pelosok dunia.

Menyentuh mengenai Kembara Bahasa, Dr Zufaryadi berkata, cabaran besar yang dihadapi dalam menjadikan sesuatu bahasa itu sebagai bahasa ilmu atau nusantara, bahasa Melayu mestilah menjadi bahasa yang dinamik.

Dalam erti kata yang lain katanya, semua orang boleh menulis atau membaca bahasa tersebut di mana-mana dan bila-bila sahaja.

“Jika kita pergi ke Sibu, selain kita mempunyai bahasa Inggeris dan Mandarin, kita juga perlu meletakkan bahasa kebangsaan sebagai satu tanda atau tulisan di  papan tanda.

“Kita juga berharap kepada masyarakat di Sibu agar mereka turut menggunakan bahasa kebangsaan di papan tanda,” jelas Dr Zufaryadi.





Lagi Mengenai BAPAK VERNAKULAR

17 10 2012

 

 

HIDUP BAPA VERNAKULAR MALAYSIA ! ! !

HIDUP SEKOLAH …. CIIIIIIIIIIIINAAAAAAAAAA !

 

 

  • KUALA LUMPUR – Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Perdana Menteri yang menggambarkan ia sebagai kepentingan besar, berkata tiada satu pun negara di rantau ini, sebagai contoh, mengiktiraf pendidikan Cina.
  • “Kita adalah satu-satunya negara di luar China yang mempunyai pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Kita telah mengiktiraf pendidikan Cina di Malaysia, dan saya fikir ia adalah besar, mempunyai kepentingan yang besar.
  • “Sila lihat dalam konteks itu, dalam perspektif bahawa kita telah mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem (pendidikan) kebangsaan, katanya semasa sejam diwawancara oleh penyampai radio Melody FM, stesen radio Astro berbahasa Cina kedua, di sini hari ini.
  • Najib merupakan tetamu stesen radio itu untuk segmen ‘Melody FM Morning Boss’ bersama penyampai Chui Ling dan Jentzen Lim. – Bernama





Anti Constitutional tendencies

15 10 2012

 

An Anti-Constitutional warning

The Regent of Perak HRH Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlah Shah in his contstitutional capacity, issued a warning to all the Anti Consitutional elements which include the Opposition leaders.

Published: Thursday October 11, 2012 MYT 6:24:00 PM
Updated: Thursday October 11, 2012 MYT 8:30:02 PM

Raja Nazrin: Desecrating flag an attack on nation’s sovereignty

KUALA LUMPUR: The Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, likened the act of desecrating the Jalur Gemilang, which is one of the national symbols, as an attack on the nation’s sovereignty.

“Whatever our political or ideological differences, our national symbols belong to all citizens.

“By allowing these symbols to be trashed, we are opening ourselves up to a host of consequences, including the possibility of inflaming passions, inviting tit-for-tat retaliation and so forth.

“Hate and anger are some of the most powerful human emotions. When they take hold of society, they are difficult, and oftentimes impossible, to control.

“Our national symbols should therefore be placed above the political fray,” he said when launching the Malaysia Brand Forum 2012, here on Thursday.

Raja Nazrin said the act of desecrating a flag was more than one individual’s statement of disrespect and criticism.

“The act is deliberately designed to insult what many others treasure and consider a source of pride and joy.

“Whatever one may think of the rights of individuals to express themselves, the larger consequences of their actions cannot and should not be ignored,” he said.

Raja Nazrin said some countries had enacted specific laws to protect their national symbols, including Austria, France, Germany and Switzerland, with specific penalties for the desecration of their national flags.

Raja Nazrin also expressed concern over the tendency of some quarters to discredit and undermine the national symbols that play such an important role in Malaysian national life.

“I am also concerned about the extent to which some are pushing against the institutional pillars that are holding up this nation.”

He said there were at least two reasons why this might be the case.

One is a fundamental misunderstanding of how individual rights and freedoms are to be exercised within the context of a nation.

The other is the impact of generational change in eroding the significance, meanings and value of nation building and its symbols.

Raja Nazrin said human beings had always craved for freedom, however, “if boundaries are disregarded in the exercise of individual freedoms, we will end up weakening rather than strengthening the bonds that bind us as a nation. We need to instil in our young a sense of responsibility and community”.

As with generational change, he said: “With each passing generation, people become less familiar with the circumstances around which this country was formed and built. That is why I cannot over-emphasise enough the need for both well-thought and well-taught history in our schools.

“In this way, our students can better appreciate and respect the national institutions and symbols around us. This appreciation and respect are clearly missing when national symbols are deliberately desecrated.” – Bernama

*****************

They have clearly demonstrated their Anti Constitutional traits, in their sordid attempt to come into power and impose themselves against the will of the majority. In the process, they have desecrated Jalur Gemilang, honour the leftists who were outright supporters of the communist rebels and terrorists, insulted Islam and Muslims and insult HRH Malay Rulers.

The plot gets thicker. Some Opposition leaders not only take their politics to the church, but openly support some churches effort to prosetylise Muslims. This is is clearly against the Federation of Malaysia Consitution, where Islam is the religion of the federation of Malaysia.

Even younger Malaysians openly demonstrated their Anti Constitutional tendencies, due to the ‘Politics of Hatred” strategy.

For a Ruler to issue such a strong titah, really reflect the severity of these Anti Consitutionalists. And his is not a first time a ruler issued a warning via a titah. HRH Tuanku Sultan Johor also issued similar titah against former DAP-puppet Menteri Besar of Perak Nizar Jamaluddin for his twitter insult against HRH Tuanku, in the opening ceremony of the Johor State Assembly on 14 June.

Some Opposition leaders have been advocating and practicing these Anti Constitutional traits since 45 years ago. It is clear they are unable to convince the majority for their support, via the democratic political process. So, they resorted to the ‘Politics of Hatred’ strategy.





“… should be an example for our Politicians in the Gomen and the Opposition..”

12 10 2012

 

 

  • An epic fail in race relation, is it due to ignorance or racism or both

  • This racist event happened in Singapore a couple of days ago:
  • WA woman in racism storm

  • A Perth woman at the centre of a racism storm in Singapore has fled to WA after she was sacked over a Facebook post that sparked a public outcry.
  • University of WA graduate Amy Cheong, 37, caused outrage across the South-East Asian republic on Sunday by posting a comment about Malay weddings, which are often held in public spaces beneath housing blocks in Singapore.
  • Apparently frustrated by the noise from a wedding, she wrote: “How many f…ing (sic) days do Malay weddings at void decks go for? Pay for a real wedding you a……, maybe then the divorce rate won’t be so high. How can society allow people to get married for 50 bucks?”
  • The post went viral within hours, leading to Facebook groups calling for Ms Cheong to be sacked, YouTube videos accusing her of racism against the Malay community and a barrage of malicious online posts.
  • Ms Cheong, a Malaysian-born Australian citizen, was sacked on Monday from her job as assistant director of Singapore’s National Trade Union Congress for Membership Partnership and Alliance.
  • She issued a long apology, but Prime Minister Lee Hsien Loong said it had come too late and the damage was done. He condemned the comments as unacceptable and offensive to Malay Muslims.
  • “It sharply reminds us how easily a few thoughtless words can undermine our racial and religious harmony,” he said.
  • Ms Cheong told state media on Tuesday she was leaving for Perth because of threats to her and her family and to “ease the tension”.
  • In her apology, Ms Cheong wrote: “I am terribly sorry to all who were affected emotionally, mentally and in all other aspects. I am aware of the pain I’ve caused through my insensitive remarks on social media.
  • “There was no racism intended in my post. I was trying to rest and the noise was affecting me greatly, however, I do understand this is not a valid reason to post what I did.”
  • Her boss, Lim Swee Say, said firing Ms Cheong was a difficult decision and urged Singaporeans to “spare a thought for Amy and the pain she is going through”.
  • He said the NTUC “would not accept … any words or actions taken by staff that are racially offensive”.
  • It is understood she had been working for the union for a year, but had been living in Singapore for 10 years after moving from Perth, where she grew up.
  • Singaporean local Ryan Soh, a sales consultant, said the comments had come at a sensitive time in Singapore.”The Government is trying hard to create a picture of racial harmony because we have a lot of races here, Chinese, Indians and Malays,” he said. “It is a balancing act and when these comments came, they touched a lot of raw nerves.”
  • Source here.
  • What interest me is how remarkably fast the Singapore Government quickly took action even before the docile minority Singapore Malay community had the chance to react. 
  •  
  • Read this post here to find out what the NTUC(Cheong’s employer) and Singapore’s PM Lee Hsien Loong said about those racists comment:
  • Amy Cheong: Fired For Racist FB Comments

  • The Chinese women in the middle of the storm was born in Malaysia but grew up in Australia, she has an Australian citizenship and is a Singapore PR. Having read her comments in the FB, I can’t help but wonder if she wrote the stupid racist comments out of ignorance or just sheer racism on her part. 
  • Anyway, what happened in Singapore is a good lesson for us Malaysians, how a few words of ignorance and hate could blow into a racial firestorm that could engulf a multiracial multi religious nation if the Leaders in power dither on what to do.
  • The decisive action by Gomen owned NTUC and the timely statement from the Singapore PM should be an example for our Politicians in the Gomen and the Opposition.




Kerajaan Pusat seharusnya lebih bersungguh-sungguh dalam usaha memperkasakan Bahasa Kebangsaan

10 10 2012

Source link : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pbt-diminta-pantau-penggunaan-bahasa-kebangsaan-pada-papan-tanda/





Cina Rasis, Melayu jual bangsa

2 10 2012

 

 

PAS SENYAP BILA DONG ZHONG MAKIN BIADAP !

  • Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Pas agar menegur Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) jika benar parti itu bercita-cita mahu menggantikan UMNO dalam membela kepentingan orang Melayu.
  • Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana tuntutan Dong Zong tidak terhad kepada soal kekurangan guru semata-mata tetapi turut mendesak kerajaan supaya membenarkan mata pelajaran Sejarah berasaskan sejarah China diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
  • Beliau menyelar sikap berdiam diri Pas dalam soal itu kerana dipercayai bimbang kaum Cina tidak mengundi parti tersebut pada pilihan raya umum akan datang berkata, Pas tidak akan mampu menggantikan UMNO jika tidak berani menegur Dong Zong.
  • “Mana suara Pas dalam soal ini? Mereka mendakwa mahu menggantikan UMNO tetapi hendak menegur Dong Zong pun tidak berani tetapi jika kerajaan menurut kehendak Dong Zong, saya percaya Pas akan menjadi pihak pertama menuduh UMNO jual bangsa Melayu.
  • “Atas sebab itu, Perkasa mahu kerajaan bertegas. Mana-mana tuntutan Dong Zong yang bertentangan dengan Fasal 151, 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan serta Dasar Pelajaran Kebangsaan perlu ditolak dengan tegas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  • Beliau mengulas tindakan Dong Zong mengemukakan lapan tuntutan baru, selepas kumpulan 500 ahli persekutuan itu berhimpun di Padang Merbok sebelum berarak ke Parlimen dan menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
  • Dalam pada itu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyelar tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut Dong Zong di Parlimen semalam dengan menyifatkan, ia tidak ubah seperti pengkhianatan kepada kepentingan orang Melayu.
  • Katanya, beliau kesal dengan sikap Anwar yang tidak sensitif dengan tuntutan melampau Dong Zong hanya kerana ingin memenangi hati kaum Cina demi mencapai cita-cita bergelar Perdana Menteri walaupun ia mengguris perasaan orang Melayu.
  • Ibrahim sehubungan itu menggesa orang Melayu agar bangkit bersatu bagi memastikan hak yang sedia terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan terpelihara serta Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak dicabuli sesuka hati oleh pihak tidak bertanggungjawab.
  • “Kita tiada masalah jika tuntutan tersebut berkisar mengenai masalah kekurangan guru tetapi hakikatnya Dong Zong mahu lebih daripada itu. Harus diingat Dong Zong ini memboikot sebarang penyertaan dalam sebarang seminar mahu pun sidang meja bulat anjuran kerajaan.
  • “Kalau mereka begitu berani mengapa kita terus menikus bila hak melayu semakin hilang, bolehkah kita berhimpun seramai mungkin bagi menuntut setiap pelajar Melayu yang layak ke universiti diberi biasiswa penuh termasuk sara diri kerana itu hak yang dijamin dalam Fasal 153,” katanya