Cina Rasis

1 10 2012

 

 

Dong Zong is back in the news with same old demands, but why?

  • Anybody who reads this blog would by now know that I consider the Dong Zong as an extremist organisation who will disturb the delicate harmony of this multiracial country if they are not supervised by the Gomen. 
  •  
  • There seemed to be no end to their demands, and they are getting bolder even doing a demo near Parliament yesterday and  they are still insisting that any Non-Mandarin speaking teachers be transferred out of the SJKCs never mind that these teachers could even be a Chinese who can’t speak Mandarin, lets not even begin to talk about the Malay or Indian teachers who teaches BM or English in the vernacular schools. 
  •  
  • I think these extremists should open their eyes and have a look around them, they cannot live in a vacuum forever, the demographics of this blessed country are changing and changing fast. 
  •  
  • Here is a good view from Utusan that the Dong Zong extremists should read, though I do not think they would be tolerant of the view of others different from their extremist views:
  • Mengapa begitu Dong Zong?
  • Oleh ZULKIFLI JALIL
  • pengarang@utusan.com.my
  • MAKIN rancak nampaknya gendang tuntutan Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) setelah berjaya mendapat kelulusan pembinaan sekolah menengah Cina swasta dan sekolah Menengah Chong Hwa di Kuantan, Pahang.
  • Terbaharu, persatuan itu mendesak kerajaan meluluskan sekolah menengah Cina swasta cawangan Segamat.
  • Dan terbaharu lagi di Parlimen kelmarin, Dong Zong mengemukakan memorandum lapan tuntutan kepada kerajaan bagi menuntut beberapa masalah yang melanda Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) diselesaikan.
  • Hakikatnya, kaum-kaum lain agak sukar ‘membaca’ kehendak Dong Zong setelah apa yang dibuat oleh kerajaan selama ini dalam memberi bantuan kepada SJKC.
  • Hendak dikatakan kerajaan mengetepikan kebajikan kebajikan SJKC, tentu sekali tohmahan ini ditolak mentah-mentah oleh sesiapa yang berfikiran waras dan rasional.
  • Kos yang dikeluarkan kerajaan bukan sedikit untuk sekolah Cina. Sejumlah RM1.8 bilion diperuntukkan kerajaan Pusat setiap tahun untuk membayar gaji guru-guru dan operasi mengurus di SJKC seluruh negara.
  • Dalam Bajet 2012 sahaja, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperuntukkan tambahan RM100 juta khas untuk penyelenggaraan SJKC dan pembinaan SJKC baru.
  • Ketika ini, terdapat 1,294 buah SJKC di seluruh negara termasuklah sekolah SJKC baru dibina. Buat masa ini sekolah-sekolah SJKC juga dalam pembinaan di kawasan padat penduduk kaum Cina. Malah, kerajaan mempunyai perancangan untuk membina sekolah-sekolah ini termasuklah di Puchong, Serdang, Kuala Lumpur dan Johor. Daripada jumlah 1,294 sekolah, sebanyak 455 adalah sekolah kurang murid (kurang 150 murid).
  • Dong Zong membangkitkan isu kekurangan guru di SJKC dan tindakan Kementerian Pelajaran menghantar guru yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa Cina untuk mengajar di SJKC. Dong Zong turut serta mengkritik polisi pendidikan negara yang didakwa tidak adil terhadap sekolah pelbagai aliran.
  • Realiti yang harus dilihat oleh rakyat Malaysia ialah Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk melatih guru-guru SJKC. Pada 2009, terdapat kekurangan guru seramai 4,991. Pada tahun berikutnya jumlah itu telah dikurangkan kepada 3,043 dan pada 2011, jumlahnya menurun kepada 2,720.
  • Akhirnya pada tahun ini, kekurangan guru di SJKC adalah hanya seramai 1,874. Daripada jumlah ini, kementerian berkenaan telah melantik sejumlah 1,482 guru interim untuk mengisi kekosongan tersebut. Baki 392 orang boleh dicadangkan calon guru interim oleh Guru Besar SJKC untuk dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
  • Jadi, adakah peruntukan yang diterima oleh SJKC sedikit seperti dibangkitkan dalam memorandum kelmarin?
  • Antara tuntutan Dong Zong kelmarin ialah dikeluarkan serta-merta guru-guru yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa Cina dari SJKC. Juga, pelaksanaan mekanisme normal penubuhan SKJC dengan menyediakan tanah rizab sekolah.
  • Dong Zong juga menuntut supaya dipulihkan sistem latihan guru Bahasa Cina yang menggunakan medium Bahasa Cina dan menubuhkan kumpulan Bahasa Cina dalam maktab perguruan.
  • Bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di SJKC, kementerian berkenaan yang diterajui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun menggariskan lapan tindakan untuk menyelesaikan masalah ini pada 21 Mac lalu (2012):
  • 1. Kekurangan guru interim seramai 392 akan dicadangkan terus oleh Guru Besar SJKC dan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Ini bagi memenuhi kekosongan yang sedia ada.
  • 2. Lebih kurang 100 orang guru kaunseling yang tidak faham bahasa Cina akan dikeluarkan serta-merta dari SJKC dan digantikan dengan guru berpengalaman yang dilantik oleh guru besar sehingga mendapat guru yang bersesuaian.
  • 3. Peringkat pertama, iaitu dari Tahun satu hingga tiga, guru yang mengajar subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris perlulah guru yang mempunyai kelayakan Bahasa Cina dan peringkat kedua, iaitu dari Tahun empat hingga enam akan diajar oleh guru khusus dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • 4. Subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di SJKC Kurang Murid perlulah diajar oleh guru yang berkelayakan Bahasa Cina.
  • 5. Lebih kurang 20 orang guru subjek sivik yang tidak faham bahasa Cina akan dikeluarkan dari SJKC.
  • 6. Guru lepasan Bahasa Cina yang mengajar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris lebih dari lima tahun akan diberi latihan khas supaya mereka mendapat kelulusan tambahan untuk mengajar subjek tersebut.
  • 7. Menambah pensyarah Bahasa Cina di Maktab Perguruan supaya lebih ramai guru Bahasa Cina boleh dilatih untuk memenuhi permintaan di SJKC.
  • 8. Seramai 98 orang lepasan Diploma Pendidikan yang mempunyai kelayakan Bahasa Cina akan dihantar ke SJKC.
  • Kementerian juga menubuhkan Mesyuarat Meja Bulat yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.
  • Beliau menjemput lima pertubuhan utama yang dilihat sebagai ‘pemegang saham’ untuk membincangkan cadangan penyelesaian tersebut.
  • Antara yang dijemput ialah Dong Zong, Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong). Ia turut disertai Kesatuan Guru Besar SJKC Malaysia dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK/NUTP).
  • Malangnya, pada 5 Mei lalu, Dong Zong menarik diri daripada Mesyuarat Meja Bulat tersebut. Alasannya, mesyuarat hanya membincangkan isu-isu teknikal dan bukannya polisi. Dalam tempoh dua bulan, bolehkah terus diputuskan polisi?
  • Selepas menarik diri, Dong Zong kini mengadakan sekurang-kurangya 14 ceramah di seluruh negara untuk menjelaskan pendirian mereka dan mendesak kerajaan supaya mengubah polisi kerajaan terhadap sekolah pelbagai aliran.
  • Apa sekali pun pendirian Dong Zong, saya percaya mereka sedia maklum bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dulu berlaku adil kepada semua kaum untuk menikmati taraf pendidikan.
  • Ketika ini, pelbagai sekolah vernakular wujud dengan kurikulum, falsafah negara dan pedagogi, sistem, struktur organisasi dan kewangan diberi status urus tadbir sendiri.
  • Tetapi sayangnya, desakan sama rata dari aspek sistem persekolahan, bahasa pengantar, sukatan pelajaran, kokurikulum, kemudahan prasarana, tenaga pengajar dan jenis sekolah menjadi idea dan hakikat untuk mendesak pemerintah.
  • Sama ada mahu diakui atau tidak, masih ramai dalam kalangan masyarakat Cina tidak mahir bertutur dan tidak menggunakan bahasa kebangsaan dalam majlis bersifat formal. Apalagi dalam program anjuran pihak swasta dan perniagaan.
  • Kaum-kaum lain juga ada hak membela kepentingan dan kebajikan masing-masing, biarpun masyarakat Melayu dilihat mengalah tetapi nilai tolak ansur dan kekitaannya tinggi.
  • Dikatakan selagi belum diumum bubar Parlimen, selagi itulah bermacam tuntutan termasuk tidak munasabah dan terdesak akan berlingkar dalam tempoh tujuh bulan ini (mandat kerajaan berakhir 28 April 2013).
  • Dong Zong perlu kembali ke meja perbincangan.
  •  
  • Dong Zong’s demands will not be without consequences, read: 
  •  
  • Kerajaan Perlu Tegas Tuntutan Dong Zong Yang Bertentangan Dengan Perlembagaan – Perkasa
  • Lets not open the Pandora’s Box of our delicate racial harmony.

Actions

Information

2 responses

1 10 2012
Gejala Jahanam

They should know that in Thailand, they were made to use local names, wear local dresses etc. The same in the Philippines. In Indonesia they could not even have lion dances at one stage.

Are they waiting for a such a situation to occur in this country? They should on their own join Malaysian society and use Bahasa Malaysia.

3 10 2012
Snuze

Kaduk naik junjung, diberi betis, hendakkan peha.

=P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: