Cina Rasis, Melayu jual bangsa

2 10 2012

 

 

PAS SENYAP BILA DONG ZHONG MAKIN BIADAP !

  • Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Pas agar menegur Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) jika benar parti itu bercita-cita mahu menggantikan UMNO dalam membela kepentingan orang Melayu.
  • Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana tuntutan Dong Zong tidak terhad kepada soal kekurangan guru semata-mata tetapi turut mendesak kerajaan supaya membenarkan mata pelajaran Sejarah berasaskan sejarah China diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
  • Beliau menyelar sikap berdiam diri Pas dalam soal itu kerana dipercayai bimbang kaum Cina tidak mengundi parti tersebut pada pilihan raya umum akan datang berkata, Pas tidak akan mampu menggantikan UMNO jika tidak berani menegur Dong Zong.
  • “Mana suara Pas dalam soal ini? Mereka mendakwa mahu menggantikan UMNO tetapi hendak menegur Dong Zong pun tidak berani tetapi jika kerajaan menurut kehendak Dong Zong, saya percaya Pas akan menjadi pihak pertama menuduh UMNO jual bangsa Melayu.
  • “Atas sebab itu, Perkasa mahu kerajaan bertegas. Mana-mana tuntutan Dong Zong yang bertentangan dengan Fasal 151, 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan serta Dasar Pelajaran Kebangsaan perlu ditolak dengan tegas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  • Beliau mengulas tindakan Dong Zong mengemukakan lapan tuntutan baru, selepas kumpulan 500 ahli persekutuan itu berhimpun di Padang Merbok sebelum berarak ke Parlimen dan menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
  • Dalam pada itu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyelar tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut Dong Zong di Parlimen semalam dengan menyifatkan, ia tidak ubah seperti pengkhianatan kepada kepentingan orang Melayu.
  • Katanya, beliau kesal dengan sikap Anwar yang tidak sensitif dengan tuntutan melampau Dong Zong hanya kerana ingin memenangi hati kaum Cina demi mencapai cita-cita bergelar Perdana Menteri walaupun ia mengguris perasaan orang Melayu.
  • Ibrahim sehubungan itu menggesa orang Melayu agar bangkit bersatu bagi memastikan hak yang sedia terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan terpelihara serta Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak dicabuli sesuka hati oleh pihak tidak bertanggungjawab.
  • “Kita tiada masalah jika tuntutan tersebut berkisar mengenai masalah kekurangan guru tetapi hakikatnya Dong Zong mahu lebih daripada itu. Harus diingat Dong Zong ini memboikot sebarang penyertaan dalam sebarang seminar mahu pun sidang meja bulat anjuran kerajaan.
  • “Kalau mereka begitu berani mengapa kita terus menikus bila hak melayu semakin hilang, bolehkah kita berhimpun seramai mungkin bagi menuntut setiap pelajar Melayu yang layak ke universiti diberi biasiswa penuh termasuk sara diri kerana itu hak yang dijamin dalam Fasal 153,” katanya

 


Actions

Information

One response

8 10 2012
Zorro

PAS apa tau? Nik Aziz mengaku Melayu pun tidak. “Ambo buke Melayu, Isle je”, kata dia.

Mana yang DAP sokong, dia sokong lah, DAP sokong Dong Zong, Nik Aziz pun diam lah. Apa dia tahu fasal perpaduan negara melalui SSS dsbnya.

Aku kagum Karpal, aku kagum Karpal, kata dia. Tapi Negara Islam & Hudud yang dah kena humban berdentum keluar dek puak Erdogan di Muktamar PAS 2011, dia susah payah pungut Hudud semula, pastu, tiap kali dia sebut Hudud, Karpal ludahkannya. Diam saja juga. Apa jenis orang tua takda maruah langsung tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: