Najib dan Vernakularnya – Suatu Percanggahan besar yang melibatkan ASAS-ASAS NEGARA

18 10 2012

 

Bahasa Melayu berperanan satukan rakyat Malaysia di luar negara: Dr Zufaryadi

Posted on October 17, 2012, Wednesday

SIBU: Bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu berperanan penting dalam me-nyatukan rakyat negara ini walaupun mereka berada di luar negara.

Timbalan Residen Bahagian Sibu Dr Zufaryadi Abdullah berkata, walaupun berada di luar negara, rakyat negara ini tetap menggunakan bahasa kebangsaan untuk bertegur sapa.

“Apabila berjumpa rakan-rakan baik yang berbangsa Cina, India atau kaum Bumiputera yang lain, perkataan pertama yang akan kita sebut adalah ‘apa khabar’. Kita tidak bertanya ‘how are you’, walaupun kita berada di luar negara.

“Ini menunjukkan bahasa boleh menyatukan rakan-rakan senegara apabila ber-ada di luar,” ujarnya ketika berucap menyambut ketibaan rombongan Kembara Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 Peringkat Negeri Sarawak di sini, petang semalam.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sibu Khalid Andong, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak Dr Amran Joned dan Penolong Pengarah DBP Sarawak Dr Hazami Jahari.

Menurut Dr Zufaryadi, apabila orang luar melihat kita mempunyai satu bahasa, kita dilihat sebagai satu masyara-kat yang mempunyai bahasa yang boleh menyatupadukan masyarakat.

“Apabila kita berada di negara luar khususnya, kita akan berasa bahawa kita aaldah warganegara atau rakyat Malaysia apabila kita bertemu di luar negara. Mungkin di dalam negara kita tidak dapat merasakan semua ini,” katanya.

Di samping itu ujar beliau, universiti-universiti antarabangsa di Amerika Syarikat, Jepun dan juga China mempunyai Unit Bahasa Melayu.

“Di sana kita melihat bahasa Melayu adalah bahasa yang boleh digunakan sebagai bahasa ilmu, yang boleh digunakan bukan sahaja oleh bangsa atau kaum Melayu, tetapi kaum-kaum lain di seluruh dunia.

“Kita ingin suatu hari nanti bahasa kita boleh menjadi seperti bahasa Jepun yang digunakan di banyak tempat di dunia ini,” jelas beliau sambil menambah ini supaya bahasa kebangsaan kita menjadi satu rumpun bahasa yang digunakan di wilayah Asia Tenggara dan seterusnya di seluruh pelosok dunia.

Menyentuh mengenai Kembara Bahasa, Dr Zufaryadi berkata, cabaran besar yang dihadapi dalam menjadikan sesuatu bahasa itu sebagai bahasa ilmu atau nusantara, bahasa Melayu mestilah menjadi bahasa yang dinamik.

Dalam erti kata yang lain katanya, semua orang boleh menulis atau membaca bahasa tersebut di mana-mana dan bila-bila sahaja.

“Jika kita pergi ke Sibu, selain kita mempunyai bahasa Inggeris dan Mandarin, kita juga perlu meletakkan bahasa kebangsaan sebagai satu tanda atau tulisan di  papan tanda.

“Kita juga berharap kepada masyarakat di Sibu agar mereka turut menggunakan bahasa kebangsaan di papan tanda,” jelas Dr Zufaryadi.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: