“New Politics” Najib – Undi didepan, IDENTITI NEGARA entah kemana

22 10 2012

 

Pilihan Orang Melayu – Nak Mati Perlahan ATAU Nak Mati Cepat ?

Saya cakap dah …… Saifuddin Abdullah memang akan bersama Kabinet selagi Najib jadi PM. Cara mereka berfikir SAMA ! New Politics tidak mengambilkira faktor bangsa atau agama, semuanya SAMARATA dan SEMUANYA meletakkan UNDI didepan. Apa-apa tindakan pun harus mengambilkira sokongan politik.

Bila berdepan dengan isu yang agak sensitif, selalunya akan dituntut sikap TOLERANSI dipihak Melayu bila sedikit demi sedikit hak kononnya digenggam kemas oleh Perlembagaan, dilepaskan bagi memenuhi tuntutan bukan Melayu ……… demi menjaga sokongan politik mereka.

Begitu juga isu Sekolah Cina, segala tuntutan kaum cina dipenuhi sedikit demi sedikit ……… demi menjaga sokongan politik mereka.

Satu persatu sekolah cina baru akan dibuka. Sijil UEC diiktiraf, Sijil Universiti dari negara China juga diiktiraf ….. yang saya nampak dimasa depan, orang cina TIDAK PERLU faham Bahasa Kebangsaan atau TIDAK PERLU berinteraksi dengan orang Melayu untuk terus hidup di Tanah Melayu, dari waktu dilahirkan sampai mereka mati ! TIDAK ADA KEPERLUAN UNTUK ITU SEMUA.

Tidak kah keputusan kerajaan dan desakan kaum cina dalam isu sekolah ini PENUH DENGAN UNSUR RASIS ? !

Orang Melayu telah KORBANKAN identiti bangsa mereka demi negara bila bahasa Melayu dan Sekolah Melayu dijadikan status Kebangsaan. Mana ada lagi Sekolah Melayu ? Yang ada cuma Sekolah Kebangsaan…….. dengan harapan SEMUA rakyat berbilang kaum dapat bersatu dibawah satu payung yang beridentitikan Nasional.

Jika kerajaan berterusan mengiktiraf segalanya yang CINA, kenapa tidak kita tuntut Sekolah Kebangsaan diMELAYUkan semula ! Tidak perlu ada identiti Kebangsaan kalau status itu diperlekehkan oleh pemimpin kerajaan sendiri.

“Untuk pengundi Cina, kita perlu benar-benar, menyelami sedalam-dalamnya isu yang mustahak untuk mereka, misalnya pendidikan.

Secara peribadi, saya rasa kita perlu tunjuk “road map” bila kita nak iktiraf sijil yang dikeluarkan oleh 60 buah sekolah persendirian Cina,” kata Saifuddin kepada TMI. Saifuddin juga yang tahun lepas menggesa kerajaan supaya mengiktiraf Sijil UEC DEMI MENARIK SOKONGAN UNDI CINA- KLiK. Beliau juga yang mengumumkan pengiktirafan Universiti2 China oleh Agensi Kelayakan Malaysia bulan Mac lepas – KLiK

Bagaimana pula dengan isu-isu yang MUSTAHAK kepada orang Melayu ?

Takper…… sebab orang Melayu tak pandai menggunakan kuasa politik mereka. Bila Melayu dalam pembangkang bersungguh-sungguh mahu SAMARATAkan semuanya dengan cina, apa yang Umno perlu tunjukkan adalah Umno tidaklah seLIBERAL Melayu pembangkang walaupun tetap hak Melayu diliberalkan sedikit demi sedikit……. sekurang2nya Umno tidak lepaskan kesemuanya sekali gus seperti janji Melayu PR jika mereka menang.

Malah agenda Melayu langsung diperlekehkan oleh PR !

Jadi orang Melayu tidak punya pilihan. Nak mati perlahan atau nak mati cepat ?

Sepatutnya pemimpin2 negara pecahkan kepala otak memikirkan bagaimana mahu melahirkan generasi bukan Melayu seperti Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan ! KLiK  Itulah yang seharusnya menjadi CABARAN 1MALAYSIA yang sebenar. Melahirkan rakyat yang meletakkan kepentingan Nasional didepan.

Petikan dari link diatas –

Persoalannya, berapa ramai orang-orang bukan Melayu seperti Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan yang telah berjaya kita lahirkan? Rata-rata yang ada adalah mereka yang terdiri daripada kumpulan yang mahukan keadilan melalui konsep sama rata dan sama rasa. Keadilan tidak lagi dilihat menurut definisi yang betul yakni, meletak sesuatu pada tempatnya.

Tetapi apabila keadilan dilihat semata-mata dari sudut konsep sama rasa, sama rata yakni jika orang Melayu dapat sebiji, maka orang bukan Melayu perlu juga diberi satu biji. Jika dua biji diberikan kepada orang Melayu, satu biji kepada bukan Melayu, maka itu tidak adil, tanpa mahu mengkaji atau sengaja buat-buat tidak faham kenapa keadaan sebegini wujud. Ini politik kurang matang yang telah menyelubungi politik Malaysia sekian lama.

Baca juga artikel sebelum ini –

Apakah Melayu Akan Tewas Jika TIDAK Sokong Sekolah Cina ?

Advertisement