Orang Cina yang bertebaran di bumi Malaysia

29 10 2012

Sin Chew – Ayuh Bersatu ! Semua Samaratakan TAPI Sekolah Cina Jangan Kacau Ok !

Artikel terjemahan SinChew Daily News dari Rocky Little Chinese Bru betul-betul menyingkap sikap HIPOKRIT penulis dan editornya. Mungkin kah pandangan yang sama turut dikongsi oleh kaum cina ? Saya copy sepenuhnya dengan sedikit peng-highlight -an.

Sinchew Daily News
Ruangan: Opinion Corner m/s 38
Tarikh: 26 Okt 2012 (Jumaat)

Hilangkan syak wasangka, bina sikap saling mempercayai
Oleh Lim Sue Guan
Timbalan Pengarang Sinchew Daily News

Projek perubahan Najib sudah berjalan selama 3 tahun, tetapi tidak membawa kepada perubahan dalam pemikiran serta pengetahuan am dalam erti mengenal perubahan dalam fikiran masyarakat.

”Kongres Ekonomi Melayu 2012” baru-baru ini telah berlangsung, ia sama juga seperti tahun-tahun sudah, perhimpunan kali ini tetap tidak berubah masih berkisar membincangkan pemegangan saham bumiputera, mahu pihak kerajaan dan syarikat-syarikat GLC membantu usahawan bumiputera; sampai bila baru cukup dan memadai untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat pelbagai kaum pula, supaya dapat wujudkan satu kongres yang boleh melibatkan ekonomi untuk semua rakyat?

Masa dahulu masih lagi kedengaran suara pemimpin-pemimpin membangkitkan usahawan bumiputera, usahawan Cina dan usahawan India perlu bekerjasama, untuk memperluaskan konsep kek-kek ekonomi; tetapi kekurangan dari segi kepercayaan di antara satu sama lain, terhalang dengan saling tidak mempercayai dan syak wasangka, win-win situation antara kaum ini telah pun dilupai.

Sebuah kongres ekonomi dari sudut kaum sahaja, pandangan mereka sudah tentu agak sempit, contohnya dulu, menteri dari kalangan UMNO Tan Sri Sanusi Junid pada kongres tersebut dengan lantang berkata, pada masa itu Mahathir gunakan cara sistem polisi Jerman menentang orang-orang Yahudi, tidak keluarkan lesen bank kepada orang-orang bukan bumiputera, tetapi pada ketika itu Menteri Kewangan Anwar Ibrahim pecahkan ruyung langgar halangan itu, keluarkan lesen kepada Hong Leong Bank dan Allianz Bank.

Pada ketika itu niat Sanusi Junid ialah cuba menghentam Anwar Ibrahim, mengatakan Anwar Ibrahim merosakkan agenda Melayu, tetapi pada ketika itu menyebabkan orang-orang bukan Melayu rasa tersinggung; orang-orang bukan Melayu membayangkan bahawa orang-orang Cina adalah seperti orang-orang Yahudi, kepada orang-orang Cina yang setia pada negara ini bukankah sudah tercalar?

Jika pada Abad yang lepas mahu dengki mendengki, saling berhati-hati dan waspada, menyekat pihak lain untuk berkembang, sepatutnya pada waktu ini semua fahaman itu perlu dikikis, terutama sekali kepada ahli-ahli politik; jika mereka masih timbulkan isu-isu lama, ia melambangkan pemikiran mereka sendiri sangat mundur.

Politik perkauman itu satu penyakit barah menyebabkan polisi perubahan tidak dapat dilaksanakan dengan baik, kerana mereka masih rasa syak wasangka, ia menjadi punca kepada saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Politik perkauman itu perlu dipecah dan ditadbir, hanya dengan cara begitu pemimpin yang berkuasa baru dapat mentadbirnya; tetapi ini sebenarnya satu permainan kosong-kosong dan sama rata. Hari ini pada keseluruhannya yang sepatutnya kita tekankan ialah persaingan antara negara-negara, bukan lagi berlegar pada nilai saham antara kaum. Jika ekonomi negara meleset, pasti nilai saham antara kaum juga akan turut mengecil.

Dalam laporan Bank Dunia, Malaysia melonjak ke tempat ke-12 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2013 oleh Bank Dunia, ia memang menggembirakan kita, tetapi yang paling penting ialah ranking persaingan negara dan kekuatan sebenar ekonomi kita.

Pertikaian dalam bab ekonomi kaum, sebaliknya kenapa kita tidak cuba rapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaya dan miskin, dan hapuskan tidak puas hati dalam masyarakat. Kita sepatutnya tangani kemiskinan, pendidikan dan persaingan dalam perniagaan melalui prestasi, sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan perlu dibantu, kesannya pasti akan lebih baik daripada apa yang ada sekarang ini, ia juga boleh terhindar daripada gejala rasuah dan sikap tamak.

Kekuragan sikap saling mempercayai antara satu sama lain kita hanya membazirkan masa bertelingkah ke atas perkara-perkara yang tidak berfaedah, hanya asyik meragui antara satu sama lain. Contohnya Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM, Prof Dr Teo Kok Seong sebaliknya mengkritik orang-orang Cina kerana orang-orang Cina tidak mahu menerima blue print pendidikan saranan pihak kerajaan, untuk memperkukuhkan bahasa Melayu di SJKC supaya menggunakan sylibus sekolah kebangsaan, beliau anggap orang-orang Cina terlalu pertahankan bahasa Cina.

Walaupun Dr Teo Kok Seong seorang berketurunan Cina, beliau tidak memahami masyarakat Cina, masyarakat Cina membantah kerana disebabkan masyarakat Cina khuatir kualiti di SJKC akan berubah, tindakan masyarakat Cina itu sebenarnya mahu pertahankan pendidikan bahasa Ibunda mereka, kegusaran dalam jiwa seperti ini dalam masyarakat Cina ada kaitannya dengan politik dan sejarah.

Sebab itu ia perlu melalui kaum hindarkan politik, laksanakan polisi yang terbuka yang bukan dari sudut perkauman, barulah ia dapat ketepikan syak wasangka di antara satu sama lain, supaya semua orang boleh rasa lapang dada, dan mampu bina saling mempercayai di antara satu sama lain.

Orang-orang Malaysia memang bijak, selama 50 tahun terpusing-pusing dengan agenda politik, menyebabkan berlaku pecah dan tadbir, pembaziran dalaman yang ketara, menyebabkan kekayaan negara serta orang-orang cerdik pandai mengalir keluar. Seterusnya kita meronta-ronta dan bertelagah di antara satu sama lain di tempat dan di ruang yang sempit ini, bermakna alam kita ini semakin lama semakin mengecil.

**********************************

Ada sesiapa nak beri pandangan ?

PS – saya nak komen satu jer – Apakah tindakan dipihak pemimpin2 kita kearah menyedarkan kaum bukan Melayu kenapa negara kita PERLU dasar2 Affirmatif, kearah KEADILAN dalam perkongsian ? Bahawa Samarata itu tidak bermakna ADIL ?

Advertisement