Layak digelar sebagai PENDATANG TEGAR

7 11 2012

 

 

 

Jangan Paksa Sekolah Cina Ajar Bahasa Melayu

Pisau kongsikan apa yang Dong Zhong mahu, seolah dasar pendidikan kebangsaan yang baru menindas sekolah vernakular. Tidak ada negara lain didunia memberi bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan melainkan kerajaan BN Malaysia. Lihat di Singapura,Australia mahu pun di UK langsung tak ada bantuan.

Berbillion ringgit ditabur oleh kerajaan BN kepada sekolah sekolah ini sedangkan ia menyalahi perlembagaan negara. Kesalahan BN cukup nyata apabila memberi muka hinggakan pusat menternak hibrid ultrakiasu DAP memandang enteng akan peri pentingnya semangat nasionalisme.

Berapa peratus mereka mereka ini fasih berbahasa Malaysia? Berapa peratus mereka ini mampu menulis dengan baik dalam bahasa Malaysia?

Tak kurang atau terhakis sedikit pun warisan bangsa anda jika belajar bahasa kebangsaan.

Duit kerajaan Malaysia mereka nak tapi bahasa Malaysia mereka taknak..  Malaysian First Chinese Second atau Chinese First Malaysian Second.. ?!

PELAN Pendidikan Kebangsaan atau Malaysian Educational Blueprint yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini pada pandangan penulis lebih baik ditukar nama kepada yang lebih sesuai iaitu, “Pelan Kerajaan BN Suruh Semua Orang Cakap Melayu”.

Mana tidaknya, pelan pendidikan ini jelas hanya memperkasakan bahasa Melayu dan meminggirkan bahasa ibunda yang lain dalam sistem pendidikkan kita, terutama sekali bahasa Cina dan India.

Inilah juga alasannya kenapa pertubuhan-pertubuhan pendidikan Cina di negara ini seperti pertubuhan Dong Zhong, menolak sepenuhnya perlaksanaan pelan pendidikan tersebut, malah akan mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 25hb November depan bagi menunjukkan bantahan mereka.

Antara lain yang disebut dalam pelan pendidikkan ini ialah, menjadikan Bahasa Melayu sebagai satu-satunya medium pengajaran di seluruh sekolah kerajaan, menambah tempoh pembelajaran bahasa Melayu dari 180 minit ke 570 minit dan penghapusanremove classsyang sebelum ini dikhususkan untuk pelajar menengah dari sekolah rendah jenis kebangsaan (SJKC).

Kalau semua ini bukan dibaca untuk memperkasakan bahasa Melayu, penulis tidak tahu nak menggelarkannya sebagai apa.

Memang ini negara Malaysia, bukan negara China atau India, tapi dalam masa yang sama kerajaan perlu memperakukan bahawa bahasa ibunda masing-masing juga perlu dipertahankan, selari dengan gesaan UNESCO.

Walaupun ada berpendapat gesaan UNESCO itu tidak meliputi sistem pendidikan kebangsaan, tapi itu bukan masalah untuk perkara tersebut dilaksanakan disini, apatah lagi bila perlembagaan Malaysia juga menetapkan supaya setiap rakyat diberi kebebasan mengamalkan bahasa ibunda masing-masing.

Penulis rasa elok dikekalkan sistem sekarang bila bahasa Melayu diajar secara minima di sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan penumpuan lebih diberikan kepada bahasa ibunda masing-masing.  Menambah tempoh pembelajaran dalam bahasa Melayu bermaksud mengurangkan masa untuk pembelajaran dalam bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan.

Walaupun penulis akui sistem pengajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina sedia ada tidak banyak membantu meningkatkan komunikasi antara orang Cina dan orang Melayu, tapi keadaan itu boleh di atasi kalau kerajaan bersifat adil kepada semua kaum di negara ini seperti yang pernah dicadangkan Pakatan Rakyat.

Nampak macam tak berkaitan (antara berkomunikasi dan bersikap adil) tapi ia sebenarnya ada kaitan tidak langsung yang banyak.  Sukar rasanya penulis nak jelaskan disini kerana perkara ini terlalu ‘berat’ untuk orang yang tidak berpedidikan tinggi faham, yang penting, ada kaitanlah.
Lagipun dengan negara China semakin pantas menghampiri negara-negara barat dari segi penguasaan ekonomi, permintaan untuk tenaga mahir yang mampu bertutur dalam bahasa Mandarin dijangka akan menjadi lebih tinggi, mengatasi mereka yang mahir menguasai bahasa Inggeris apatah lagi bahasa Melayu yang tidak laku di peringkat antarabangsa ini.-Mkini

Pisau kata dah lebih 50 tahun merdeka,ada yang tak fasih cakap Bahasa Malaysia…ada yang tak tau menyanyi lagu Kebangsaan… nak sama rata?

Advertisement