Introducing Malaysians to their own country

16 09 2012

 

PETALING JAYA: Knowledge of history is important to introduce Malaysian youths to their own country, said historian Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

He said many young people were doing strange things, such as stepping on the national flag, because they did not understand or appreciate the country’s history.

“Many people today do not even know the difference between ethnicity and nationality.

“We need to introduce the young to our country so that they understand the unique and interesting history of Malaysia,” he said during a press conference yesterday.

Dr Khoo, 75, a renowned historian, is a professor in the History Department of Universiti Malaya and also the Chancellor of KDU University College.

His contributions to the country include co-authoring the Rukun Negara in 1969.

“Unless you understand history, you cannot understand what is happening in the country today,” he said after receiving RM100,000 in sponsorship from the Sime Darby Foundation.

The contribution is to sponsor the publication of Esei-esei Lengkap Sejarah Malaysia, a compilation of essays by Dr Khoo since 1966.

Writer Eddin Khoo, who is Dr Khoo’s son and the chief editor of the publication, said all of his father’s works would be available in both English and Bahasa Malaysia for the first time.

Sime Darby Foundation council member Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin praised Dr Khoo for being very passionate about his work.

The support is critical as the study of Malaysia and its past is a concern for our current education system,” he said.





What Is Our Priority?

10 07 2012

 

 

Source IAIS, Malaysia

ON the eve of the formation of the nation state, the government set up a committee under Datuk Abdul Razak Hussein (later Tun) to come up with a national education policy after the first federal elections in 1955. Its 1956 Razak Report stated that the national education policy’s main objective was national unity. Until the present, parents have never considered nation-building a priority in education. Even education authorities have spoken more of the importance of science and technology, while the system increasingly has given priority to examinations………. Download the full article in pdf attachment (below)


Download attachments:

 





Gomen must decide on unity over votes

14 04 2012

 

 

Tuntutan rasis Dong Zong menambahkan lagi jurang perpaduan antara kaum

 

Another follow up article of the racist Dong Zong/DAP rally. Sourced here.

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

  • DONG Zong cetus isu lagi. Rakyat tidak tahu apa motifnya kali ini. Tapi nampaknya Dong Zong lebih agresif dan serius. Tidak pandang kiri dan kanan lagi berbanding satu dekad lepas.
  • Nampak benar semakin ‘besar kepala’ lagaknya. Penulis tidaklah mahu komen panjang lebar motif perhimpunan Gabungan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia ini atau Dong Zong di Kajang baru-baru ini.
  • Sebab kalau ‘terlangsung’ pengamatan penulis, akan timbul pula kontroversi. Maknanya kontroversi ‘di atas kontroversi’ pula apabila membicarakan soal empat ‘usul besar’ yang dibangkitkan Dong Zong.
  • Dalam empat ini, salah satunya dikehendaki Dong Zong adalah mahu pihak Kementerian Pelajaran memindahkan segera guru-guru yang dihantar ke SJKC pada sesi persekolahan awal tahun ini yang tidak tahu berbahasa Cina. Ini termasuk guru-guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

  • Mengambil pendekatan tidak berpihak, penulis semalam mengajukan kemelut yang dicetuskan Dong Zong ini kepada dua tokoh pendidik, iaitu bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Rahman Arshad yang kini merupakan Canselor Universiti Kolej Sedaya International (UCSI). Dan seorang lagi, profesor yang sering dimomokkan ‘Cina yang bukan Cina lagi’ oleh Dong Zong, Prof. Emeritus, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.
  • Ikuti suara hati kedua-dua individu ini mengenai tindak tanduk Dong Zong di Kajang tempoh hari.
  • Luahan Tan Sri Abdul Rahman:
  • “RANCANGAN yang dicadangkan Dong Zong ini jelas tidak mahu terima orang bukan Cina di SJKC. Saya amat terperanjat dengan tindak balas ini. Masakan orang Melayu dan India yang mengajar bahasa Melayu dan Inggeris di SJKC semuanya tahu berbahasa Mandarin.
  • Dahulu, kita dapat guru yang mengajar bahasa Inggeris, dia bukannya orang Inggerispun. Kalau yang mengajar bahasa Inggeris di sekolah Melayu pun, tidak semestinya dia boleh berbahasa Melayu.
  • Tindak tanduk Dong Zong ini seolah-olah tidak mahu memberi peluang kepada orang bukan Cina mengajar di SJKC. Tidakkah juga satu pembaziran juga jika orang yang tahu bahasa Cina nak mengajar bahasa Melayu pula.
  • Cuma, satu sahaja yang saya lihat kesan daripada perbuatan Dong Zong ini iaitu menebalkan lagi jurang perpaduan. Masalah kita sekarang adalah perpaduan. Perpaduan bererti kita semua kaum boleh bergaul bersama. Adakah baik sekolah Cina semuanya Cina belaka?
  • Seelok-eloknya yang bagus dalam bidang Geografi mengajar Geografi, bagus dalam bahasa Melayu ajar bahasa Melayu. Apa erti semuanya ini Dong Zong? Adakah anda tidak mahu bangsa asing di SJKC.
  • Kalau tebalkan lagi perkauman, jangan sebutlah kita tentang perpaduan. Yang saya boleh rumuskan ialah Dong Zong tidak mahu bangsa asing selain Cina di SJKC. Saya tak mahulah kaitkan isu ini dengan politik sementelah lagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan berlaku tidak lama lagi dah.
  • Apa yang saya perhatikan juga ialah sebelum ini belum pernah berlaku tuntutan-tuntutan serius seperti ini. Jika kita melayan Dong Zong, apa akan jadi pula jika sekolah Tamil pun nak begitu iaitu yang hendak mengajar bahasa Melayu di sekolah Tamil, mesti boleh berbahasa Tamil dan di Sarawak pula, kalau ajar bahasa Melayu, harus tahu bahasa Iban.
  • Kita pun di sekolah kebangsaan tidak mahulah yang mengajar bahasa Mandarin mesti tahu bahasa Melayu di sebalik boleh berbahasa Melayu (kebangsaan) itu sebenarnya satu keperluan nasional.
  • Sebenarnya orang boleh menilai Dong Zong ini sebab jelas tuntutannya bertentangan dengan dasar bahasa kebangsaan yang mengutamakan soal perpaduan. Kalau kita berpolitikpun, ia hanyalah politik perpaduan.
  • Sekali lagi kalau kita benarkan tuntutan Dong Zong ini, dikhuatiri nanti kita semua berpecah belah. Yang Melayu dengan Melayunya, Cina dengan Cinanya dan India dengan Indianya.
  • Dan dalam hal ini juga bukannya kerajaan menganaktirikan sekolah Cina. Banyak peruntukan pun telah dihulurkan ke SJKC.
  • Juga, sekali lagi saya ingin ingatkan jika kita melayan tuntutan kecinaan (Dong Zong) ini, ia bukannya untuk hari ini sahaja. Tetapi ia akan menjadi isu kecinaan jangka panjang. Kalau lepas PRU13 pun, ini tetap juga akan dibangkitkan balik. Dan kita pula terpaksa pikulnya untuk jangka masa panjang.
  • Dengan tuntutan Dong Zong ini, ia bererti perpaduan yang dilaung-laungkan tidak ada erti lagi oleh kerana perasaan kecinaan bertambah tebal. Kadang kala bila kita beri ‘betis, mereka nak paha pula.”
  • Kata Tan Sri Khoo Kay Kim:
  • “Ini (tuntutan-tuntutan Dong Zong) memang masalah yang hangat dalam politik. Hanya politik ada niat sendiri. Kita tidak tahu apa mereka mahu sebenarnya.
  • Saya pernah dikritik oleh ahli politik UMNO kerana minta supaya Penyata Razak dilaksanakan sebab penyata ini dari awal lagi menyebut objektif utama Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah perpaduan negara. Tetapi ahli politik UMNO tidak setuju, apa kita nak buat.
  • Dan akhbar-akhbar Cina pun selalu kritik saya. Sangat susah! bagaimana kita nak wujudkan negara yang bersatu padu. Bagi saya, semua warganegara Malaysia mesti kena tahu bahasa Melayu.
  • Saya inginlah menarik perhatian di sini bahawa hanya Malaysia satu-satunya di dunia yang ada sekolah vernakular. Di negara lain tidak ada. Di Singapura tidak ada sekolah Cina pun.
  • Bahasa Cina bukanlah bahasa kebangsaan. Tindakan Dong Zong ini saya fikir kerana mereka mahu masyarakat Malaysia terus menjadi masyarakat majmuk. Tiap-tiap kaum duduk berasingan.
  • Sedangkan kita sudah menjadi negara bangsa, mana boleh mereka mahu keadaan ini diulangi. Apa maksud warganegara pun mereka tak tahu.
  • Sekarang kita adalah orang Cina di Malaysia, bukannya kita berada di China. Kita sudah jadi orang Malaysiakan.
  • Sebenarnya istilah bangsa suatu ketika dahulupun bermaksud kaum juga. Tetapi selepas Perang Dunia Kedua, apabila PBB ditubuhkan, kita terjemahkan United Nation Organisation sebagai
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bangsa itu nation, bukannya kaum.
  • Saya juga ingin ingatkan juga kalau di China tidak akan ada tuntutan-tuntutan sebegini (yang dilakukan Dong Zong) boleh disaksikan. Apa yang ditetapkan oleh kerajaannya, itulah juga dasar kebangsaan yang mesti dipatuhi. Singapura pun begitu juga, tetapi di sini (Malaysia) lain.
  • Saya bagaimanapun tidak boleh beri pandangan tentang tuntutan-tuntutan Dong Zong ini. Ini disebabkan mereka benci pada saya. Apa saya kata, mereka tidak setuju.
Definitely the Gomen must decide on unity over votes, as the racist Dong Zong and their supporters are in cahoot with the divisive DAP. The Gomen would not lose anything as their votes are already with the DAP, just look at how the hooligans treated the MOE Deputy Minister Dr Wee. Such Shameless Behaviour only reflects a failed education.




Kempen SSS diterima baik masyarakat Malaysia/ SSS campaign well accepted by the Malaysian public

31 10 2009

*[English version is at the end of this article]

Kempen SSS diterima baik masyarakat Malaysia

sss_final12

Idea mewujudkan satu sistem persekolahan dengan memperkenalkan konsep Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) semakin mendapat tempat dan dibincang secara meluas oleh segenap lapisan rakyat. Kami di Portal Kempen SSS melihat beberapa siri perbincangan yang berlaku pada masa ini sebagai sesuatu yang positif. Idea satu sistem persekolahan yang dicetuskan kembali oleh YB Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir di Parlimen ini pada mulanya pernah dikritik hebat. Malah, beliau diserang oleh pelbagai pihak sehinggakan ada yang menggesa agar beliau dikenakan tindakan atas tuduhan menghasut.

Cetusan Mukhriz ini disambut oleh citrawan KijangMas dari laman citra Demi Negara — dengan terbitnya sebuah artikel bertajuk “At last, someone with the testicular fortitude” pada 5 Disember 2008. Laman citra Demi Negara sebelum itu telah menerbitkan sebuah artikel berkaitan topik polarisasi kaum dan keperluan pembentukan Bangsa Malaysia yang bersatu padu melalui sebuah karya hebat yang kami di Kempen SSS anggap terbaik iaitu “Racial Polarisation and the Forging of Bangsa Malaysia” bertarikh 6 November 2008. Artikel ini berjaya menarik perbincangan yang positif dan sangat memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat.

Pada 12 Mei 2009, KijangMas bagi pihak Komuniti Citra Demi Negara telah memulakan inisiatif dengan pelancaran Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS). Kempen ini dilancar dengan disertakan bersama sebuah memorandum kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia yang mana memorandum menggesa agar sistem pendidikan negara dikaji semula.

Sebuah petisyen atas-talian turut sama dilancar untuk mendapatkan penglibatan dan sokongan segenap lapisan masyarakat.  Kempen ini juga telah mencetuskan kemarahan sesetengah pihak, termasuklah Ketua Pemuda MCA yang mengancam mahu membuat laporan polis terhadap citrawan-citrawan yang menganjurkan kempen ini.

Kempen ini dilaksanakan dengan komited dan secara berterusan dengan munculnya Portal Kempen SSS ini pada 31 Ogos 2009 dengan artikel sulungnya bertajuk “The SSS Initiative Usaha Murni SSS“. Portal ini dibangunkan sebagai tapak kempen dan untuk menyediakan perincian dan juga sebarang penjelasan lanjut kepada para pengunjung berkenaan cadangan SSS. Portal Kempen SSS turut sama mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan cadangan yang berkaitan.

Gesaan tokoh akademik seperti Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan Portal Kempen SSS terhadap keperluan mewujudkan sistem satu aliran ini membuka ruang kepada masyarakat untuk bersuara dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan tanahair tercinta. Usaha secara bersama oleh segenap masyarakat ini nampaknya semakin membuahkan hasil yang sangat positif.

Laporan BERNAMA pada 29 Oktober 2009 di bawah jelas menunjukkan bahawa usaha kita semua selama ini semakin diterima masyarakat dan perlu terus dibincang dan dilihat secara positif.

Muhyiddin Harap Isu Sekolah Satu Aliran Terus Dibincang

KOTA TINGGI, 29 Okt (Bernama) — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbincangan mengenai cadangan agar sekolah satu aliran dilaksanakan perlu diteruskan bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh daripada semua pihak.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun secara peribadi beliau bersetuju dengan sekolah satu sistem itu tetapi pada masa yang sama beliau faham bahawa daripada segi sejarah, sistem persekolahan negara ini mempunyai pelbagai aliran.

“Jika diikutkan fakta dalam Laporan Razak, itulah antara matlamatnya supaya kita ada satu sistem tetapi disebabkan keadaan dan sejarah, kita mempunyai sekolah pelbagai aliran.

“Soal ini adalah soal yang besar, jadi elok kita teruskan polemik perbincangan, biar kita mendapat gambaran yang jelas di peringkat pemimpin politik dan masyarakat,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2009 di Kampung Mawai Baru Khamis.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian sebagai mengulas cadangan tersebut yang dikemukakan oleh tokoh akademik dan sejarawan negara Tan Sri Prof Khoo Kay Kim yang disokong oleh pemimpin politik termasuk daripada pembangkang.

Muhyiddin berkata beliau tidak menghalang jika terdapat badan-badan bukan kerajaan ingin mengadakan perbincangan mengenai sekolah satu sistem untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh.

“Biar kita mendapatkan gambaran yang menyeluruh dan bukan daripada satu pihak sahaja, sama ada Tionghua, India dan Melayu,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata sekolah satu sistem itu adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia.

 

*[English version]

SSS Campaign well accepted by the Malaysian public

unityThe idea of having a single stream system with the introduction of the Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) or One School for All’s concept has been recognized and widely debated by the public, from all walks of life.  It was something that we, at the SSS Portal considered as a positive development. The idea which was re-suggested by YB Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir was once heavily criticized and also labeled as seditious by many. Worse, the Government had been urged by certain quarters to take a stern action against him.

Later, the One School System idea was taken up by the blogger, KijangMas from the blog, Demi Negara (DN). Hence, the article “At last, someone with the testicular fortitude” was born on the 5th December 2008. Before that, the blog Demi Negara had published an article about racial polarization and the need to build a Bangsa Malaysia that is united. This article which we, in SSS Portal considered as the best article is entitled “Racial Polarisation and the Forging of Bangsa Malaysia” was published on the 6th November 2008. This article had successfully brought in comments and lively discussions from Malaysians from all walks of life.

On the 12thMay 2009, on behalf of the DN Community, KijangMas had initiated the SSS Campaign – Satu Sekolah Untuk Semua. This campaign was launched with an enclosed memorandum for the YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin who is also the Minister of Education. The memorandum states clearly that the country’s education system should be reviewed.

An online petition was also launched to spearhead this campaign and to get the support of Malaysians from all walks of life. This triggered off a threat by the MCA Youth leader who wanted to make a police report against the SSS initiators and bloggers.

The launching of the SSS Portal on the 31st August 2009 with its first article entitled “The SSS Initiative –  Usaha Murni SSS” has proven that this is a committed campaign and on-going. This Portal was created as a launching ground for the campaign where further information pertaining to the SSS can be found. The Portal also accepts comments, questions and suggestions from the public with regards to SSS.

The timely call by a well known academician, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim and the SSS Portal Campaign towards the necessity in having a One School System gives some kind of a ‘voice’ to the public in deciding the direction of the education system in our beloved country. The efforts by the entities seem to bear its fruits in a very positive way.

The BERNAMA article below, which is dated 29th October 2009, states clearly that the Malaysian public are warming up more and more towards this idea of having a One School System.

Muhyiddin Harap Isu Sekolah Satu Aliran Terus Dibincang

 KOTA TINGGI, 29 Okt (Bernama) — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbincangan mengenai cadangan agar sekolah satu aliran dilaksanakan perlu diteruskan bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh daripada semua pihak.

 Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun secara peribadi beliau bersetuju dengan sekolah satu sistem itu tetapi pada masa yang sama beliau faham bahawa daripada segi sejarah, sistem persekolahan negara ini mempunyai pelbagai aliran.

 “Jika diikutkan fakta dalam Laporan Razak, itulah antara matlamatnya supaya kita ada satu sistem tetapi disebabkan keadaan dan sejarah, kita mempunyai sekolah pelbagai aliran.

 “Soal ini adalah soal yang besar, jadi elok kita teruskan polemik perbincangan, biar kita mendapat gambaran yang jelas di peringkat pemimpin politik dan masyarakat,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2009 di Kampung Mawai Baru Khamis.

 Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian sebagai mengulas cadangan tersebut yang dikemukakan oleh tokoh akademik dan sejarawan negara Tan Sri Prof Khoo Kay Kim yang disokong oleh pemimpin politik termasuk daripada pembangkang.

 Muhyiddin berkata beliau tidak menghalang jika terdapat badan-badan bukan kerajaan ingin mengadakan perbincangan mengenai sekolah satu sistem untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh.

 “Biar kita mendapatkan gambaran yang menyeluruh dan bukan daripada satu pihak sahaja, sama ada Tionghua, India dan Melayu,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata sekolah satu sistem itu adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia.