Identity Crisis – Najib’s vernacular obsession is of no help at all toward nation building

20 10 2012

 

 

Cer tanya…cer tanya…

 

  • KJ kata, “Bangsa Malaysia dulu, baru Melayu!”
  • SakmongkolAK47 DAP kata, “Bangsa Melayu dulu, baru Malaysia.” (Pendirian DAP ke ni?)
  • Muhyiddin Yassin kata “Bangsa Melayu dulu, baru Malaysia.”
  • Nik Aziz agaknya akan cakap, “Isle dulu!”…baru, “Kawe nyesa jadi Melayu!”
  • Tapi takde sesiapa ke nak pi tanya LKY, Karpal Singki, LGE, Chua Soi Lek, Tony Phua, Elizabeth Wong bala…bala…tu semua tentang pendirian mereka sama ada pilih bangsa mereka dulu, atau pilih Malaysia dulu? Kenapa mereka dok sibuk pertikai Melayu saja. Kaum Cina dan India apa cer?
  • Mako eloklah kito pakat-pakat tanyo puak chauvinist tu semua…errr…tanya sekali anak Pak Brahim.
  • Idea asal sini.
Advertisement




The Malaysian Dream

22 08 2012

Perenggan yang di petik dari laman ARTiculations untuk renungan bersama terutamanya pemimpin negara, iaitu DS Najib dan juga mereka-mereka yang yang berperangai seperti pertubuhan Dong Zong yang sememangnya tidak layak berada di bumi Malaysia ini.

That proves that when faced with one ultimate – and common – aim and purpose, a people of diverse cultures, faiths, and interests as well as of different race may set aside whatever differences they may have, whatever misgivings they may habour against each other and unite.

Our task, in terms of trying to foster unity and harmony, is to create that ONE aim and purpose. I suppose, we can begin by eliminating, or trying to eliminate, anything which threatens to divide us.

Baca artikel sepenunhnya di sini yang menyentuh perjuangan Dato’ Lee Chong Wei di arena badminton sukan Olimpik baru-baru ini.

How about we begin with ONE SCHOOL FOR ALL?

SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA





More Chinese independent schools will divide people

31 07 2012

 

After 55 years Merdeka, why must Gomen still give approval for more Chinese independent schools

 

 

  • “Setting up more Chinese independent schools and recognising its United Examination Certificate will create further obstacles to national unity
 
  • “It’s already a fact from the very beginning that vernacular (schools) can be set up by the different communities, which has resulted in our young people not being together and that has become a hindrance towards unity among the people,”
  • Dr. Mahathir Mohamed

 

Chinese independent schools does not contribute to unity among races, it only encourage voluntary segregation and encourage Malaysians to live separate lives oblivious to the majority of the population. 
 
Come 31st August 2012, we will be celebrating our 55th Merdeka. A nation going into its 55th year as a sovereign and independent entity should be celebrating unity of its multiracial population but sadly there are still citizens of this country who demand that more Chinese Independent School whose curriculum are based on a foreign country to be built in this blessed country of ours. 

Dr. Mahathir cannot be more blunt when he said:

More Chinese independent schools will divide people

 
Sadly the Gomen caved in to obvious political pressure and approved another Chinese Independent School  in Kuantan [read here] about a month later. Fresh from their success to pressure the seemingly weak BN Gomen in the run up to the next GE13, the Dong Zong and their supporters are upping the ante, and are now campaigning for a Chinese Independent School in Segamat read here
 
I am not holding my breath to see whether the Dong Zong who advocate that even non Mandarin speakers cannot teach in Government/Government aided vernacular schools will get what they want in Segamat, as I think this very friendly BN Gomen will capitulate and say ok to more voluntary segregation of the races in this country. 
 
Presumably, with more approvals from the very Generous Najib BN Gomen for more Independent schools coming up all over the country, then what Dr. Mahathir say will one day come true:
 
  • “If we recognise Chinese education and their certificates, we will have three different people talking in three different languages and I think we will not be able to live together as a whole,”
  • Dr Mahathir Mohamed

It will be a  sad,sad,sad day indeed when that day comes.





Produk “sahabat sejati” kerajaan DS Najib

11 07 2012

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak mengatakan bahawa kerajaan pimpinan beliau adalah sahabat sejati pendidikan sekolah cina. (KLIK DI SINI)

Mencari identiti bangsa Malaysia

  •  (Sinar Harian 9 Jul 2012)
  • Ada orang bertanya, kenapa bukan Melayu di Malaysia lebih Cina daripada orang Cina di negeri China atau lebih India dari orang India di India? Sehinggakan orang Cina di China (India di India) yang berkahwin dengan orang Cina (India) Malaysia pun menggeleng kepala melihat gelagat mereka di sini, terlalu ultra kiasu. Saya katakan, tidak semua bukan Melayu  sebegitu. Produk Cina (India) aliran sekolah kebangsaan kurang kiasunya berbanding dengan produk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC/T, SMJKC dan IPTS) yang kebanyakannya ultra kiasu dalam tindakan. Pokoknya, mereka perlu bercampur.
  • Malangnya, masih ramai yang tidak bercampur, tidak dapat menguasai dan menghayati agenda kebangsaan, misalnya bahasa kebangsaan, seperti generasi pertama. Sedangkan hari ini rata-rata terdiri daripada generasi kedua dan ketiga. Persoalannya, kenapa terlalu sukar untuk ‘mengasimilasikan’ diri (bercampur)? Wujudkah bangsa Malaysia sebagaimana yang diwar-warkan?
  • Sebenarnya tidak! Ini kerana, setiap bangsa memperjuangkan agenda masing-masing dengan begitu ultra sama seperti generasi pertama. Semuanya berpunca daripada kesengajaan tidak mahu memahami sejarah dan mempergunakan kebebasan yang diberikan.
  • Terus terang, walau pun di negara ini mempunyai aliran agama, aliran ini jauh lebih terbuka berbanding dengan aliran jenis kebangsaan yang terlalu menekankan agenda bangsa berbanding agenda negara, sehingga kita tidak tahu apakah identiti mereka yang sebenar. Nak dikatakan sama seperti negara asal, tidak juga. Sebab orang Cina/India) di China/India tidaklah seultra Cina/India di sini. Orang Cina di China masih lagi terbuka, walaupun berada dalam pemerintahan komunis.
  • Lebih malang lagi apabila sikap ultra kiasu ini telah diadunkan dengan satu lagi pemikiran yang disebut sebagai Asian Settler Colonialism (ASC) yang diwarisi daripada generasi pertama. Pemikiran ASC mengambil kira apa yang berlaku di Hawai’i yang berkait rapat dengan penghijrah dan peneroka. Tidak semua pendatang adalah peneroka. Adakalanya peneroka datang untuk tinggal, dan mengasas politik mereka menjadi bangsa yang berdaulat. Tidak berlaku penjajahan secara langsung. Tetapi mereka berstrategi mahukan kaum asal lenyap. Jika tidak lenyap, mereka akan menggunakan tenaga pekerja mereka sebelum mereka dilenyapkan. Jika ada kekuatan mereka akan menguasai bangsa asal itu. Keadaan inilah sedang berlaku di Singapura dan Pulau Pinang.
  • Orang bukan Melayu begitu sukar untuk menerima institusi Islam atau bumiputera seperti sekolah agama, matrikulasi dan institusi MARA. Sedangkan secara umumnya boleh dikatakan orang Melayu, sama lulusan sekolah agama atau MARA, tidak ada masalah untuk menerima institusi-institusi perkauman bukan Melayu, seperti sekolah jenis kebangsaan dan pertubuhan perkauman yang lain. Kenapa boleh jadi begini? Di manakah identiti bangsa Malaysia sebenarnya?
  • Kenapa pemikiran ultra kiasu dan ASC terus membelenggu kehidupan rakyat hari ini? Kenapa perkara-perkara yang sudah jelas termaktub dalam perlembagaan tidak mahu disetujui? Sedangkan umat Islam cukup bertoleransi dengan kehendak orang lain?
  • Identiti apakah yang kita bawa? Mereka seolah-olah berada dalam kelompok sendiri. Tidak bercampur. Hidup dalam tempurung sendiri.  Hujah ini diperkukuhkan lagi apabila cerdik pandai bukan Melayu apabila menulis, membentang kertas kerja atau ceramah, bersastera, berdrama, sukar sekali untuk mendengar hujah mereka dikaitkan dengan sejarah Tanah Melayu. Mereka  sanggup mengorek sejarah negara lain sebagai bukti,tetapi terlalu sukar merujuk sejarah Tanah Melayu.
  • Sering kedengaran, mereka menggunakan hujah-hujah logik akal semata-mata, terutama merujuk kepada hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Rata-rata kedengaran mereka mahukan layanan sama rata dan sama rasa atau fair and square. Sebarang diskriminasi akan ditentang habis-habisan tanpa mahu berpaling melihat kepada sejarah negara. Apakah formula sama rata dan sama rasa ini tidak perlu bertunjangkan sejarah dan perlembagaan?
  • Sesiapa sahaja yang menggunakan hujah sejarah dan perlembagaan akan ditolak walaupun sebangsa, misalnya orang-orang seperti Khoo Kay Kim dan Teoh Kok Seong. Sudah tentu termasuk saya. Kami dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa.
  • Jenis apakah bukan Melayu yang sedang dilahirkan di Malaysia ini? Apa jua agenda nasional yang menggugat kononnya dikatakan hak bangsa, akan ditentang habis-habisan. Mereka akan berhimpun dan berdemonstrasi untuk menunjukkan kekuatan mereka. Kelompok ini juga sudah tidak diterima pun jika mahu berhijrah ke tempat asalnya.
  • Sedangkan permintaan dan desakan mereka telahpun dipenuhi, walaupun tidak sepenuhnya. Sudah tentulah menjadi kesukaran kepada kerajaan untuk memberi sepenuhnya. Pemikiran ASC dan ultra kiasu ini mesti diubah dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Jika tidak, negara ini tidak akan  ke mana-mana. Kita akan banyak membuang masa melayan kerenah itu dan kerenah ini terutama apabila menjelang pilihan raya.
  • Apabila ia diberikan, sudah tentu akan menjadi precedence. Apabila sudah menjadi precedence. Pemikiran ini tidak berkurang, malahan terus bertambah dan bercambah. Apa yang membimbangkan jika sikap ultra kiasu dan ASC ini terus bersarang dalam pemikiran dan diterjemahkan dalam bentuk realiti, sudah tentu orang Melayu selaku penduduk tidak akan berdiam. Pasti akan berlakunya pertembungan yang tidak dapat dielakkan.
  • Dalam menyelesaikan masalah ini seperti yang dikatakan oleh Yuri Kochiyama (2008), aktivis hak asasi manusia,  “When Native Hawaiian activists lash out against Asian settler colonialism, we must remember what Malcolm X said: ‘The conditions that our people suffer are extreme, and an extreme illness cannot be cured with moderate medicine”.
  • Mungkin ada selepas ini ada yang akan membanding tidakkah produk-produk Sekolah Agama atau institusi bumiputera seperti Matrikulasi, MARA dan UiTM juga mempunyai pemikiran sebegini? Apakah dalam pemikiran mereka tidak ada ASC dan ultra kiasu? Jawapannya, ada.Tetapi sifat umat Islam ini dibendung oleh kesejagatan agama Islam yang meraikan orang lain.




Apa komen Perdana Menteri MALAYSIA?

7 07 2012

 

DongZong Mahu SamaTarafkan Mandarin Dengan Bahasa Kebangsaan

Saya copy sepenuhnya artikel SINAR ini…. malas nak komen banyak, takut yang keluar nanti cuma MAKIAN saja terhadap DongZong Apakenamanya …

Gapena protes Mandarin disama taraf dengan BM
7 Julai 2012

GEORGE TOWN – Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) tidak bersetuju dengan tuntutan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), yang mahu bahasa Mandarin menjadi bahasa  pengantar utama di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di seluruh negara.

Ketua Satu Gapena, Profesor Datuk Wira Abdul Latiff Abu Bakar berkata, tuntutan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara ini

“Bahasa lain tidak harus dijadikan modal untuk mencabar bahasa kebangsaan negara ini,” katanya ketika berucap pada perjumpaan siri wacana Gapena di Dewan Sekolah Menengah (Perempuan) St. George hari ini.

Beliau berkata Gapena akan menghantar memorandum akhir Julai ini kepada kerajaan Persekutuan agar mengabaikan tuntutan jawatankuasa itu.

“Kami menggesa semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong kami dan menyertai kami dalam memperjuang kedudukan bahasa Malaysia,” katanya.

Antara kandungan memorandum itu ialah menuntut agar diadakan semula silibus lisan bagi memastikan semua rakyat fasih bertutur bahasa kebangsaan dalam kehidupan seharian mereka.

Abdul Latiff juga mengingatkan masyarakat agar menghormati bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan bukan menganggap ia sebagai bahasa yang menunjukkan perbezaan kaum. – Bernama

Sahabat sejati sekolah vernakular, KLIK!

 





Muka diberi, lalu cacing naik ke mata

10 05 2012

 

Bagi la muka lagi

Bagilah muka lagi.. pertahankanlah sekolah jenis kebangsaan habis-habisan.. satu sistem pendidikan cacamarba yang tiada negara lain di dunia ini buat.. bangga lagi tu dengan kecelaruan MALAYsia…

Sebuah komen dari “wayau” yang dimuatkan di KEMPEN SSS.

Berita Metro di pautan INI.

 

Terkini dari KEMPEN SSS:

Kerana terlampau mengalah

 

 





Kerajaan yang lemah juga bertanggungjawab terhadap polarisasi perkauman yang semakin meluatkan

30 04 2012

Bahaya tuntutan ultra kiasu

  • Ahad lalu kita dikejutkan dengan Perhimpunan 325 ultra kiasu sekitar kolej perkauman mereka, ala universiti merdeka di Kajang. Saya tertanya-tanya bagaimana perhimpunan perkauman sebegini diberikan permit. Sepatutnya ISA lah jawapannya. Tetapi kita tidak pernah lakukan. Ini toleransi dan mulianya hati budi pemimpin. Berbanding dengan undang-undang di Singapura, panggilan ‘anjing’ sudah membolehkan seseorang itu dipenjara atau didenda dan beberapa kemudahan ditarik balik. Di negara kita, tiada sebarang tindakan dikenakan walaupun perkataan lebih hina dan lucah digunakan serta sentimen perkauman dimainkan.
  • Saya telah pergi ke kolej yang dipunyai oleh ultra kiasu ini (tempat perhimpunan) enam tahu lalu. Operasinya langsung tidak mencerminkan identiti kebangsaan, sama seperti kolej di negeri China. Laman webnya pun langsung tidak menggunakan bahasa Melayu. Saya tidak faham bagaimana kolej ini boleh diikhtiraf sebagai salah satu IPTS negara ini. Apa boleh buat, semua telah diluluskan. Kita tidak pernah bertegas, malah semakin tunduk kepada tuntutan dan tekanan. Malang sungguh negara ini, identiti kebangsaan langsung tidak tertonjol,yang menonjol adalah identiti orang lain.
  • Beberapa laman web ultra kiasu melaporkan perhimpunan tersebut disertai oleh lebih 5000 orang. Manakala akhbar ultra kiasu melaporkan lebih 7000 orang. Angka tidak penting, walaupun sering dimanipulasikan oleh akhbar ultra kiasu untuk menunjukkan mereka hebat. Tidak mustahil bilangannya agak ramai kerana jika pelajar-pelajar dan ibu bapa kolej ultra kiasunya turun, sudah cukup mendapatkan angka tersebut. Pada saya, perhimpunan ini tidak perlu dianggap sebagai satu gugatan. Apa yang penting adalah tindakan pro aktif kita, bukan action oriented, takut kepada mereka. Agenda kebangsaan mesti diperkasakan daripada agenda perkauman komunis mereka.
  • Tuntutan mereka amat tidak logik dan begitu ektrem. Inilah strategi komunis yang dipakai sekian lama. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat. Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun, kerajaan akan beri sedikit. Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka. Kerajaan sepatutnya sudah dapat membaca strategi lapok ini. Jangan gentar sama sekali dengan ugutan menjelang pilihan raya. Biar kalah, tetapi bermaruah, daripada menang, tetapi tergadai segala-galanya. Generasi akan datang menderita. Kita akan dikutuk sampai bila-bila
  • Antara tuntutan kumpulan ultra kiasu ini adalah;
    • Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tidak latar belakang sekolah Cina atau mengambil mandarin dalam sijil SPM.
    • Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minima tiga tahun, supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.
    • Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina.
    • Keempat, rombak akta pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan.
  • Siapakah ultra kiasu ini yang begitu biadab dan kurang ajar, yang begitu berani mencabar kerajaan? Mereka tidak layak hidup di negara bertuah yang memberikan banyak kebebasan sehinggakan identiti negara tidak terserlah. Tuntutan ini amat tidak masuk akal. Sebahagian orang Cina sendiri tidak selesa dengan tuntutan terlalu ultra ini. Justeru, tidak wajar kita salahkan semua orang Cina.
  • Saya cadangkan ultra kiasu membawa tuntutan yang boleh memporakperandakan negara ini ke negara komunis China. Saya amat yakin, komunis China pun tidak dapat menerimanya walaupun berkaitan dengan agenda bangsa Cina, kerana memberi ancaman kepada keselamatan kerajaan. Tidak perlu pergi jauh, lihatlah berapa ramai yang menjadi korban dalam peristiwa Tiananmen 1989, hanya kerana mereka menuntut kebebasan dan demokrasi? Seramai 400-800 orang (The New York Times) telah menjadi korban dan ribuan cedera. Selain tindakan ketenteraan, kerajaan China telah melakukan penangkapan besar-besaran untuk menyekat kebangkitan penunjuk perasaan dan pengikut pro demokrasi di seluruh China.
  • Media asing diharamkan dari membuat liputan. Media awam dikawal dalam membuat segala liputan media mengenai kejadian tersebut. Lihat betapa bertuahnya negara ini, media ultra kiasu mempropagandakan isu ini tidak pernah habis dan terus memainkan sentiment perkauman. Kita terus berlembut. Jika adapun tindakan, hanya surat tunjuk sebab dan amaran, pun tidak berani menjentiknya. Kenapa? Takut mereka tidak mengundi kita. Nasihat saya, berilah sebanyak manapun, ultra kiasu tidak akan mengundi kita.
  • Apa yang dibuat oleh kerajaan kita terhadap perhimpunan perkauman ini? Boleh dikatakan tiada. Mereka terus melakukan provokasi. Jika Kementerian Pelajaran tunduk kepada tuntutan ultra ini, maruah kita berada di tahap yang paling hina dan amat rendah sekali. Jangan terlalu mengharapkan undi sehingga maruah dan harga diri negara ini tergadai. Pentingkan agenda kebangsaan berbanding agenda bangsa. Jika mereka benar-benar ikhlas sudah tentu agenda kebangsaan (bahasa Melayu) dibincang atau dibawa bersekali. Ini tidak, semuanya mesti cina, cina dan cina seperti di negeri China.
  • Mereka tidak pernah risau sebahagian produk SJKC yang langsung tidak boleh menguasai dan berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan. Malah mereka tutup kedua-dua belah mata. Masalah yang dihadapi oleh kementerian pelajaran, langsung tidak mahu diambil tahu. Mereka hanya tahu hak mereka mesti dipenuhi. Hak orang lain langsung tidak dihiraukan. Sedangkan toleransi kerajaan sudah sampai ke tahap maksimum. Tindakan sebegini hanya akan membuahkan dendam.
  • Dalam pembinaan negara bangsa, tidak salah jika orang Cina kurang sedikit kecinaannya, lebih kepada kemalaysiaannya. Lagipun mereka bukan bangsa majoriti. Barulah betul dikatakan Malaysian first. Saya tidak nampak identiti dan jatidiri orang Melayu dan bumiputera hari ini begitu terangkat dan terdarjat walaupun mereka adalah majoriti. Mereka sanggup berkorban menggadaikan identiti bangsanya, demi menjaga hati orang lain. Namun, madu dibalas tuba. Ingatan saya kepada kerajaan, jangan biarkan pemikiran komunis ini menguasai kita.
  • Toleransi kita sudah tidak ada tolok banding. Dahulu, terdapat peruntukan Akta Pelajaran 1961 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Pelajaran untuk menghapuskan sekolah vernakular. Sebagai menghormati hak bangsa lain, peruntukan ini telah dimansuhkan dalam Akta Pelajaran 1996. Menteri Pelajaran tidak ada kuasa lagi menghapuskan sekolah vernakular. Nampaknya, pemikiran komunis tidak pernah menghargai toleransi kerajaan.
  • SJKC yang dahulunya dikategorikan sebagai sekolah bantuan modal, hari ini hampir ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini tidak termasuk hampir 400 SJKC yang dibina sepenuhnya oleh kerajaan termasuk bangunan dan tanah. Menjelang pilihan raya, ke mana sahaja Perdana Menteri membuat lawatan ada sahaja SJKC/T baru yang diluluskan. Rumah ibadat janganlah dicerita.
  • Saya tidak pasti penambahan Sekolah Kebangsaan dan sekolah agama, sebab tidak dilaporkan. Yang pasti, bangsa lain semakin mendapat tempat dan diraikan menjelang pilihan raya umum. Tidak cukup dengan itu, kaduk terus naik junjung, mereka terus mendesak ditambah lagi, seolah-olah tidak pernah cukup, termasuk penambahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) dan Sekolah Persendirian Cina serta sijil-sijil sekolah perkauman (UEC) yang mesti diikhtiraf.
  • Maka tidak hairanlah, baru-baru ini Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima 146 institusi pengajian tinggi di China menjadi kumpulan pertama yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), susulan Perjanjian Pengiktirafan Seiring (MRA) yang ditandatangani Malaysia dan China pada 28 April 2011.
  • Antara universiti China yang diiktiraf ialah Universiti Anhui, Universiti Beihang, Universiti Fudan dan Universiti Donghua. Ini tidak termasuk kerjasama dengan Taiwan. Saya tidak menolak akan kerjasama tersebut, tetapi apakah mekanisme seterusnya. Siapakah yang akan belajar di sana? Apakah kritirianya? Menggunakan SPM atau UEC? Bagaimana pemantauan boleh dilakukan dengan lambakan IPTS perkauman yang tidak terkawal terutama kolej ultra kiasu di Kajang itu. Selepas ini dan selama inipun mereka terus mendesak supaya agar graduan-graduan mereka ini diterima memasuki perkhidmatan awam tanpa syarat.
  • Jika demonstrasi inilah yang mahu dijadikan ukuran untuk menggegarkan kerajaan, saya fikir sekolah agama rakyatpun akan berdemonstrasi juga. Lihatlah dan pergilah membuat lawatan ke sekolah agama rakyat, ibarat segan mati tak mahu. Pernahkah orang Islam membuat tunjuk perasaan seperti ultra kiasu. Sedangkan hak Islam dan orang Islam dijamin dengan jelas dalam perlembagaan, terutama perkara berkaitan dengan pembinaan institusi Islam yang mesti dibiayai oleh negara.
  • Saya tidak pernah risau majoriti mereka mengejek timbalan menteri pelajaran ketika perhimpunan. Ini sebahagian daripada taktik strategi mereka. Selepas ini perkara ini akan dibawa kepada menteri pelajaran dan diminta menebuskan balik penghinaan tersebut untuk menagih simpati. Akhirnya, kerajaan jadi sedih bersimpati, dan memberikan segala tuntutan mereka. Taktik lapok ini sudah lama saya fahami. Bila tuntutan itu dipenuhi, malah menteri tersebut akan dijulang kembali oleh ultra kiasu.
  • Bayangkan jika kita tunduk kepada tuntutan tersebut, apakah akan terjadi kepada agenda kebangsaan dan pembinaan negara bangsa. Saya menyeru kepada Umno dan Pas, jangan tunduk kepada ultra kiasu ini. Sama ada dipenuhi atau tidak, tuntutan mereka, mereka tidak akan mengundi Umno (BN) dalam pilihan raya akan datang. Bukti yang ada sudah cukup jelas. Jika diberi, bermaharajalelalah mereka. Jika tidak diberikan pun, mereka masih menang, kerana mereka sudah ada wakil dalam BN dan kerajaan ultra kiasu di beberapa negeri.
  • Justeru, janganlah lihat demonstrasi ultra kiasu ini sebagai ancaman. Tetapi lihat demontrasi itu sebagai peluang untuk kita memperkasakan agenda kebangsaan, bukannya tunduk kepada pemikiran komunis ini .
  • Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia




Cina Komunis

6 04 2012

 

 

Ridhuan Tee: Dong Zhong Masih Kuat Pemikiran Komunisnya

 

 

 

  • Profesor Madya Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini berkata tuntutan oleh kumpulan aktivis pendidikan Cina, Dong Zong merupakan tindakan “biadab” kerana cuba menjadikan Malaysia seperti negara komunis China. “Tuntutan mereka amat tidak logik dan melampau. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat. “Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun kerajaan akan beri sedikit, Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka,” katanya dalam satu tulisan di akhbar Utusan Malaysia hari ini. Ridhuan juga berkata, kumpulan “ultra kiasu” Dong Zong itu juga tidak ikhlas untuk membawa agenda kebangsaan dalam tuntutan mereka, tetapi hanya memfokuskan kepada agenda “Cina, Cina, Cina.” 
  • Katanya lagi, Dong Zong sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan dan bukannya mengadakan “demonstrasi ultra kiasu.” Tambahnya, tindakan itu sepatutnya menyebabkan kumpulan itu ditahan bawah ISA tetapi kerajaan tidak bertindak seperti itu. Keadaan itu berbeza dengan tindakan yang akan diambil kerajaan komunis China, yang menembak mati 800 orang dalam perhimpunan berdarah Tiananmen.”
  • Lihat betapa bertuahnya negara ini, media ultra kiasu mempropagandakan isu ini tidak pernah habis dan terus memainkan sentimen perkauman. Kita terus berlembut.Jika ada pun tindakan, hanya surat tunjuk sebab dan amaran, pun tidak berani menjentiknya. Kenapa?“Nasihat saya, berilah sebanyak manapun, ultra kiasu tidak akan mengundi kita,” katanya.




Kempen Secara “Lembut” Belum Nampak Berkesan

10 11 2011

 

Bahasa Kebangsaan TIDAK PENTING Untuk Rakyat

Semalam saya sentuh sedikit kenyataan Presiden Mic Palanivel ( KLIK ) yang dilihat sebagai menyokong tuntutan PAGE yang mahu PPSMI dikaji semula pelaksanaannya, kali ni bila Presiden MCA ahLek juga dilihat menyokong PPSMI dan usaha memartabatkan Bahasa Inggeris disekolah melalui saranannya yang mahu mewajibkan Sastera Inggeris ( KLIK ) ….. saya bertambah yakin dengan kenyataan saya sebelum ini – Isu Perpaduan Negara Melalui Satu Bahasa Kebangsaan Tidak Menjadi Keutamaan Pemimpin Berbanding Isu Excellence dan Quality.

TIDAK PERNAH lagi saya membaca dimana-mana adanya pemimpin bukan Melayu yang menggesa kerajaan kearah memperbaiki kefahaman Bahasa Kebangsaan dikalangan murid-murid, apatah lagi dikalangan rakyat !

Walaupun tahun lepas Pesuruhjaya Banci pernah merungut terdapat sebilangan rakyat bukan Melayu yang langsung tidak faham Bahasa Kebangsaan Negara sendiri semasa pegawainya membuat bancian, DAN juga hasil kajian NUTP yang mendapati satu pertiga murid sekolah cina lemah sementara satu pertiga lagi langsung tidak faham Bahasa Kebangsaan …… apakah ada reaksi pemimpin bukan Melayu supaya masalah ini ditangani segera ? Hampeh …..

Sementara penguasaan Bahasa Inggeris yang belum pun dilakukan kajian tahap penguasaan murid-murid, pemimpin bukan Melayu sudah pun menuntut tumpuan lebih diberikan. Hinanya Bahasa Kebangsaan Malaysia diperlakukan oleh rakyat Malaysia sendiri ……

Orang cina sendiri dengan sombong dan bongkak menyatakan bahawa TIDAK ADA KEPERLUAN untuk mereka belajar memahami Bahasa Kebangsaan. Jadi disitu kita sudah nampak jawapannya – Kerajaan Harus Wujudkan Keperluan itu !

Dari Utusan – Wajib belajar bahasa Melayu

Kerajaan sedang mengkaji untuk mewajibkan pembantu rumah warga asing yang ingin bekerja di negara ini terlebih dahulu menjalani kursus bahasa Melayu dalam tempoh masa enam bulan. KEPERLUANNYA –

“Jika tidak, akan wujud masalah baru disebabkan kegagalan untuk berkomunikasi dengan majikan,” 

Nah…  Nak dengan Tak Nak jer …. Hendak seribu daya.

Kalau pekerja asing kita boleh paksa mereka belajar berkomunikasi dalam Bahasa Kebangsaan kita, kenapa kita tidak boleh paksa rakyat kita sendiri yang tidak faham Bahasa Kebangsaan Negara supaya belajar ? !

Wujudkan Keperluan itu ! Hanya dengan cara itu saja rakyat dengan sendiri akan memahirkan diri untuk fasih dalam Bahasa Kebangsaan. Sudah terbukti berkesan. Lihatlah betapa fasihnya pekerja asing dari Bangladesh, Myanmar, Kemboja bertutur dalam Bahasa Kebangsaan tidak sampai beberapa bulan mereka tiba disini …. dan bandingkan rakyat sendiri yang berpuluh tahun membesar disini masih juga lemah penguasaan bahasa Kebangsaan mereka.

Segala kempen cara ‘ berlembut ‘ seperti Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan TIDAK AKAN KEMANAnya ! Yang ditumpukan adalah mereka yang sememangnya sudah mahir BUKANNYA mereka yang lemah dalam Bahasa Kebangsaan.

Seharusnya kerajaan memandang serius perkara ini. Dalam menggalakkan rakyat mempelajari bahasa kedua atau ketiga, penekanan seharusnya diberikan kepada kemahiran dalam Bahasa Kebangsaan TERLEBIH DAHULU.

PS – Oya, sebut tentang PPSMI nampak gayanya kerajaan sedang berdepan dengan satu lagi masalah yang semakin membesar. Yang kita duk dengar sekarang ini adalah suara mereka yang mahukan PPSMI diadakan semula …… tapi dimana suara mereka yang melalak menentang PPSMI dulu ?

Tulah, lain kali kerajaan kalau nak buat sesuatu itu biarlah kerana prinsip, BUKAN kerana tunduk kepada desakan. Suara mereka yang kuat terhadap sesuatu isu belum tentu mewakili majoriti kerana suara yang diam lebih ramai.

Nah, sekarang kerajaan berdepan masalah dengan PPSMI. Mereka yang melalak menentang PPSMI dulu tetap juga menentang kerajaan dengan isu-isu lain ( kerana motif mereka dulu lebih kepada politik ) sementara kerajaan berdepan kehilangan sokongan rakyat yang pro PPSMI.

SAMA jer dengan kes pemansuhan ISA !





Inilah agaknya yang Dato Seri Najib tergilakan sangat

22 10 2011

Dato Seri Najib mencurahkan berjuta-juta ringgit kepada sekolah BUKAN KEBANGSAAN, walaupun sekolah-sekolah tersebut telah mendapat sokongan kewangan dari “billionaires” menjadikan sekolah-sekolah tersebut jauh lebih mewah dari sekolah-sekolah kebangsaan yang banyak lagi masih daif …

Dato Seri Najib begitu tegar mendokong pendidikan vernakular ini yang meletakkan BAHASA KEBANGSAAN jauh di PUNGGUNG apabila hanya menggunakan bahasa cina asing dan bahasa Inggeris..

Anak bangsa yang lahir dari pendidikan vernakular ini juga memilih negara asing sebagai KIBLAT mereka..

Inilah yang amat dikesali… negara MALAYsia yang mempunyai pemimpin seperti Dato Seri Najib ini.

Di terbitkan di bawah ini artikel ringkas dari laman LISTED!!! yang memetiknya dari laman HELEN ANG:-

Sekolah cina Kesayangan Najib (yg selalu dicurahkan berjuta-juta ringgit) – Yang berkiblatkan cina

HELEN ANG
Baru-baru ini pada Sept 17, Guan Eng telah merasmikan pembukaan Bangunan Wawasan, iaitu satu blok baru, di Heng Ee.

Bangunan Wawasan yang lapan tingkat itu mempunyai dua dewan serbaguna, perpustakaan, unit ko-kurriculum, bilik muzik serta menyediakan kemudahan ICT.

Dewan Peniagaan Cina Pulau Pinang atau Penang Chinese Chamber of Commerce (PCCC) telah menyumbang sebanyak RM2 juta untuk pembinaan bangunan tersebut.

(SMJK HENG EE, PENANG)

…pesanan pengetua sekolah Heng Ee adalah dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris sahaja. Tidak ada versi dalam bahasa kebangsaan.

Pengetua itu, Goh Boon Poh, memberitahu dalam pesanannya bahawa orkestra sekolah Heng Ee telah membuat lawatan ke Beijing dan Taiwan pada 2008.

Baca juga bagaimana Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Utama Dr Rais
 Yatim yang mewakili Dato Seri Najib) dihinakan di sebuah majlis sekolah cina di Pulau Pinang. Sepatutnya Dato Seri Najib hadir sendiri ke majlis tersebut tanpa mewakilkannya kepada Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.  Sila klik artikel dari laman TOK JEN,HAN CHIANG COLLEGE GOLDEN ACHIEVEMENT AWARDS “.





Apabila Pemimpin Sendiri Yang Tidak Berjiwa Kebangsaan

13 10 2011

Di manakah agenda kebangsaan?

 (Sinar Harian 10.10.11)

Resolusi perhimpunan MCA minggu lepas terus mendesak kerajaan mengarusperdanakan pendidikan vernakular setanding dengan pendidikan kebangsaan. Antara desakan mereka adalah, kerajaan mesti membantu pembangunan lebih 78 peratus sekolah Cina sedia ada melalui peruntukan khas.

Lembaga pentadbir sekolah Cina mesti dirujuk terutama berkaitan penempatan guru besar (pengetua), penolong kanan dan guru bahasa Melayu. Mereka mesti berlatar belakangkan Cina dan boleh berbahasa Cina dengan baik. Masa pembelajaran dan pengajaran bahasa Cina mesti dikekalkan minima 5 period seminggu. Tiap-tiap tahun inilah desakan yang kedengaran ketika perhimpunan tahunan mereka. Tidak perlulah ditanyakan pendapat Gerakan dan parti ultra kiasu.

Soal untuk memandaikan anak Cina yang lemah dalam komunikasi dan gagal dalam penulisan bahasa kebangsaan langsung tidak disentuh. Yang penting bagi mereka, anak Cina mesti pandai dalam bahasa Cina. Sekolah Cina mesti mendapat bantuan lebih dari sebelumnya, penguasaan bahasa Cina mesti diutamakan.

Sebelum ini Perdana Menteri amat bermurah hati bersetuju menyalurkan kutipan cukai arak dan judi kepada sekolah Cina. Mengecualikan cukai terhadap mereka yang memberi sumbangan kepada tabung pembangunan sekolah Cina dan banyak lagi. Pendek kata, sekolah Cina hari ini mendapat perhatian yang begitu tinggi daripada pelbagai pihak. Kerajaan terpaksa tunduk demi mendapatkan undi. Undi pun belum ditentu diberikan kerana undi adalah rahsia. Di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, usahlah dicerita. Peruntukan datang mencurah-curah. Pendek kata, kiri kanan, semua makan, ibarat gergaji dua mata. Buatlah perbandingan antara sekolah kerajaan dengan sekolah vernakular. Mana lebih baik. Kalau tidak percaya pergilah ke salah sebuah sekolah di kampung saya, SK Sungai Ranggam, Kota Setia, Teluk Intan, lihatlah betapa daifnya sekolah ini. Guru besar sekolah tersebut meminta saya memberitahu kementerian supaya membantu sekolah tersebut. Terfikir juga saya, apa yang dibuat oleh wakil rakyat di sana.

Inilah isu yang terus menjadi duri dalam daging yang tidak berkesudahan. Tidak cukup dengan bantuan kepada sekolah Cina setakat ini? Saya memohon dan menasihatkan kerajaan, jika mahu terus mengarus perdanakan sekolah vernakular setanding setanding dengan sekolah kebangsaan, beberapa perkara berikut perlu diberikan perhatian.

Pertama, kerajaan tidak perlu tertakluk atau tunduk kepada desakan atau keputusan lembaga pentadbir sekolah Cina. Kedua, pentadbiran sekolah Cina hendaklah ditentukan oleh pihak kerajaan, bukannya pentadbir sekolah Cina. Ketiga, sebahagian besar tanah sekolah Cina hendaklah diserahkan kepada kerajaan. Keempat, bahasa Melayu hendaklah diajar melebihi period minima bahasa Cina. Jika mereka tidak mahu melakukannya, adalah tidak wajar kerajaan tunduk kepada desakan mereka untuk menyamakan taraf sekolah vernakular dengan sekolah kebangsaan.

Sudah lama saya tidak menyentuh isu kerana saya ingatkan kita semua mengambil iktibar. Namun, keadaan masih tidak berubah. Kita begitu takut dengan ugutan orang Cina kerana undi. Realitinya, undi tetap tidak bertambah. Jika orang Cina Islam lahirkan hasrat yang sama di negara komunis China, kita sudah dapat menjangka nasib mereka. Hatta, berpuasapun tidak dibenarkan.

Yang amat menyedihkan, sama ada pelajar-pelajar Cina boleh menguasai bahasa kebangsaan atau tidak, langsung tidak menjadi agenda atau resolusi. Kita amat serius dengan bahasa ibunda, tetapi tidak kepada agenda negara. Saya tidak nafikan ramai juga orang Melayu menghantar anak-anak ke sekolah vernakular. Tetapi situasinya berbeza. Melayu dapat menguasai bahasa dan budaya Cina. Manakala Cina tetap dengan kecinaannya (keindiaan).

Inilah dilema pendidikan negara yang kita hadapi sekian lama. Tidak salah memandaikan anak kita dengan bahasa ibunda. Tetapi apakah langkah yang dibuat untuk memandaikan anak kita dengan bahasa negara? Pihak ultra kiasu terus mendakwa bahawa sekolah vernakular adalah satu kekuatan. Tetapi pernahkah kajian dibuat untuk melihat kesan sekolah vernakular ke atas pembangunan negara bangsa dan integrasi nasional?

Selaku ahli akademik, saya pernah memohon grant untuk melakukan kajian seperti ini tetapi ditolak mentah-mentah atas alasan sensitif. Jawatan kuasa penilai terdiri kalangan bebal dan pandir. Saya amat hairan, perkara sebesar ini melibat masa depan negara dikatakan tidak penting. Sedangkan ada kajian yang tidak penting dianggap penting.

Kita hanya melihat dari sudut yang positif, sedangkan sudut yang negatif, yang sudah tentu implikasinya lebih besar tidak mahu dibincangkan. Saya memohon kepada kerajaan supaya memberikan kami grant untuk membuat kajian ini secara menyeluruh. Implikasi sekolah vernakular ke atas pembangunan negara bangsa.

Sepatutnya orang Cina berlapang dada menerima pandangan-pandangan daripada pihak berautoriti bukannya defensif. Kita seharus merasa bertuah kerana dapat mengekalkan pendidikan ibunda di sini. Di negara lain, seperti Indonesia dan Thailand, bukan sahaja pendidikan vernakular diharamkan, hubungan dengan negara asal diputuskan sama sekali. Kelonggaran hanya diberikan pada tahun-tahun 1990an. Tidak seperti kita, tidak pernah melarang sama sekali. Saya yakin, jika dibuat kajian, sebahagian besar rakyat Malaysia, berhubung dan membuat lawatan yang amat kerap di negara asal. Pernahkah kerajaan menghalang?

Menurut Aimee Dawis (2002), orang Indonesia Cina yang membuat kajian mengenai orang Cina di sana, pada tahun 1965 hingga 1998, kerajaan Indonesia mengharamkan penggunaan bahasa Cina, tulisan Cina dan alat komunikasi Cina secara paksa. Semua perayaan kebudayaan orang Cina termasuk menyambut Tahun Baru Cina. Hubungan dengan China diputuskan sama sekali.

Bandingkan dengan negara kita, saban tahun sekolah Cina bertambah, perayaan kebudayaan bukan Islam disambut secara besar-besaran sehingga menenggelamkan perayaan kebesaran umat Islam. Malah cuti umumpun hampir sama dengan cuti perayaan agama rasmi ini. Masihkah kita tidak bersyukur?

Memanipulasikan situasi politik Melayu hari ini amat tidak wajar sama sekali. Walaupun nampak kerajaan berlembut kerana terpaksa, di peringkat bawah dibincangkan secara hangat. Kita terus menyimpan dendam. Jika tidak percaya, layari laman-laman web yang ada pada hari ini. Amat malang sama sekali, ramai kalangan kita yang tidak dapat mengikuti penulisan-penulisan rakyat Malaysia dalam bahasa Cina. Jika tidak, saudara semua akan dapat tahu bagaimana penghinaan dibuat. Janganlah hanya obses dengan Namewee sahaja. Saya juga tidak nafikan ada juga orang Melayu bertindak sedemikian.

Rakyat Malaysia sepatutnya fasih berbahasa kebangsaan. Tidak timbul soal ada yang langsung tidak dapat bertutur dan memahami bangsa kebangsaan. Buatlah kajian mendalam dalam isu ini. Bancian 2010 yang dibuat oleh jabatan perangkaan sudah cukup membuktikannya. Adakah perkara ini dibincangkan dalam perhimpunan MCA, Gerakan dan parti ultra kiasu? Ingatlah, titik permulaan dalam pembentukan Bangsa Malaysia tersebut terletak pada sistem pembelajaran negara kita. Sikap terhadap rakyat Malaysia ini harus di bentuk dari peringkat asas. Justeru, desakan demi desakan daripada ultra kiasu ini mesti dikaji secara mendalam. Janganlah kerana mahukan undi kita terpaksa melukut di tepi gantang. Akhirnya nanti, siapakah yang akan menerima akibatnya. Saya tidak nafikan kekuatan kata-kata unity in diversity. Tetapi bacalah bersama kesan multiculturalism yang semakin menghantui negara-negara barat hari ini yang konon memperjuang kebebasan hak asasi manusia.





Salahsatu sebab mengapa ramai yang menganggap “1-Malaysia” DS Najib adalah “crap”

10 10 2011

HAN CHIANG COLLEGE GOLDEN ACHIEVEMENT AWARDS

KOLEJ HAN CHIANG, DAP BIADAP – MALUKAN MENTERI

KHAMIS lalu, 29 Sept 2011, Datuk Seri Utama Dr Rais
 Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah hadir bagi merasmikan Majlis Golden Achievement Awards Kolej Han Chiang bertempat di Stadium Tertutup kolej berkenaan di George Town. Majlis itu bermula jam 8 malam dan berakhir hampir jam 11 malam. Dianggarkan 1,000 hingga 1,500 orang hadir termasuklah Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin pembangkang seperti Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) dan Ng Wei Aik (ADUN Komtar).
Kehadiran beliau pada majlis itu adalah sebagai wakil kepada YAB Perdana Menteri. Ini bermakna beliau merupakan tetamu kehormat di majlis itu dan

DS Utama Dr Rais - Tetamu yang dimalukan

sepatutnya dilayan dengan penuh penghormatan sejajar bukan sahaja atas kedudukannya selaku seorang Menteri Kanan Kabinet dalam pentadbiran kerajaan pusat tetapi juga kapisitinya selaku wakil kepada Perdana Menteri sekaligus mewakili kerajaan pusat.

Apa yang berlaku adalah sebalik. Dalam aturcara yang
disusun, selain menampilkan Tan Sri Tan Kok Peng selaku 
Pengerusi Lembaga Kolej berkenaan untuk menyampaikan ucapan alu-aluannya, turut disenaraikan menyampaikan ucapan ialah Lim Guan Eng atas kapisiti selaku Ketua Menteri manakala DS Utama Dr Rais Yatim pula sebagai mewakili Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat. Sesi ucapan dimulakan dengan Tan Sri Tan Kok Peng dan ikuti selepas itu ucapan Lim Guan Eng dan terakhirnya ialah ucaputama oleh DS Utama Dr Rais Yatim selaku wakil Perdana Menteri dan kerajaan pusat. Apa yang menarik semasa pengumuman ucapan oleh Lim Guan Eng, pihak
penganjur telah menayangkan  slide multimedia
 (multimedia presentation) khas untuk memperkenalkan Lim 
Guan Eng serta latarbelakangnya. Di antara perkara-perkara
yang ditayangkan ialah slide kedudukan Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP,
kedudukanya selaku Ahli Parlimen DAP Kawasan Bagan dan ADUN Ayer Puteh di samping beberapa slide ketika Guan Eng
 berucap di khalayak ramai yang dihadiri oleh ribuan 
penyokong semasa kempen pilihanraya umum 2008. Bagi setiap slide yang ditayangkan ianya mendapat tepukan, sorakan yang bingit serta jeritan gemuruh daripada para hadirin termasuk para pelajar yang hadir bagi menunjukkan kepada tetamu kehormat, DS Utama Dr Rais Yatim yang hadir dan juga kerajaan pusat betapa sokongan kaum Cina Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng khususnya DAP.

Guan Eng biadap - Malukan tetamu di khalayak ramai semata-mata cari pengaruh politik

Dalam p ada itu, ketika Lim Guan Eng berucap pula senarionya juga 
sama. Semasa manyampaikan ucapannya, Lim Guan Eng telah menselang-selikan dalam Bahasa Inggeris, Mand arin dan sedikit Bahasa Melayu. Ketika ucapannya dalam Bahasa Inggeris dan sedikit Bahasa Melayu, sambutan serta respon adalah sederhana sahaja. Bagaimanapun ucapannya dalam Mandarin mendapat sambutan serta respon yang amat baik sekali dengan tepukan gemuruh serta sorakan dan pekikan membingitkan daripada para hadirin termasuk kalangan pelajar. Walaupun intipati ucapannya tidak diketahui, apa yang nyata ucapan
tersebut sudah tentunya menyentuh isu-isu menarik perhatian hadirin atau isu yang menyentuh kepentingan kaum mereka.
Apabila DS Utama Dr Rais Yatim dijemput berucap pula,
respon serta sambutan para hadirin hanya biasa-biasa
 sahaja. Tepukan tangan pun tidak bermaya dan ada di antara yang hadir tidak ambil peduli pun. Lebih menarik lagi, ketika DS Utama Dr Rais Yatim berucap, suasana dalam
stadium tertutup itu  mula bertukar menjadi suasana sepertimana di pasar-pasar awam. Diperhatikan sebilangan besar hadirin yang 99.9% terdiri daripada kaum Cina bercakap-cakap sesama mereka dan tidak ambil peduli langsung apa amanat yang dibawanya atau pesanan Perdana Menteri kepada kaum Cina di Pulau Pinang khususnya golongan pelajar CIna. Sebagai seorang veteran politik, DS Utama Dr Rais Yatim menyedari akan senario itu di mana di akhir ucapannya cuba memikat hati para hadirin dengan menggunakan
beberapa ungkapan dalam Mandarin dan juga Hokkien (kalau tak silap). Walaupun ungkapan-ungkapan yang digunakan mendapat respon hadirin dengan tepukan, tetapi ianya hambar malahan tidak sedikit pun menyentuh hati dan perasaan.
Tan Kok Peng –
Bersubahat malukan tetamu

Signifikan di sebalik usaha pihak penganjur khususnya Kolej 
Han Chiang dan Tan Kok Peng selaku teraju utama 
kolej itu menayangkan “multimedia presentation”
mengagung-agungkan Lim Guan Eng di hadapan tetamu kehormat undangan mereka, sambutan serta respon membingitkan ke atas ucapan Guan Eng dalam Mandarin yang diyakini menyentuh isu-isu yang ada hubungkait dengan kepentingan kaum Cina, jelas merupakan satu perbuatan atau tindakan untuk memalukan Menteri berkenaan dan juga kerajaan pusat. Sememang itulah yang amat dirasai oleh beberapa kerat orang Melayu yang turut hadir di majlis itu terutamanya kalangan pegawai-pegawai kanan kementerian yang mengiringi menteri tersebut serta beberapa pegawai kanan kerajaan persekutuan yang lainnya.

Kesian apabila melihat seorang Menteri Kanan
Pusat diperlakukan serta dimalukan sedemikian rupa. Apa
yang diketahui, pada sebelah siangnya sebelum majlis itu 
berlangsung ada pihak tertentu telah menasihatinya agar 
tidak hadir di majlis berkenaan. Bagaimanapun beliau berkeras untuk 
hadir kerana telah diamanahkan untuk berbuat demikian bagi mewakili Perdana Menteri.

 Boleh dikatakan rata-rata reaksi dari kalangan
pegawai-pegawai kanan persekutuan terbabit melahirkan rasa kesal mereka di mana majlis yang sepatutnya menjadi medan untuk mengiktiraf pencapaian golongan pelajar telah dijadikan flatform untuk memalukan seorang menteri dan kerajaan pusat. Mereka juga sependapat bahawa sepatutnya DS Utama Dr Rais Yatim tidak perlu memenuhi undangan tersebut. Ada juga yang merungut berhubung dengan bantuan kerajaan sebanyak RM15 juta kepada sekolah-sekolah Cina di Pulau Pinang di mana ianya tidak sepatutnya diberikan. Menurut mereka lagi, tanpa bantuan kerajaan pusat pun sekolah-sekolah Cina boleh bergerak dengan sendirinya kerana sekolah-sekolah Cina berkenaan mampu memperolehi dana bantuan daripada pelbagai pihak dan pertubuhan kaum Cina sendiri. Adalah lebih baik bantuan seumpama itu disalurkan kepada sekolah-sekolah agama rakyat seperti Sekolah Al-Mansor. Ini adalah kerana kaum itu tidak akan berterima kasih apatah lagi menghargai apa jua sumbangan serta bantuan yang diberikan oleh kerajaan pusat. Lebih dari itu sumbangan atau bantuan yang diberi dipandang serong dan dilihat sebagai mempunyai muslihat serta “gula-gula” politik kerajaan untuk menarik sokongan atau menjerat kaum Cina agar menyokong kerajaan pusat menjelang pilihanraya umum akan datang.
Kolej Han Chiang Pulau Pinang
Satu pengajaran yang harus diambil dalam insiden memalukan menteri itu. Pertama ialah sikap biadap DAP dan sebilangan kaum Cina yang turut diterapkan di kalangan pelajar-pelajar agar menolak apa jua dasar serta sistem pentadbiran kerajaan pusat. Manifestasinya jelas, orang Cina tetap orang
 Cina. Kalau dulu matlamat mereka menguasai ekonomi dan
telah pun berhasil, kini matlamat mereka adalah merebut
kuasa politik di tangan Melayu. Mereka mahu jadikan
Malaysia seperti Singapura. Mereka mahu tukarkan Malaysia 
jadi negara republik. Kalau tidak, masakan Guan Eng
 berulang-alik ke Singapura untuk mendapatkan nasihat 
daripada Lee Kuan Yew. Kalau tidak, masakan Guan Eng bawa Lee Kuan Yew berkunjung ke Pulau Pinang bagi mentaklimatkan Menteri Mentor Singapura itu berhubung dengan pelan perancangan DAP untuk “mengSinpurakan” Pulau Pinang. Kalau tidak, masakan boleh sekumpulan paderi Kristian menjalankan upacara ikrar dan sumpah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian di samping berusaha untuk memastikan agar pada pilihanraya akan datang Perdana Menteri Malaysia hendaklah dari kalangan Kristian. Siapakah yang bakal menjadi Perdana Kristian Malaysia yang pertama itu kalau tidak Guan Eng? Bukankah Guan Eng seorang penganut Kristian Anglican?
(Maka Anwar Ibrahim pula tak perlulah lagi nak pasang
angan-angan tinggi nak jadi Perdana Menteri. Lupakanlah dan beri
perhatian kepada kes yang sedang dihadapi atau terus
bertaubat duduk di Masjid Tok Kun). Apa akan jadi kepada
Melayu Pulau Pinang sekiranya agenda DAP ini berhasil? Ke
mana lagi akan lari atau berhijrahnya Melayu Pulau Pinang
yang dilihat semakin pupus di kawasan pulau? Laksamana
Hang Tuah pernah berkata, “Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia”. Bagaimana pula dengan senario di Pulau Pinang, “ke manakah kan hilangnya Melayu Pulau Pinang?”

Lebih menarik lagi, apa yang berlaku semasa majlis Golden
 Achievement Awards Kolej Han Chiang itu juga sedikit
sebanyak memperlihatkan kalangan pelajar turut dan telah pun 
diindoktronasikan dengan ideologi DAP agar membenci
 kerajaan pusat. Peranan ini sebenarnya tidak lain dan tidak 
bukan diusahakan oleh Tan Kok Peng yang sememangnya
mempunyai hubungan istimewa dengan Guan Eng. Tidak 
keterlaluan jika dikatakan, berdasarkan doktrin sentimen 
keCinaan yang menebal disemai berterusan di kalangan
pelajar kolej berkenaan, produk yang akan dihasilkan adalah generasi muda Cina yang anti kerajaan pusat.

P/S – Untuk Datuk Seri Najib Tun Abd Razak : Ada ketikanya pertimbangan
politik itu perlu. Ada ketikanya pertimbangan juga perlu
 ambilkira “silent majority” kerana sekiranya “silent
majority” ambil sikap tidak peduli, akibatnya amat buruk..





Bergelumang Dengan Perkara-Perkara HARAM !

29 09 2011

 

Pemimpin Contoh – BRAVO DS Najib !!!

 

Terbaca satu entri dari KL BOYZ CHANNEL, “BERITA BAIK BUAT SELUROH RAKYAT MALAYSIA” – sedikit sedutan artikel tersebut :-

“Bagi membendung kegiatan perjudian di premis kafe siber daripada berleluasa di negeri ini, selain penganjur dan penjaga premis, polis akan turut mengheret para pemain ke muka pengadilan.”
Dan ini pula entri dari PURE SHIITE, “Duit HARAM for Sekolah HARAM” dengan sedikit petikan darinya:-

KUALA LUMPUR, Sept 26 — At least RM100 million a year from gambling profits will be channelled into vernacular and mission schools in “close consultation” with Barisan Nasional (BN) parties, Datuk Seri Najib Razak said today.

Kenapa Dato Seri hendak war-war kan berita mengenai peruntukan keuntungan perjudian ini kepada sekolah vernakular? Kerana Dato Seri tahu bahawa sekolah vernakular itu sememangnya institusi haram di sisi undang-undang negara lalu adalah salah atau haram menggunakan duit pembayar cukai sewenang-wenangnya bagi membiayai instusi-institusi haram ini? (klik SINI, SINI 2 dan SINI 3). Lalu Dato Seri akan berkata “Oh! Kerajaan tidak menggunakan bajet negara bila menabur wang kepada sekolah-sekolah vernakular ini….” begitu? Dato Seri masih juga lagi berkeras mencari jalan hendak membela institusi haram ini?

Satu contoh yang “AMAT BAIK” yang ditunjukkan oleh pemimpin negara kepada pihak PDRM dalam usaha mereka membendung kegiatan perjudian. Dulu heboh sekejap, baca DI SINI dan DI SINI.
(Apa kata Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain agama?)

Kata peribahasa Melayu, kita melentur buluh dari rebung, seperti juga hendak membentuk agar-agar sebelum ia keras. Dalam soal membina negara, kata Tagore, “To build a nation, build a school“. Agaknya, hari ini pemimpin negara berusaha membina negara MALAYsia dengan sekolah-sekolah vernakular yang lebih berkiblatkan negara asing daripada negara MALAYsia sehingga bahasa Kebangsaan sendiripun tidak mampu dikuasai. HIGH INCOME pun mungkin sekali berasaskan JUDI. Bravo DS Najib!

Salah satu mercu tanda 1-Malaysia DS Najib, “Undesrtanding, Tolerance and Acceptance” yang pada peringkat awal-awal lagi sudah kantoi kerana TIDAK FAHAM BAHASA yang diburukkan lagi keadaannya dengan dokongan tegar terhadap sekolah-sekolah vernakular.
Sahabat sejati sekolah vernakular, KLIK!




Lagi Mengenai Perdana Menteri & Sekolah Vernakular

10 08 2011

Satu catatan ringkas yang diperolehi dari laman LISTED!!!, bertarikh 28 Julai, 2011. Dato Seri Najib masih begitu tegar semangatnya terhadap sekolah vernakular cina yang mana sistem pendidikan vernakular ini langsung tidak diamalkan di mana-mana negara waktu ini kerana sistem pendidikan ini tidak akan menyumbang malah akan memburukkan lagi usaha-usaha perpaduan sesebuah negara itu.

Najib announced an allocation of RM1.1 mil for several Chinese schools in Kedah.
 SEKOLAH CINA !
sesiapa yang menentang Sekolah cina dilabelkan Najib sebagai INGRATE atau mereka yang tidak tahu nak berterimakasih. Dan saya salah sorang ! OoooKaaay, Bapa Vernakular , takpe….




Pemimpin Negara Yang Terus Mencabul Akta Bahasa Kebangsaan

27 06 2011

DS Najib selayaknya menukar keturunannya kepada Cina dan tidak wajar memegang jawatan Presiden UMNO. Pemimpin seperti ini langsung tidak bersemangat kebangsaan apabila terus menerus kemaruk dengan bahasa asing, khususnya Mandarin, tanpa mempunyai sedikitpun rasa malu apabila beliau terus menerus mencabul Akta Bahasa Kebangsaan. Beliau menggalakkan penggunaan bahasa asing dan pada waktu yang sama tidak langsung nampak berusaha memertabatkan bahasa kebangsaan negara, di mana beliau sendiri diangkat oleh rakyat Malaysia sebagai ketua negara. Setakat ini, beliau hanya memberi ucapan-ucapan retorik yang bersembur-sembur sahaja, tapi perlakuannya, langsung tidak menepati apa yang diucapkan.

Kita masih ingat betapa ucapan di majlis pidato antarabangsa dalam Bahasa Melayu dahulu di mana beliau membuatkan orangramai yang mendengar ucapan penutup beliau di majlis tersebut merasakan bahawa Bahasa Melayu akan terbela sebagai Bahasa Kebangsaan negara ini selaras dengan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Tetapi hakikatnya? Lihatlah perlakuan DS Najib yang cakap tidak serupa bikin. Pemimpin jenis apakah ini?

 

Dari DINTURTLE.

Pemimpin 1Malaysia Kena Pandai Cakap Cina ?

Berkenaan satu lagi isu yang saya nak bangkitkan mengenai penampilan Najib di Radio One, radio berbahasa cina adalah laporan Utusan itu sendiri –

Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan beliau sebenar-benarnya pemimpin 1Malaysia apabila tampil ke udara bersama program Morning Kaki’s anjuran Radio One FM, iaitu radio berbahasa Mandarin.

 Apakah itu maksud pemimpin yang berjiwa 1Malaysia ? Kena pandai berbahasa cina ? Dan jika standard yang sama diletakkan pada rakyat, apakah kepandaian dalam bahasa selain dari bahasa ibunda sendiri menjadi kriteria rakyat yang berjiwa 1Malaysia ?

Saya tidak nafikan kebolehan itu adalah satu kelebihan tapi bila dikaitkan dengan 1Malaysia, saya jadi tambah keliru maksud 1Malaysia Najib. 

Bahasa Tamil macamana pulak ? Atau asalkan pandai dalam bahasa selain dari Bahasa Kebangsaan, samada cina atau tamil …. bahasa Iban ? Kadazan ? Jawa ? Oya, melihatkan semakin ramai pekerja asing yang mendapat kerakyatan atau beranak pinak dengan rakyat tempatan, mungkinkah segala bahasa ibunda mereka juga akan dikategorikan sebagai bahasa 1Malaysia ? Bahasa Indonesia, Bangla, Myanmar, Vietnam, Thai ….. ? 

Apakah majoriti rakyat terutamanya orang Melayu yang terpaksa mengorbankan bahasa ibundanya kerana dijadikan Bahasa Kebangsaan dan yang tidak pandai berbahasa selain Bahasa Kebangsaan belum mencapai tahap rakyat 1Malaysia ?

Pasti ada yang nak komen menjelaskan bukan itu maksud 1Malaysia bla bla bla …. tapi biar saya ulangi, saya cuma mengulas tajuk artikel utusan ini – Najib buktikan dirinya pemimpin 1malaysia bila beliau keudara diradio berbahasa Mandarin.

Memandangkan Utusan milik Umno  …………….. hai entahlah…

Jari 1-Malaysia Najib

Khas untuk Najib yang telah memBUKTIkan dirinya – Satuuuuuu ………. Malaysiaaaa ! Satuuuuuu …… Malaysiaaaaa ! Satuuuuuuu …… Malaysiaaaaaaa !