“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, says a Malay proverb. Where else to start to build a strong nation if it is not the schools where the young minds are being moulded?KijangMas Perkasa, the Demi Negara blog owner, is one of the patriots who wrote blog articles, many on socio-politics subjects. The theme revolves around nation building.
Now, have a thermal flask of hot coffee or tea, with some tidbits. Pour a cup, sit back and relax. Take your time to read his masterpiece here, “Racial Polarisation and the Forging of Bangsa Malaysia”. You will need a good 20-minute reading. Done? Your coffee is cold already and you have not even touched your tidbits! KijangMas Perkasa’s masterpiece above and this article about vernacular schools here, have inspired the Demi Negara Community to conceive and finally gave birth to this very own “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” website you are now reading. Read how it started here. Read also how Wee Ka Siong, the Deputy Minister of Education himself, in the capacity of Pemuda MCA, threatened to lodge a police report against the promoters of SSS. He did not even know the word “gejala” that he objected to has more than one meaning. Well, he met his match, here. KijangMas Perkasa wrote this about SSS:- “Satu Sekolah Untuk Semua is the catalyst of this journey towards meaningful, cohesive nationhood, a key component of the blueprint of a raceless Malaysia that has been vigorously expounded in Demi Negara.” Pour another cup and go on to read more of his blog articles. Come back another day to finish them and don’t forget your hot coffee or tea and your favorite tidbits. In the interest of nation building, and how some “Malaysians” live their lives which may jeopardize the efforts in building this nation, you may want to read these further:- – The National Language is being undermined, here and here. And what happened after much instigations? – Utterly Anti-National! – Aidil Fitri’s Open House is still ongoing. Thank God! So far, so good! Hope there is no more of these freaking manners! – Malaysian Insider’s propaganda – A plain conversation in our daily life of “kau tim” culture which may eventually destroy a nation. – Religion and politics have not been spared too! – So you like politics, huh? With an episode of maid abused? Let us ponder now on KijangMas Perkasa’s latest posting. It will just take a minute or two of your time, but it will leave you pondering long enough to realize what makes you a true Malaysian. Read this, understand this and recite this over and over. May we all be true Warga Negara Malaysia:- “Di mana kaki berpijak di situ langit dijunjung” |
Bak kata pepatah Melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Di mana lagi kita hendak mulakan usaha-usaha membina sebuah Negara yang kukuh lagi bersatupadu jika tidak sejak dari bangku sekolah lagi, iaitu di mana pemikiran anak-anak kita mula dibentuk?KijangMas Perkasa, citrawan laman citra Demi Negara, adalah salah seorang Wira Negara yang menulis banyak artikel-artikel mengenai sosio-politik. Tema penulisan beliau berkisar ke arah usaha-usaha membina Negara.
Sekarang mari kita sediakan sebuah bekas untuk mengisi kopi ataupun teh panas, serta sedikit makanan ringan. Tuangkan secawan, mari kita duduk dan bersantai. Kita luangkan sedikit masa untuk membaca sebuah tulisan ulung beliau ini, “Polarisasi Kaum dan Pembentukan Bangsa Malaysia”. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 20 minit untuk membacanya. Habis membacanya? Kopi anda telah sejuk dan anda belum pun lagi menyentuh makanan ringan anda! Tulisan ulung KijangMas Perkasa di atas dan juga artikel berkenaan sekolah-sekolah vernakular ini, telah mengilhamkan komuniti Demi Negara untuk mencerna dan akhirnya melahirkan laman citra “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” yang sedang anda baca sekarang ini. Bagaimana SSS bermula. Bacalah juga bagaimana Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran sendiri, di atas kedudukannya sebagai Ketua Pemuda MCA, telah mengancam untuk membuat laporan polis terhadap penganjur SSS. Beliau tidak pun tahu akan makna dan penggunaan perkataan “gejala” yang disangkalnya. Akhirnya, beliau telah menemui lawannya di sini. Mengenai SSS, KijangMas Perkasa menulis (dialih bahasa):- “Satu Sekolah Untuk Semua merupakan satu pencetus dalam perjuangan untuk membentuk sebuah Negara bersatupadu yang penuh bermakna. Ianya merupakan suatu komponen asas kepada “blueprint” bagi menyediakan sebuah masyarakat Malaysia tanpa perasaan perkauman, yang sentiasa diperjuangkan dengan gigih di laman citra Demi Negara” “Minta lagi kopi sêcewãn!” dan mari kita terus membaca artikel-artikel beliau di laman citra tersebut. Kita luangkan lagi hari-hari selepas ini untuk menyudah membaca, tetapi jangan lupa secangkir kopi/teh panas beserta makanan ringan kegemaran anda. Demi semangat membina Negara, dan juga untuk menyelami bagaimana sebahagian dari yang dikatakan “rakyat Malaysia” telah menjalani kehidupan seharian mereka, anda mungkin berminat untuk selanjutnya membaca seperti yang berikut:- – Bahasa kebangsaan telah diperkotak-katikkan. Baca di sini and di sini. Dan apa yang berlaku selepas perlakuan yang mencetuskan perasaan tidak senang hati itu? – Sememangnya Anti-Nasional! – Rumah Terbuka Aidil Fitri masih berlangsung. Syukur kerana setakat ini belum berlaku perkara-perkara yang tidak beradap ini. – Propaganda Malaysian Insider – Perbualan biasa kita seharian mengenai budaya “kau tim” yang sebenarnya boleh menghancurkan sebuah Negara sekiranya tidak dibendung dan diambil perhatian. – Agama and politik juga tidak terlepas dari dipergunakan! – Jadi anda suka kepada politik? Dengan sebuah episod penganiayaan pembantu rumah ? Mari kita renungi muatan terkini dari KijangMas Perkasa di laman citra Demi Negara beliau. Ia hanya mengambil masa barang seminit dua untuk membacanya tetapi anda mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk menjawab persoalan tentang apakah yang membuatkan seseorang itu dikenali sebagai seorang warga negara Malaysia yang tulen. “Betulkah anda seorang warga Malaysia?” Baca pepatah ini, fahaminya dan lakukan berulang-ulang kali untuk menghayatinya. Semoga kita menjadi Warga Negara Malaysia yang sejati:- “Di mana kaki berpijak di situ langit dijunjung” |
Latest Comments