Jadi kenapa disalahkan sekolah vernakular? – Helen Ang

11 11 2011

Sebab Cina dan India menolak sekolah kebangsaan

 

 

Sewaktu saya membesar, daging tidak pernah dihidangkan di rumah sebab emak seorang penganut Buddha.

Penjelasan beliau kepada saya (semasa usia kanak-kanak) lebih kurang mirip kepada ajaran Hindu – agama Buddha pun dilahirkan di benua kecil India juga – iaitu lembu itu binatang ‘suci’ yang banyak berjasa kepada kita.

 

Gambar Utusan (diambil dari http://manjongmari.blogspot.com)

 

Berbalik kepada isu penyembelihan lembu di perkarangan sekolah bersempena dengan Aidil Adha.

Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar pada Nov 9 dipetik sebagai berkata: “Saya fikir pandangan itu [yakni bantahan MCCBCHST] tidak sepatutnya dikemukakan kerana mungkin boleh timbul salah faham.”

Muhyiddin juga mempersoalkan “kenapa hal sebegini dibangkit, perkara yang bukan masalah mahu dijadikan masalah”.

Sidang akhbar tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah Pelajaran Abd Ghafar Mahmud.

Sungguhpun MCCBCHST ialah sebuah pertubuhan peringkat kebangsaan yang berpengaruh, kenyataannya itu tidak juga lepas dikecam hebat oleh pelbagai pihak.

 

Sekolah kebangsaan berciri Islam

Bayangkan kalau ianya seorang ibubapa India atau Cina yang membangkitkan perkara ini. Pasti akan dituduh sebagai mencabar Islam, ‘Islamophobe’, membuat hal, dsb.

Kontroversi yang disebutkan di atas beserta upacara-upacara bersangkut-paut agama Islam – yang mana umum dikehendaki hadir walaupun tidak mengambil bahagian, contohnya ketika bacaan doa – adalah antara sebab-sebab yang memberi kesan kepada keputusan ibubapa Cina dan India (yang rata-rata semuanya) memasukkan anak ke sekolah vernakular.

Saya bukan mengatakan hanya kerana alasan ini sahaja ataupun ianya merupakan sebab utama yang mendorong mereka membuat pilihan tersebut. Akan tetapi tidak harus dinafikan budayanya yang bercirikan Islam, diiringi dengan faktor bukan-Muslim kurang berupaya untuk melahirkan ketidakserasian kami, memang menjadi satu sebab kami menjauhi sekolah kebangsaan.

Jika hendak mendudukkan murid berbilang kaum sebangku sebagaimana disyorkan kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSUS), maka apa-apa kemusykilan yang mungkin timbul hendaklah dirungkai terlebih dahulu.

 

1Sekolah 1Budaya?

Scan surat diambil dari http://theunspinners.blogspot.com (klik)

.
Kumpulan penggiat siber SSUS berhasrat memansuhkan sekolah vernakular atas kritikan “suasana terpencil” di sekolah jenis kebangsaan Cina atau SRJK (C) kononnya tidak memberi peluang kepada para pelajar untuk bergaul dengan kaum-kaum lain.

SSUS mahu supaya kanak-kanak di alam persekolahan diasuh supaya kelak dapat “menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk negara ini”. SSUS juga berkata kegiatan-kegiatan ko-kurikulum perlu digalakkan yang mampu mendedahkan pelajar kepada kepelbagaian budaya.

Sekiranya sistem pendidikan aliran bahasa ibunda didakwa “menyerapkan nilai-nilai satu kaum sahaja”, adakah sekolah kebangsaan pula menyerapkan nilai-nilai kaum lain?

Akankah Thaipusam dan sambutan ‘Hantu Lapar’ boleh diadakan di sekolah supaya murid Melayu boleh memahami adat resam masyarakat majmuk? Ataupun diluluskan upacara-upacara Kristian yang melibatkan nyanyian, lakonan Nativity (kelahiran Yesu), Santa Claus, dsb?

Sebuah sekolah Cina di Kelantan, SJKC Kai Chih, dibawa ke mahkamah kerana mengadakan pesta tanglung di kawasan sekolah tanpa permit.

Dilaporkan bahawa Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh (di mana letaknya sekolah Cina itu) telah mengeluarkan notis pada 18 Sept.

 

Desakan untuk buka sekolah Inggeris

Matlamat SSUS ialah supaya anak-anak kita akan berbahasa kebangsaan sebagai bahasa utama nanti. Kempen tersebut membantah bahasa-bahasa asing dipromosikan secara meluas.

Akan tetapi melihat kepada polemik yang dicetuskan PPSMI, nampaknya bahasa Inggeris bukan sahaja dijulang tetapi diletakkan pada takuk paling atas sekali.

English – the national language of Bangsar

Malah selepas berjayanya PAGE baru-baru ini, mereka mula mendesak supaya tempoh pelaksanaan PPSMI dilanjutkan dan skopnya diperkembangkan untuk merangkumi murid Darjah Satu yang baru bersekolah.

Ada juga desakan-desakan baru untuk diadakan sekolah bahasa ibunda Inggeris meskipun BI bukan bahasa asli mana-mana suku kaum yang tinggal di Malaysia.

(Baca juga, ‘Methodists to open private schools as public standards fall‘.)

Kalau hendak kata orang Serani berbahasa ibunda BI pun tidak betul; kaum Serani mewarisi bukannya Inggeris tetapi sisa-sisa bahasa Portugis iaitu Kristang (bahasa creole).

BI mungkin hanya bahasa asli satu-satunya di Bangsar.

 

Bukan Cina bukit yang menghasut

Walaupun sekolah vernakular ialah suatu isu pendidikan namun ia tidak dapat dipisahkan daripada politik perkauman negara.

SSUS dalam memo mereka telah memberi saranan:

“Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber dimana segelintir masyarakat kini mempamerkan sikap anti-negara yang semakin berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip Perlembagaan negara, tiada rasa cinta kepada Tanah Air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali.”

Gejala di alam siber yang diperkatakan SSUS sebenarnya menyerlah khususnya selepas pilihanraya umum Mac 2008. Sekolah Cina telah beroperasi lebih 40 tahun*, iaitu sejak Mei 13, 1969 sampai sekarang tetapi suasana kita bertegang urat hanya meruncing sejak kebelakangan ini.

Jadi kenapa disalahkan sekolah vernakular?

SSUS melemparkan tuduhan terhadap “anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip Perlembagaan negara” sebagai bertanggungjawab atas perpecahan kaum.

Cuba fikir: Yang dipersalahkan SSUS bertekak leher di alam siber merupakan ‘anasir-anasir’ yang mendokong bahasa Inggeris ataupun bahasa Cina?

* Sekolah mubaligh mulai ditukar kepada sekolah kebangsaan ekoran pelaksanaan DEB pada 1970 sementara sekolah Cina dan Tamil tidak diusik walaupun tidak juga dibenarkan berkembang, yakni ditambah jumlah mereka.

Advertisement




The SSS Initiative Usaha Murni SSS

31 08 2009
The Satu Sekolah Untuk Semua (SSS), or One School For All, is a proposal by the Demi Negara Blogging Community (DNBC) for bringing about national unity and the creation of a strong and cohesive Bangsa Malaysia.

 

The One School concept envisages all schools having the same medium of instruction viz Bahasa Malaysia (which is the Official Language of the country as stated in the Constitution), and the same curriculum for all. This is deemed necessary in order to bring about a sense of togetherness among school children and to counter the increasing racial polarisation noticeable in the country in recent times.

The proposal is based on the belief that education plays an important role in achieving national unity and in creating the atmosphere for the emergence of a cohesive Bangsa Malaysia. The DNBC proposes that the Government carries out an in-depth study or review of the existing education system to find out its strengths and weaknesses, determine ways and means to rectify the weaknesses and carry out improvements, with a view to achieving the above-stated objective. A Memorandum containing that proposal was drafted for submission to the Deputy Prime Minister cum Minister of Education and a campaign was started to get public support for it.

The SSS Campaign was launched on 12 May 2009 with the blog post by KijangMas in his Demi Negara blog. This campaign was also supported by leading bloggers like Jebat Must Die, Rocky’s Bru, The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles, Nuraina A Samad, A Voice and others (as listed in the “e-Patriots In Support” tab). DNBC wish to record their appreciation to those who have signed the Petition in support of this campaign. DNBC would like to call upon other Warga Negara Malaysia to support this cause by signing the petition, here, Demi Bangsa dan Tanah Air tercinta.

The DNBC is also calling for a national referendum on the SSS Proposal. It is believed that the majority of Malaysians support it but remain in the background thus far, as is often the case with “the silent majority”. A national referendum campaign, a little like general elections campaigns, would draw the public out to express their choice. The results would be a mandate for the Government to carry out any major changes that may be found necessary to be made in respect of the existing education system of the country.

The SSS is not about depriving any group of citizens of their rights. It is about togetherness and about having a truly Malaysian identity whereby in time to come all Malaysians will no longer be identified by their ethnic origin, but by the terminology of “Bangsa Malaysia”. It is envisaged that when a truly cohesive Bangsa Malaysia has emerged all citizens would be known just by the words “Bangsa Malaysia”.

The SSS is also not into abolishing mother tongue languages. The Memorandum, in fact, calls for the teaching of mother tongues as elective languages if so desired. English would be fortified under the SSS system. In general, the SSS campaign is aimed at the overhaul of  the whole education system in Malaysia for the sake of future generations in the country

This SSS portal is designed to provide readers with details and further clarifications on the SSS Proposal. The DNBC welcomes any and all enquiries.

We need to act in the interest of our children, grandchildren and those after them. We must have a united Malaysia with lasting peace and prosperity for future generations.

The Demi Negara Blogging Community.

Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) ialah satu cadangan oleh Komuniti Blog Demi Negara (KBDN) yang bertujuan mewujudkan perpaduan nasional dan pembentukan satu Bangsa Malaysia yang teguh dan bersepadu.

 

Melalui konsep Satu Sekolah, rakyat ingin melihat agar semua sekolah menggunakan bahasa pengantar utama iaitu Bahasa Malaysia (Bahasa Kebangsaan  seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan) dan menggunakan kurikulum yang sama. Konsep in sangat bersesuaian untuk memupuk rasa keakraban dan kekitaan di kalangan kanak-kanak di sekolah dan seterusnya diharapkan dapat mengurangkan polarisasi kaum yang dilihat semakin meruncing dewasa ini.

Cadangan ini adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi mencapai perpaduan nasional. Seterusnya, membentuk suasana Bangsa Malaysia yang akrab dan bersatupadu. KBDN menyarankan agar pihak kerajaaan menjalankan satu kajian yang mendalam terhadap sistem pendidikan semasa. Ini bertujuan untuk mencari kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan yang sedia ada. Hasil kajian yang mendalam ini dapat dijadikan asas untuk menentukan kaedah dan cara untuk memperbaiki kelemahan dan menjalankan penambahbaikan demi mencapai objektif yang dinyatakan di atas. Satu memorandum mengandungi cadangan telah pun dirangka untuk diajukan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran dan satu kempen telah dimulakan untuk mendapatkan sokongan daripada orang ramai

Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) dilancar oleh citrawan KijangMas dari blog Demi Negara pada 12 May 2009. Kempen ini turut mendapat sokongan padu daripada para  citrawan terkenal seperti Jebat Must Die, Rocky’s Bru, The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles, Nuraina A Samad, A Voice dan banyak lagi (rujuk senarai dalam tab e-Patriot in Support). KBDN turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Warga Negara Malaysia yang telah menyokong usaha murni ini dengan menandatangani Petisyen yang telah dilancarkan. KBDN menyeru seluruh Warga Negara Malaysia yang prihatin agar menyokong usaha ini dengan menurunkan tanda tangan di Petisyen, sini, Demi Bangsa dan Tanah Air tercinta.

KBDN turut sama menggesa agar diadakan sebuah pungutan suara berkenaan cadangan SSS tersebut. Dipercayai bahawa majoriti rakyat Malaysia (majoriti senyap) menyokong usaha ini secara belakang tabir. Ianya sama seperti kes ‘majoriti senyap’. Kempen pungutan suara mirip kempen pilihanraya umum berupaya memberikan ruang kepada rakyat menyuarakan pilihan mereka. Keputusan yang diperolehi kelak akan memberikan mandat kepada kerajaan untuk melaksanakan sebarang perubahan besar dalam sistem pendidikan negara yang sedia ada.

Kempen SSS bukan menghalang hak mana-mana kumpulan warganegara. Kempen SSS adalah berkenaan soal semangat kekitaan dan mewujudkan identiti Malaysia yang tulen di mana di masa hadapan tiada lagi rakyat Malaysia yang dikenali melalu etnik asal tetapi lebih kepada Bangsa Malaysia. Apabila persepaduan wujud di antara rakyat berbilang kaum, semua rakyat hanya dikenali melalui satu bangsa – “Bangsa Malaysia”.

Kempen SSS juga sama sekali tidak berniat untuk menghapuskan sebarang bahasa ibunda yang ada. Malah memorandum yang dibuat turut menyarankan agar bahasa ibunda diajar sebagai mata pelajaran elektif (jika terdapat permintaan). Bahasa Inggeris pula akan diperkasakan di bawah sistem SSS ini. Umumnya, kempen SSS dilaksanakan bertujuan untuk merombak keseluruhan sistem pendidikan di Malaysia demi masa depan generasi akan datang.

Laman ini dibangunkan untuk menyediakan perincian dan juga penjelasan lanjut kepada para pengunjung berkenaan cadangan SSS. Dengan itu, KBDN mengalu-alukan sebarang pertanyaan yang berkaitan.

Kita perlu bertindak sewajarnya dengan melihat kepentingan anak-anak dan cucu-cicit kita. Sejujurnya, kita sangat memerlukan sebuah negara Malaysia yang bersatu, aman dan makmur demi generasi akan datang.

Komuniti Blog Demi Negara