Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

13 08 2012

 

Kementerian Pelajaran sedang Talkinkan Bahasa Melayu!

  • Fellow Utama ATMA UKM seorang berketurunan Thiong Hua begitu taat setianya kepada perjuangan Munshi Abdullah, Pendeta Za’aba dan Aminuddin Baki serta Tun Dr. Ismail. Beliau mendukung kuat pengetahuan magna carta dan lingua franca bahawa Bahasa Melayu amat wajib memimpin wacana ilmu, wacana perniagaan dan wacana rasmi Malaysia dan rantau Melayu dunia. Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, rujuk perkara 152.
  • Persoalan yang mesti dijawab oleh YAB Menteri Pelajaran, KSU Kementerian Pelajaran, YB Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran ialah, MENGAPA ‘Bahasa Malaysia’ menjadi bahan dagangan perbahasaan di Kementerian hingga penerbitan rasmi Negara juga menulis ‘Bahasa Malaysia’ dan bukannya disebut sebetulnya iaitu Bahasa Melayu?!
  • Menteri-menteri Melayu dan Pegawai Kanan Tertinggi Kerajaan Melayu “malu dan takut” dengan siapa? Bahasa Melayu ialah alat dan bahasa perpaduan, komunikasi paling berkesan dan terus sesuai. Bahasa Melayu ialah sebahagian daripada juzuk Bahasa Arab. Apakah Menteri-menteri Barisan Nasional sudah pandai dan memilih menjadi Wahabi dan Khawarij dalam menjamin kemaslahatan perpaduan, Aman dan Damai!?
  • Ketua-ketua Bahagian UMNO apakah di kalangan mereka yang begitu baghal menyusun pemerintahan dan pentadbiran eksekutif Negara hingga Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu menjadi alat kompromi untuk undi-undi para pengundi yang tidak Taat dan Setia kepada Agama, Bangsa dan Tanahair?
  • Kalau hanya untuk minta sedekah undi Pengundi Cina dan Kalinga yang atas pagar, pengundi yang menafikan Perkara 3 dan sanggup menggadai maruah Rukunegara dan bersama kumpulan Plural, Liberal dan LBGT; dan mereka ini yang hendak dipancing oleh BN atas nama Bahasa Malaysia?…maka InsyaAllah, Bumi Melayu ini pasti akan dilaknat Allah Ta’ala, seperti Wa’ad antara Demang Lebar Daun dengan Raja Melayu.
  • Tergamak kalangan Pemimpin UMNO mengkhianati sumpah ini…maka pasti terangkatlah obor penentu bahawa 7 Wasiat Raja-Raja Melayu.
  • Wahai UMNO jangan tidur dalam tilam ronggak dan penuh berkulat. Pemimpin UMNO khasnya Ketua-ketua Bahagian yang masih LENA BERDENGKUR dan menjual INTEGRITI Perlembagaan secara senyap apalagi terbuka, bertaubatlah selagi PINTU TAUBAT masih terbuka. Ingatlah kalian, bahawa begitu banyak jiwa yang terkorban untuk memastikan Negara ini berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan berteraskan Piagam Madinah dan Perjanjian Hudaibiyah.
  • Dulu 13 Mei 1969, PAP dan DAP mengusung Keranda 152. Pada 1998 di Masjid Negara, kelompok budak bangang Melayu pula yang mengusung Keranda 152. Nampaknya, Batu Nesan dan Kain Kafan 152 sedang diurus dari dalam oleh kelompok Wahabi, Khawarij, Syiah, Komunis dan Freemason dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Moga Ramadhan 1433H, Allah Buka Pintu Hidayah, Taubat dan Makrifat  Allah untuk Agama, Bangsa dan Tanahair
Advertisement




“Google Translate” – Penyakit bawaan 1-Malaysia?

9 02 2012

Apabila 1-Malaysia yang nampaknya tidak menitik-beratkan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan dengan menganjurkan pelbagai bahasa, terutamanya bahasa negara komunis China (Mandarin), maka wujudlah isu “google translate” yang sering didengari sejak kebelakangan ini sehingga menyebabkan salah faham. Di mana “kesefahaman” yang dicanangkan oleh 1-Malaysia dalam hal ini?

1-Malaysia yang pelbagai ini hanyalah tidak lebih dari suatu gimik politik yang tidak mampu menyumbang ke arah perpaduan yang sebenarnya di negara ini. Rakyat tidak dianjurkan untuk saling memahami di antara satu sama lain melalui “SATU BAHASA”, biarpun ianya sudah termaktub di dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan diperkasakan lagi oleh Akta Bahasa Kebangsaan. 1-Malaysia hanyalah sebuah slogan politik, tidak seperti slogan “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA” yang tampak jauh lebih mampu membina sebuah negara yang bersatu-padu.

Apabila BAHASA pun tidak difahami, maka akan adakah saling FAHAM-MEMAHAMI?

MP Putrajaya tuduh salah MIC?

Akhbar online Malaysian Insider melaporkan kenyataan maaf MP Putrajaya Datuk Tengku Adnan berkaitan banner thaipusam yang  mempunyai penterjemahan salah dalam bahasa tamil. Akhbar online itu juga turut melaporkan Datuk Tengku Adnan menuding jari kearah MIC Putrajaya untuk kesalahan yang berlaku dalam translation bahasa tamil dalam banner tersebut.

Ingin saya tegaskan dulu, saya tidak tahu apa isi sebenar kenyataan Datuk Tengku Adnan dan tidak pasti samaada benar beliau berkata sedemikian atau pihak media yang memusingkan cerita bagi mewujudkan jurang antara 2 parti komponen BN. MIC adalah sebuah parti yang mewakili komuniti india dan pemimpin yang fasih menulis dan membaca adalah antara yang layak memimpin sesebuah bahagian. Saya percaya dalam hal – hal sebegini barisan pimpinan MIC tidak akan menggunakan google translate untuk penterjemahan lebih-lebih lagi melibatkan banner yang akan digantungkan sekitar kawasan. Jadi tuduhan yang dilemparkan terhadap MIC adalah tidak berasas dan fitnah sepenuhnya. Dalam kenyataannya, beliau dikatakan tiada pada masa itu dan ia dilakukan secara segera.

Saya percaya ia adalah kesalahan pihak pencetakan. Jika kontrak pencetakan banner bahasa Tamil diberi kepada syarikat pencetakan peniaga india, maka masalah sebegini tidak akan timbul sama sekali. Kalau harapkan google translate, ia memang amat mudah dengan copy and paste penterjemahan tersebut tapi maksud dan ertinya akan ubah tidak sama. Bukan itu sahaja, selepas mencetak banner tersebut,ia patut diperiksa oleh ahli yang sepatutnya sebelum bertindak menggantung ia. Saya sangsi akan kebenaran tuduhan yang dilempar keatas Malaysian Indian Congress (MIC) adalah sewenang – wenang dan lebih kepada ‘ayat untuk melepaskan diri’. Jika benar Datuk Tengku Adnan menyalahkan MIC untuk kesalahan tersebut maka saya rasa tidak adil sama sekali atau jika pihak media yang bertindak pusing cerita maka saya saran agar media tersebut meminta maaf. Sekian.





Mertabatkan Bahasa Kebangsaan – PPSMI “dikambing-hitamkan” sedangkan “barah” sebenarnya adalah sekolah vernakular

15 11 2011

Kecelaruan & kehipokritan dalam isu PPSMI

  • Benar-benar jujurkah pihak-pihak yang bersuara dalam isu PPSMI dalam memperjuangkan Bahasa Melayu, yakni Bahasa Kebangsaan? Jujur setulus hati kah mereka dalam mendokong Artikel 152?
  • Ataupun Artikel 152 hanyalah tidak lebih dari sebuah alasan bagi menolak PPSMI?Cuba jawab, kenapa PPSMI?
  • Kenapa tidak sistem pendidikan vernakular yang sudah sekian lama menjadi barah sehinggakan DS Najib sendiri layak untuk dianugerahkan gelaran Bapak Vernakular? Tanya juga soalan ini pada Tan Sri Muhyiddin Yasin.
  • Kalau ingin melihat dengan lebih jelas lagi tentang kecelaruan dan kehipokritan ini (walaupun sudah berpuluh-puluh kali perkara ini ditonjolkan), silalah baca  di SINI dan di SINI (lagi artikel terkini mengenainya).
  • Mari kita tanya diri kita sendiri soalan berikut ini.
  • Kenapa tidak Bahasa Kebangsaan dalam pengajaran Sains & Matematik? Kenapa mahukan bahasa Inggeris? Kenapa negara-negara seperti Jepun, Jerman, Perancis, Rusia (sebagai contohnya) menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing dalam pengajaran Sains dan Matematik?
  • Kenapa?
  • Kerana negara-negara tersebut tidak berkompromi dengan kedaulatan bahasa kebangsaan masing-masing? Kerana bahasa kebangsaan mereka MAMPU menjadi bahasa pengajaran Sains & Matematik?
  • Jawapannya.. YA! Kedua-duanya sekali!
  • Bahasa kebangsaan mereka mampu KERANA sudah sekian lama mereka mendaulatkan bahasa kebangsaan masing-masing! Bahasa mereka MAMPU kerana ianya terlebih dahulu DIDAULATKAN dengan sewajarnya!
  • Lihatlah negara MALAYsia dengan sistem pendidikan vernakular bagaikan kera sumbang di saentero dunia ini. Apabila bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) TIDAK DIDAULATKAN, maka akan berkembangkah bahasa ini sehingga MAMPU digunakan sebagai alat pengajaran Sains & Matematik?
  • Usah hipokrit! Kalau dahulu ianya dikenali sebagai Ilmu Hisab (berasal dari Arab?), sekarang ini ianya Matematik. Apa pula, atau ADAkah perkataannya untuk “Sains”? Seperti yang ditulis oleh Tukang Dok Peghati dalam artikelnya di atas:-
  • 1) ‘Sophisticated‘(BI) – Sofistikated (diBMkan) – Canggih (BM asli)
  • 2) ‘Conclusion‘(BI) – Konklusi (diBMkan) – Kesimpulan (BM asli)
  • 3) ‘Variety‘(BI) – Variasi (diBMkan) – Kepelbagaian (BM asli)
  • Polis, komputer, telefon dan banyak lagi sudah tidak asing lagi malahan sudah juga sebati dengan bahasa Kebangsaan. Bukan begitu?
  • Evolusi bahasa bukan pointnya di sini, tapi PENDAULATAN bahasa itu sendiri walaupun ianya telah melalui pelbagai evolusi sehingga kini.
  • Maka kita tanyakan pejuang-pejuang bahasa yang mengusung keranda 152 berdemo dijalanan suatu ketika dahulu. Adakah mereka berjuang untuk bahasa kebangsaan ataupun mereka berjuang untuk BAHASA IBUNDA? Mereka berjuang menentang PPSMI kerana hendak mendokong bahasa ibunda?! Bukannya hendak mendaulatkan bahasa kebangsaannya? Mereka hendak mendokong penggunaan bahasa Melayu di sekolah Kebangsaan, bahasa cina di SJK (China), bahasa india di SJK (Tamil)? Teruskan jugalah dengan bahasa jawa, minang, kelate, utagha, kadazan, murut, bajau, dayak, negrito dan lain-lain lagi. Jangan berhenti setakat bahasa ibunda cina dan india sahaja! 1-Malaysia bukan?Jangan hipokrit! Jangan celaru! Kenapa tidak diusung keranda 152 itu ke sekolah-sekolah vernakular dan ke pejabat PM di Putrajaya?
  • Kita tidak dapat lari dari mempersoalkan persoalan ini dengan jujur. “Mampukah Bahasa Kebangsaan yang ada pada hari ini menjadi bahasa pengajaran Sains & Matematik“?
  • Mampukah?
  • Bahasa Inggeris juga pada sewaktu ketika dahulu tidak mampu untuk menguasai pengajaran Sains & Matematik (ilmu kaji bintang, algebra dsb), lalu orang Inggeris dahulu mempelajari bahasa Arab untuk belajar Sains & Matematik!
  • PPSMI bukan soal pendaulatan ataupun membelakangi Artikel 152. Buat masa ini, di bumi MALAYsia ini, Bahasa Inggeris lebih MAMPU menerapkan ilmu Sains & Matematik kepada anak-anak bangsa, terutamanya anak-anak bangsa yang berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu/Kebangsaan (tidak tahulah pula sejauh mana bahasa cina yang didokong oleh sebahagian dari mereka-mereka yang hidup di bumi MALAYsia ini!)
  • Kenapa begitu?
  • Kerana kita sendiri tidak acuh kepada Bahasa Kebangsaan sendiri, TIDAK MENDOKONG ARTIKEL 152 dengan sepenuh hati untuk memungkinkan BAHASA MELAYU mengambilalih tugasan dari Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains & Matematik.
  • Jadi betulkan arah perjuangan anda. Kita mendaulatkan Bahasa Kebangsaan, BUKANNYA bahasa Ibunda, dengan mendokong Artikel 152. Musuh anda sebenarnya bukan PPSMI, tetapi mereka-mereka yang membelakangi Artikel 152 Perlembagaan! Yang tidak mendaulatkan Bahasa Kebangsaan dengan sewajarnya walaupun telah ada Akta Bahasa Kebangsaan. Boleh mereka-mereka ini berjuang pula untuk percambahan sekolah vernakular? Boleh mereka ini berjuang bermati-matian mendokong bahasa Ibunda dengan membelakangi Bahasa Kebangsaan di bumi ini? Inilah musuh-musuh anda!Semoga suatu hari nanti Bahasa Kebangsaan kita akan semakin berkembang maju sehingga menjadi bahasa pengantar bukan sahaja untuk pengajaran Sains & Matematik malahan dalam apa jua bidang pun ( termasuk AL-KITAB? hehehehehe……)




Bahasa Kebangsaan Yang Terus Dikhianati di bumi sendiri

20 10 2011

Bacul Dayuskah Bangsaku?

Monday, October 10, 2011

Pariakah bangsaku yang sedang dilambung Tsunami celaru Bahasa Melayu?

Baculkah bangsaku sehingga ambil enteng keliru Bahasa Melayu?

Dayus sangatkah bangsaku sehingga Bahasa Melayu dipinggir kali yang kontang?

Kini Polis Di Raja Malaysia yang rakyatnya 93.6% rakyat Raja sudah hilang wibawa, dek tunduk kepada Bahasa Mandarin untuk urusan dalam Negara Bangsanya sendiri!

Kini Perdana Menteri Malaysia, nang tika, berkunjung ke Pulau Mutiara sudah hilang taring perkasa Almarhum Bapanya, dek tunduk kepada Bahasa Inggeris dalam Ucapan Rasmi di sana, tempohari?

Kini urusan Mesyuarat di Kementerian Pelancongan yang dikepalai oleh Dr. Ng Yen Yen sudah mendominasi Bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi permesyuaratan Kementerian dan pentadbiran. Apa maknanya ini?

Kini urusan penulisan perbankan di semua institusi kewangan berlesen, perundangan dan kerjaya profesional, gamaknya, makin luput kecintaan kepada Bangsanya dan Bahasa Melayunya!

Kini penyakit Orientalisme Bahasa Inggeris, obor Bahasa Mandarin telah mencabul nikmat yang makin mendorong kepada kembalinya KERANDA 152! Apa maknanya ini?

Kini gelombang pegawai PTD yang kekok dan berbahasa Melayu lintang pukang sudah membarahi persada Persekutuan, akhirnya Bumi Melayu akan hilangnya jatidiri juga tafsiran Melayu dalam 160(2).

Wahini, Bahasa Melayu dikelas sebagai Bahasa Kelas Ketiga oleh pentadbir, pengurus, teknokrat, diplomat dan cendiakawan. Bahari, perjuangan Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussin dan Tun Hussein Onn ialah untuk Negara Malaysia diperakui sebagai Bumi Melayu, rakyatnya fasih berkomunikasi Bahasa Melayu dan taat setia kepada tamadun adat dan budaya Melayu.

Apakah sudah tercabut akar atau ini ialah Balasan Allah kepada manusia seperti yang difirman olehnya sebanyak 32 kali dalam surah Ar-Rahman, “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan, yang kamu hendak dustakan?