Harapkan kepada orang politik

16 07 2012

 

Muhyiddin Dengan Bahasa Kebangsaan – Boring lah… Tak Kemananya …

Muhyiddin mahu gelombang baru penggunaan bahasa Melayu diwujudkan …..

“Usaha-usaha penyelidikan dan pengembangan bahasa dan persuratan Melayu perlu dilipatgandakan lagi. Penubuhan Pusat Persuratan Melayu Malaysia yang dicadangkan di bangunan lama DBP boleh dijadikan gerak awal untuk  memulakan usaha ini,”

Beliau bercakap tentang DBP, tentang Audit Bahasa dan memuji beberapa Kementerian diakhiri dengan … Saya yakin, jika usaha sebegini dapat dilaksanakan secara konsisten dan menyeluruh  melibatkan semua kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta, bahasa Melayu tidak akan terpinggir di buminya sendiri,”

BLA ….. BLA …… BLA ….

Saya tidak nafikan Muhyiddin banyak terlibat dalam usaha memperkasakan Bahasa Kebangsaan kita, setiap bulan Oktober beliau akan resmikan Bulan Bahasa dan bercakap lagi tentang memartabatkan Bahasa Kebangsaan ….. Apakah berkesan ?

Entahlah …. saya tidaklah menyalahkan Muhyiddin, beliau hanya menjalankan tugasnya. Terus terang saya cakap, SEMUA usaha itu tidak akan menunjukkan sebarang impak yang besar kearah penggunaan bahasa kebangsaan yang lebih meluas dikalangan rakyat Malaysia.

Buat bermacam program pun tapi yang terlibat adalah mereka yang sememangnya sudah mahir dalam Bahasa Kebangsaan … hmmmmmm ….. kemudian yang disasarkan pula adalah orang dewasa sedangkan saban tahun sekolah2 cina umpama kilang, berterusan mengeluarkan produk rakyat yang bukan saja tidak fasih dalam Bahasa Kebangsaan malah langsung tidak punya respek pada Bahasa Kebangsaan ….

Kemudian waktu sama, ada pula orang politik yang menyarankan jabatan kerajaan dan pihak polis menghantar pegawai mereka supaya belajar bahasa SELAIN dari Bahasa Kebangsaan bagi tujuan memberi perkhidmatan kepada rakyat yang tidak mahir itu ……

DongZong Apakenamanya pula tak henti2 membuat pelbagai tuntutan yang asasnya adalah memperkasakan bahasa cina dan kerajaan pula sering tunduk dek kepentingan politik …….

Sekali lagi saya ulang, isu Bahasa Kebangsaan ini BUKAN isu politik.

Habis tu nak buat macamana lagi dah ? Saya pernah sebut yang pemimpin kita perlukan political will untuk benar2 bertindak tegas dalam isu Bahasa ini dan sayangnya ….. saya TIDAK NAMPAK wujudnya political will itu pada Najib, Muhyiddin, Anwar, Hadi atau siapa saja pemimpin kedua belah pihak. Pemimpin cina tak usah cakaplah ……

Mereka semua lebih pentingkan survival politik masing2 dari mengambil risiko atas satu dasar yang pastinya mendapat tentangan hebat dari mereka yang pro vernakular.

Atas dasar itulah saya yakin, dalam soal bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan – sebagai bahasa resmi atau bahasa perpaduan, kita semakin hancur ! Segala usaha itu tidak akan kemana SELAGI TANGGUNGJAWAB ITU DILETAK DIBAHU ORANG POLITIK. Sebab orang politik, kepentingan mereka hanya satu – Kuasa.

Bagi saya, hanya melalui penubuhan satu badan bebas bertaraf DiRaja, yang menjawap terus kepada YDP Agung, yang tidak terikat kepada songeh orang politik saja yang mampu melaksanakan tugas memperkasakan Bahasa Kebangsaan dan meletakkannya ditempat yang sewajarnya.

Jadi orang politik tidak lagi terikat dengan sebarang keputusan yang dibuat. Dan pemimpin politik tidak perlu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan MEMBODEK dalam soal bahasa.

Advertisement




Poli-TIKUS yang merosakkan negara bangsa

2 02 2012

 

Petikan dari artikel OpEd yang bertajuk:-

Baiki sistem pelajaran

 

Sedang kita sibuk tentang skandal betul dan skandal yang dimainkan hanya untuk memburukkan pihak lawan, fikirkanlah juga – adakah sistem pelajaran negara siap untuk ambil peluang jika berbilion projek luar nak masuk?

Jadi pengajaran untuk educators dan policy makers dan lebih lagi politikus. Perbaiki negara anda, bukan saja sibuk serang kiri serang kanan.

POLI - TIKUS & LABU

Jobs beritahu Obama:

I’m not worried about the country’s long-term future. This country is insanely great. What I’m worried about is that we don’t talk enough about solutions.”