Debat PTPTN

25 05 2012

  • Orang UMNO : “Teruk Rafizi kena… KO.. KJ berdebat dengan Fakta.. Rafizi penuh dengan auta…”
  • Orang PR : “hahahah.. KJ berdebat macam budak-budak… tidak ada isi… lainlah Rafizi… memang hebat..”
  • Siapa menang?? Kj Ke Rafizi??
  • Yang penting, diorang ni.. yang berdebat ni.. bukan peminjam PTPTN. Nak cerita pasal PTPTN..
  • Mahasiswa bukan melayu..
  • –  Mereka buat pinjaman PTPTN, kemudian berlumba-lumba mencapai keputusan cemerlang dalam bidang yang diambil untuk membolehkan mereka menukar status pinjaman mereka kepada biasiswa.”
  •  
  • Mahasiswa melayu..
  • – BERSIH… Demo Hapuskan PTPTN… bercintan-cintun…Dadah… Motor… Games.. dan macam macam lagi…

“Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya”

Analisis Debat PTPTN – Rafizi Vs Khairy (Another Sat Dee In the Making!!!)

Jujur aku hendak bagitau disini bahawa aku sebenarnya tak tengok langsung ‘debat perdana PTPTN’ diantara boss Pemuda Umno, Khairy Jamaludin (tukang hantar pasport Anwar) dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli (lembu Anwar) bukan kerana terlepas live telecast (kerana boleh ditonton melalui Youtube) tetapi aku tak ingin langsung kerana aku tidak berapa berkenan (menyampah) dengan kedua-dua pendebat itu (you know what I’m saying?).

Bercakap pasal Khairy, daripada zaman Pak Lah ramai orang tahu dia memang poyo dan syok sendiri. Yelah, masa tu siapa jadi PM kan kalau bukan bapak mertua dia sendiri iaitu Mr Sleepyhead. Seriously, gua cakap lu beb sapa tak pelik anak menantu boleh bajet melebih-lebih mengalahkan yang jadi PM tu bapak sendiri. Sedangkan masa zaman Tun Dr Mahathir tak pernah pulak anak-anak dia bikin kencang ke sana ke mari. Aku yang masa tu masih dibangku sekolah pun pandai menyampah dengan orang politik meskipun hakikatnya aku sendiri sebenarnya kurang nak ambil tahu sangat pasal politik. Malahan pada waktu itulah aku mula berjinak-jinak dengan Malaysia-Today dan blog Kickdefella. Well, I had enough to say about him. Kepada sahabat blogger pro UMNO baik daripada team Nadi Rakyat mahupun Unit Media Baru (UMB). Aku mohon maaf sebab attack boss pemuda korang semua. Anyway, aku pun nampak dia semakin berubah.

Pasal Rafizi pulak, nama mamat Ganu ni mula popular selepas ‘pendedahan kontroversi lembu NFCorp’ milik suami Datuk Shahrizat iaitu Datuk Salleh. Disebabkan kes ini berprofil tinggi dan dikaitkan dengan suami seorang menteri. Habis segala penyelewangan yang dilakukan Datuk Salleh ini dituduhnya sebagai ‘kerja Datuk Shahrizat’ padahalnya senator yang merangkap menteri itu tidak ada kepentingan langsung dalam syarikat penternakan terbabit melainkan suami dan anak-anaknya sajer. Mentang-mentanglah bekas MCKK dan pernah belajar sampai United Kingdom (konfem biasiswa tu beb!) dah ingat bagus sangat ler. Apa punya certified accountant kalau BAFIA dengan AMLA pun lu fail!. Hanya kerana kegilaan mung nak ‘dedahkan penyelewangan NFC’ sampaikan habis segala maklumat peribadi dan simpanan orang lain dalam akaun bank mung nak dedahkan!. Disebabkan mung jugaklah seorang kerani bank sudah hilang pekerjaan maka mung tanggunglah anak bini si Johari tu!.

Anyway, berbalik kepada tajuk entry aku hari ni berkenaan debat analisis mereka berdua. Aku nak siarkan sekarang sebuah analisis hasil garapan seorang sahabat seperjuangan aku masa dalam Anti-PKR Club dulu. Sebenarnya dah lama aku tak mengomen disana sejak ‘peperangan’ di antara puak Nadi Rakyat dan para admin-nya. Hasil tangan seorang anak muda yang aku kira sendiri lebih muda daripada aku. Analisisnya banyak mengingatkan aku akan Sat Dee (Pure Shiite), seorang blogger anti Pakatan yang amat berbisa dan sering mem-butthurt-kan golongan Anwarista dan pro Limguanengisme. Keupayaan beliau untuk melakukan in depth analysis bagi setiap entry blognya amat dikagumi. Nah aku, perkenalkan Helmi Effendy. Aku sarankan kepada aktivis anak muda pro BN, Pro Aspirasi, Aman Kampus dan Geng Kapak please take note analisis ni. Ada bagusnya jugak kupasan beliau demi menghapuskan salah faham yang dicetuskan geng-geng camping dan beromen dalam khemah tepi dataran.

  • Oleh Helmi Effendy
  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sememangnya debat antara Saudara KJ dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi yang menang, dan sebagainya. Di sini, izinkan saya menulis analisis saya mengenai debat tersebut. InsyaALLAH, saya akan mendedahkan fakta-fakta yang tepat dan benar mengenai debat itu.
  • 1. Sikap Rafizi yang cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan topik perdebatan itu sangat mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan topik bagi saya tidak usahlah dijawab oleh saudara KJ. Kalau perlu pun, itu mungkin dalam perdebatan yang lain.
  • 2. Saudara Rafizi kelihatan memilih perbandingan yang langsung tidak munasabah untuk menyokong pendapatan beliau mengenai  pendidikan percuma.  Malah, beliau memberi fakta yang salah kepada umum dan KJ tidak berkesempatan untuk membidas fakta Rafizi.
  • 3.  Maka, tugas saya di sini untuk membidas saudara Rafizi. (Sebenarnya, saya sangat berkobar-kobar untuk duduk di tempat KJ kelmarin, hehehhe…) Pertama, Rafizi mendakwa bahawa negara Finland yang lebih miskin daripada Malaysia dan hanya bersumberkan satu sahaja sumber ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang mengalami masalah kerana penguasaan Blackberry mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah dakwaan itu? Sini, Kapten Malaysia (hensem?) mahu menidakkannya. 🙂
  • 4. Finland sebenarnya mempunyai banyak sumber ekonomi. Saya sertakan statistik sumber ekonomi Finland untuk tatapan umum:
  • RALAT: Statistik yang awal telah dikeluarkan selepas beberapa penemuan dalam sumber dan statistik yang baru disertakan di bawah. Terima kasih pada orang yang sudi menegur dan berkongsi dengan saya. Apa-apa pun, ianya tidak mengubah apa-apa bahawa sumber ekonomi Finland bukan hanya bergantung kepada Nokia sahaja.
  • A.) Electronics (21.6 percent)
  • B.) Machinery, Vehicles and other engineered metal products (21.1 percent)
  • C.)Forest industry (13.1 percent)
  • D.)Chemicals (10.9 percent).
  • Apa-apa pun, di bawah ialah statistik daripada sumber saya sendiri.
  • A) Agriculture and forestry 4.5%,
  • B.) Industry 18.3%
  • C.) Construction 7.3%
  • D.) Commerce 16%
  • E.) Finance, Insurance, and Business services 14.5%,
  • F.) Transport and communications 7%
  • G.) Public services 32.4%
  • Sekarang ni, mana datangnya sumber dakwaan Rafizi yang mengatakan bahawa Finland hanya bersumberkan ekonomi daripada Nokia sahaja?
  • 5. Benarkah Finland lebih miskin daripada Malaysia? Saya nak tergelak mendengarkan dakwaan saudara Rafizi itu. Hehehehe… (gelak malu). Menurut data daripada Bank Dunia, Malaysia jauh ketinggalan dalam ranking GDP. Finland menduduki tangga ke-17. Malaysia punya kekayaan menduduki ranking ke-68. Apa kejadahnya nak bandingkan Malaysia dengan Finland yang lebih kaya daripada Malaysia. Bahkan dengan kekayaan negara yang ke-17 terkaya di dunia, Finland hanya perlu menangung 5 Juta rakyat Mereka sedangkan Malaysia yang mempunyai kekayaan yang ke 68 dunia, perlu menanggung 30 Juta rakyat Malaysia.
  • Sumber saya di sini:  http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_(nominal)_per_capita#cite_note-3
  • Perbandingan ini sangat tidak relevan. Anda cuba membandingkan epal dengan rambutan (bak kata saudara KJ).  Saudara Rafizi ni, awak kena adil tau. Jangan nak spin fakta macam ayahanda Anugerah Tuhan kamu itu. Hehehehe.. tak baik tau. Kita ambil epal kalau nak dibandingkan dengan Epal. Erm… nak ambil contoh apa ya ?
  • 7. Dah dapat! Apa kata kita ambil Brazil yang menduduki di tangga yang lebih kurang sama dengan kita. Brazil ialah salah satu daripada negara yang mendirikan pendidikan percuma. Ya, pendidikan percuma tetapi tahukah saudara Rafizi bahawa cukai di Negara Brazil ialah antara yang tertinggi di dunia? Tak..tak… saya tak buat spesikulasi saya sendiri tau Pak Fizi ya? Tak percaya? Mari-mari, kita mengembara lagi. Biar celik mata semua.
  • 8.  http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes
  • “Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes.”
  • Kenyataan itu dipetik daripada orang Brazil sendiri. Lihat betapa tingginya dan banyak cukai di negara mereka untuk menampung pendidikan percuma. Rafizi kena terima hakikat nothing is free  dalam dunia ini. Ada harga yang perlu dibayar sekiranya mahukan pendidikan percuma. Dan harga yang perlu dibayar untuk pendidikan percuma ialah CUKAI YANG TINGGI.
  • 9. Tak puas hati lagi? Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
  • ” Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!”
  • Nak link ke ? Takut saya menipu? Ehh, jangan tuduh tau.
  • Saya ni sesuci Anugerah Tuhan dan Pak Rafizi ye? (sarcasm). Nah, ambil ni: 
  • http://thebrazilbusiness.com/article/everyday-taxes-in-brazil-ipva-iptu-and-iptr
  • 10. Saudara Rafizi mengatakan bahawa pendidikan di Turki itu percuma. Heheheh, kaki kelentong betul lah awak ni. Awak fizi yang comel, tak nampak ke apa yang berlaku di Turki? Kalau pengikut-pengikut kamu, bolehlah kamu tipu ye? Tapi, tidak saya.
  •  http://www.businessturkeytoday.com/turkey-students-arrested-for-demanding-free-education-during-protests.html
  • Eh, apa benda tu? Kata Turkey ni menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, tetapi kenapa sebaliknya?  Sampai kena tangkap tu Mahasiswa Turkey. Hehehehe… Abam Rafizi, udah-udahlah tu ya menjadi penipu ?
  • 11. Kalau kita lihat pada permulaan debat, kita dapat melihat statistik dan nombor yang dikeluarkan oleh KJ mengenai perbelanjaan yang sedang ditanggung dan bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya mahukan pendidikan percuma. Kemudian, Rafizi membidas bahawa fakta itu penipuan dan mereka membuat kiraan mereka sendiri lalu menampilkan nombor mereka sendiri.
  • 12. Sekarang, saya mahu bertanya kepada semua, anda percayakah fakta daripada Rafizi ini sedangkan dia sudah menipu kita dengan teori Finland dan Turkinya? Sekali menipu, dua kali menipu, tak mustahil dia akan menipu untuk sekian kalinya memandangkan penipuan itu ialah darah dagingnya.
  • 13. Perkara lain, saya tak perlu saya ulas pajang lebar. Isu hutang dan sebagainya, saya rasa dah dijawab dengan kemas oleh saudara KJ.
  • 14. Oh ya, ada lagi yang saya nak perkatakan. Rafizi suruh sifu kamu tu tunaikan janji bulan bintangnya pada penduduk Selangor. Bukan satu dua ye, berbelas tau. Ini janjinya pada penduduk Selangor pada PRU  yang lepas pun tak habis ditunaikan, ada hati bercakap mengenai topik yang lebih besar.
  • 15. Meh, saya senaraikan janji-janji puak anda yang tak tertunaikan sebelum nak menabur janji lain.
  • – membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran selangor.
  • -memberi bantaun RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nuseri.
  • -memberi bantuan RM 50 kepada seorang bagi pendidikan pra sekolah.
  • -memberi hadiah tawaran RM 1000 kepada setiap anak selangor yang masuk ke universiti.
  • Dan belasan lagi janji-janji2 yang terabai.
  • Kesimpulannya ialah kebanyakan daripada fakta yang dibentangkan oleh Rafizi sebenarnya lebih kepada puta belit yang dipelajari daripada sifunya Anwar Ibrahim. Dan motif artikel ini ditulis untuk menjawab tuduhan tidak berasas Rafizi. Setakat ini sahaja yang mampu saya nukilkan, InsyaALLAH kalau ada kesempatan, saya akan kembali menyambung artikel ini, mungkin dengan analisis yang lebih padat dengan fakta.
  • Akhir kata daripada saya, TAHNIAH SAUDARA KJ KERANA berani berdepan dengan orang seperti Rafizi Ramli yang suka lari daripada tajuk dan kaki spin ini. Hehehehe…. Assalamualaikum.
  • Sumber : Facebook
Advertisement




Tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN

23 05 2012

INI DIA JALAN TERBAIK BUAT PENDEMO MAHASISWA 3.O BINGAI..!!!

Sejumlah 11,764 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar balik pinjaman yang ditukar kepada biasiswa apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata ini merupakan satu penghargaan kepada para peminjam atas usaha keras dan kesungguhan mereka dalam bidang pelajaran.

Datuk Ismail Mohamed Said

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang pendahuluan PTPTN di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Bandar Tun Razak, Jengka di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,133 pelajar menerima wang pendahuluan sebanyak RM1,500 melibatkan jumlah RM1.7 juta bagi kemasukan Mei/Jun 2012 di UiTM Pahang.

Untuk kemasukan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara bagi sesi Mei/ Jun 2012, seramai 32,777 pelajar menerima wang itu membabitkan RM49 juta.

Bagi negeri Pahang, katanya sebanyak RM3.7 juta diperuntukkan sebagai wang pendahuluan PTPTN kepada 2,496 pelajar.

Sehingga 31 Dis lalu, sebanyak 553,913 waran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) telah ditunaikan dengan jumlah RM812 juta. Mengenai jumlah peminjam yang telah membayar balik hutang mereka, Ismail berkata sejumlah RM3.18 bilion berjaya dikutip daripada 759,526 peminjam.

Selain itu, sejak 31 Mac lalu, seramai 25,138 peminjam yang disenarai hitam datang berunding dengan PTPTN serta membayar balik dengan kutipan berjumlah RM178.9 juta, katanya.

— Bernama





It is called responsibility – A responsible nation must begin with its citizens

6 05 2012

 

In life nothing is free, PTPTN should and must remain

  • PTPTN = Pinjaman( Yuran Belajar + Sara Hidup)
  • (Me)

  • Those who do not like the idea of taking a loan for their studies are free to do so. They can source for other ways to fund their tuition. Just like everything else in life, you cannot expect a free pass from the government. You have to earn it by virtue of your academic and co-curricular excellence.
  • (Dr Kamal Amzan)


  • On the PTPTN loan, I totally agree with this post written by Dr. Kamal Amzan (source from TMI here):
  • PTPTN should remain
  • April 19, 2012
  • APRIL 19 — Those who do not like the idea of taking a loan for their studies are free to do so. They can source for other ways to fund their tuition. Just like everything else in life, you cannot expect a free pass from the government. You have to earn it by virtue of your academic and co-curricular excellence.
  • The same logic applies to housing loans, car loans, business loans etc. Just because your business is not doing well doesn’t exempt you from paying what you owe.
  • It is called responsibility.
  • PTPTN allows our students the freedom of choice between public and private tertiary centres. If our students feel like joining the so-many mushrooming foreign universities in Malaysia, but are unable to fund their course, PTPTN may just be the answer.
  • If they want to work, and study at the same time why not? They are not obliged to take up PTPTN.
  • The rich will not be affected, some of the middle class won’t, but the poor definitely will unless well, they are good academically . Given how the rural schools and teachers are equipped, it is my opinion that they will be at the losing end yet again.
  • Even with the implementation of minimum wage, can the rural parents afford tuition, books, stationery, living expenses in cities without PTPTN?
  • What if they have not one but a few children in the universities? With their income, education loans from banks are out of the question. The government? Let’s face it, no government can help all.
  • Settling some RM20 billion of the PTPTN bill is not the issue — the issue is whether the government can maintain the growth in the education industry without PTPTN?
  • Can the government afford to give out so many scholarships to all the straight A students of SPM and STPM? For now, we don’t even know how the scholarships are awarded.
  • Some mention Petronas money, but how long before the well runs dry and we scramble to find another way to fund our education?
  • What about those who do not qualify academically but merit assistance due to socio-economic disadvantages or their good co-curricular background? 
  • The issue is also whether our students who have agreed to pay for their studies and signed the contract should be given a clean slate at the expense of Petronas and eventually the taxpayers?
  • As Jahabar Sadiq of The Malaysian Insider correctly pointed out, what are we teaching them about responsibility should we abolish PTPTN, and whether the same applies to NFC, PKFZ scandals?
  • Should we wipe the slates clean for them too?

  • Our graduates are already choosy when it comes to applying for jobs; will they adopt an even more laissez faire attitude later with the abolishment of PTPTN?

  • The students must hold up their end of bargain, period, and the government their’s.
  • The government should start by ensuring only quality, up-to-the-mark tertiary centres exist.
  • Keep them in check, and ensure that the amount paid commensurates with the diplomas and degrees offered. Do not make the students pay more to these colleges than is necessary.
  • Tertiary institutions must imbue our students with the correct attitude, knowledge, and skills, so that they are equipped for the country’s demands upon graduation.
  • Colleges and universities with a bad immigration record, those that cannot produce employable graduates, or with poor feedback from industry players should not be made to receive PTPTN-funded students, or better still close them down.
  • And if all these attempts fail, allow those who have yet to gain employment a grace period providing that they show proof they tried to secure one. PTPTN should not be an “Ah Long” if the students have valid reasons for their unemployment.
  • Abolish the one per cent interest if you must, but do not do away with a system that has seen many benefiting from it.
  • There is nothing free in life, and students should learn this now if they want to shoulder greater responsibilities in this country of 28 million.
  • Politicians will offer everything under the Malaysian sun but Malaysians should be wise enough to see through such rhetoric. If something sounds too good to be true, it usually is.
  • We have enough irresponsible people around. Let us not make it into a national culture.

  • A responsible nation must begin with its citizens. A government that encourages otherwise is not fit to govern.
  • I say, Sesiapa yang mahukan PTPTN dimansuhkan tidak perlu ambil pinjaman, sesiapa yang sudah buat pimjaman sila bayar selepas dapat kerja. 

  • Ingat PTPTN = Pinjaman (Bayar Yuran + Sara Hidup)
  • Jangan jadi  maha tak kenang budi macam mamat-mamat dan minah-minah  saperti didalam gambar dibawah ini:


Source here




Di antara Hipokrasi dan Keperluan Mengubah Wajah PTPTN

15 04 2012

PTPTN for Dummies and why Anwar Ibrahim will never be Prime Minister


  • The Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional or PTPTN for short which had helped many Malaysian to achieve their ambition (1,926,054 students to be exact) is under siege. Some time ago our permanent wannabe PM in waiting announced that he would abolish PTPN if he comes in power. Its a rather daft and desperate suggestion, and the chances of Anwar actually fulfilling his promises is as remote as Lim Kit Siang becoming Prime Minister, but nevertheless this PTPTN issue needs to be explained to the graduates and their parents who took up the PTPN loan, so they will understand the relevance of this very important national education aid scheme.

  • Dr Khir wrote in his blo, sourced here, about the PTPTN which I think is a great fact based and rational discussion which I shall call a PTPTN guide for DUMMIES:
  • Hipokrasi Anwar dan Wajah PTPTN Yang Perlu Diubah 
  • 1. Baru-baru ini saya berjumpa dengan sekumpulan mahasiswa yang begitu terpengaruh dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka yang terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri. 
  • 2. Apabila Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN mereka bersorak sakan tanpa melihat asal usul kemunculan dana ini. 
  • 3. Pada awal 1991, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatn tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.
  • 4. Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.
  • 5. Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566). 
  • Hipokrasi Anwar Ibrahim
  • 6. Siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.
  • 7. Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini.
  • 8. Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja.
  • 9. Tapi sekali lagi pengenaan caj 4% ini dilakukan di bawah pengawasan Menteri Kewangan mana? Orang yang sama hari ini yang mendakwa pinjaman PTPTN dan caj pengurusan, yang jauh lebih rendah daripada zaman beliau, sebagai zalim dan menindas mahasiswa.
  • 10. Namun kerajaan Barisan Nasional yang prihatin ini kemudiannya menurunkan kepada 3%dan setereusnya menganjurkan skim baru yang hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% sahaja. Dan ingatlah semua ini berlaku bukan lagi pada zaman pemimpin “rakyat” bernama Anwar Ibrahim memegang kuasa.
  • 11. Sungguhpun kita mengetahui sikap hipokrasi pemimpin Pakatan ini, namun kita juga harus menerima hakikat bahawa wajah, struktur dan bentuk PTPTN boleh diberi nafas baru yang menjadikannya lebih mesra rakyat.
  • PTPTN Perlukan Perubahan Drastik
  • 12. Sehingga tahun lalu seramai 885,564 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membayar balik pembiayaan pendidikan masing-masing yang berjumlah RM5.3 bilion. Pada Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, 114,125 peminjam telah diluluskan penangguhan bayaran balik disebabkan menyambung pelajaran, masih belum bekerja dan dalam proses tawaran yang melibatkan amaun sebanyak RM967.18 juta.
  • 13. Ini bermakna masih ada lagi ruang untuk pelajar yang telah lulus pengajian memohon penangguhan bayaran semula. Namun masih ramai yang tidak berpuas hati kerana PTPTN mewajibkan mereka mula membayar balik enam bulan selepas habis pengajian. Jika tidak mampu membayar maka perlu melakukan rayuan dan bergantung atas budi bicara para pegawai PTPTN. Malahan saya dimaklumkan PTPTN mempunyai budi bicara untuk mengurangkan bayaran bulanan sehingga serendah RM 50 sebulan.
  • 14. Namun masalah yang besar ialah mengenai jumlah yuran pengajian yang begitu tinggi di Institut Pengajian Tinggi Swasta sehingga menyebabkan ada antara pelajar lulusan vokasional dan teknik berhutang dengan PTPTN sehingan RM 45 ribu ke 50 ribu sebaik tamat pengajian.
  • 15. Dalam keadaan inilah kerajaan harus menganggap memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada para pelajar merupakan satu bentuk pelaburan yang kalau tidak lebih penting pun tentulah sama penting dengan pelaburan pembangunan lain.
  • 16. Pada hemat saya PTPTN perlu menggunakan skim pembayaran balik pinjaman MARA yang lebih mesra pelajar dan sangat bertimbang rasa. Ini membolehkan pelajar menikmati pelbagai potongan diskaun selain menggalakkan kerja keras mahsiswa menumpukan kepada pelajaran. Jika pelajar yang mendapat kelulusan baik diberi potongan tertentu, maka lebih ramai yanga akn menumpukan kepada pelajaran berbanding menghabiskan masa berhibur dan berdemontrasi.
  • 17. PTPTN sebagai organisasi yang berkait rapat dengan kerajaan tidak harus menjadi seperti bank yang mengenakan pelbagai caj dan faedah sehingga membebankan mahasiswa.
  • 18. PTPTN mendapat dana permulaan daripada kerajaan. Saya percaya kerajaan boleh menambah dana tersebut jika PTPTN mempunyai strategi yang berkesan untuk menjadi sebuah organisasi yang mapan pada masa akan datang. 
  • 19. Justeru PTPTN harus mengambil langkah seperti MARA yang kini khabarnya mempunyai cabang pelaburan sendiri bagi mengumpul dana untuk organisasi dan aktiviti mereka. Atau sekurang-kurangnya PTPTN boleh mencontohi model pengurusan dan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)yang mampu mendapat keuntungan bagi menampung kos operasi dan membayar dividen kepada penyimpannya. 
  • 20. PTPTN boleh memohon dana khas kerajaan untuk pelaburan dalam industri tertentu yang tidak berisiko tinggi tetapi mempunyai pulangan sederhana. Kos pengurusan PTPTN dan juga kerugian daripada pemberian diskaun kepada pinjaman pelajar boleh ditampung dari sumber keuntungan pelaburannya, bukan daripada pinjaman pendidikan itu sendiri seperti yang berlaku sekarang. 
  • 21. Dengan peruntukan berbilion daripada kerajaan, adalah mustahil untuk PTPTN tidak mampu untuk mencari peluang pelaburan yang mencukupi untuk membiayai pengurusan organisasinya dan juga menampung kekurangan dana pinjaman akibat pelupusan dan juga pengurangan bayaran balik pinjaman. 
  • 22. PTPTN juga boleh melakukan pelbagai aktiviti mengutip dana untuk tabung pinjaman ini jika syarikat korporat, dermawan dan rakyat percaya mereka membuat kerja membantu mahasiswa bukannya menindas mahasiswa.
  • 23. Yang utuma dan penting ialah PTPTN tidak seharusnya mengambil jalan senang dengan memberi pinjaman dan mengutip bayaran semata-mata sehingga ia menjadi satu bebanan politik kepada rakyat. 
  • 24. Belajarlah daripada agensi lain terutamanya daripada MARA yang bukan sahaja berupaya menaja para pelajar ke luar negara tetapi juga memberi pinjaman yang sangat fleksibel dan mesra mahasiswa.
  • As a MARA Scholar myself, I wholeheartedly agree with Dr. Khir…….there are some weaknesses to the PTPTN system which should be addressed to make it more friendly and less of a burden to graduates. 
  • Here is a summary info of the condition for release from PTPTN commitments from Kosmo  (sourced here):
Footnote: My son has no problem with PTPTN payments as he has never taken the a loan to study, his is on a Ma & Pa scholarship. I and my wife, we do our part to ensure that others less fortunate will have a chance to get loan for their studies.