SSS FAQS BM

1) Mengapa cadangan SSS ini diwujudkan? Oleh siapa?

2) Apakah cadangan tersebut?

3) Apa kelebihan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama?

4) Mengapa bahasa digunakan untuk menyatu padukan rakyat Malaysia?

5) Apakah situasi semasa sistem pendidikan di Malaysia?

6) Mengapa bahasa Mandarin dan Tamil tidak dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah di Malaysia?

7) Kami tidak boleh menggunakan bahasa ibunda kami, adakah anda mahu menghapuskan budaya kami?

8 ) Adakah kempen ini mengkehendaki pembelajaran bahasa ibunda dihapuskan?

9) Apakah langkah seterusnya selepas Komuniti DN menghantar memorandum ini kepada Timbalan Perdana Menteri?

10) Adakah kualiti pendidikan di dalam konsep Satu Sekolah Untuk Semua ini akan diberi penekanan?

11) Mengapa pada dasarnya Komuniti DN mencadangkan SSS?

12 ) Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi sebab mengapa wujudnya polarisasi kaum di negara ini seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB). Mengapa sekolah vernakular yang menjadi mangsa?

13) Kempen ini kelihatan memusuhi budaya kaum-kaum lain. Saya tidak suka!

 14) Adakah kualiti pendidikan anak saya akan merosot jika Sekolah Jenis Kebangsaan diserap?

 15) Apa yang tidak kena dengan Sekolah Jenis Kebangsaan? Kenapa sistem Sekolah Jenis Kebangsaan harus diserap?

16) Adakah SJK lebih bagus berbanding Sekolah Kebangsaan?

17) Siapa yang akan melakukan kajian secara mendalam terhadap sistem pendidikan?

18) Bagaimana sekolah vernakular akan diserap ke dalam sistem sekolah kebangsaan?

19) Bagaimana penerimaan dan toleransi kaum diajar di sekolah? Saya risau ia akan diabaikan.

20) Apakah kelebihan Satu Sekolah Untuk Semua?

21) Adakah Komuniti Demi Negara berusaha ke arah integrasi secara ketenteraan?

22) Kenapa kita memerlukan Bangsa Malaysia? Bukankah kita sudah menjadi “Bangsa Malaysia”?

23) Kenapa komuniti Demi Negara menekankan mata pelajaran Sejarah?

24) Bagaimana perpaduan dapat dicapai melalui SSS?

25) Mengapa rakyat Malaysia perlu menghormati Perlembagaan?

26) Apa yang boleh Kerajaan lakukan untuk meningkatkan semula kualiti kerjaya perguruan seperti yang telah dibincangkan?

27) Apa tujuan utama kempen SSS secara keseluruhan?

  • Cadangan SSS ini dikemukakan oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang prihatin serta merasakan perlunya perpaduan nasional di dalam negara ini dan juga perlu wujudnya suatu bangsa yang benar-benar bersatu, kuat dan bersepadu.
  • Kumpulan ini menamakan diri mereka Komuniti Citramaya Demi Negara.
  • Mereka semua tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dan tidak dikenali umum.
  • SSS tersebut juga berkecuali dari mana-mana fahaman politik.

top

  • SSS mencadangkan SATU Sistem Pendidikan (Sekolah Kebangsaan) dengan hanya SATU bahasa pengantar utama dibenarkan di semua sekolah di Malaysia iaitu Bahasa Melayu.
  • Bahasa Melayu diwartakan sebagai bahasa rasmi negara Malaysia melalui Artikel 152 Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu ini kemudiannya dikenali sebagai Bahasa Malaysia.

top

  • Bahasa Malaysia adalah adalah Bahasa kebangsaan seperti yang diwartakan dalam Perlembagaan negara. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia mesti fasih menggunakannya.
  • Penggunaan Bahasa Malaysia akan menimbulkan perasaan jati diri terhadap negara ini dan golongan muda akan berinteraksi antara satu sama lain tanpa masalah sempadan bahasa.
  • Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca atau medium komunikasi di kawasan yang suatu ketika dikenali sebagai Nusantara, bermula dari Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Irian Jaya. Pengembara silam melawati Nusantara yang berasal dari Tanah Besar China, India, Arab dan Parsi telah mencatatkan fakta ini dalam catatan mereka.
  • Sabah dan Sarawak juga merupakan sebahagian daripada jajahan Kesultanan Melayu Brunei suatu ketika dahulu, di mana Bahasa Melayu berfungsi sebagai lingua franca. Perkara ini juga tercatat dalam buku-buku sejarah dan di dalam arkib-arkib yang menyimpan dokumen-dokumen lama.

top

  • Bahasa merupakan satu faktor yang boleh menyatukan penduduk kerana komunikasi adalah cara asas untuk berinteraksi antara satu sama lain.
  • Banyak negara lain telah mengadakan polisi kenegaraan dengan mengiktiraf satu bahasa sahaja sebagai cara untuk menyatu padukan rakyat mereka (contohnya: Bahasa Mandarin untuk Negara China, bahasa Peranchis untuk Negara Peranchis, bahasa Inggeris untuk Amerika Syarikat, bahasa Indonesia untuk Indonesia, bahasa Tagalog untuk Filipina dan lain-lain).

top

  • Malaysia kini mempunyai tiga bahasa pengantar di dalam sistem pelajarannya. Bahasa Malaysia untuk Sekolah Kebangsaan, Mandarin untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
  • Kita sepatutnya menggunakan Bahasa Rasmi negara Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di dalam sistem pendidikan negara.

top

  • Mandarin dan Tamil sepatutnya tidak boleh dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah kerana bahasa-bahasa tersebut merupakan bahasa rasmi negara asing dan wilayah di dalam sebuah negara asing.

top

  • Bahasa ibunda boleh digunakan dan dipelajari di luar ruang linkungan urusan rasmi di negara ini. Sistem persekolahan adalah merupakan urusan rasmi untuk negara ini.
  • Kami mencadangkan supaya bahasa ibunda boleh dipelajari sebagai mata pelajaran elektif di sekolah. Kerajaan akan menentukan jika bahasa-bahasa ibunda tersebut akan dipelajari sebagai mata pelajaran elektif.

top

  • Tidak sama sekali. Seperti yang disebutkan, mata pelajaran bahasa ibunda akan tetap dipelajari sebagai mata pelajaran elektif yang boleh disediakan untuk semua pelajar.
  • Sebenarnya, KPM telah pun melakukan projek rintis dengan menawarkan mata pelajaran bahasa Mandarin dan Tamil di Sekolah Kebangsaan sebagai mata pelajaran elektif.

top

  • Kerajaan mesti membuat kajian terperinci dan mendalam ke atas sistem pendidikan negara.

top

  • Ya. Salah satu cadangan di dalam SSS adalah untuk mengkaji kualiti di dalam sukatan pelajaran di dalam sekolah kebangsaan dan vernakular.
  • Ini termasuklah teknik pengajaran dan pembelajaran.
  • Apabila sistem pendidikan ini telah dikaji dengan terperinci, pembetulan akan dilakukan melalui cadangan-cadangan memperkasakan sistem pendidikan negara ini ke arah menyatu padukan pelajar-pelajar di negara ini.

top

  • Komuniti DN berpendapat bahawa sekolah-sekolah vernakular secara lazimnya tidak mempunyai komposisi para pelajar yang majmuk. Apabila kanak-kanak membesar di dalam suasana pembelajaran yang terasing dan tidak bercampur dengan para pelajar berlainan, ini menimbulkan suasana yang tidak kondusif di dalam melahirkan Bangsa Malaysia yang bersatu seperti mana yang dianjurkan oleh YAB Perdana Menteri di dalam konsep 1Malaysia beliau.

top

  • Polisi Kerajaan seperti DEB adalah isu sosial-ekonomi manakala SSS menitik beratkan menyatu padukan para pelajar di bawah satu bumbung.
  • Selanjutnya, DEB adalah satu polisi kerajaan untuk memperbetulkan jurang ekonomi di dalam negara ini. SSS dan DEB adalah dua perkara berbeza yang mempunyai objektif yang berlainan.
  • SSS tidak berniat untuk menjadikan sekolah vernakular sebagai mangsa malah jika kempen SSS berjaya terlaksana, adalah dicadangkan supaya sekolah vernakular diserap ke dalam sistem sekolah kebangsaan di mana sekolah tersebut bolehlah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan.

top

  • Kempen ini tidak bermaksud untuk menghapuskan budaya kaum-kaum lain. Kempen ini hanya ingin menyatukan anak-anak Malaysia di bawah satu sistem pendidikan yang seragam.
  • Ibu bapa dan anak-anak bebas untuk memilih budaya yang disukai.
  • Tujuan utama kempen ini adalah penyatuan sistem pendidikan dengan satu bahasa penyatuan.

top

  • Tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan bahawa pelajar daripada SJK lebih cemerlang berbanding pelajar daripada Sekolah Kebangsaan.
  • Kempen ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf pendidikan negara dan memperbaiki segala kelemahan sistem pendidikan.

top

  • Masalahnya bukan setakat bahasa pengantar yang digunakan saja, masalah kurangnya suasana kemajmukan kaum di sekolah tersebut menyebabkan murid-murid gagal mempelajari dan mengalami suasana keharmonian kaum.

top

  • Dakwaan bahawa pelajar SJK mempunyai keputusan yang lebih baik dan ibu bapa berbangsa Melayu telah mendaftar anak mereka ke SJK tidak disertakan dengan bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan mereka.
  • Dakwaan bahawa kualiti Sekolah Kebangsaan telah merosot juga tidak mempunyai bukti-bukti kukuh, dakwaan mereka cuma berbentuk tuduhan, syak wasangka dan berkemungkinan hanya kes terpencil. Masalah-masalah seperti yang didakwa wujud di semua jenis sekolah.
  • SSS menyarankan kepada kerajaan untuk mengkaji sistem pendidikan semasa secara mendalam.

top

  • Kajian tersebut bolah dilakukan oleh kumpulan yang berkelayakan, berpengalaman dalam bidang pendidkan, neutral, dan bebas untuk memastikan ketelusan.
  • Anggota kumpulan itu juga perlu terdiri daripada ahli akademik luar negara untuk menjamin kredibiliti dan integriti laporan dan cadangan yang bakal dikemukakan.

top

  • Oleh kerana sekolah vernakular tidak membantu ke arah pembentukan Bangsa Malaysia, disarankan semua sekolah vernakular diserap terus ke dalam sistem pendidikan Sekolah Kebangsaan.
  • Sekolah vernakular mungkin akan terus beroperasi tetapi di bawah pembiayaan kerajaan dengan kemudahan-kemudahan seperti sekolah lain dan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai pengantar utama serta sukatan mata pelajaran dan kurikulum Kementerian. Sistem pendidikan negara akan wujud sebagai sistem pendidikan tunggal untuk negara.

top

  • Selain daripada memperbaiki latihan penguruan, menyediakan mata pelajaran, sukatan pelajaran, kurikulum,dan aktiviti kokurikulum Sekolah Kebangsaan, perpaduan nasional, pembentukan Bangsa Malaysia yang bersatu juga dititik beratkan.
  • Tiada lagi pengkelasan mengikut kaum di dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Hanya Bangsa Malaysia diiktiraf sehingga tiada lagi keperluan untuk mengajar tentang penerimaan dan toleransi kaum.
  • Sebarang fahaman pelampau tidak akan dibenarkan sama sekali wujud di sekolah-sekolah.
  • Kita mahu rakyat Malaysia yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
  • Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk membentuk asas yang kukuh demi kesejahteraan dan keharmonian yang berpanjangan di Malaysia.

top

  • Dengan sistem pendidikan tunggal, Kementerian Pelajaran dapat menumpukan usaha untuk merangka polisi, peraturan, prosedur dan syarat-syarat untuk semua. Tiada lagi perhatian yang berbeza-beza dan masalah-masalah berbangkit.
  • Dari segi sosio-politik, SSS adalah perlu untuk kestabilan negara. Dari sudut ekonomi juga SSS adalah penting kerana kadar keciciran SJK(C) pada tahun 2002 adalah setinggi 25%. Banyak di kalangan pelajar-pelajar tercicir ini terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah untuk ekonomi. Berikut adalah rujukannya: http://www.asiaone.com/News/Education/Story/A1Story20080717-77229.html

top

  • Apa yang diusahakan Komuniti Demi Negara sangat berpatutan dan berpijak kepada dunia yang nyata, ke arah pembentukan Bangsa Malaysia.
  • Ini bukan usaha untuk mengasimilasikan kaum lain secara ketenteraan seperti di Thailand, Indonesia atau Filipina di mana semua kaum bukan tempatan dipaksa menggunakan nama tempatan, berpakaian tempatan dan lain-lain.
  • SSS cuma bercita-cita supaya generasi muda Malaysia dapat bergaul di bawah satu sistem pendidikan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai pengantar.

top

  • Malangnya, hubungan antara kaum di Malaysia sekarang berada pada paras terendah.
  • Kita memerlukan Bangsa Malaysia untuk terus aman, harmoni dan maju tanpa halangan. Marilah kita berusaha ke arah impian “Bangsa Malaysia” dengan SSS sebagai langkah pertama.
  • Kita masih belum boleh digelar sebagai Bangsa Malaysia. Kita masih lagi merujuk diri kita berdasar kaum dan hanya memikirkan kepentingan kaum masing-masing melebihi kepentingan negara. Kita berharap suatu hari nanti, dengan bangga kita menggelar diri kita sebagai Bangsa Malaysia dan tiada yang lebih penting selain kepentingan negara Malaysia tercinta.

top

  • Mempelajari sejarah adalah sangat penting untuk memahami negara kita. Tanpa sejarah, generasi muda tidak dapat merasai rasa cintakan negara dan tidak mengetahui peranan setiap kaum dalam pembentukan negara.
  • Keinginan untuk maju ke arah konsep Bangsa Malaysia dan cadangan SSS akan timbul jika rakyat Malaysia mengetahui, memahami dan menerima fakta sejarah.
  • Buku sejarah perlu dikaji semula, dan edisi terbaru buku sejarah perlu ditulis oleh ahli sejarah yang berkelayakan dan berkredibiliti tinggi dalam bidang sejarah. Begitu juga dengan buku teks sejarah untuk sekolah-sekolah dan universiti.

top

  • Di bawah naungan SSS, kanak-kanak dapat bercampur antara satu sama lain dan membiasakan diri dengan suasana majmuk sejak dari usia yang muda lagi.
  • Dengan bercampur gaul di antara kaum, tanpa disedari semua batas-batas perkauman akan hilang bila mereka mula meninggalkan alam persekolahan. Ketika itu mereka akan menganggap yang lain sebagai Bangsa Malaysia- kawan-kawan, rakan sekerja, dan senegara.

top

  • Semua rakyat Malaysia perlu menghormati, mematuhi, dan mengikuti seperti apa yang telah tercatat di dalam Perlembagaan. Perlembagaan berfungsi sebagai asas negara kita.
  • Menghormati Perlembagaan adalah asas sebagai rakyat yang setia. Setiap negara di seluruh dunia mempunyai Perlembagaan. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di semua negara dan asas kepada undang-undang lain di dalam negara.

top

  • Guru Sekolah Kebangsaan telah dijadikan isu utama dikalangan anti-SSS untuk menghentam kempen SSS. Jadi guru-guru ini perlu dilatih semula pada masa hadapan.
  • Badan Pemilihan perlu terdiri daripada individu yang berkelayakan, telus dan berpengalaman sebagai pendidik. Di India, memberi rasuah unutk mendapatkan kerja adalah kebiasaan, di Malaysia sendiri gejala memberi markah lulus jika dirayu telah wujud di universiti sejak sedekad lalu.
  • Minat dan kebolehan dalam bidang pengajaran mesti menjadi kriteria asas dalam pemilihan guru. Asas untuk mengenal pasti minat dan kebolehan mengajar ini mesti digariskan oleh Kementerian Pelajaran dan diedarkan kepada semua pihak terbabit dalam pemilihan guru.
  • Jika dakwaan nisbah guru lelaki dan perempuan yang tidak seimbang adalah benar,maka tindakan perlu diambil untuk membetulkannya. Prestasi berdasarkan jantina mungkin tidak tepat, tetapi untuk memuaskan hati semua pihak dan mengekalkan semangat para guru, nisbah 50:50 mungkin perlu dikekalkan sepanjang masa.

top

  • Toleransi kaum (tujuan utama untuk satu Bangsa Malaysia di masa hadapan), menghormati Perlembagaan, cintakan negara dan semangat patriotik mesti dipupuk di kalangan murid-murid sekolah.
  • Cita-cita ini boleh dilaksanakan melalui mata pelajaran Moral, Sejarah dan aktiviti luar kelas.
  • Jika dilaksanakan di bawah SSS peluang untuk menyelaraskan kaedah memupuk rasa hormat kepada Perlembagaan, mematuhinya, mengambil berat dan rasa cinta kepada negara ke dalam minda murid-murid.
  • Tujuan UTAMA kempen SSS adalah Bangsa Malaysia yang bersatu, di mana semua rakyat Malaysia menganggap mereka adalah Bangsa Malaysia dengan penuh hormat, kebanggaan dan sikap jati diri.

top

3 responses

30 10 2009
Sekolah Satu Aliran & Satu Sekolah Untuk Semua « On Da Street

[…] tujuan tersebut – https://satusekolahuntuksemua.wordpress.com. Di dalam laman tersebut juga diselitkan soalan lazim berkenaan idea SSS. Matlamatnya juga jelas demi perpaduan rakyat […]

26 03 2012
Satu Sekolah Revisit: Dong Zhong’s Racist & Ridiculous Demands… « On Da Street

[…] to protect the-so-called-extinct Chinese culture and heritage (as if others have lost theirs), Satu Sekolah Untuk Semua has a complete set of Q&A for any who have doubts over this noble idea. In fact, the site prepares in English for those who […]

10 02 2013
Ateh Halimah (@AtehHalimah)

Sepatutnya sudah dilaksanakan sejak Malaysia menjadi sebuah negara bebas penjajah yakni 31 Ogos 1957…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: