Debat PTPTN

25 05 2012

  • Orang UMNO : “Teruk Rafizi kena… KO.. KJ berdebat dengan Fakta.. Rafizi penuh dengan auta…”
  • Orang PR : “hahahah.. KJ berdebat macam budak-budak… tidak ada isi… lainlah Rafizi… memang hebat..”
  • Siapa menang?? Kj Ke Rafizi??
  • Yang penting, diorang ni.. yang berdebat ni.. bukan peminjam PTPTN. Nak cerita pasal PTPTN..
  • Mahasiswa bukan melayu..
  • –  Mereka buat pinjaman PTPTN, kemudian berlumba-lumba mencapai keputusan cemerlang dalam bidang yang diambil untuk membolehkan mereka menukar status pinjaman mereka kepada biasiswa.”
  •  
  • Mahasiswa melayu..
  • – BERSIH… Demo Hapuskan PTPTN… bercintan-cintun…Dadah… Motor… Games.. dan macam macam lagi…

“Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya”

Analisis Debat PTPTN – Rafizi Vs Khairy (Another Sat Dee In the Making!!!)

Jujur aku hendak bagitau disini bahawa aku sebenarnya tak tengok langsung ‘debat perdana PTPTN’ diantara boss Pemuda Umno, Khairy Jamaludin (tukang hantar pasport Anwar) dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli (lembu Anwar) bukan kerana terlepas live telecast (kerana boleh ditonton melalui Youtube) tetapi aku tak ingin langsung kerana aku tidak berapa berkenan (menyampah) dengan kedua-dua pendebat itu (you know what I’m saying?).

Bercakap pasal Khairy, daripada zaman Pak Lah ramai orang tahu dia memang poyo dan syok sendiri. Yelah, masa tu siapa jadi PM kan kalau bukan bapak mertua dia sendiri iaitu Mr Sleepyhead. Seriously, gua cakap lu beb sapa tak pelik anak menantu boleh bajet melebih-lebih mengalahkan yang jadi PM tu bapak sendiri. Sedangkan masa zaman Tun Dr Mahathir tak pernah pulak anak-anak dia bikin kencang ke sana ke mari. Aku yang masa tu masih dibangku sekolah pun pandai menyampah dengan orang politik meskipun hakikatnya aku sendiri sebenarnya kurang nak ambil tahu sangat pasal politik. Malahan pada waktu itulah aku mula berjinak-jinak dengan Malaysia-Today dan blog Kickdefella. Well, I had enough to say about him. Kepada sahabat blogger pro UMNO baik daripada team Nadi Rakyat mahupun Unit Media Baru (UMB). Aku mohon maaf sebab attack boss pemuda korang semua. Anyway, aku pun nampak dia semakin berubah.

Pasal Rafizi pulak, nama mamat Ganu ni mula popular selepas ‘pendedahan kontroversi lembu NFCorp’ milik suami Datuk Shahrizat iaitu Datuk Salleh. Disebabkan kes ini berprofil tinggi dan dikaitkan dengan suami seorang menteri. Habis segala penyelewangan yang dilakukan Datuk Salleh ini dituduhnya sebagai ‘kerja Datuk Shahrizat’ padahalnya senator yang merangkap menteri itu tidak ada kepentingan langsung dalam syarikat penternakan terbabit melainkan suami dan anak-anaknya sajer. Mentang-mentanglah bekas MCKK dan pernah belajar sampai United Kingdom (konfem biasiswa tu beb!) dah ingat bagus sangat ler. Apa punya certified accountant kalau BAFIA dengan AMLA pun lu fail!. Hanya kerana kegilaan mung nak ‘dedahkan penyelewangan NFC’ sampaikan habis segala maklumat peribadi dan simpanan orang lain dalam akaun bank mung nak dedahkan!. Disebabkan mung jugaklah seorang kerani bank sudah hilang pekerjaan maka mung tanggunglah anak bini si Johari tu!.

Anyway, berbalik kepada tajuk entry aku hari ni berkenaan debat analisis mereka berdua. Aku nak siarkan sekarang sebuah analisis hasil garapan seorang sahabat seperjuangan aku masa dalam Anti-PKR Club dulu. Sebenarnya dah lama aku tak mengomen disana sejak ‘peperangan’ di antara puak Nadi Rakyat dan para admin-nya. Hasil tangan seorang anak muda yang aku kira sendiri lebih muda daripada aku. Analisisnya banyak mengingatkan aku akan Sat Dee (Pure Shiite), seorang blogger anti Pakatan yang amat berbisa dan sering mem-butthurt-kan golongan Anwarista dan pro Limguanengisme. Keupayaan beliau untuk melakukan in depth analysis bagi setiap entry blognya amat dikagumi. Nah aku, perkenalkan Helmi Effendy. Aku sarankan kepada aktivis anak muda pro BN, Pro Aspirasi, Aman Kampus dan Geng Kapak please take note analisis ni. Ada bagusnya jugak kupasan beliau demi menghapuskan salah faham yang dicetuskan geng-geng camping dan beromen dalam khemah tepi dataran.

  • Oleh Helmi Effendy
  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sememangnya debat antara Saudara KJ dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi yang menang, dan sebagainya. Di sini, izinkan saya menulis analisis saya mengenai debat tersebut. InsyaALLAH, saya akan mendedahkan fakta-fakta yang tepat dan benar mengenai debat itu.
  • 1. Sikap Rafizi yang cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan topik perdebatan itu sangat mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan topik bagi saya tidak usahlah dijawab oleh saudara KJ. Kalau perlu pun, itu mungkin dalam perdebatan yang lain.
  • 2. Saudara Rafizi kelihatan memilih perbandingan yang langsung tidak munasabah untuk menyokong pendapatan beliau mengenai  pendidikan percuma.  Malah, beliau memberi fakta yang salah kepada umum dan KJ tidak berkesempatan untuk membidas fakta Rafizi.
  • 3.  Maka, tugas saya di sini untuk membidas saudara Rafizi. (Sebenarnya, saya sangat berkobar-kobar untuk duduk di tempat KJ kelmarin, hehehhe…) Pertama, Rafizi mendakwa bahawa negara Finland yang lebih miskin daripada Malaysia dan hanya bersumberkan satu sahaja sumber ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang mengalami masalah kerana penguasaan Blackberry mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah dakwaan itu? Sini, Kapten Malaysia (hensem?) mahu menidakkannya.🙂
  • 4. Finland sebenarnya mempunyai banyak sumber ekonomi. Saya sertakan statistik sumber ekonomi Finland untuk tatapan umum:
  • RALAT: Statistik yang awal telah dikeluarkan selepas beberapa penemuan dalam sumber dan statistik yang baru disertakan di bawah. Terima kasih pada orang yang sudi menegur dan berkongsi dengan saya. Apa-apa pun, ianya tidak mengubah apa-apa bahawa sumber ekonomi Finland bukan hanya bergantung kepada Nokia sahaja.
  • A.) Electronics (21.6 percent)
  • B.) Machinery, Vehicles and other engineered metal products (21.1 percent)
  • C.)Forest industry (13.1 percent)
  • D.)Chemicals (10.9 percent).
  • Apa-apa pun, di bawah ialah statistik daripada sumber saya sendiri.
  • A) Agriculture and forestry 4.5%,
  • B.) Industry 18.3%
  • C.) Construction 7.3%
  • D.) Commerce 16%
  • E.) Finance, Insurance, and Business services 14.5%,
  • F.) Transport and communications 7%
  • G.) Public services 32.4%
  • Sekarang ni, mana datangnya sumber dakwaan Rafizi yang mengatakan bahawa Finland hanya bersumberkan ekonomi daripada Nokia sahaja?
  • 5. Benarkah Finland lebih miskin daripada Malaysia? Saya nak tergelak mendengarkan dakwaan saudara Rafizi itu. Hehehehe… (gelak malu). Menurut data daripada Bank Dunia, Malaysia jauh ketinggalan dalam ranking GDP. Finland menduduki tangga ke-17. Malaysia punya kekayaan menduduki ranking ke-68. Apa kejadahnya nak bandingkan Malaysia dengan Finland yang lebih kaya daripada Malaysia. Bahkan dengan kekayaan negara yang ke-17 terkaya di dunia, Finland hanya perlu menangung 5 Juta rakyat Mereka sedangkan Malaysia yang mempunyai kekayaan yang ke 68 dunia, perlu menanggung 30 Juta rakyat Malaysia.
  • Sumber saya di sini:  http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_(nominal)_per_capita#cite_note-3
  • Perbandingan ini sangat tidak relevan. Anda cuba membandingkan epal dengan rambutan (bak kata saudara KJ).  Saudara Rafizi ni, awak kena adil tau. Jangan nak spin fakta macam ayahanda Anugerah Tuhan kamu itu. Hehehehe.. tak baik tau. Kita ambil epal kalau nak dibandingkan dengan Epal. Erm… nak ambil contoh apa ya ?
  • 7. Dah dapat! Apa kata kita ambil Brazil yang menduduki di tangga yang lebih kurang sama dengan kita. Brazil ialah salah satu daripada negara yang mendirikan pendidikan percuma. Ya, pendidikan percuma tetapi tahukah saudara Rafizi bahawa cukai di Negara Brazil ialah antara yang tertinggi di dunia? Tak..tak… saya tak buat spesikulasi saya sendiri tau Pak Fizi ya? Tak percaya? Mari-mari, kita mengembara lagi. Biar celik mata semua.
  • 8.  http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes
  • “Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes.”
  • Kenyataan itu dipetik daripada orang Brazil sendiri. Lihat betapa tingginya dan banyak cukai di negara mereka untuk menampung pendidikan percuma. Rafizi kena terima hakikat nothing is free  dalam dunia ini. Ada harga yang perlu dibayar sekiranya mahukan pendidikan percuma. Dan harga yang perlu dibayar untuk pendidikan percuma ialah CUKAI YANG TINGGI.
  • 9. Tak puas hati lagi? Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
  • ” Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!”
  • Nak link ke ? Takut saya menipu? Ehh, jangan tuduh tau.
  • Saya ni sesuci Anugerah Tuhan dan Pak Rafizi ye? (sarcasm). Nah, ambil ni: 
  • http://thebrazilbusiness.com/article/everyday-taxes-in-brazil-ipva-iptu-and-iptr
  • 10. Saudara Rafizi mengatakan bahawa pendidikan di Turki itu percuma. Heheheh, kaki kelentong betul lah awak ni. Awak fizi yang comel, tak nampak ke apa yang berlaku di Turki? Kalau pengikut-pengikut kamu, bolehlah kamu tipu ye? Tapi, tidak saya.
  •  http://www.businessturkeytoday.com/turkey-students-arrested-for-demanding-free-education-during-protests.html
  • Eh, apa benda tu? Kata Turkey ni menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, tetapi kenapa sebaliknya?  Sampai kena tangkap tu Mahasiswa Turkey. Hehehehe… Abam Rafizi, udah-udahlah tu ya menjadi penipu ?
  • 11. Kalau kita lihat pada permulaan debat, kita dapat melihat statistik dan nombor yang dikeluarkan oleh KJ mengenai perbelanjaan yang sedang ditanggung dan bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya mahukan pendidikan percuma. Kemudian, Rafizi membidas bahawa fakta itu penipuan dan mereka membuat kiraan mereka sendiri lalu menampilkan nombor mereka sendiri.
  • 12. Sekarang, saya mahu bertanya kepada semua, anda percayakah fakta daripada Rafizi ini sedangkan dia sudah menipu kita dengan teori Finland dan Turkinya? Sekali menipu, dua kali menipu, tak mustahil dia akan menipu untuk sekian kalinya memandangkan penipuan itu ialah darah dagingnya.
  • 13. Perkara lain, saya tak perlu saya ulas pajang lebar. Isu hutang dan sebagainya, saya rasa dah dijawab dengan kemas oleh saudara KJ.
  • 14. Oh ya, ada lagi yang saya nak perkatakan. Rafizi suruh sifu kamu tu tunaikan janji bulan bintangnya pada penduduk Selangor. Bukan satu dua ye, berbelas tau. Ini janjinya pada penduduk Selangor pada PRU  yang lepas pun tak habis ditunaikan, ada hati bercakap mengenai topik yang lebih besar.
  • 15. Meh, saya senaraikan janji-janji puak anda yang tak tertunaikan sebelum nak menabur janji lain.
  • – membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran selangor.
  • -memberi bantaun RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nuseri.
  • -memberi bantuan RM 50 kepada seorang bagi pendidikan pra sekolah.
  • -memberi hadiah tawaran RM 1000 kepada setiap anak selangor yang masuk ke universiti.
  • Dan belasan lagi janji-janji2 yang terabai.
  • Kesimpulannya ialah kebanyakan daripada fakta yang dibentangkan oleh Rafizi sebenarnya lebih kepada puta belit yang dipelajari daripada sifunya Anwar Ibrahim. Dan motif artikel ini ditulis untuk menjawab tuduhan tidak berasas Rafizi. Setakat ini sahaja yang mampu saya nukilkan, InsyaALLAH kalau ada kesempatan, saya akan kembali menyambung artikel ini, mungkin dengan analisis yang lebih padat dengan fakta.
  • Akhir kata daripada saya, TAHNIAH SAUDARA KJ KERANA berani berdepan dengan orang seperti Rafizi Ramli yang suka lari daripada tajuk dan kaki spin ini. Hehehehe…. Assalamualaikum.
  • Sumber : Facebook

Actions

Information

One response

25 05 2012
Sifar

Apa kah peranan Ketua Pemuda UMNO sekarang? Berbahath sahaja? Tak dengor pun apa lain, seperti mengembeling tenaga Pemuda UMNO dapatkan muda mudi yang belom berdaftar mengundi pergi berdaftar. Sendiri atau bersama dengan Puteri UMNO.

Kan lebih senang nak nilai produktivitinya jika dapat bawa 10,000 pemuda pergi berdaftar. Banding dengan berdebat sana berdebat sini, susah nak nilai menang kalahnya.

Banyak lagi boleh buat, contohnya dalam hal mendatangkan harmoni dan bersatu padu di negara ini. Melalui SSS dan lain lainnya.

Atau aturkan berarak di sana sini kempenkan ta’at setia dan patriotisme kapada negara. Banyak kucar kacir di negara ini pada masa ini. Sekarang ini ramai rakyat yang tak faham apa beza ta’at setia dan perassan petriotik. Tak boleh timbul patriotisme jika tidak ada ta’at setia. Apa ukuran ta’at setia kapada negara? Mestilah hormatkan dan patuhi Perlembagaan negara. Pemuda UMNO boleh menyumbang banyak dalam hal ini. Tapi malangnya tak ada kedengaran acara Pemuda UMNO dengan bersemarak kebelakangan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: