The “Anak Malaysia” Side Show Freaks

11 06 2011

A Classic Case of “Cakap Tak Serupa bikin” incident was recently presented to us. The hyped up “incident” of a mixed race couple trying to register their newborn baby as “Anak Malaysia” raised a few pertinent question. One of which is whether Malaysia can be considered as a classification of ethnicity or race.

Demographic data are used for various policy making activities and also for historical analysis on health related issues by various government of the world. For some readings on its usage go here. The level of granularity of the ethnic classification varies among jurisdiction, most major country that have seen significant in-flow of migrant population would begin to implement such a policy to assist in various decision making process, foreign countries which typically had one or two type of racial classification tend to lump various ethnicity into a larger group without proper consideration eg: American approach of using Filipinos as an ethnic category when these people are actually Malays. These are actually “proxy ethnicity for ease of recording. For details please go here to see a sample on how they collect demographic data at birth.

Now back to the issue of the DAP politician who created a stir by trying to register her newborn Chinese-Indian baby as “Anak Malaysia”.

Tell us what you make of it.

Below are some of the reaction towards the incident.

Hipokrit besar…Itu komen Senator Ezam Mohd Nor mengulas hu ha ADUN DAP Subang Jaya, Selangor Hannah Yeoh yang buat bising kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak benarkan beliau daftarkan bangsa anak perempuannya yang baru lahir sebagai Anak Malaysia.

Hannah yang berkahwin dengan seorang lelaki India buat bising di media pembangkang selepas permohonannya ditoak JPN.

Menurut Ezam, jika alasan kononya semangat 1Malaysia yang diberikan oleh Hannah, beliau dan seluruh kepimpinan DAP perlu memperjuangkan dahulu dasar pendidikan satu aliran, atau Sekolah Malaysia.

“Mengapa tidak perjuangkan sekolah Malaysia? mengapa pertahankan sekolah Cina? Saya cabar pemimpin-pemimpin DAP perjuangkan sekolah Malaysia” katanya dalam satu kenyataan kepada Agendadaily.

DAP sebelum ini menentang rancangan kerajaan untuk memperkenalkan dasar satu sekolah untuk semua, bagi memudahkan proses integrasi di kalangan rakyat Malaysia.

Jika dasar tersebut dilaksanakan, semua pelajar dari aliran Cina dan Tamil akan hanya menerima pendidikan menggunakan bahasa kebangsaan di dalam satu sekolah yang bercampur semua kaum.

Berbeza dengan keadaan sekarang di mana, sekolah aliran Cina dan Tamil menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengajaran.

Bagaimanapun menurut Ezam, DAP tidak akan berani menyahut cabarannya kerana parti itu tidak akan berganjak daripada perjuangan mempertahan dan memperkasa sekolah Cina kerana itu asas penubuhannya.

“DAP bukan seperti PAS, yang prinsip perjuangan berubah-ubah dan kini PAS berganjak dari asas penubuhan parti daripada Islam kepada kebajikan,” kata beliau.

Sementara itu, JPN dalam satu kenyataan Rabu menegaskan bahawa ‘Anak Malaysia’ tidak boleh diterima sebagai satu etnik dan penentuan bangsa seseorang anak adalah ditentukan berdasarkan bangsa ibu bapa mereka.

“Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa, penentuan keturunan bagi kanak-kanak adalah berdasarkan kepada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak sahaja.

“Jabatan ini tidak dapat mendaftarkan sesuatu keturunan selain daripada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak tersebut,”

Seperti dijangka dalam usaha untuk bikin riuh hal ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat kenyataan Khamis akan backing habis ‘ perjuangan’ Hannah Yeoh untuk daftar anaknya sebagai anak Malaysia menerusi mahkamah.

Di kalangan pemerhati politik pula mereka menilai isu ini secara tersirat dibangkitkan untuk memperlekehkan 1Malaysia.

Ini juga menjadi usaha berterusan DAP untuk korek apa juga isu sekalipun kecil untuk membuat orang bukan Melayu terus menerus geram terhadap kerajaan.

Ia dinilai sebagai salah satu strategi parti untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13.-9/6/2011. Source here

And another one from CheGu Bard source here

Setuju anak malaysia tetapi perlu juga pertegas sekolah satu aliran
Sehari dua ini kecoh mengenai anak bangsa bangsa Malaysia. Perkara ini wujud apabila seorang Ahli Dewan Undangan negeri dari Selangor yang baru melahirkan anak gagal dalam cubaan beliau mendaftarkan anaknya sebagai bangsa Malaysia. Tindakan beliau mendaftarkan anaknya sebagai bangsa Malaysia kerana menurutnya dia berbangsa cina yang berkahwin dengan lelaki berketurunan India, maka anaknya tidak mungkin menjadi India atau Cina tetapi anaknya harus menjadi anak Malaysia.

Seperti biasa tindakan ini dilihat dari perbagai aspek. Ada yang mengambil perkara ini dari aspek negatif. Ada seorang ahli parlimen bekas PKR dengan sengaja menulis komentar mengenai perkara ini dengan meletakkan gambar anak beruk mungkin sebagai menggambarkan anak bangsa Malaysia yang tidak ketahuan identitinya. Malah rata-rata blogger pro Umno yang melihat tindakan ADUN ini dari aspek politik semata lantas memberikan komen negatif termasuk sanggup menulis komen-komen lucah berkaitan dengan status anak ADUN ini.

Ini semua jelas mengecewakan. Selaku anak muda kita harus membicarakan perkara ini dalam ruang yang lebih luas lagi.

Apa niat ADUN tersebut terpulang kepada dia tetapi kita harus mengambil peluang ini untuk membincangkan secara terbuka dan jujur mengenai pembentukan negara bangsa dan kesepaduan rakyat dalam negara.

Suka mengungkap semula tulisan Rustam Sani yang pernah menulis kita pernah cuba dengan serius merdeka sebagai negara bangsa tetapi usaha kita gagal kerana dihalang oleh British kerana gusar kita akan muncul sebuah negara yang kuat, mandiri dan menyaingi mereka. malah selaku negara bangsa yang kuat, Negara Rakyat ini juga tidak akan mudah memberi jaminan untuk mengikut telunjuk demi menjaga kepentingan pemodal Inggeris. Usaha pembinaan negara bangsa ini juga mudah dihalang British apabila Umno menjadi agen dalam negara yang menjalankan usaha sabotaj menggagalkanya.

Tidak dinafikan terdapat banyak tafsiran tentang makna negara-bangsa. Namun menurut Abdul Rahman Embong (2001:12), persoalan negara-bangsa secara konseptual menjadi permasalahan penting disebabkan terdapat beberapa kekeliruan mengenainya. Ini kerana ada pihak yang menganilisis perkara tersebut secara legalitis dengan menghubungkannya dengan konsep ‘warganegara’ dan ada pula yang melihatnya berdasarkan konsep ras yang dihujahkan sebagai sukar untuk terbentuk.

Malaysia telah merdeka sejak 1957, itu proses yang lama namun kita masih terperangkap dalam ‘lamunan perkauman sempit’ kita. Ini semuanya ialah impian penjajah kita dahulu. Semasa menjajah mereka memisahkan kita dengan dasar pecah perintah. Lebih malang lagi selepas merdeka dasar mereka kita teruskan dengan politik perkauman sempit yang diwarisi melalui Perikatan dan kini barisan nasional.Malah lebih parah malangnya apabila politik perkauman ini menjadi azimat sakti yang sering diperguna oleh regim pewaris penjajah setiap kali tergugat sokongan.

Mari kita fikirkan adakah kita semua ini Melayu, apa yang menjadikan kita Melayu atau apa bangsa identiti kita ? Seorang Melayu kahwin dengan cina anaknya bangsa apa ? Sepasang suami isteri Melayu yang hidup dengan penuh meninggalkan cara hidup melayu adakah anak mereka melayu ? Keluarga cina yang hidup dikalangan orang jawa mengamalkan kehidupan berbudaya jawa, makanan jawa, cakap jawa lebih fasih dari cakap cina, adakah mereka cina ?

Kita telah membuang masa, seharusnya perkara ini sudah diselesaikan lama. Ini masa globalisasi, amat menyedihkan apabila nilai sempadan negara mula menjadi kurang nilai kita masih melipat lengan baju bertekak soal sempit perkauman dalam negara sendiri.

Memang sudah terlambat kita harus mulakan segera sekarang jika tidak kita akan hilang daya saing. Kita harus jujur dalam membincangkan perkara ini, ke arah mana negara ini hendak dibawa. negara ini tidak boleh sentiasa terawang dengan banyak taboo yang konon tidak boleh diungkap dan harus didiamkan. Ini negara kita, jika kita tidak mahu bincangkan siapa lagi yang mahu diselesaikan. British sudah lama pulang kita harus berdiri sendiri mengendalikan negara kita mengikut acuan kita.

Jika tidak negara ini akan hilang daya saingnya. Jika kita masih diam dan taboo untuk bicara hal pokok negara akan terus hilang warganya yang bagus untuk bangun negara. Ganerasi baru yang bosan dengan negara ini akan keliru identitinya. Mereka akan melihat negara ini hanya tempat cari makan kerana mereka dihalang itu dan ini, seolah negara ini bukan milik mereka. Maka mereka akan berhijrah ke mana mereka selesa cari makan. Rakyat harus melihat bumi ini bukan hanya tempat cari makan sahaja. Ini tanah air kita.

Walaupun kamu keturunan cina kamu sudah tidak ada kawloon untuk balik kerana orang kawloon sudah tidak kenal kamu, kamu beranak di Nibong Tebal maka ini tanah air kita yang harus kita bina bersama. Jika kamu keturunan india kamu sidah tidak ada Kerala untuk balik, kamu beranak di Kombok, Negeri Sembilan maka sinilah kampung halaman kamu. Semangat ini harus wujud dan ia hanya akan wujud apabila kita ada rasa milik sama negara ini.

nota ringkas lemparan idea bangsa Malaysia ini saya akhirkan dengan dengan pertanyaan pada diri kita semua secara detik hati, adakah kita jujur hendak sama mencari ke mana arah dan bagaimana nak bentuk negara bangsa malaysia ini. Adakah kita jujur dan sedia berkorban beberapa ‘permata’ kecil dalam genggaman yang disayang untuk mendapat belian besar yang jauh lebih bernilai.

Cuba renungkan jika kita ke Singapura. Suatu ketika dahulu, selepas Singapura mencapai kemerdekaan (dari Malaya), urusan kebudayaan dan keagamaan disekat. Sekolah-sekolah beraliran Cina dan Tamil dibubar untuk mengurangkan semangat “kecinaan dan keindiaan”. Atas iltizam dan visi Lee Kuan Yew, Singapura telah berjaya menjadi sebuah negara-bangsa. Walaupun pada awalnya wujud sedikit kekangan kebebasan berbudaya dan beragama, Singapura kini terus bergerak ke hadapan. Lee Kuan Yew telah berjaya menyatukan kebudayaan Singapura. Lee Kuan Yew dilihat berjaya mengasimilasikan masyarakat Singapura. Kita boleh meletakkan Singapura sebagai contoh negara-bangsa yang maju dan berjaya. Kita boleh berbangga kerana Singapura adalah jiran kita yang kuat memberi saingannya.

Mana mungkin nak bina negara bangsa apabila pada peringkat awal pendidikan lagi majoriti anak malaysia terpisah-pisah. Jika kita semua tidak jujur dalam bab ini maka saya ungkap blogger A. Kadir Jasin (dan tolong jangan labelkan saya rasis) dalam tulisan beliau di Malaysia Today yang berkata “…Sebaliknya mempertahankan hak bangsa-bangsa lain di bumi yang sama adalah ‘hak’. Natijahnya, orang Melayu mempertahankan haknya dia dianggap rasis, tetapi apabila orang bukan Melayu melakukan yang sama ia dikatakan hak mereka…” Mungkin ada kebenarannya apa yang dikatakan oleh beliau.

dan cerita mencari identiti negara ini akan menjadi cerita tak sudah – sudah dan terpusing – pusing. Maka sama kita nyanyikan lagu, bangau oh bangau…………..

sekadar mengajak diri berfikir.

Also check out Sdr Kembara Politik piece

Tahniah! Pemimpin DAP bersikap patriotik hantar “Anak Malaysia” ke Sekolah Kebangsaan


Penulis tertarik dengan laporan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menolak permohonan Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya dari DAP untuk mendaftarkan bangsa anaknya sebagai “Anak Malaysia” di ruangan bangsa di dalam Sijil Kelahiran.

JPN tentunya sudah mempunyai garis panduan yang perlu diikuti bagi mengisi ruangan bangsa di dalam setiap Sijil Kelahiran yang dikeluarkan. Semuanya perlu mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Bukannya boleh diisi ikut suka hati sahaja. Kalau ikutkan Hannah Yeoh ini mungkin sahaja beliau mahu mengisi “Caucasian” di ruangan bangsa anaknya, tapi takut nampak kelakar dan pelik pula nanti.

Sebenarnya Hannah Yeoh ini sudah tahu bahawa JPN sudah pasti menolak permohonan sebegini. Tetapi atas sebab Hannah ini berbangsa Cina DAP, memang semua perkara mahu dijadikan modal politik. Bak kata blogger RBF, “Masalah Laki Bini Dijadikan Masalah Negara!”. Yang suami mahukan anak didaftar berbangsa India. Yang Hannah pula tarik telinga suaminya berkeras mahukan bangsa Cina. Penyudahnya sengaja cipta isu dengan cubaan mahu diisi dengan “Anak Malaysia”.

Setelah ditolak, Hannah isi juga bangsa anaknya. Apa jalan penyelesaian yang diambil oleh Hannah Yeoh?Penulis ingatkan bangsa anaknya didaftarkan atas susur bangsa sebelah bapa iaitu berbangsa India. Tetapi bangsa Cina juga dipilihnya. Kenapa? Entahlah. Hanya suami isteri itu sahaja yang tahu apa sebabnya. Elok wartawan tanya kenapa dia pilih bangsa Cina tidak bangsa India?

Kalau ikutkan trend ‘patriotik’ Hannah Yeoh ini, penulis percaya akan ramailah anak-anak dari kalangan pemimpin DAP akan berebut-rebut memilih sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan mereka. Mungkin bukan setakat berebut-rebut sahaja, tetapi lebih daripada itu. Mungkin kita akan lihat senario di mana pemimpin DAP berebut-rebut menghentam mereka-mereka yang menghantar anak-anak ke sekolah Cina lalu diheret jadi agenda besar negara. Ya! Agenda demi perpaduan sebenar. Tapi semua rakyat tahu, ‘patriotik’ Hannah Yeoh itu cuma “patriotik kura-kura”! Hanya berpura-pura patriotik!

Kalau ikutkan trend benar-benar ikhlas dan bersikap patriotik sebagai “Anak Malaysia” sudah tentulah Sekolah Kebangsaan jadi pilihan utama. Tapi penulis berani jamin, Hannah Yeoh dan juga spesis “patriotik kura-kura” yang lain sudah tentu ‘bermati-matian’ menghantar anak mereka ke sekolah Cina.

Bukankah begitu wahai Hannah Yeoh dan mereka-mereka yang tergolong dalam spesis “patriotik kura-kura”?

The strange thing about this whole episode is the fact that she choose to create an incident instead of using the right channel such as a push for a bill in the Parliament for the amendments of our racial categories. Singapore our next door neighbour used a more civil approach to the matter by bringing it up to the parliament for a debate and eventually came out a double barrel race registration policy for children of mixed marriages refer here

Greater Flexibility With Implementation Of Double-Barrelled Race Option From 1 January 2011

29-Dec-2010 filed under Public Advisory
With effect from 1 January 2011, the Immigration and Checkpoints Authority (ICA) will implement the registration of double-barrelled race options for Singaporean children born to parents of different races.

2. This change, first announced in Parliament on 12 January 2010, gives parents who are of different races further flexibility and choice to decide how their child’s race should be recorded. Couples of inter-ethnic marriages now have the additional option to reflect both their races for their child as a double-barrelled race. This is on top of the existing options of choosing only one of the two different races – either that of the father or the mother – for their child. For example, if one parent is “Chinese” and the other is “Indian”, the child’s race may be recorded as “Chinese”, “Indian”, “Chinese-Indian”, or “Indian-Chinese”. The registration of the double-barrelled race will be limited to only two components, i.e. one hyphenation.

3. For relevant Government policies, such as the initial assignment to a mother-tongue language class in schools and the HDB’s Ethnic Integration Policy, the first component of a double-barrelled race will be used. There will not be any advantage in terms of policy considerations for those who register either a double-barrelled or a singular race. For the presentation of statistics, the current way of presenting the published race statistics will be maintained and will be based on the first component of the double-barrelled race.

4. Details on the policy and registration procedures can be found on ICA’s website at http://www.ica.gov.sg.


Actions

Information

Leave a comment