The Memo to MOE

Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pelajaran
Kementerian
Pelajaran Malaysia
Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Pengkajian Semula Sistem Pembelajaran Malaysia untuk Melahirkan Suatu Bangsa Malaysia Yang Bersatu, Teguh dan Bersepadu
Dengan segala hormatnya kami mengemukakan cadangan yang tersebut di atas demi melahirnya suatu Bangsa Malaysia yang kukuh, bersatu dan bersepadu yang akan menjamin masa depan negara kita. Kami bukanlah suatu kumpulan politik atau berpihak kepada mana-mana unsur politik negara ini. Kami adalah warganegara yang prihatin terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang jitu dan yang benar-benar sehati dan sejiwa yang akan mengemudi negara kita tercinta ke arah kegemilangan.


Gejala-Gejala Polarisasi Kaum di Malaysia

Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber dimana segelintir masyarakat kini mempamirkan sikap anti-negara yang semakin berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip Perlembagaan negara, tiada rasa cinta kepada Tanah Air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali. Secara lantang anasir subversif ini mempertikaikan segala lambang kedaulatan dan intipati negara kita tercinta. Dari pengamatan kami, puak penderhaka ini antara lain telah menyentuh perkara seperti berikut:-

• Mempertikai kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang diperuntukan dalam Perkara 181 Perlembagaan Malaysia .

• Membangkitkan isi-isu sensitif seperti kedudukan istimewa Orang Melayu dan kaum Bumiputra lain yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia .

• Mengabaikan Bahasa Rasmi negara, iaitu Bahasa Malaysia, dan mempromosikan secara meluas bahasa-bahasa asing, termasuk Mandarin dan Tamil, yang bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.

• Menidakkan adanya suatu Kontrak Sosial (berkaitan kerakyatan masyarakat Bukan Melayu dan kedudukan istimewa Orang Melayu) yang telah terjalin di antara kaum-kaum di negara ini sejak Merdeka dahulu.

• Mengeji dan mempersenda Dasar Ekonomi Baru yang digubal mengikut Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

• Mempersoal dan menidakkan peranan dan pengorbanan Orang Melayu yang telah bertapak di Bumi Tanah Melayu sejak sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dalam pembentukan dan pembangunan negara ini.

• Melebihkan peranan puak imigran dalam pembentukan dan pembangunan negara ini ke tahap yang menyimpang jauh dari kenyataan.

• Menjanakan berbagai penipuan sejarah yang akan memudaratkan pemikiran rakyat negara ini, terutama anak-anak di bangku sekolah.

• Mempersenda dan memperlekehkan segala simbol kenegaraan Malaysia yang patut di sanjungi dan dipertahan oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah lagu Negaraku, Keris, Songkok dan, seperti tersebut di atas, institusi Raja-Raja Melayu, Bahasa Malaysia dan sejarah negara ini.

• Mempertikai hujah-hujah pemimpin Bukan Melayu terdahulu seperti Presiden MIC, Tun V.T. Sambanthan dan Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dimana pemimpin-pemimpin ulung tersebut telah melafazkan rasa kesedaran, keinsafan dan berterimakasih terhadap budi perkerti dan sikap bertolak-ansur Orang Melayu di dalam pemberian kerakyatan Jus Soli kepada kaum pendatang di Tanah Melayu, tidak seperti nasib yang menimpa kaum mereka di negara-negara serantau.

Kewujudan Bangsa Malaysia Yang Berbahasa Malaysia dan yang Berlandaskan Budaya dan Tatatertib Orang Melayu

Setelah hampir 52 tahun merdeka, negara kita kini menghadapi masalah perkauman dan kerapuhan sosial yang amat membimbangkan. Polarisasi kaum telah sampai ke tahap kritikal dan kini mengancam kesejahteraan masyarakat dan keselamatan negara. Justeru, Malaysia sudah tiada pilihan kecuali berikhtiar untuk menzahirkan suatu Bangsa Malaysia yang teguh bersatu, yang berbahasa Kebangsaan sebagai bahasa utama, yang bersepadu dalam pemikiran dan yang mempunyai tahap patriotisme yang tinggi berlandaskan cinta kepada negara dan hormat kepada Perlembagaan.

Berpandukan kepada semangat kenegaraan yang menjadi asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia, Bangsa Malaysia ini haruslah secara menyeluruh :-

•Fasih bertutur di dalam Bahasa Kebangsaan. Bahkan Bahasa Malaysia menjadi bahasa ibunda seluruh Bangsa Malaysia di suatu hari kelak;

•Memahami dan menghormati adat-adat dan tatasusila orang Melayu dan kaum pribumi lain di Malaysia;

•Menghormati kedudukan Agama rasmi Malaysia iaitu Agama Islam sambil menikmati kebebasan beragama sesuai dengan peruntukan perlembagaan;

•Mempertutur bahasa warisan ibunda lain dan mengamalkan warisan budaya ibunda dengan cara yang sesuai dengan peruntukan Perlembagaan, iaitu di luar konteks urusan rasmi dan di amalkan secara peribadi oleh komuniti tersebut.

Konsep Bangsa Malaysia yang kami amati telah diperbincangkan dengan mendalam di wadah kami. Suatu penjelasan menyeluruh telah di huraikan di blog Demi Negara.
Titik permulaan dalam pembentukan Bangsa Malaysia tersebut terletak pada sistem pembelajaran negara kita. Sikap terhadap Bangsa Malaysia ini harus di bentuk dari peringkat asas. Justeru, Sistem Pembelajaran Malaysia haruslah di sesuaikan agar menjadi wadah utama dalam penerapan nilai-nilai Bangsa Malaysia tersebut di kalangan anak-anak kita bermula dari usia yang muda.

Dasar Sistem Pembelajaran Malaysia Di Masa Kini

Kami berpendapat, pembinaan suatu Bangsa Malaysia yang teguh bersatu dan jitu bersepadu tidak akan tercapai selagi adanya gejala Sekolah Vernakular (Sekolah Jenis Kebangsaan atau SJK) di Bumi Malaysia. Sekolah Vernakular tidak selaras dengan matlamat melahirkan Bangsa Malaysia berharmoni dan bersepadu yang berteraskan unsur-unsur nasionalisme yang sepatutnya. Malah ia telah menjadi penghalang utama keatas hasrat kerajaan membina masyarakat yang sehaluan bahasa, minda dan kebudayaan asas.
Kewujudan Sekolah Vernakular telah menimbulkan berbagai tanda tanya ke atas peranan dan status nya di masa kini. Ini termasuklah:-

  • Sekolah Vernakular adalah bertentangan dengan status Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara kita. Malah, Sekolah Vernakular nyata bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan dimana Bahasa Malaysia diwajibkan untuk segala urusan rasmi, dan Sistem Pembelajaran adalah suatu urusan rasmi negara.
  • Bahasa penghantar di SJKC ialah Mandarin, Bahasa Kebangsaan sebuah negara asing, iaitu Republik Rakyat China. Malah ia bukan bahasa asli mana-mana suku kaum Cina yang tinggal di negara ini. Bahasa penghantar SJKT pula adalah Tamil, bahasa rasmi negeri Tamil Nadu di India. Ini adalah suatu fenomena sosial yang amat ganjil dan tidak harus di benarkan di negara kita.
  • Seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Bahasa Kebangsaan wajib digunakan untuk segala urusan rasmi negara. Sistem Pembelajaran merupakan suatu urusan rasmi negara sepertimana di semua negara di dunia.
  • Perkara 152(a) Perlembagaan Malaysia menyatakan :-
  • No person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning, any other language.”
  • Fasal tersebut tidak memberi mandat kepada Kerajaan untuk membenarkan, apatah lagi memberi sokongan wang dan sebagainya, kepada mana-mana sekolah yang menggunakan bahasa selain dari Bahasa Kebangsaan kerana sistem pembelajaran adalah suatu urusan rasmi (“offical purpose”).
  • Dari segi “protection of the legitimate interest of the others” yang termaktub dalam Perlembagaan, “kepentingan sah masyarakat lain” merangkumi urusan peribadi masyarakat tersebut dan tidak termasuk hak untuk menggunakan bahasa penghantar lain bagi urusan pembelajaran di sekolah. Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia membolehkan pengajaran dan pertuturan bahasa lain secara peribadi di kalangan sesuatu masyarakat, dan bukan hingga ke tahap penggunaan bahasa lain secara berleluasa termasuk sebagai bahasa penghantar utama di sekolah.
  • Sekolah Vernakular pada amnya mengandungi satu kaum sahaja dalam suasana pembelajaran yang tidak membayangkan arca dan kandungan masyarakat negara ini. Ini tidak sesuai dalam melahirkan suatu Bangsa Malaysia yang bersatu dan bersepadu. Murid Sekolah Vernakular wujud dalam suasana terpencil dari aliran am. Mereka menyerapkan nilai-nilai satu kaum sahaja, tidak bergaul dengan kaum-kaum lain, tidak dapat pengalaman berinteraksi, kurang memahami adat resam kaum lain dan susah menerima hakikat bahawa adat resam dan budaya kaum majoriti di negara ini perlu di fahami dan di hormati. Ini mengakibatkan pemikiran mereka terkongkong dan menjadi janggal dan mereka bermasalah menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk negara ini.
  • Pengasingan sebahagian warganegara ke alam Sekolah Vernakular sejak umur yang senang di pengaruhi telah menjadi penghalang terbesar kepada kewujudan suatu Bangsa Malaysia yang bersatu di bawah satu bahasa, identiti dan pemikiran.

Tiga Bahasa Penghantar Tidak Sejajar dengan Perlembagaan dan Bertentangan dengan Amanat Rukunegara

Perkara 152 Perlembagaan Malaysia membenarkan pengajaran bahasa-bahasa selain dari Bahasa Kebangsaan untuk lain-lain komuniti di Malaysia. Tetapi kebebasan ini nyata terbatas kepada pembelajaran khusus bahasa tersebut sahaja dan bukan untuk ianya dijadikan bahasa penghantar bagi matapelajaran lain di Sistem Persekolahan negara Malaysia.

Kita tidak harus ada tiga sistem pembelajaran dalam tiga bahasa penghantar. Bangsa Malaysia yang bersatu dan bersepadu tidak mungkin lahir dari suasana sebegini. Keadaan tiga sistem pembelajaran ini tidak sejajar dan jelas bertentangan dengan semangat dan peruntukan perlembagaan, dan juga menyimpang dari matlamat utama Rukunegara, iaitu “mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat nya.”

Keagungan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara ini mesti di pertahankan. Perkara yang tidak sejajar, menghalang atau menentang peruntukan bahasa dalam Perlembagaan adalah di sifatkan sebagai bercanggah dengan Perlembagaan atau “unconstitutional.”

Masalah-masalah yang timbul dari kewujudan Sekolah Vernakular banyak di perkatakan bukan sahaja di blog Demi Negara, malah di berbagai blog lain. Contoh hujah-hujah di alam siber yang mempertikai kewujudan Sekolah Vernakular di huraikan di lampiran bersama surat ini.

Berdasarkan kepada fakta dan pendapat yang terpapar di sini dan segala hujah yang dikemukakan di pautan-pautan berkenaan, kami dengan hormat nya meminta agar gejala Sekolah Vernakular ini di hapuskan secara total.

Kesemua Sekolah Vernakular yang ada sekarang harus diserapkan kedalam Sistem Sekolah Kebangsaan dimana peruntukkan secukupnya dibuat untuk menyediakan pembelajaran bahasa ibunda khusus untuk mana-mana murid yang memerlukannya.

Langkah susulan yang kami syorkan:-

Pengkajian Semula Sistem Pelajaran Negara oleh Kumpulan Bebas

Kami mencadangkan suatu kajian terperinci oleh kumpulan pengkaji bebas di adakan keatas fenomena Sekolah Vernakular ini. Kumpulan pengkaji bebas ini haruslah terdiri daripada individu-individu yang berkelayakan dan berpengalaman yang setimpal dan berkecuali dari politik (non-partisan) sepenuhnya demi menentukan integriti laporan yang akan dikeluarkan. Tokoh asing yang terkenal dan berpengalaman dalam kajian sebegitu boleh juga dijemput ke kumpulan pengkaji untuk meningkatkan prestasi dan kredibiliti kajian dan laporan tersebut.

Penggubalan semula Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 tidak sejajar dengan matlamat pengwujudan Bangsa Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Akta tersebut yang membolehkan wujudnya sekolah vernakular haruslah dirombak agar ianya kembali kepada niat asal penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Akta tersebut berbunyi:-

AND WHEREAS the above policy is to be executed through a national system of education which provides for the national language to be the main medium of instruction, a National Curriculum and common examinations; the education provided being varied and comprehensive in scope and which will satisfy the needs of the nation as well as promote national unity through cultural, social, economic and political development in accordance with the principles of Rukunegara.”

Walaubagaimanapun, kewujudan sekolah vernakular mengabaikan objektif yang tertera di atas. Penggubalan semula Akta ini akan membolehkan rakyat Malaysia mengecapi suatu struktur pendidikan yang seragam melalui keperkasaan sistem sekolah kebangsaan.

Mata Pelajaran Sejarah Dimestikan 

Melihat betapa pentingnya generasi pelapis negara kita diserapkan dengan pengetahuan sejarah yang kukuh dan mencukupi, kami juga mencadangkan agar subjek Sejarah diwajibkan di semua sekolah di Malaysia. Anak muda yang Celik Sejarah akan memahami asal usul, arca dan konteks pembentukan negara Malaysia.

Ini termasuklah latarbelakang institusi Raja-Raja Melayu, perjuangan wira tanah air kita di zaman silam, peranan Orang Melayu dalam mencetus tamadun dan pembentukan negeri-negeri di Tanah Melayu sejak abad-abad awal selepas Masihi, kemasukan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu, permuafakatan di antara kaum yang membawa kepada pembentukan Kontrak Sosial yang tersirat dalam Perlembagaan dan punca termaktubnya hak-hak dan keistimewaan Orang Melayu dalam Perlembagaan.

Masyarakat yang Celik Sejarah akan mencetuskan suasana yang menyemarakkan pengwujudan Bangsa Malaysia yang kita idamkan selama ini. Selagi tidak timbul Bangsa Malaysia ini, selagilah kita berterusan sebagai sebuah negara rojak yang dilanda berbagai gejala sosial yang tidak sihat dan berbahaya kepada keselamatan negara.


Penulisan Semula Buku-Buku Teks Sejarah

Kami juga mencadangkan supaya buku-buku teks Sejarah negara di kaji semula secara menyeluruh. Fakta-fakta sejarah yang lebih tepat dan terperinci harus dicatatkan oleh kumpulan cendiakawan yang terbukti kewibawaan dan integriti mereka. Penghuraian sejarah yang betul akan memainkan peranan sebagai pencetus kepada pembentukan suatu Bangsa Malaysia yang sehati dan sejiwa di Tanah Air kita yang bertuah ini.

Rumusan

Kewujudan Sekolah Vernakular adalah satu-satunya punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara kita tercinta. Fenomena ini hampir tiada tolak bandingnya di dunia ini dan telah menjadi suatu barah yang kian menular dalam kancah kerapuhan masyarakat Malaysia. Jika gejala Sekolah Vernakular ini tidak dibendung, negara kita akan terus bergerak ke ambang kehancuran.

Dalam segi Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Sekolah Vernakular jelas tiada tempatnya, bahkan bercanggah dengan fasal-fasal Perlembagaan dengan begitu ketara sekali. Percanggahan ini harus di bendung dan di perbetulkan secepat mungkin demi kestabilan dan keselamatan negara.

Kami pohon agar Y.A.B. Tan Sri memberi perhatian, pertimbangan dan penekanan yang sewajarnya keatas cadangan-cadangan yang dikemukakan di sini demi masa depan Bangsa dan Negara Malaysia tercinta. Kami berdoa agar tindakan yang sejajar dengan kepentingan perkara ini diambil oleh Y.A.B. Tan Sri dan langkah-langkah susulan dilaksanakan oleh kementerian Y.A.B. Tan Sri.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar

KijangMas
Bagi Pihak Komuniti Blog Demi Negara

26 responses

1 11 2009
8 11 2009
Firdaus Abdullah

SSS is the way forward for us. If we are interested in moving ahead as a cohesive multiracial nation, SSS is the only way forward for our future.

TQ

11 11 2009
SSS Admin

Firdaus

Thank you for visiting and leaving a comment.

Indeed, we must move ahead as a united and cohesive nation. The SSS Proposal even calls for the forging of a united and cohesive Bangsa Malaysia.

We are left behind internationally in many respects, especially in science and technology. We need to catch up. We therefore must harness all available energy and use it for the betterment of our country in fields in which we have been left behind. Let us have this SSS system implemented soon so that not too long from now, a genuine spirit of togetherness and a strong sense of belonging will emerge among the younger Malaysians. Such a spirit and sense of belonging will pave the way for a keen sense of loyalty and patriotism that can enhance everybody’s contribution to this country called Malaysia and this society called Malaysians.

27 11 2009
More supporting single school system «

[...] specifically suggested that our education system be reviewed comprehensively. Read their memo here. They are aware of the pitiful quality our national education system is currently operating. But at [...]

23 05 2010
tam

sjk tak sepatutnya ada di bumi malaysia. hanya sss shj. beranilah wahai pemimpin2 negara, jgn takut, jika takut bermakna nak jaga kepentingan diri dan politik namanya..negara akan menuju kehancuran dan pribumi akan ditindas..

23 05 2010
SSS Admin

tam,

Kita menunggukan timbulnya pemimpin yang berani dan tegas. Memulakan tindakan membendung kebebasan berkata dan bertindak hanya mengikut sesuka hati dan dibila bila masa dengan tidak menghiraukan undang-undang Akta Hasutan dan sebagainya. Kebebasan ada hadnya. Perlembagaan ada kekudusannya. Ianya mesti dihormati dan dipatuhi. Bila tabi’at kurang hiraukan undang undang itu sudah dibendung dengan menggunakan kuasa yang ada, termasuk Akta Hasutan bagi kes kes yang berkenaan, maka rakyat akan mula menghormatkan Perlembagaan dan kurang mengabai atau mencaci Perlembagaan negara kita.

Bila itu sudah dilakukan, ketegasan pemimpin yang berani itu boleh diteruskan dengan memberi segala penerangan mengapa perlunya sistem pelajaran sekarang dirombak. Segala kuasa dan kemudahan Kerajaan yang sudah sedia ada perlu digunakan. Termasuk kemudahan Kementerian Penerangan dan Media Massa dari segi menyebarkan penerangan seluas-luasnya. Dan kuasa Kementerian Dalam Negeri dari segi menyambung lesen akhbar-akhbar dinegara ini yang biasanya dilakukan setahun sekali.

Akhbar akhbar dan lain-lain media massa termasuk talivisyen boleh “diminta berkerjasama” supaya tidak mengapikan atau menghasut bantahan rancangan merombak sistem pelajaran itu. Salepas itu suatu pengkajian mendalam boleh dijalankan keatas sistem pelajaran yang ada sekarang ini. Ini bertujuan dapat membuat garis panduan untuk rombakan yang sewajarnya. JIka perlu, suatu pungutan suara atau referendum boleh dijalankan bagi membuktikan kemahuan rakyat berkenaan sistem sekolah satu aliran atau satu sekolah untuk semua (SSS).

Marilah kita menyeru supaya rakyat dan ahli-ahli parti politik berkenaan memilih banyak pemimpin parti dan wakil rakyat yang berwibawa. Supaya akan timbul beberapa diantara mereka yang berani dan tegas bagi menjalankan perkara perkara tersebut. Demi kepentingan harmoni dan persepaduan negara dijangka masa panjang.

8 07 2010
Raihanah

I’ve always felt that as long as my generation continue to live with the same parochial mindset that my forefathers had this country is doomed to suffer the consequence of heightened race mistrust. So i completely support the one school system for all.

9 07 2010
SSS Admin

Raihanah,

Indeed the mistrust has been there for a long time. Menteri Larut Ngah Ibrahim brought in Chinese from Penang to help modernise his tin mines in the latter half of the 19th Century. He even provided a few of them capital to start other mines from which he could get increased tax revenues. The Chinese brought in secret societies, thugs and gangsters who soon fought and kill one another in rivalry over tin mine ownership. It led to the Larut Wars, the Malays getting involved, the Kapitan China and 44 of his gangsters signing a Petition asking the British Resident in Penang to help recover tin mines lost to rival gangs. This eventually led to British Intervention in the affairs of Perak and British Colonial rule in Malaya.

The Chinese got citizenship right in exchange for the Special Position of the Malays being written into the Constitution that was adopted at the time of independence. As further testimony to the Malays being accomodating, citizenship rule was relaxed and the Language Proficiency Test was waived for the quick issue of citizenship certificates after Merdeka. Further, the UMNO-led Alliance that ruled after independence allowed the vernacular schools to continue. Now there is intransigence on the matter of respecting Article 152 of the Constitution pertaining to Bahasa Malaysia as the National Language and insistence upon Mandarin and Tamil continue being the medium of instruction in schools. More than that, attempts have been made to question the Special Position of the Malays under Article 153 and the New Economic Policy that was derived from that Special Position. The distrust deepens.

Your support for the single-stream schooling system is appreciated. The matter has been actively discussed in the mass media like newspapers, TV, radio and blogosphere, raised and discussed in Parliament. The Prime Minister has said single-stream schooling would be implemented when the rakyat wants it. But he has not said how to determine whether the rakyat wants it now or not. Instead, of late he has been trying to placate Chinese wishes in view of their votes. He has given financial grants to Chinese schools, visited Chinese schools and announced during one of his visits that Chinese schools can continue.

We need to continuously call his attention on the need to bring about trust, togetherness and unity, a change in mindset among Malaysians, beginning with the younger generation at schools. We look forward to your continued comments in that direction in this blog and elsewhere.

9 09 2010
SSS Lame

What are you guys doing? What SSS?
Never go school and learn??
WE are supposed to be :

Pelbagai Bahasa (English, Chinese, Melayu, India)
Pelbagai Bangsa (Chinese, Melayu, India)
Satu Malaysia…

We are suppose to be called PPS!!!
SSS is so racist… What do you mean by SATU BANGSA!!!!!!!!

TELL ME WHAT YOU MEAN BY SATU BANGSA!! EXPLAIN NOW!!
IM SURE NO ONE CAN!! OR YOU WANT TO MAKE ANOTHER RACIST REMARK AGAIN TO US MALAYSIANS

10 09 2010
SSS Admin

Mr Lame,

Are you one of those the MCMC referred to as a defacer in the news report stating

“There has been an increase in web defacement activities targetting Malaysian websites, says the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).

MCMC said it would continue to monitor the situation through its Network Security Centre, which is a cyber security monitoring centre initiated by the commission in line with the National Cyber Security Policy.”

You submitted uncouth comments using unpleasant language and words to so many of our posts, including the one where we publish good wishes to readers on this joyous occasion, Hari Raya.

Doing that only reflects your upbringing. We regret that there are people like you in this country.

You can say whetever your disagreement with what we do here but it must be with decorum and decency. Provide arguments that are justifiable and sensible. But, to show our open mindedness, we print whatever you said. And we give you our replies, which will be copy-pasted against all your comments, wherever they appear.

We don’t mind taking time from Hari Raya visiting and being visited (1-2 replies were prepared yesterday) to humour you. In the spirit of Hari Raya and to let the public be aware of people like you, and speak about the need for good behaviour, proper norms of conduct among all Malaysians in the forging of a united and cohesive Bangsa Malaysia, for long-term peace and harmony in the country.

***************************

Mr Lame,

The language and words you use show you do not understand or, by character, simply do not practise decency and decorum in your relations with others. You do not know what goodwill, harmony and mutual respect are all about.

It appears that you have no clue about what national unity is, about what the Constitution is, about respect for and living by the Constitution of the country. And about loyalty to the country that you presumably claim to be a citizen of. You may have developed such narrow mindedness due to secluding yourself from mainstream Malaysiana and it’ll be good if you broaden your social circle.

The SSS has been explained so much in this blog. You only need to look at the FAQs page to know what it is. But then you are not wanting to know about it, are you? You are trying to demean it by asking that question in that manner. Repeating the facts here will hardly do any good to you. Particularly when you follow that question about SSS with the rude questions of whether we have gone to school and learn.

You may even be a juvenile delinquent from one of the vernacular schools, rude, untaught in decency and manners in communication. On a joyous day like this, we feel sorry for you and hope you will get guidance on the conduct of human relations in the course of your life hereafter. We pray that you’ll be a responsible and loyal Malaysian citizen and contribute to national unity in time to come.

*****************************

Mr Lame,

Your language and words have made your questions appear ill-intentioned and demeaning to SSS. But for the record, and for the sake of other readers, we give below, in brief, the salient facts:

1. Bangsa Malaysia is one which all Malaysians, irrespective of skin colour, creed and breed, can be proud to call themselves by, identify with, at home and abroad. Malaysians will no longer speak in the vernacular languages but in the National Language, Bahasa Malaysia, and will not be thought of or mistaken as Chinese or Indians but as Malaysians especially when abroad. In Malaysia we can be identified as Malaysians without reference to our ethnic origin, including in official documents as far as legally permitted.

2. The definition of racism is where there is antagonism towards another race. There is no antagonism when SSS aims at bringing about unity and cohesion through the single-stream schooling, the use of only Bahasa Kebangsaan as the medium of instruction. Opposition to that is one thing but calling those who want a Bangsa Malaysia racist is in fact being racist.

3. Bangsa Malaysia are citizens who respect, abide and live by the constitution of the country fully. Those who don’t have questionable loyalty because the measure of loyalty is respect for and abiding by the constitution, not just by saying one loves Malaysia or pay taxes, because even the foreign labourers pay tax by way of levy.

Racial polarisation has been increasing in recent years. There is a need to have unity in realistic terms rather than just have a potpourri of races existing under the unrealistic slogan of unity in diversity, without holding to common values, hopes and aspirations as a Bangsa Malayia and for the country Malaysia.

Unity in diversity is a slogan good only for the billboards to attract tourists. What we want is unity in reality.

These replies are duplicated and posted to each and every uncouth comment of yours as stated earlier.

24 09 2010
Jimizul

This SSS system MUST be supported and promoted at all cost…for the future of a true Malaysian generation- mindset and all. This is the only way to go. The government and its leaders especially from Umno, should be bold enough and flex its muscle to put a stop of this nonsense that has been going on for 53 long years.

Enough is enough….it has been proven that these Chinese and Tamil schools do not promote national unity but polarisation and resentment that is getting from bad to worse nowadays.

The onus now is on the Government (Malay-led) to do what needs to be done for the betterment of a true Satu Bahasa, Satu Bangsa Malaysia…

Jimizul

27 09 2010
SSS Admin

Jimizul,

We are still awaiting the emergence of an UMNO leadership brave and bold enough to tackle the problem of vernacular schools and implement single-stream schooling. Dato Seri Najib went to the extent of saying in his 1Malaysia blog that that system would be implemented “when the rakyat wants it”. But he did not say what method can be used to determine whether the rakyat wants it now or not. We have proposed the referendum method as the best and safest for him. But with his various overtures to the Chinese schools in his effort to win votes, his statement now appears to have been as a matter of convenience.

Najib has his own agenda which many even in UMNO do not agree and support that of Perkasa. His wanting to get to an advanced economic position for the country is laudable, but it must not be at the expense of the need to protect the Constitutional Article 152 on Bahasa Malaysia as the National Language and Article 153 on the Special Position of the Malays and the Bumiputeras of Sabah and Sarawak. Chinese schools clearly run counter to Article 152 because they use Mandarin as the medium of instruction. Sidelining the NEP in the NEM is not protecting the Special Position. NEP was conceived out of the Special Position and must be continued in the NEM.

Resentment and polarisation have come about from these two major aspects of Malaysian life. More and more Malaysians have been calling for the merging of the vernacular schools with the National Schools with Bahasa Malaysia as the medium of instruction and a unified curriculum and syllabus. Najib’s acts and omissions pertaining to this have caused resentment in one sector of the population. More vocal calls for SSS (there are now over 200 blogs displaying the SSS logo) have produced resentment in another sector of the population. Najib’s economic liberalization has encouraged the DAP Tony Pua to dare make nasty suggestions on the Bumiputera housing discount. This emboldened even Najib’s own coalition member, the MCA, to organize a Seminar that produced a resolution calling for the abolition of the 30% Bumiputera equity target.

All these would not have reached existing poportions if we have had a firm and resolute UMNO leadership taking a brave and bold stand on political issues. Such a stand must include the unfiying of the Malays. Instead, his economic policies have so far caused a further splitting of the Malays in the form of Perkasa and the over 100 Malay NGOs calling for the NEP to be in the NEM. Fortunately at this stage, the Perkasa group is just an NGO, not a political party. A few UMNO leaders have come out with nasty remarks about Perkasa. Words traceable to “the corridors of power” have it that those words were not uttered on the instruction or at the behest of Najib. Let us hope that Najib will realise that he needs to get the Malays united, reign in his boys and start on actions that would placate the majority of the Malays, like implementing the SSS.

10 10 2010
The Memo to MOE « Al Filsuf. Ipsa Scientia Potestas Est.

[...] Baca seterusnya di sini. [...]

14 02 2011
Snuze

Sekolah jenis kebangsaan hanyalah satu warisan reput daripada polisi pecah-dan-perintah penjajah British. Marilah kita hapuskan penyakit ini daripada lebih merosakkan penyatuan kita. 1 Malaysia, 1 bahasa, 1 bangsa negara.

Vernacular schools are nothing but a dusty legacy of British divide-and-conquer policy. Let us remove this blight from further destroying our unity. 1 Malaysia, 1 language, 1 national identity.

20 04 2011
zaharahcute

TAKDE KE LAWYER YANG BERANI NAK LAWAN PERKARA INI… UNDANG-UNDANG YANG MELANGGAR PERLEMBAGAAN AKAN DIANGGAP TAK SAH.. MANA BOLEH ADA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN..SEKOLAH KEBANGSAAN HANYA SATU..

MANA PAK PANDIR-PAK PANDIR SEPERTI A SAMAD SAID DAN TOKOH ILMUAN DAN PELAJARAN SEMUA??

20 04 2011
Joe kamarn

Racial Unity effort in US begins in 1954. It was in 1954 that the Supreme Court of the United States handed down its order for desegregation. President Dwight David Eisenhower sent the U.S. Army out in 1957 to assist U.S. Marshals in enforcing the order. 60 years later they have Obama as their president, everyone trust each other in US. So are we ready for ONE SCHOOL system?

10 11 2011
Sebab Cina dan India menolak sekolah kebangsaan « Helen Ang

[...] dalam memo mereka telah memberi saranan: “Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah [...]

21 11 2011
Kajian Semula Sistem Pendidikan bersama UNESCO « Kempen SSS

[...] The Memo to MOE [...]

22 11 2011
SatD, perkenalkan mu kepada Ah Beng baru « Helen Ang

[...] sedikit, memo SSUS adalah [...]

24 11 2011
sikaigh

Desegregation of our school system is the single most important step towards achieving a united malaysian. Differences of religion can be seamlessly tolerated and understood under one roof. understanding and acceptance of cultures of various races can also be easily inculculated. Cheers to all supporters of single school system and 1Malaysia.

24 11 2011
sitik

Sepatutny sudah lama dihapuskan sekolah jenis kebangsaan ni. Dalam dunia negara Malaysia saja yang membenarkan sekolah jenis kebangsaan seperti ini. Akibatnya polarisasi kaum semakin serius sehingga ke peringkat lebih tinggi (IPT), dan ini terbawa-bawa dalam kehidupan seharian yang lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sampai bila kita nak menjadi satu bangsa Malaysia?

Saya sokong sepenuhnya sekolah satu aliran saja iaitu aliran kebangsaan!!!

28 11 2011
Yeah

It is naive to imagine the disunity in Malaysia is caused by SRJKs.

In any case, memandangkan kempen ini beriya-iya mengatakan Akta Pendidikan 1996 bercanggah dengan Artikel 152 dalam perlembagaan, saya rasa usaha melalui mahkamah akan gagal. Artikel 152(1)(b) telah jelas maksudnya, dan pengecualiannya dalam Sekyen 17 Akta Pendidikan 1996 juga dinyatakan. Kempen ini hanya satu usaha sia-sia untuk puak-puak ektremis yang tidak mampu membezakan antara hak pendidikan awal dalam bahasa ibunda (yang didukung oleh UNESCO) dengan tuntutan melampau Dong Jiao Zong.

Kes Mark Koding itu lagilah haru. Pendapat hakim tepat bahawa kewujudan SRJK (C) dan (T) bukan secara spesifiknya tergolong di bawah perkara-perkara yang tidak boleh dipertikaikan. Ini tidak secara otomatik bererti ia wajar dihapuskan. Apabila membuat saranan tentang pendidikan, keputusan harus dibuat atas lunas-lunas pedagogi dan pendidikan, bukan politik dan ego masing-masing.

———————————————————————————————-

Antara rujukan nukilan saya lebih yang lalu tentang isu ini.

A. Languages in Education, UNESCO (Education in a Multilingual World, UNESCO Education Position Paper, 2003)

UNESCO pada asasnya menyokong konsep “multilingual education”, yakni pendidikan dalam sekurang-kurangnya tiga bahasa (bahasa ibunda, bahasa kebangsaan dan bahasa antarabangsa) – “1. the mother tongue, 2. a regional or national language and 3. an international language in education”. Pendekatannya bersifat ADDITIVE, ini bermakna UNESCO mengalakkan penguasaan pelbagai bahasa oleh kanak-kanak dan bukannya penggunaan bahasa kedua sebagai bahasa pengantar (termed subtractive bilingualism) sahaja.

Jika kita meneliti dokumen UNESCO berkenaan, terutamanya dalam prinsip 1 dan 2, adalah disarankan bahawa penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar adalah wajar di peringkat awal pendidikan (Mother tongue instruction is essential for initial instruction… Every pupil should begin his [or her] formal education in his [or her] mother tongue). Kemudian, seseorang pelajar perlu didedahkan kepada bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan (jika berbeza dengan bahasa ibundanya) seawal mungkin di peringkat sekolah rendah sehingga ianya boleh digunakan sebagai bahasa pengantar. UNESCO mengatakan dengan jelas “further education in this second language at primary-school level based on its use as a medium of instruction, thus using two languages for the acquisition of knowledge throughout the school course up to university level”. Hanya selepas itu barulah dinyatakan kepentingan menguasai bahasa ketiga bermula dari peringkat sekolah menengah supaya seseorang pelajar menamatkan pendidikan menengahnya dengan tiga bahasa – “intensive and transdisciplinary learning of at least a third modern language in secondary school”.

Di sini, harus diingatkan bahawa keutamaan UNESCO terletak pada penguasaan ilmu dan kemahiran bahasa menerusi akses kepada pendidikan berkualiti.

B. Perlembagaan dan Perundangan Malaysia

Apabila kita menilai sesebuah dokumen perlembagaan, kita perlu sedar akan tujuan, niat dan hasrat pembentukannya. Mustahil penggubal-penggubal perlembagaan kita pekak, buta dan bisu terhadap realiti sistem sekolah di Malaya dahulu. Ada penulis yang mengatakan bahawa kerana tidak wujud perlindungan secara spesifik dari segi akta dalam perlembagaan untuk SRJK, maka sekolah vernakular boleh dihapuskan. Kemudian dibawa masuk pula Akta Bahasa Kebangsaan yang asalnya digubal untuk menangani peralihan penggunaan bahasa Malaysia dari bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Yang menjadi persoalan di sini bukan Akta Bahasa Kebangsaan, tetapi Akta Pendidikan kerana yang menjadi isu adalah penggunaan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di sekolah. Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996 jelas menyatakan:

Seksyen 17(1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan KECUALI sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.

Bab 3 – Pendidikan Rendah
Seksyen 28. Penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan sekolah-sekolah itu.

Jelas daripada Akta Pendidikan bahawa ada dinyatakan pengecualian penggunaan bahasa kebangsaan untuk sekolah jenis kebangsaan dan adalah menjadi tanggungjawab Menteri mengadakan pendidikan rendah di sekolah rendah dan sekolah rendah bantuan kerajaan (Seksyen 27). Ini tidak bermakna Menteri hanya boleh menyenggara sekolah-sekolah yang ditubuhkan selepas 1996. Itu interpretasi yang tak masuk akal. Bab 4 – Pendidikan Menengah, Seksyen 31 turut mengatakan Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan mana-mana sekolah menengah. Adakah ini bermakna kuasa Menteri terhad kepada sekolah menengah yang ditubuhkannya selepas akta ini pada 1996?

Akta Pendidikan 1996 juga turut memberi definisi jelas apa itu sekolah jenis kebangsaan, yakni, sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan (a) yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dan umur enam tahun; (b) yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar utama; dan (c) yang menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa (d) Inggeris sebagai mata pelajaran wajib.

Apakah Akta Pendidikan 1996 bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, khususnya Perkara 152(1) dan (6)? Dari awal-awal lagi matlamat Perkara 152(1) adalah untuk memastikan agar kedudukan bahasa kebangsaan dimaktubkan dalam perlembagaan tanpa menyekat penggunaan bahasa lain (tidak semestinya mandarin dan tamil sahaja). Yang dipersetujui adalah untuk tujuan rasmi, bahasa kebangsaan wajib digunakan. Itu sebabnya by default, bahasa pengantar pendidikan sekolah di Malaysia adalah bahasa kebangsaan – seperti yang dinyatakan jua dalam Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996. Apa yang tidak diperincikan dalam Perlembagaan akan dihuraikan melalui proses legislatif atau perundangan, yakni menerusi akta-akta terbabit. Apakah pengecualian kepada sekolah rendah jenis kebangsaan dalam Akta Pendidikan 1996 menyalahi Perkara 152(1) dalam perlembagaan? Kita baca balik:

Perkara 152. Bahasa kebangsaan.

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan HAK Kerajaan Persekutuan atau HAK mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Jelas maksud 152(1)(b) kan?

Memandangkan legitimasi SRJK kini dipersoalkan, ada baiknya jika kita meneliti kembali Akta Pelajaran 1961 dan sejarah pembentukan sistem pendidikan negara. Salah satu implikasi utama Akta Pelajaran 1961 adalah penetapan bahasa pengantar (Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris, yang peralihannya lengkap pada 1970) di peringkat sekolah menengah. Fokus akta tersebut adalah penyeragaman sistem pendidikan negara (dan ambilalih aset pendidikan, i.e. bangunan dan tanah sekolah) yang ketika itu masih berselerak. Untuk tujuan kawalan, pempiawaian dan agihan peruntukan, Akta Pelajaran 1961 telah memungkinkan permodenan sistem pendidikan negara ketika itu. Kebanyakan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Cina sebagai pengantarnya pada masa itu memilih untuk “dikebangsaankan” atau “diBahasa-Inggeriskan” untuk terus menikmati bantuan kewangan kerajaan tetapi ada segelintir telah memilih jalan penswastaan penuh – (ICHS) Independent Chinese High Schools (yang sebenarnya sekolah swasta bahasa mandarin-lah).

Itu sebabnya apabila kita bercakap tentang sekolah vernakular, hanya tinggal sekolah RENDAH jenis kebangsaan sahaja. Tak banyak sekolah menengah jenis kebangsaan di Malaysia, sepengetahuan saya, dan yang wujud itu kes khas di mana statusnya separa swasta.

Sehingga penghujung 70-an, enrolmen SRJK dan sekolah menengah swasta Cina sebenarnya kian merundum. Apakah yang berlaku selepas itu sehingga bilangan ICHS kian bertambah mencecah ke lebih 60 buah sekolah hari ini? Bila bermulanya kesesakan di SRJK(C) di pusat bandar dan kota? Kemerosotan disiplin dan kualiti pendidikan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sering diwar-warkan sebagai punca kebangkitan dan populariti SRJK(C) dan ICHS. Ada yang berpendapat “pengIslaman” SRK dan SMK dan penamatan sekolah aliran bahasa Inggeris turut merupakan faktor penyumbang utama. Yang pasti, Akta Pendidikan 1996 memungkinkan kesinambungan hayat ICHS yang asalnya hanya tinggal nyawa-nyawa ikan dua dekad yang lalu. Akta Pendidikan 1996 digubal untuk meliberalisasikan (dan pemantauan) sektor pendidikan tertiari / universiti di Malaysia. Selepas 1996, kolej-kolej swasta tumbuh bagai cendawan lepas hujan, dan pelajar-pelajar lepasan UEC dari ICHS sekarang berpeluang melanjutkan pelajaran di dalam negara, dan tak perlu ke Taiwan atau luar negara. Ramai yang tak sedar bahawa ICHS yang terkenal turut menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran matapelajaran sains untuk memudahkan laluan pelajar mereka ke Singapura atau negara Barat. Buat julung kalinya juga, Akta Pendidikan 1996 telah menyatakan dengan jelas pengecualian SRJK daripada penggunaan bahasa kebangsaan, yang diibaratkan oleh tokoh pendidik, Prof. Datuk Dr. Zainal Abidin Abdul Wahid sebagai satu penyimpangan dari Akta Pelajaran 1961 dan merupakan konsesi yang cukup besar kepada golongan bukan Melayu di Malaysia. Kalau dahulu status SRJK tiada perlindungan apa-apa di sisi undang-undang, dalam akta pendidikan ini diwujudkan jaminan pengecualiannya sekali.

Soal Akta Pendidikan bercanggah dengan Akta Bahasa Kebangsaan tidak timbul langsung as neither is a superior act to another.

Jadi, apakah yang menjadi isunya sekarang? Para pejuang kita di DJZ menyifatkan Akta Pendidikan 1996 sebagai satu taktik kerajaan mempolitikkan kuasa pendidikan dalam bahasa ibunda ke tangan pak Menteri. Hakikatnya kengkawan kita di DJZ mahu lebih dari itu, iaitu peningkatan taraf bahasa mandarin sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan kedua dan sokongan kewangan kerajaan (duit cukai rakyat) untuk pendidikan aliran mandarin dari peringkat sekolah rendah sampailah ke peringkat universiti. Kegagalan para pencinta bahasa kebangsaan membezakan hak pendidikan awal dalam bahasa ibunda sehingga peringkat sekolah rendah (seperti yang dimaktubkan dalam Akta Pendidikan 1996 dan disarankan oleh UNESCO) dengan tuntutan melampau DJZ telah membolehkan krisis bahasa pengantar ini berlanjutan, sehingga masalah POKOK tentang kualiti dan mutu pendidikan kebangsaan dilupakan. Para politikus dari kedua-dua belah pihak memuji-muji dan mencanangkan penambahan SRJK(C), dan lupa akan padah kemerosotan pencapaian SRK dan SMK. Sekarang, ramai ibubapa Melayu sendiri menghantar anak-anak ke SRJK(C) dan bagi yang berpendapatan tinggi, ke sekolah swasta dan antarabangsa. SRK dan SMK seolah-olah dibiarkan mati tanpa bernesan. Inisiatif sekolah bestari, penarafan sekolah, sekolah wawasan dan sebagainya masih gagal melonjak mutu dan pencapaian pendidikan sekolah kebangsaan. Silibus yang dipinda makin lama makin cair, dan jurang antara SRK dan SRJK(C), antara bandar dan luar bandar, kian meluas.

Ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa obsesi rakyat dan politikus tentang bahasa pengantar di SRJK telah dijadikan modal oleh pihak-pihak berkepentingan untuk keuntungan mereka sendiri. Ibubapa yang sepatutnya aktif dalam PIBG dan usaha meningkatkan pencapaian murid sekarang berpiket tentang PPSMI dan Interlok. Bila timbul bab nak tingkatkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran sekolah atau program lepas sekolah, semua sibuk kerja alasannya. Sekarang, buku teks dan bahan bacaan pun semua sudah percuma. Perangkap yang dirancang sudah digigit oleh ibu bapa yang hilang akal, ke kiri peluk Pakatan, ke kanan peluk Barisan – baik untuk urusan biasiswa, sambung belajar atau disiplin sekolah. Di kala kita membazir tenaga untuk menghapuskan SRJK atas nama perpaduan, atau menghantar memorandum mengembalikan sekolah aliran bahasa Inggeris, guru-guru dan pelajar sekolah terus terumbang-ambing tanpa haluan dihayun ombak politik. Negara lain membincangkan peningkatan kualiti pengajaran dan sahsiah guru, program sokongan pembelajaran pelajar lemah dan tercicir, kita bingit tentang bahasa pengantar sekolah. Apabila PPSMI diperkenalkan, timbul situasi yang melucukan apabila puak ekstremis pencinta bahasa kebangsaan dan pejuang ala DJZ berada di barisan pembangkang yang sama, tetapi masing-masing menolak kemungkinan untuk bekerjasama. Itulah realitinya, semua macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Siapa yang prihatin tentang sistem pendidikan di malaysia? Keldai atau lembu?

28 11 2011
Yeah

I forgot to give a quick dismissal with reference to the Merdeka University case in 1982. Macam kes Mark Koding, pun senang dipatahkan sebagai hujah menyokong SSUS. Isu Merdeka University adalah terletak pada statusnya sebagai “public authority” atau badan berkepentingan awam yang bersangkut paut dengan kerajaan. Jika ditubuhkan menerusi Akta Universiti 1971, sudah tentu Merdeka University itu tak boleh pakai bahasa Mandarin sebagai pengantarnya.

Tetapi selepas Akta Pendidikan 1996, realitinya sudah lain and AUKU 1971 hanya terima pakai untuk IPTA. IPTS semua sekarang dah bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan menurut sekyen terbabit dalam akta tersebut:

41. Bahasa Pengantar

(1) Semua institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah mengendalikan kursus pengajiannya dalam bahasa kebangsaan.

(2) Kursus pengajian di bawah subseksyen (1) adalah termasuk mata pelajaran yang dikehendaki supaya diajar di bawah seksyen 43.

(3) Walau apa pun subseksyen (1), institusi pendidikan tinggi swasta boleh, dengan kelulusan Menteri—

(a) mengendalikan suatu kursus pengajian atau sebahagian yang substansial suatu kursus pengajian dalam bahasa Inggeris; atau

(b) mengendalikan pengajaran agama Islam dalam bahasa Arab.

(4) Jika mana-mana kursus pengajian atau sebahagian yang substansial mana-mana kursus pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi swasta dikendalikan dalam bahasa Inggeris atau Arab, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib bagi pelajar yang mengikuti kursus pengajian sedemikian dalam bahasa itu.

(5) Dalam hal pelajar yang disebutkan dalam subseksyen (4) yang merupakan warganegara Malaysia, suatu pencapaian dalam bahasa kebangsaan, pada tahap yang ditentukan oleh pihak berkuasa yang disebut dalam seksyen 39, hendaklah menjadi pra-syarat bagi penganugerahan sijil, diploma atau ijazah institusi pendidikan tinggi swasta itu atau mana-mana Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi, sama ada awam atau swasta, atau badan profesional, di dalam atau di luar Malaysia, berikutan kursus pengajian atau program latihan yang dikendalikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu secara bersesama atau bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi atau badan profesional itu.

Maksudnya simple sekali, Pak Menteri boleh bagi bahasa pengantar IPTS tu Inggeris atau Arab-lah.

Sekarang cerita pasal SRJK ke ICHS ke atau IPTS? Apa relevan kes Merdeka U dengan sekolah jenis kebangsaan? Bukankah ini tembak buta namanya?

So much for the great SatD.

29 11 2011
Penyokong SSUS

From : http://satdthinks.blogspot.com/2011/11/mandarin-barking-dog.html

Kepada Saudara Yeah yang telah memberi komen di Satu Sekolah Memo (here), terima kasih atas hujah saudara. Saya mengutip Merdeka University dan Mark Koding lebih dari sisi Pasal 152, dimana para Hakim dengan jelas telah mengambil keputusan yang Bahasa lain tidak boleh digunakan untuk urusan rasmi dan sekolah vernacular juga tidak masuk didalam peruntukan perlembagaan.

Sekolah yang dibiayai Kerajaan adalah Urusan Rasmi dan Kertas Soalan UPSR adalah Urusan Rasmi Kerajaan. Persoalan yang harus ditanya adalah “Apakah Pengecualian di Seksen 17 Akta Pendidikan 1996 itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan”.

Sering kita lihat sekarang dimana Akta Akta yang bercanggah dengan Pasal2 Di Perlembagaan ditentang contohnya AAKU dan juga “Herald Vs Kalimah Allah”, jadi persoalan saudara terkait “Soal Akta Pendidikan bercanggah dengan Akta Bahasa Kebangsaan tidak timbul langsung as neither is a superior act to another” adalah tidak tepat kerana Akta Pendidikan 1996 jelas melanggar Pasal 152 Perlembagaan Malaysia.

I am not a lawyer, nor will I try to pretend to be one so to settle the “ambiguity” over the issue we must go to court. If there is no merit in the case, the sitting judge would duly say so, if there is and the Government subsequently loses, the policy makers must figure a out a way on how to implement the judgement with minimal effect to all our children.

29 11 2011
Yeah

Saudara SatD,

Bacaan hujah dan keputusan hakim dalam kedua-dua kes adalah jelas, termasuk dissenting views yang ada. Tetapi, tindakan saudara mengaitkan kes-kes tersebut sebagai hujah untuk mengebumikan SRJK itu tidak tepat. Meskipun SRJK tidak dilindungi secara spesifik oleh Perlembagaan, ini tidak bermakna secara otomatik ia perlu dihapuskan. Artikel 152(1)a & b jelas bahawa kerajaan Persekutuan dan Negeri mempunyai hak untuk melakukan apa yang dirasakannya sesuai untuk mengajar dan belajar bahasa-bahasa selain bahasa kebangsaan. Dan jika cara yang dipilih adalah bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah dan kelas bahasa ibunda di SK & SMK menerusi Akta Pendidikan 1996, apa salahnya?

Selagi Akta Pendidikan 1996 itu masih undang-undang, selagi itulah SRJK itu sebahagian daripada sistem pendidikan negara kita dan jolokannya sebagai institusi haram hanya cakap kosong sahaja. Akta Bahasa Kebangsaan tidak ada provisi tentang bahasa pengantar pendidikan, dan biarpun tergolong dalam perkara rasmi (menurut interpretasi amnya), penting dirujuk kanun undang-undang yang betul.

Baca sahaja memo kempen SSS ini dan terang-terang rasionalnya lebih bersifat retributive atau membalas dendam. Saya bukan penyokong sekolah vernakular dan saya penentang konsep ICHS (Independent Chinese High Schools), terutamanya kumpulan badut dan pelawak dalam DJZ (Dong Jiao Zong). Tetapi, jangan kerana marahkan nyamuk maka kelambu dibakar. Tindakan berapi-api hanya akan menolak yang bersederhana fahamannya ke pangkuan politikus yang bersifat ekstremis. Ini benar baik untuk pengundi Melayu, Cina atau India.

Dalam masyarakat demokrasi, mana-mana pihak berhak membuat bantahan terhadap undang-undang yang sedia ada, itu proses biasa. Saya menyokong hak saudara mempertikaikan samada Akta Pendidikan 1996 (dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996) bercanggah dengan Artikel 152 dalam Perlembagaan Malaysia kerana memberi pengecualian untuk menggunakan bahasa lain sebagai pengantar selain bahasa kebangsaan. Hanya, saya ingin ingatkan di sini bahawa ada sebab dari segi pendidikan (i.e. pedagogi & linguistik) kenapa pendidikan awal dalam bahasa ibunda diperlukan. Saya percaya, seperti kuota-kuota Bumiputera dan affirmative policies, SRJK juga ada tarikh tamatnya. Macam jualah pencapaian terdahulu menerusi Akta Pelajaran 1961, sekolah menengah aliran bahasa Mandarin dan Inggeris telah dibahasa-kebangsaankan. Itu satu pencapaian yang sukar dan panjang, and we paid the price for it.

Hari ini, suara keramat rakyat lebih berbisa dan para aktivis lebih pandai mencari ruang dan putar belit. Kalau sesuatu perubahan tidak berlandaskan fakta yang betul dan kukuh, usaha kita akan diragui, dicacai dan dikondem sehinggalah benda yang simple pun boleh terjerumus ke kancah perkauman baru. Ada banyak cara untuk kita memolekkan apa yang kurang dan apa yang tak elok, termasuklah pemuliharaan golongan yang salah asuhan atau kurang terasuh (baik Melayu, Cina atau India) dengan konsep dan semangat Malaysia berdasarkan Perlembagaan kita. Kalau saudara benar-benar berminat tentang perpaduan sesama kita semua, jauhkan dari analogi abang-adik, tauke-pekerja, tuan rumah-penyewa rumah dan orang asli-pendatang. Perlembagaan kita meletakkan semua rakyat jelata sama tinggi dan rendahnya di sisi undang-undang. Teliti Perlembagaan kita dalam Artikel 8 dan 12.

Perkara 8. Kesamarataan.

(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

(3) Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.

&

Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.

(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—

(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau

(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).

(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.

(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.

(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Saudara SatD teliti Perlembagaan Malaysia dan tanyalah diri kita samada apa yang kita ada sekarang itu menepati hasrat dokumen tersebut. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Anak Negeri sudah termaktub dalam Artikel 153 dan tidak boleh dipersoalkan. Tetapi dalam Perkara 153(1) diingatkan bahawa Yang diPertuan Agong perlu melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia juga. Fasal tersebut berulang-kali menyebut dan menyeru agar dibuat apa yang MUNASABAH, bukan mensonglap duit, kuasa dan nama untuk kepentingan masing-masing. Is there a legitimate interest (biar hanya kepentingan dari segi pendidikan sahaja) for non-Malays to have early or primary education in their mother tongue? Saudara SatD fikir-fikirlah sendiri.

Penyimpangan demi penyimpangan yang dilakukan di atas nama bangsa, agama dan negara sudah kira perkara biasa di mana-mana saja. Saya yakin elemen-elemen perkauman dan politik sezamannya (communalism) akan luntur, tetapi kita semua kena bergerak bersama-sama ke arah itu. Satu hari nanti, bila mungkin semua sudah bersedia, dan sudah ada kesedaran dan bukti bahawa SRJK sudah tak relevan, AP sudah tak boleh pakai, kuota sudah tak hot malah mensabotaj kemajuan negara, semuanya akan terjadi… given time and effort.

SSS mungkin cubaan yang baik niatnya, tetapi mungkin advertising dan packagingnya tak ngam atau intipatinya belum cukup berisi atau alternatifnya tak dapat dibayangkan lagi atau belum tiba masanya. Kekuatan acuan Malaysia ialah budi bicaranya. Kita tak gerun ke medan mahkamah, tetapi kadang-kadang tindakan tertentu ada risikonya – menang jadi arang, kalah jadi abu. Kadang-kadang apabila kita korek lubang cacing, belum tentu dapat cacing seperti yang dicitakan. Apakah jaminan yang boleh diberi bahawa satu sekolah yang diidamkan itu akan benar-benar terjadi?

I won’t claim that closing down SRJKs will have a huge impact on our children, total immersion is also possible. However, in the matters of education, we cannot ignore the legitimate concerns, preferences and interests of the parents, just like how even if I disagree with the PPSMI, I think we still need to listen to what the parents think.

30 11 2011
satD

Sdr Yeah

Maaf saya baru perasan ada komen di sini.

 “Dan jika cara yang dipilih adalah bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah dan kelas bahasa ibunda di SK & SMK menerusi Akta Pendidikan 1996, apa salahnya?”

 Persoalannya mengapa harus belajar semua matapelajaran didalam bahasa ibunda? Sedangkan secara prisip isu dasar adalah bahasa dan ini boleh dipenuhi dengan matapelajaran bahasa ibunda yang khusus.

Terkait tarikh tamat, di awal pembentukan perlembagaan memang ada tarikh 15 tahun untuk disemak kembali di dalam memorandum Perikatan walaupun dipasal tersebut tidak ada didalam Pejanjian 1948 (baca disini)

Sekolah Vernacular memang tidak jelas kedudukanya dari awal lagi, kerana pemikiran awal sewaktu negosiasi perlembagaan adalah pengunaan bahasa ibunda didalam “private sphere”.

Persoalan ini juga terkait dengan 152 
“tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan HAK Kerajaan Persekutuan atau HAK mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan”

Objek pemeliharaan adalah Bahasa dan hak untuk belajar Bahasa Ibunda dan BUKAN Hak untuk belajar didalam Bahasa Ibunda, itu sudah jelas seperti komen saudara diatas.

Terkait Pasal 12 (b) kita harus melihat kembali HAK yang sesuai dan tidak bercanggah didalam Pasal 152, agak dangkal sekiranya sesuatu Kaum Minority (contoh Kaum Punjabi meminta HAK belajar didalam Bahasa Hindi/Punjabi) dan kerajaan harus memenuhi permintaan keuangan tanpa diskriminasi. Disebalik itu harus difikirkan  juga sekiranya diaspora Malaysia diluar negeri meminta agar Kursus Bahasa Malaysia dibiayai Kerajaan di Sebuah Sekolah Antarabangsa di Uzbekistan contohnya.

Kembali lagi kepada isu HAK yang wajar, ini harus diselesaikan dan saya setuju dengan pendapat Saudara yang semua isu harus dibawa ke meja perbincangan. Harapan saya adalah semua pihak harus melihat isu ini ditingkat nasional dan harus mengenepikan sentimen perkauman agar kita dapat mencari satu titik dimana semua pihak dapat menerima satu penyelesaian jangka panjang.

This is my own personal opinion and I do not represent Satu Sekolah per se but imagine if National Curriculum in Satu Sekolah is delivered in Bahasa with a Parallel “Online Education in Multiple Language” using technology such as this (here) to support the migration of kids into the Full Fledge National Curriculum using our National Language. Mandatory Mother Tongue Education for all on top of english.

We need to find a way to make it attractive create the pull factor, vernacular education will die a natural death eventually but the key will be the Funding, if the overall objective is to make our National Education System in National Language better, then ALL Fund should be allocated there.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 37 other followers

%d bloggers like this: