Pertubuhan Cina di Negara Ini

14 02 2012

PAKATAN RAKYAT AKAN MENOLAK DONG JIAO ZONG?

  • Dong Jiao Zong yang merupakan sebuah NGO pro Cina benar-benar memberikan dilema kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana pemimpin-pemimpin mereka berbelah-bagi untuk menerima mereka atau mengenepikan mereka dalam arus gerakan Pakatan Rakyat.
  • Terbaharu, sudah ada suara-suara dalam Pakatan Rakyat menyarankan agar Dong Jiao Zong ditendang dari Pakatan Rakyat kerana akan memberikan impak kepada pengundi-pengundi Melayu. Pengundi Melayu pastinya sukar menerima Dong Jiao Zong kerana kelantangan mereka menyuarakan orang Melayu sebagai pendatang pada Ops Lalang pada masa lalu. Tambahan pula agenda mereka sentiasa bertentangan dengan resam orang Melayu seperti penghapusan kuota bumiputra dan isu sekolah jenis kebangsaan.
  • Tetapi, DAP pula dilihat gemar berdamping dengan Dong Jiao Zong. Malah pemimpin-pemimpin DAP sering mengangkat Dong Jiao Zong dalam ucapan mereka. Dan ini semakin meresahkan parti-parti politik lain dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR kerana undi dari masyarakat Melayu kepada mereka sudah berkurangan akibat pelbagai isu. Malah perdampingan DAP dan Dong Jiao Zong pastinya akan menyebabkan mereka kehilangan undi Melayu bertambah.
  • Dalam pada itu, pastinya kita hanya mampu melihat dan mencongak adakah PAS dan PKR akan menjadi Pak Turut DAP lagi dalam isu ini atau DAP akan memecah sejarah apabila mengalah kepada PAS dan PKR. Sama-samalah kita tunggu retorik politik pembangkang ini.

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: