Ini bukan hanya sekadar pendidikan cina sahaja

25 08 2012

 

  • Dong Zhong Ingin Sisihkan Kaum China
  • Tujuh pertubuhan utama Cina dengan diketuai Dong Zhong telah memuktamadkan ‘Chinese Education Memorandum’ yang menyenaraikan 49 tuntutan dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada bila-bila masa.
  • Antara tuntutan mereka ialah agar kerajaan menghapuskan syarat-syarat yang dikenakan bagi pembinaan sekolah, menuntut agar kerajaan menanggung kos pembinaan dan tanah untuk sekolah Cina serta melaksanakan polisi pendidikan berbagai berbanding satu sistem yang diamalkan sekarang.
  • Apa yang dituntut oleh pertubuhan-pertubuhan Cina ini membuktikan bahawa mereka benar-benar ingin menyisihkan terus kaum Cina dari arus sosial dan pembangunan negara ini.
  • Melihat dari keangkuhan kaum Cina yang sering bermegah dengan penguasaan ekonomi mereka di negara ini, maka mereka mungkin ingin mewujudkan ‘Chinese Supremacy’ di mana mereka berada di atas dan oleh itu tidak perlu bergaul dengan kaum lain.  Tindakan mereka seolah-olah ingin mewujudkan sistem apartheid yang mengasingkan kaum-kaum di Malaysia.  
  • Apartheid dilaksanakan secara rasmi di Afrika selepas pilihanraya pada tahun 1948 yang memisahkan penduduk kepada 4 kumpulan iaitu orang asli, kulit putih, Asia dan lain-lain kaum.  Kesemua kumpulan ini dipisahkan dalam pendidikan, perubatan, kawasan peranginan di pantai, kemudahan awam,malah kawasan perumahan juga dipisahkan, adakalanya dengan cara kekerasan.  Tentu sekali, kumpulan yang lemah dari segi ekonomi iaitu penduduk asal kulit hitam, mendapat bahagian yang lebih buruk dari pemisahan ini.
  • Sebenarnya, sudah terlalu lama Dong Zhong memperjuangkan ‘apartheid’ di Malaysia ini dan mereka nampaknya tidak akan berganjak lagi.  Malah, mereka terus mara dan terus mengasak dengan tuntutan yang bukan-bukan bagi memastikan matlamat mereka berjaya.  
  • Namun, apa yang membuatkan kita menggeleng-gelengkan kepala dengan keangkuhan ektremis Cina ini ialah mereka sanggup meminta kerajaan menanggung kos untuk melaksanakan agenda gelap mereka.
  • Adalah tidak wajar sama sekali bagi kerajaan untuk menggunakan wang negara dan wang rakyat untuk membantu puak ektremis mengubah struktur sosial negara ini demi kepentingan sempit komuniti mereka.  
  • Jika Dong Zhong ingin membina sekolah Cina yang berkiblatkan budaya, sejarah dan bahasa ibunda mereka, adalah tidak wajar mereka meminta bantuan kerajaan Malaysia.  Ini kerana ianya amat bertentangan dengan aspirasi kerajaan untuk membentuk 1Malaysia dengan satu bangsa, bahasa dan budaya.
  • Pendek kata, jika Dong Zhong ingin membina sebuah negara China baru di dalam Malaysia, maka mereka perlu ditentang, bukannya dibantu.  
  • Apa yang dituntut oleh Dong Zhong sebenarnya amatlah merbahaya.  Percayalah agenda mereka adalah jauh lebih dalam dan luas dari sekadar ‘pendidikan Cina’.   Ini bukan soal pendidikan lagi kerana jika ia hanya soal pendidikan bahasa Cina, ia boleh diselesaikan dengan sekadar mengadakan kelas tambahan.
  • Dong Zhong mengimpikan sesuatu yang melangkaui soal bahasa atau budaya Cina.  Mereka inginkan penguasaan kaum Cina secara mutlak tanpa perlu bergantung kepada kaum lain, selain dari menjadi penyumbang kepada daya-beli produk mereka.
  • Sudah menjadi undang-undang tidak bertulis di dunia bahawa sesiapa yang mengawal ekonomi, adalah berkuasa.  Maka, dengan ekonomi sedia berada di tangan kaum Cina, pengasingan kaum Cina dari kaum lain akan memaksa kaum lain tunduk kepada mereka.  Lama kelamaan, kuasa politik yang ada pada kerajaan juga tidak akan membawa makna lagi kerana terpaksa tunduk kepada kuasa ekonomi kaum Cina.
  • Sudah sampai masa kerajaan bertegas dengan puak ektremis Cina ini.  Bahaya yang dibawa mereka tiada bezanya dengan puak ektremis agama yang mampu menjejaskan keamanan negara.   Dengan dasar apartheid yang ingin diwujudkan mereka, tidak mustahil negara bakal mengalami nasib seperti Afrika suatu ketika dahulu, dalam masa 10 – 20 tahun dari sekarang jika segala tuntutan mereka diterima.

 

Advertisement

Actions

Information

2 responses

27 08 2012
Sifar

Haha, saya sokong gambar itu di terbalikkan. Memang jenis dia tu asyik terbalik jalannya, haluannya. Asyik nak bantah, bangkang, demonstrasi jalanan. Di sembut air berkimia, gas pedih mata, tuduh Polis gunakan kekerasan. Tak mahu terima cara itu di gunakan di seluruh dunia.

Orang nak membina negara, mereka nak memecahkan negara. Orang nak bersatu padu, muhibbah, salitur rahim, mereka nak memencilkan diri, promosikan budaya negara asal mereka, mahukan “multi nations within a nation” entahapekedarahnya, kata Dong Zong. Sifar semuanya.

27 08 2012
Sifar

Saya yaakin majoriti rakyat tidak setuju dengan memorandum Dong Zong itu. Mereka di Kempen SSS (Satu Sekolah Untuk Semua) pun telah kemukakan suatu Memorandum kapada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajajaran 2 tahun yang lalu, meminta sekolah sekolah Cina dsptnya di serapkan keadalam sistem Sekolah Kebangsaan. Dengan itu 3 sistem perlajaran yang ada sekarang akan menjadi satu. Akan mendorong kapada perpaduan negara.

DS Najib telah mengatakan di blog 1Malaysianya di masa perkara itu hangat di bancangkan di media massa hingga sampai ke Parlimen bahawa “Single Stream Education” akan di laksanakan bila rakyat mahukannya. Hanya dia tidak menyebut cara menentukan sama ada rakyat mahukannya sekarang atau tidak. Kempen SSS telah mencadangkan supaya cara referendum di gunakan. Ia mata sesuai dan selamat bagi politknya. Tindakan berdasarkan keputusan referendum tidak boleh di salahkan.

Dong Zong mengeksploitasi keadaan di mana DS Najib cuba memujuk rakyat Cina mengundi BN. Tapi telah nyata di PRK Hulu Selangor dll bahawa penganut Dong Zong tidak pedulikannya. Mereka di kawasan Rasah telah mengundi pembangkang walau pun telah di janjikan bantuan wang kapada sekolah Cina di situ. Jika DS Najib terus melayan Dong Zong, dia akan rugi undi dari kumpulan “silent majority”, yang mahukan perpaduan melalui sistem pelajaran satu aliran. Dong Zong memecahkan rakyat, tidak menghormati Perlembagaan negara berkenaan BM sebagai Bahasa Kebangsaan negara ini, dll. Menjadi sifar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: