Kemanakah Arah 1-Malaysia Di Dalam Sistem Pendidikan Negara?

6 12 2010

Diterbitkan semula di bawah ini penulisan dari DinTurtle-Blogger Parti Melayu bertajuk “RamalanKu Benar Belaka ….. BN Berbangga Dengan Bapa Vernakular“.  Berhubungkait dengan isi penulisan DinTurtle ini, dipautkan juga artikel yang pernah ditulis oleh VOICES AROUND bertajuk “Bapak Vernakular“. VOICES AROUND juga pernah mempersoalkan “Satu Sekolah Untuk Semua – 1Malaysia DS Najib Untuk Siapa?

RamalanKu Benar Belaka ….. BN Berbangga Dengan Bapa Vernakular

Ada beberapa perkara yang saya nak komen tentang ucapan Najib di Konvensyen BN tadi. Tapi ada satu pengakuan dari Najib yang disebutnya secara jelas dan tak perlu susah payah menafsir maksud yang tersirat. Dan saya sedih bercampur bengang ….. kerana telahan saya terhadap Najib dalam isu ini terbukti benar. Saya akan gembira jika telahan saya salah… tapi nak buat macamana….ternyata Najib wajar digelar Bapa Vernakular!

8. …………… Bahkan, kita harus berbangga bahawa kita satu-satunya negara di dunia, membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang mengekalkan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar.

Kata dulu Najib nak serahkan kepada rakyat buat pilihan samada hendak meneruskan sekolah vernakular. Tapi tidak ada langsung diwujudkan mekanisma untuk melihat pilihan rakyat. Dan terus menerus Najib membantu sekolah2 cina lebih2 lagi ketika kempen2 PRK. Tiap kali timbul perbalahan mengenai isu satu sekolah, Najib diam membisu.

Nah, kini jelas pengakuan dari Najib sendiri betapa beliau BERBANGGA dengan kewujudan sekolah cina ! Tapi Najib sendiri tidak konsisten dengan SATU nya – 1Malaysia, 1 Bangsa, 1Negara… semua satu KECUALI 1 Sekolah ?? Kalau SATU itu menunjukkan perpaduan, kenapa tidak ada 1 Sekolah ? Perhatikan ucapan Najib diperenggan seterusnya –

9.Ini jelas memperlihatkan bahawa, rakyat Malaysia bukan setakat toleran terhadap kemajmukan, malah kita sesungguhnya melangkah setahap lagi dengan meraikan kepelbagaian itu. Kita telah memilih jalan yang wajar dengan mengaplikasi kaedah integrasi di mana perbezaan yang unik digabungkan dalam sebuah keluarga besar, saling mengukuh dan menyokong, bukannya untuk memusnahkan identiti mana-mana bangsa.

Dimana integrasinya jika anak2 kecil pelbagai kaum dipisahkan melalui sekolah2 vernakular ?

Dimana yang dikatakan perbezaan yang unik digabungkan dalam sebuah keluarga besar ? Bukankah SATU SEKOLAH itu boleh diibaratkan sebagai ‘sebuah keluarga besar’ dimana pelbagai kaum digabungkan ?

Segala cakap2 perpaduan Najib semua hancur bila tiba isu sekolah vernakular. Ternyata bukan perpaduan yang Najib utamakan tapi sokongan kaum cina demi survival politiknya ! eh….. macam familiar je ayat tu… ‘ sokongan kaum cina demi survival politik ‘ … siapa ye yang cakap macam tu ?

Ramai yang akan tidak bersetuju dengan kenyataan ni, tapi saya pernah menulisnya beberapa kali sebelum ini – KJ, Nazri dan dua tiga orang lagi mamat yang sering menimbulkan kontroversi dengan kenyataan2 menyokong cina dan membangkitkan kemarahan orang Melayu adalah orang Najib dan mereka hanya menyuarakan pendirian Najib ! Kenyataan2 yang Najib sendiri tidak berani ucapkan sendiri maka digunakan balaci2 nya.

Tak pernah ke terfikir kenapa mereka2 tu tak pernah ditegur oleh Najib apatah lagi dikenakan tindakan ? Malah disimpan terusssss walaupun terdapat bantahan keras orang Melayu terhadap kenyataan2 mereka. Tengoklah nanti…. satu persatu akan Najib sendiri buktikan betapa semua itu hanyalah lakonan para balacinya pihak dirinya.

Siapa sebenarnya yang jadi ancaman bangsa Melayu yang lebih besar ? Musuh diluar atau musuh didalam ?

Ahli-ahli UMNO – Apakah pendirian anda semua sama dengan Najib dalam isu sekolah vernakular ???

Posted by dinturtle at 11:37 PM Sunday, December 5, 2010
(** boldfaced red font with underline ditambah untuk penekanan)
This is the personal opinion of the writer or publication. The re-publication of the article above herein does not necessarily mean that Kempen SSS endorse the writer’s view.

Actions

Information

3 responses

6 12 2010
San Peng.

Seperti serangga angkut-angkut meningalkan telurnya di dalam mangsanya,
Apabila menetas, tetasan membesar dengan memakan hostnya,
Musnahnya host untuk memfasilitate jelmaan tetasan kepada angkut-angkut.

Begitulah Najib membenihkan busung kedalam dada Melayu,
Dipaksanya dada-dada menjadi sekam menyembunyikan api,
Memerhatikan bagaimana kedaulatan Bahasa Kebangsaan dimadukan
Apabila Najib mengambil isteri muda bernama Cik Vernakular
Untuk kelangsungabn nafsu serakah politik?

Sahlah … politik itu teramat besar,
Untuk dibiarkan didalam tangan poliTIKUS.

6 12 2010
15 06 2012
Yang perlu ditekankan oleh DS Najib adalah penggunaan Bahasa Kebangsaan, bukannya sekolah vernakular « Kempen SSS

[…] Kemanakah Arah 1-Malaysia Di Dalam Sistem Pendidikan Negara? […]

Leave a comment