Pendokong Tegar dan Juara Sekolah Vernakular

18 01 2011

DS Najib

Artikel sebelum ini telah memuatkan sebuah berita dari BERNAMA yang menyatakan pendirian Perdana Menteri Malaysia, DS Najib,  berhubung dengan status sekolah-sekolah vernakular (SJKC dan SJKT) di negara ini. Berdasarkan kenyataan DS Najib dahulu, “Najib: BN sahabat sejati pendidikan sekolah Cina” dan pendirian DS Najib sendiri yang seringkali diulang-ulang, maka memang cocoklah gelaran “Bapak Vernakular” dianugerahkan kepada DS Najib. Walaupun boleh dikatakan pelbagai pihak, kecuali pendokong tegar pendidikan vernakular, berpendapat bahawa sekolah adalah tempat di mana asas pembinaan negara bermula, di mana anak-anak bangsa dididik untuk bercampur gaul melalui satu bahasa pengantar, semuanya ini nampaknya ditolak mentah-mentah oleh DS Najib.
Adalah dimaklumi bahawa isu sekolah vernakular ini bukannya sebuah isu baru dan di zaman pemerintahan DS Najib sahaja, malah ianya bermula sejak masalah penhijrahan buruh-buruh cina dan india ke negara ini tidak diselesaikan dengan baik dan sewajarnya oleh kolonial British selepas peninggalan mereka. Walaupun ianya bukan merupakan sebuah isu yang baru, tetapi Perdana Menteri sekarang ini tampak menjuarai sistem vernakular ini bagi pihak pendokong tegar vernakular, tidak seperti pemimpin-pemimpin kerajaan sebelumnya. DS Najib juga, merupakan orang yang bertanggungjawab menyuburkan lagi sistem vernakular ini semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran dahulu. DS Najib sanggup mengambil “risiko” politik dengan mengubah Akta Pelajaran semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran dahulu sekaligus memberi ruang yang lebih besar kepada “percambahan” sekolah-sekolah vernakular.
Sistem pendidikan vernakular sememangnya menyalahi peruntukan perlembagaan negara dan akta-akta yang berkaitan. Pendek kata ianya adalah salah dari sisi undang-undang. Sekolah-sekolah vernakular adalah SEKOLAH HARAM.
Tindak-tanduk DS Najib nampaknya begitu tegar sekali membela sekolah-sekolah vernakular ini. Kadangkala nampak DS Najib ini adalah lebih vernakular daripada vernakular sendiri. Mengapakah beliau sanggup mengambil risiko politik, nampak bermati-matian mempertahankan sekolah vernakular sehingga ramai yang keliru dengan KONSEP 1-MALAYSIA yang dipromosi oleh beliau sendiri? Satu Sekolah Untuk Semua, tetapi, 1-Malaysia DS Najib untuk siapa sebenarnya?
Ada yang berpendapat DS Najib begitu terdesak terhadap undi cina sebab itulah juara sekolah vernakular DS Najib ini akan bersuara lebih lantang membela sekolah vernakular setiap kali ada pengundian di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil. Benarkah begitu jika dibandingkan “kejuaraan” DS Najib semenjak beliau menjawat jawatan Menteri Pelajaran lagi? Benarkah begitu apabila beliau begitu lantang membela sekolah-sekolah vernakular ini? Benarkah juga begitu, walaupun beliau begitu tegar membela sekolah-sekolah vernakular ini, tetapi ketegaran beliau tidak dihargai, malah di “kencingkan” berkali-kali? Benarkah begitu apabila orang Melayu dan Bumiputera di negara ini adalah kelompok majoriti dan DS Najib lebih “bertaruh” kepada undi minoriti?
Artikel dari pemilik laman “JUST MY THOUGHTS” pernah menulis:-
The Satu Sekolah Untuk Semua Campaign, a great idea whose time has not yet come?
Terhadap berita BERNAMA yang menyatakan pendirian DS Najib yang dimuatkan sebelum ini, “JUST MY THOUGHTS” telah menyatakan keluhannya (yang juga menjadi keluhan ramai rakyat Malaysia) seperti berikut:-
Very sadly for the Satu Sekolah Untuk Semua supporters I think we can forget about anything happening under PM Najib’s watch.

Mungkinkah seruan-seruan kearah pembinaan negara untuk mencapai “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA” akan dapat direalisasikan TANPA DS NAJIB dan Konsep 1-MALAYSIAnya yang mengelirukan itu?



Actions

Information

2 responses

18 01 2011
satD

One Ringgit for Sekolah Haram is One Ringgit Less for Sekolah Halal

I’m surprised that he actually used the word “hapus”

15 06 2012

Leave a comment