[English language version appears below the BM version]
Tiada Alasan Munasabah Bagi Tidak Melaksanakan SSS
Perbincangan mengenai sekolah satu aliran di Parlimen baru-baru ini, galakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran supaya perbincangan-perbincangan tersebut diteruskan di lain-lain tempat, dan jemputan Perdana Menteri kepada rakyat untuk memberi pandangan dan cadangan di laman citranya, 1Malaysia – semua ini memberi harapan positif kepada cadangan Satu Sekolah Untuk Semua (SSS).
Sebenarnya, tidak ada sebab yang munasabah bagi tidak melaksanakan SSS. Hujah-hujah yang biasa dikemukakan adalah:
1. Perlembagaan jelas menyatakan bahawa Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan negara ini, oleh itu semua sekolah-sekolah patut menggunakannya sebagai bahasa pengantar.
2. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar; Mandarin adalah bahasa rasmi Republik Rakyat China dan bukan pula bahasa ibunda kaum Cina di Malaysia. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) menggunakan bahasa Tamil, bahasa rasmi negeri Tamil Nadu di India.
3. Pendaftaran di sekolah-sekolah vernakular jarang sekali menggambarkan kepelbagaian kaum, oleh itu suasana di sekolah-sekolah seperti ini tidak mendorong menyemai semangat hidup bersama dan perasaan bersatu padu di kalangan murid-murid di lingkungan umur yang membentuk minda dan pendirian.
4. Pada tahun 2008, Timbalan Menteri Pelajaran telah mengumumkan hasil kajian yang dilakukan MCA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran yang menunjukkan 25 % pelajar SJKC berhenti sekolah atau keciciran (drop out) sebelum peringkat SPM. Ini membayangkan kecacatan sistem SJKC. Manakala, hampir tiada keciciran atau drop out di sekolah kebangsaan.
Pihak-pihak yang tidak setuju dengan SSS telah cuba memberi hujah-hujah yang tidak relevan dengan perkara yang dicadangkan, yang tidak patut dikaitkan dengan Kempen SSS, seperti:
1. Sekolah Kebangsaan juga dikatakan ada kecacatan dan kelemahan. Ini sudah tentu adalah hanya suatu alasan untuk meneruskan kewujudan sekolah vernakular, mengalih perhatian daripada isu sebenar bahawa sekolah seperti itu tidak mengeluarkan kanak-kanak yang dilatih di dalam suasana kepelbagaian kaum supaya mereka boleh secara semulajadi, senang dan cekap bercampur dengan kaum lain di masa berikutnya.
2. Polarisasi kaum yang semakin meningkat kononnya berpunca daripada dasar-dasar Kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pihak-pihak ini, yang kebanyakannya, jika tidak hampir kesemuanya, kaum bukan Melayu, sama ada tidak mengetahui atau menutup mata terhadap fakta bahawa DEB dilaksanakan berdasarkan kepada Kedudukan Istimewa Melayu. Kedudukan Istimewa ini adalah balasan kepada hak kerakyatan kaum bukan Melayu yang tidak mempunyai kerakyatan sejak lebih 100 tahun lalu, termasuk semasa pemerintahan penjajah British di Malaya. Kedudukan Istimewa Melayu dan kerakyatan bukan Melayu menjadi apa yang dikenali sebagai Kontrak Sosial di antara pemimpin di zaman kemerdekaan, dan telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara. DEB juga memberi faedah kepada kaum Bumiputera lain selain dari Melayu.
3. Golongan pengkritik ini juga menimbulkan isu sekolah-sekolah dan institusi pelajaran Melayu seperti MRSM dan UiTM. Sekali lagi mereka menutup mata, dan mesti diingatkan dari masa ke masa, bahawa itu semua adalah sebahagian daripada DEB yang timbul dari Kedudukan Istimewa Melayu yang tertulis di dalam Perlembagaan. Mereka juga perlu diberi tahu berulang kali bahawa, akibat permerintahan penjajah British, kaum Melayu ketinggalan jauh di belakang bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi juga dalam bidang pendidikan.
4. Mereka juga bercakap berkenaan konsep kononnya “Malaysian Malaysia” yang dikarang oleh si chauvinis Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) semasa mereka berada dalam Malaysia 1963-65, kemudian dipungut oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP), serpihan PAP selepas Lee Kuan Yew dan Singapura ditendang keluar dari Malaysia dalam tahun 1965. Golongan seperti ini mesti diperingatkan sepanjang masa apa yang dikatakan Tun Dr. Mahathir, bahawa tidak mungkin ada kesamarataan apabila ada Artikel 153 di dalam Perlembagaan yang memperuntukkan Kedudukan Istimewa Melayu. Golongan ini perlu diberitahu berulang kali bahawa Kedudukan Istimewa Melayu adalah galang ganti atau sebagai balasan kepada kaum Melayu menyetujui perkara hak kerakyatan mereka.
Sekarang, bercakap berkenaan aspek politiknya, Dato’ Sri Najib harus mendekati perkara ini dengan berhati-hati. Beliau walau bagaimanapun telah mengatakan isu ini terserah kepada orang ramai, atau rakyat. Apa yang kita risaukan sekarang adalah bagaimana beliau akan menentukan apa yang rakyat mahukan.
Sudah tentu berbagai jenis memorandum, laporan-laporan, syor-syor, bantahan-bantahan dan sebagainya yang panjang berjela-jela akan dikemukakan kepada Perdana Menteri. Apa kriteria akan digunakannya, apa ukuran atau sukatan bagi sokongan atau bantahan kepada persekolahan satu aliran atau cadangan SSS yang boleh dikatakan sah baginya menggunakannya?
Sudah tentulah sukar untuk menentukannya. Tidak dapat dibayangkan kemungkinan mengikut jumlah laporan-laporan atau memorandum yang diterima sahaja. Begitu juga jika mengikut jumlah orang yang laporan-laporan dan memorandum itu wakili. Sungutan dan ketidakpuasan hati akan tercetus jika cara-cara tersebut digunakan. Justeru, masalah sistem pendidikan negara selama 52 tahun itu akan berterusan tidak diselesaikan. Beliau tidak boleh membiarkan keadaan sebegini. Beliau ada peluang untuk mendapat markah tinggi sekarang. Dato’ Sri Najib boleh meninggalkan warisan atau legasi yang amat besar jika beliau selesaikan dan mengambil tindakan terakhir di atas masalah lama ini buat selama-lamanya. Namanya akan dinukil dalam sejarah berlainan dari yang lain. Namanya akan dikaitkan dengan pembawaan keamanan dan keharmonian selama-lamanya di dalam negara ini melalui SSS.
Perdana Menteri telah berkata ini bergantung kepada rakyat. Sekarang tinggal hanya soal bagaimana cara menentukannya. Dato’ Sri Najib mesti menggunakan kaedah yang jelas dan telus bagi menafsir kemahuan rakyat. Kaedah biasa adalah melalui pilihanraya. Tetapi soal ini tidak memerlukan mandat sebegitu rupa. Beliau boleh memperoleh mandat yang cukup melalui kaedah referandum. Selamat baginya dari segi politik dan selamat dari segi keselamatan negara jika diaturkan di peringkat kebangsaan, dilaksanakan hampir seperti pilihanraya, dengan
persediaan keselamatan dan pengawalan undang-undang dan arahan yang secukupnya.
Kerajaan boleh menyediakan minda rakyat berkenaan penggunaan referendum sebagai satu cara bagi menyelesaikan kontroversi-kontroversi di atas isu yang amat mustahak ini dengan menggunakan sumber-sumber Kementerian Penerangan dan Multimedia yang amat luas.
Referandum telah digunakkan di negara-negara maju di merata dunia bagi menentukan pemilihan rakyat di atas isu-isu kontroversi tetapi amat penting. Referandum akan menyelesaikan kontroversi-kontroversi seperti itu. Ianya memberikan Kerajaan mandat untuk mengambil tindakan khas ke atas perkara-perkara yang referendum itu dilakukan. Tiada parti politik atau kumpulan-kumpulan berkepentingan boleh mengkritik secara berjustifikasi dasar Kerajaan yang dilaksanakan berdasarkan referendum. Ringkasnya, referandum adalah kaedah paling demokratik untuk mengawal kritikan terhadap isu kontroversi dan menghalang kritikan yang baharu di atas tindakan-tindakan dasar yang timbul darinya.
Marilah kita menggesa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib supaya mempertimbangkan dengan sepenuhnya perkara mengadakan referendum ke atas cadangan SSS ini. Mustahaknya persepaduan negara dan keamanan yang berpanjangan, yang boleh dicapai melalui SSS jauh melebihi kos melakukan referendum. Tiada alasan yang munasabah untuk tidak melaksanakan SSS, dan sebaliknya ada sebab-sebab yang munasabah untuk menentukan kehendak rakyat terhadap perkara itu secara referandum.
*************
[English language version is as follows]
No Valid Reason For Not Implementing SSS
The recent discussion on the single-stream schooling system in Parliament, the encouragement by the Deputy Prime Minister cum Minister of Education to continue such discussions elsewhere, the invitation by the Prime Minister to the public to give their views and suggestions to his 1Malaysia blog – all these provide cautious optimism for the prospect of the Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) proposal.
There really is no valid reason for the SSS proposal not being implemented. The standard arguments have been:
1. The Constitution states that Bahasa Malaysia is the national language of the country and therefore all schools should have it as the medium of instruction
2. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) uses Mandarin as the medium of instruction; Mandarin is the official language of the People’s Republic of China and is not even the mother tongue of the Chinese. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) uses Tamil which is the official language of Tamil Nadu in India.
3. Enrolment at these vernacular schools is hardly multi-racial and therefore the atmosphere in such schools is not conducive to fostering a spirit of togetherness and a sense of unity among children at their formative age. Whereas there has been practically no drop out from national schools.
4. The Deputy Minister of Education announced in 2008 that a study done by the MCA, with the co-operation of the Ministry of Education, shows that 25 % of those who had attended SRJKC dropped out of school before reaching the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level. That suggests defects in the SJKC system.
The detractors of SSS have tried to put out arguments that are not relevant to the subject being proposed, that should not be linked to the SSS, such as:
1. The Sekolah Kebangsaan also has its defects and weaknesses. This, of course, is a mere attempt at justifying the vernacular schools’ existence, trying to divert attention from the real problem at hand, that such schools generally do not produce children trained in a multi-racial atmosphere so that they can be naturally at ease and adept at mixing with others at a later age.
2. The increasing racial polarisation has allegedly been due to bad Government policies such as the New Economic Policy (NEP). These detractors, who are mostly if not entirely non-Malays, are either ignorant of or choose to forget that the NEP was derived from the Special Position of the Malays. That Special Position was in exchange for the Malays agreeing to citizenship for the non-Malays who were stateless for over 100 years, including during British colonial rule, in Malaya. That Special Position of the Malays and the citizenship right of the non-Malays constitute what have been known as the Social Contract among the leaders at Merdeka, and are embodied in the Constitution of the country. The NEP also benefits Bumiputeras other than Malays.
3. The detractors also raise the issue of the special schools and educational institutions for the Malays, including MRSM, UiTM. Again, they choose to forget, and must be told time and again, that these schools are a part of the New Economic Policy which emanated from the Special Position of the Malays written in the Constitution. It needs to be pointed out to them repeatedly that, as a result of British colonial rule, the Malays were left far behind not only in the economic but also in the educational fields.
4. They also talk about equality and the so-called “Malaysian Malaysia” concept thought out by the chauvinistic Lee Kuan Yew and the People’s Action Party (PAP) when in Malaysia 1963-65, later picked up by the splinter party, Democratic Action Party (DAP) after Lee Kuan Yew and Singapore were kicked out of Malaysia in 1965. As for these
people, they need to be told endlessly what Tun Dr Mahathir has said, that there can never be equality when there is Article 153 of the Constitution which provides for the Special Position of the Malays. Likewise, they need to be told repeatedly that that was the quid pro quo, or in exchange for the Malays agreeing to their citizenship right.
Now, politically speaking, Dato’ Sri Najib has to approach the subject cautiously. He has, however, said that it is up to the people, the rakyat. What we are now concerned about is how he determines the will of the rakyat.
No doubt there will be multifarious and voluminous memoranda, reports, recommendations, objections and so on submitted to the Prime Minister. What criteria he will use, what yardstick or measure of the support for and the objection to the single-stream schooling or the SSS proposal that can said to be valid for him to use.
Naturally it will be difficult to determine. It’s inconceivable to go by the number of reports or memoranda received. Even by the number of people those reports or memoranda represent. Grumblings and dissatisfaction will abound if such methods are used. Then the 52 year-old problem with the country’s education system will continue to remain unsolved. That he must not allow. He has the opportunity to score big now. He can leave behind a huge legacy if he solves and settles this old problem once and for all. His name will go down in history like no other has. His will be about bringing lasting peace and harmony in this country through the SSS.
He has already said it’s up to the people. It’s now a only matter of how. Dato’ Sri Najib must use a transparent and discernible method of determining the will of the people. The usual method is through general elections. But this does not need such kind of a mandate. But he can get sufficient mandate by using the referendum method. It is safe for
him politically and safe for the country security-wise if organised on a national level, conducted almost like general elections, with adequate preparations for security and control of law and order.
The Government can prepare the minds of the people on the use of the referendum as a means to resolve controversies on this very important issue by the use of the vast resources of the Information and Multimedia Ministry.
Referenda has been used in democratic countries the world over to determine the people’s choice on controversial but very important issues. Referenda will put to rest such controversies. They give the Government the mandate to act specifically on the subjects the referenda are conducted. No party or group of people can justifiably criticise a Government policy that is implemented on the basis of a referendum. In short, a referendum is the most democratic way to rein in criticisms on a controversial issue and prevent new ones on policy actions arising from it.
Let us urge Prime Minister Dato’ Sri Najib to seriously consider holding a national referendum on the SSS proposal. The importance of national unity and lasting peace that can be achieved through the SSS far outweighs the cost of holding a referendum.There are no valid reasons not to implement the SSS and, conversely, there are valid reasons for determining the will of the people on that subject by the referendum way.
Latest Comments