Najib Tun Razak dan Pendidikan Sekolah Cina

20 05 2010

Kami terbitkan semula dibawah sebuah berita yang diterbitkan oleh The Malaysian Insider (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-bn-sahabat-sejati-pendidikan-sekolah-cina/) di mana Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak mengatakan bahawa kerajaan pimpinan beliau adalah sahabat sejati pendidikan sekolah cina.

Kami serahkan kepada sidang pengunjung untuk memberikan ulasan mengenai kenyataan Perdana Menteri dalam konteks pembinaan negara serta dasar pendidikan negara dengan mengambil kira kedudukan Bahasa Kebangsaan sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa. Negara ini negara Malaysia.

Sehingga kini kami masih belum merasakan ada keinginan dari Dato Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan pendidikan Sekolah Kebangsaan sebagai sahabat paling akrab kepada kerajaan pimpinan beliau.

Bagaimana pula  dengan pendidikan sekolah tamil? pendidikan sekolah agama? pendidikan sekolah pondok dan lain-lain jenis pendidikan sekolah lagi?  Tidakkah Dato Seri Najib Tun Razak ingin jadikan pendidikan-pendidikan ini sebagai kawan rapat, kawan seperjuangan atau apa-apa kawan lagi?

Najib: BN sahabat sejati pendidikan sekolah Cina

May 12, 2010

SIBU, 12 Mei — Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus melakukan lebih banyak lagi bagi pendidikan sekolah Cina di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kerajaan BN adalah sahabat sejati pendidikan sekolah Cina,” katanya semasa berucap kepada lebih 3,000 warga pendidik Cina pada perhimpunan di sini hari ini.

Beliau berkata adalah satu hakikat bahawa masyarakat itu amat menghargai pendidikan dan sanggup berkorban semuanya untuk itu.

“Tetapi pada masa yang sama, anda akan perlukan bantuan kerajaan untuk pendidikan,” katanya.

Mengimbas kembali ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan, Najib berkata beliau telah mengambil “risiko politik” apabila beliau mencadangkan Akta Pendidikan dipinda untuk membolehkan sekolah rendah Cina ditukarkan menjadi sekolah jenis kebangsaan.

Beliau berkata pada masa itu beliau merasakan keadaan itu boleh membawa “nahas” kepada kedudukannya kerana isu berkaitan pendidikan sekolah Cina telah berlarutan sejak sekian lama dan tidak berjaya diselesaikan oleh beberapa menteri pendidikan sebelum itu, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini Ketua Pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Oleh kerana Anwar juga aktif berkempen bagi calon DAP dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, Najib mencadangkan masyarakat Cina di sini bertanyakan kepadanya apakah sumbangan beliau (Anwar) terhadap pendidikan sekolah Cina.

Perdana Menteri (gambar) kemudiannya mengumumkan peruntukan berjumlah RM18 juta bagi  67 buah sekolah dalam kawasan Parlimen Sibu.

Ini termasuk RM10 juta untuk 60 sekolah jenis kebangsaan, RM5 juta untuk lima sekolah menengah persendirian Cina, RM2 juta untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart dan RM1 juta untuk Sekolah Kebangsaan St.Mary.

Beliau berkata sebagai perdana menteri, beliau mahu memberikan khidmat yang terbaik dan juga mahu kerajaan melaksanakan yang terbaik untuk penduduk di Sibu.

Namun, katanya kerajaan dalam melakukan semua usaha itu juga pada masa yang sama memerlukan sokongan rakyat dalam menjayakannya. — Bernama


Pembaca sekelian, silalah baca komen-komen dibawah ini untuk mendapat perspektif yang lebih luas berkenaan perkara ini.


Actions

Information

26 responses

20 05 2010
antudurex

Memetik kata-kata Perdana Menteri Sayang Cina Teramat ini:-

Najib berkata beliau telah mengambil “risiko politik” apabila beliau mencadangkan Akta Pendidikan dipinda untuk membolehkan sekolah rendah Cina ditukarkan menjadi sekolah jenis kebangsaan.

Beliau berkata pada masa itu beliau merasakan keadaan itu boleh membawa “nahas” kepada kedudukannya

Kata-katanya di atas belau sanggup mengambil RISIKO dan sanggup menghadapi NAHAS untuk membelakangkan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dan RUKUN NEGARA dan juga PELAN INDUK PENDIDIKAN bersabit dengan KEDAULATAN BAHASA KEBANGSAAN dan identiti Bangsa Malaysia yang bersatu padu (bukan identiti cina). Ini jelas menunjukkan bahawa Najib telah BERPATAH ARANG semata-mata DEMI CINA yang menjadi kesayangannya yang amat sangat.

Baiklah – Kita cadangkan supaya UMNO mengadakan pemilihan presiden parti sebelum pilihanraya yang akan datang dan kita minta Najib berundur dari UMNO. “M” dalam UMNO stands for “MALAY”.

SAY NO TO NAJIB !!!!!

21 05 2010
SSS Admin

antudurex,

Nyata DS Najib mengeluarkan kata-kata tersebut untuk coba menarik undi masyarakat Cina diPRK Sibu. Dari segi kepentingan masyarakat Cina, tindakannya menjadikan sekolah Cina sebagai jenis kebangsaan semasa dia Menteri Pelajaran dahulu itu sepatutnya dihargai. Malangnya tidak. BN bukan sahaja kalah sebanyak 398 undi tetapi juga kehilangan lebih kurang 4,000 undi bila dibanding dengan PRU12 ditahun 2008.

Dia juga telah mengambil risiko sebagai Perdana Menteri melayan sekolah Cina demikian banyak dan berbagai cara. Janji RM3 juta (yang telah dikota dua hari selepasnya) untuk sekolah Cina diPRK Hulu Selangor juga tidak dihargai. Pengundi-pengundi Cina dipekan Rasa yang diharap mengundi BN telah mengundi pembangkang. Maka risiko yang diambilnya ialah pemandangan masyarakat Melayu keatas layanan amat berlebihan yang diberinya kapada masyarakat Cina, termasuk mereka yang mahukan sekolah Cina menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Bertambah banyak yang membidasnya salepas PRK Hulu Selagor. Begitu juga selepas PRK Sibu dimana RM18 juta bantuan sekolah Cina dijanjikannya.

Isu pendidikan sekolah Cina memang telah berlarutan sejak Merdeka. Bukannya “tidak berjaya diselesaikan oleh beberapa menteri pendidikan sebelum itu”, tetapi kerana masalah itu telah disapu kebawah tikar dimasa ghairah dengan Merdeka dalam suasana dapat memerintah negara sendiri selepas British keluar. Kemudiannya masih juga berlarutan sebab tidak ada teraju pimpinan yang tegas dan berani menyelesaikannya sepenuhnya.

Mementingkan undi ada hadnya. Jika sekarang tidak berani mengambil risiko menyelesaikan gejala sekolah vernakular itu secara menyeluruh dan dengan sepenuhnya, sekurang-kurangnya Perdana Menteri boleh mendiamkan sahaja perkara itu sehingga suatu masa yang lebih sesuai. Tetapi melawat sekolah Cina, mengumumkan sekolah Cina boleh diteruskan, makan malam disekolah Cina dimalam yang Rang Belanjawan (Budget)nya hampir tidak lulus diParlimen (lulus dengan lebihan hanya dua undi), mengumumkan RM50 juta bantuan untuk sekolah Cina diPRK Kuala Trengganu, memberi RM3 juta kesekolah Cina diHulu Selangor, menjanjikan RM18 juta untuk sekolah Cina diSibu – itu semua mengecewakan pengundi-pengundi Melayu yang jauh lebih banyak dari pengundi Cina, yang belom melihatnya melayan kepentingan Melayu sedemikian rupa. Maka jika dia berterusan dengan pendiriannya, akan lebih besarlah risiko yang diambilnya dari segi undi baginya diPRU13.

20 05 2010
Wake up!

Eloklah tu mengutamakan sekolah rasis yang menjadi milik Cina yang kaya dan membelakangi sekolah kebangsaan yang di pedalaman yang tunggu masa nak runtuh. Tahniah Najib!

Article 160

22 05 2010
SSS Admin

Wake up!,

Memang masyarakat Cina pada umumnya kaya raya. mereka mempunyai “control” keatas ekonomi negara, yang paling kaya dinegara ini, senarai billionaire negara ini penuh dengan orang China. Maka mereka mempunyai budaya berbagai persatuan berdasarkan suku bangsa, perniagaan dan sebagainya, yang secara tradisi membantu rakyat Cina yang perlu bantuan. Oleh itu, tidak ada masalah besar bagi mereka membina sekolah dan mengadakan kemudahan persekolahan yang terkini.

Sekolah yang DS Najib beri bantuan itu bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan kerana menggunakan Manadrin, tidak Bahasa Malaysia, sebagai bahasa pengantar. Pada hal sekolah adalah urusan resmi dimana mana negara didunia ini. Maka tidak wajarlah tindakan sebegitu. Malahan nampak sebagai tidak menghormati Perlembagaan yang dia sebagai Perdana Menteri sepatutnya mempertahankan.

Marilah kita menggesanya supaya berpaling haluan dan mula mengambil tindakan diatas kata-katanya diblog 1Malaysianya bahawa sistem sekolah satu aliran atau satu sekolah untuk semua (SSS) akan dilaksanakan “bila rakyat mahukannya”. Dia belom menyatakan bagaimana caranya menentukan sama ada rakyat mahukannya sekarang atau tidak. Kami telah mencadangkan pungutan suara secara referendum sebagai cara yang terbaik dan terselamat baginya.

21 05 2010
Dal

Sebagaimana juga Amerika Syarikat tiada pilihan melainkan menjadi sahabat sejati kepada Israel (apabila White Housenya dikuasai oleh pelobi dan pejuang Israel) begitulah halaman, belakang rumah dan isi rumah Najib dipenuhi oleh pelobi, pejuang dan kewangan Cina, maka tidak hairanlan Najib tiada pilihan mengenai apa jua pun bila berhadapan dengan “The Chinese Questions” dimana bila Najib-hulur-Najib-kena, bila Najib-tarik-Najib-kena-juga.

Malangnya, yang mengena tetap Cina dan yang terkena tetap Melayu, tidak kira siapa sorong atau siapa tarik. Oleh itu Najib tidak boleh dibiarkan berada pada mana satu hujung gergeraji itupun – sorong atau tarik gergeraji terkena belaka. Hanya ada satu tempat yang sesuai bagi dia ….

22 05 2010
SSS Admin

Dal,

Kerja lobi melobi ini memang padahnya pada Melayu. Melayu berbaik hati, sudah tabi’at semula jadi. Singapore diberi kapada Raffles, Penang diberi kapada Francis Light, Cina diPenang dipelawa kePerak, Ngah Ibrahim membawa Cina ke Larut dan mengeluarkan modal untuk pelombong pelombong Cina “membuka kawasannya” dan memulakan kemasukan kongsi gelap, penjahat dan gengster, akhirnya mengakibatkan 350 lombong Melayu lenyap. Singapore yang sudah dipulang British kapada kita dimasa penubuhan Malaysia, diberi lagi kapada bangsa lain ditahun 1965.

Yang menjadi so’al ialah mengapa dilayan lobi-lobi tersebut. Mengapa dilayan berlebihan. Kita faham orang politik mahukan undi. Tetapi mengapa menggalakkan hal hal yang bertentangan dengan Perlembagaan negara. Saperti memberi bantuan kapada sekolah Cina yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar. Masakan Perkara 152 Perlembagaan menetapkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Mengapa diberi lesen judi bola masakan peminat bola kebanyakannya Melayu. Dan berjudi bola adalah sesenang berjudi Empat Nombor Ekor yang hingga sekarang ada ternampak Melayu pergi membeli teket judi ditempat jualannya.

21 05 2010
Aku

SSS Admin,

Please allow me to use English for the benefit of those not well-versed in Bahasa Malaysia, including overseas visitors to this blog.

Obviously Najib does and says those stated above to get votes – at Hulu Selangor and Sibu by-elections. The question is to what extent those may be tolerated by those who he didn’t try to befriend. And the basis for him to do and say those.

Clearly giving financial aids to Chinese schools incur the wrath of those who speak for single-stream schooling and oppose schools using Mandarin as the medium of instruction because Article 152 of the Constitution says Bahasa Malaysia is the National Language and has become the Official Language of the country for a long time. Goodness, he is the Prime Minister and he should uphold the constitution of the country. The least he could do is to keep silent instead of saying vernacular schools can continue and, worse still, encouraging them by giving financial grants.

These people get flabbergasted because Najib knew the RM3 million given to the Chinese school in Hulu Selangor did not really bring in the votes he wanted. Yet he promised RM18 million for Chinese schools in Sibu.

As some one has said earlier, the Chinese schools are private because they chose to be private. The moment they accept Bahasa Malaysia as the medium of instruction and the same curriculum and syllabus as the national schools, they would be given full financing and facilities like the other national schools. They may even negotiate for compensation for the money and facilities they have provided to date and their staff continue to work but under Government employ, with some re-training and adjustments.

The Chinese as a community are the richest people in the country and those he didn’t try to befriend have only 18% corporate wealth at the last count. The Chinese have a system of clan associations, guilds exclusive only to themselves that support and assist one another. Heck, the top 20 billionaires in the country are practically all Chinese. Surely they can afford the facilities themselves through mutual help though they keep asking for more, more and more and gullible leaders like Najib succumbed to them. Najib is beginning to appear as a sad specimen of a Prime Minister like his predecessor.

There is a whole host of arguments justifying the need for assistance be given to the disadvantaged lot – the Malays and the Bumiputeras of Sabah and Sarawak. But too long to enumerate here now. Another time, sir.

21 05 2010
antudurex

Encik Aku,

Saya baca keratan akbar artikel ini berbunyi “RM900,00 to upgrade chinese schools, temples”.

Bila dibesarkan keratan akhbar tu, ianya berkenaan pilihanraya kecil N31 Bagan Pinang. Ini yang Isa Samad bertanding dulu kan?

Kawasan pilihanraya yang kubu kuat UMNO tambah lagi orang kuat serta jaguh orang tempatan, Isa Samad, PUN NAJIB TABURKAN DUIT RAKYAT KEPADA CINA????

Tak kiralah kawasan ni kubu kuat UMNO ka, kubu kuat DAP ka, kubu kuat Samy Vellu ka, NAJIB TETAP JUGA TERAMAT SAYANG CINTA MASYUK DENGAN CINA????

TUI NA SENG !!!!!

21 05 2010
Aku

Dia nampaknya sudah desperado, Encik antudurex. Atau dia sesangat hendakkan kuasa sehingga perinsip pun nampaknya ditendang ketepi. Bukan lagi so’al play safe macam durex. Tapi so’al buat apa saja asalkan dapat undi dan menang.

Malangnya tak dapat undi yang dikehendakkinya. DiHulu Selangor Cina masih mengundi pembangkang walau pun RM3 juta dihaburkan. DiSibu kalah – kalau dibanding undi diPRU2008, lk 4,000 undi lari kepembangkang walau pun RM18 juta dijanjikan.

Dia harus sedar sepandai mana strateji pun sudah dua kali salah besar, jadi tsunami, hilang 2/3 majoriti – diPRU 1969 dan 2008. Kalau dia mahu “play safe” bukan ke patut dia lebihkan perhatian kapada 70% penduduk negara ini – Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak? Coba sedaya upaya menyatu padukan Melayu, beri apa apa habuan jika perlu. Kita boleh sediakan durex berlori lori kalau gitu.

22 05 2010
SSS Admin

Aku,

Perhaps we could state a little the arguments for giving assistance to the disadvantaged in this country.

The Constitution provides for the Special Position of the Malays and the Bumiputeras of Sabah and Sarawak who are disadvantaged economically and educationally by British colonial policies and remain far behind until today. That Special Position had been there “since day one”, according to the British Colonial Secretary during the debate on the Malaya Independence Bill in the British Parliament in the 1950s. It has been reaffirmed by enshrining it in the Constitution. It became known as the Social Contract whereby the non-Malays, who were non-citizens and stateless all those years before, got the right to citizenship in exchange for the reaffirmation of the Malay Special Position.

In wanting to exploit the natural resources of the country to the maximum to feed raw materials to the factories in England and to create a viable market for their manufactured goods, the British colonialists helped the Chinese to do business by providing them with all sorts of licenses and facilities, including to mine tin and mining land leases. In the towns where most Chinese lived, the British built a sufficient number of schools, especially English schools which were the passport to success in many instances during British colonial rule. The British did not help or encourage the Malays to do business, preferring them to continue as farmers and fishermen. The Malays in Kerian asked for an English school to be built in their kampong but was refused. The Malays in Klang asked the same, one was built but closed down after only four months of opening because British officials in then far away Kuala Lumpur (by bullock cart transport) found it out and it was not in line with the the Federated Malay States policy of letting the Malays continue to be farmers and fishermen.

These are the glaring facts of history that led to the Malays being left far behind the Chinese who form 23% of the population but control the economy of the country. A somewhat similar situation applies to the Bumiputeras of Sabah and Sarawak. The assistance given under the Special Position of the Malays and the Bumiputeras of Sabah and Sarawak is therefore completely justifiable and should not be questioned.

22 05 2010
Steven

Whay cant our PM give money to Chinese schools? The money belong to the people. Tax money. Cinese pay most tax.

22 05 2010
Kenn

Steven,

Let me just give you ‘one of the many’ cynical answer to your question. Here it goes:-

Why cant Chinese Leader give money to Malaysian School? The Money belong to the people (of the People’s Republic of China).

Chinese pay most tax? Just one answer from the many:-

With one stroke of pen, Tan Sri Vincent is richer by RM525 mil via Ascot Sport. Who gave the license? The PM. Who gave the PM his position as the leader today? The People.

On the latest by-elections, in Penang, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu the chinese did not vote for Najib, but the Malay did.

So who gave the power to Najib who in turn gave betting license to Vincent Tan? The majority? Who did not vote for Najib? The chinese.

13 10 2011
Dot

Just to add a bit to what Kenn has already said –

The Constitution says BM is the language of the country, mother tongue (Mandarin is not but no one argues against it here) may be used “other than for official purposes”. Schools are the official purpose of any country, yet Chinese schools use Mandarin as the medium of instruction, not respecting the Constitution.

So, if the PM gives money to Chinese schools, it shows that he is not respecting the Constitution of the country.

Note that the fact that Chinese schools have been there since British colonial times does not mean the system is right.

22 05 2010
one

er steven, please provide us with some facts that chinese pay most tax..just because the chinese controls the economy, it doesn’t mean that chinese pay the most tax..yes the pm can give the money to the chinese schools, but please be fair..allocate funds to the tamil schools also, in fact with bigger allocation.

24 05 2010
SSS Admin

As has been pointed out before in this blog, Chinese schools are not in line with Article 152 of the Constitution stipulating Bahasa Malaysia as the National Language. Chinese schools use Mandarin as the medium of instruction and a different curriculum and syllabus from the national schools.

Chinese schools are owned by Chinese who, as a community, have tremendous wealth and can get financing from among clan and community members. Many Chinese are billionaires. Chinese have the culture of clan associations and business guilds that get contributions from the rich Chinese to help the others.

The Chinese do not pay the most tax. The Government Linked Companies (GLCs) pay about 40% of the total tax collected, others pay about 30% and the Chinese pay slightly less than 30%. Therefore the claim that the Chinese pays the most tax is incorrect.

26 05 2010
alang

sekolah ‘jenis’ kebangsaan adalah haram, Don Zhong membelakangkan bahasa kebangsaan dan integrasi Malaysia

27 05 2010
SSS Admin

alang,

Sekolah yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar adalah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan. Masalahnya ialah pemimpin kita, dengan melulu mengejar undi, telah mengatakan sekolah tersebut boleh diteruskan, tambahan pula memberi bantuan wang saperti diPRK Kuala Trengganu, PRK Hulu Selangor dan PRK Sibu.

Hal bahawa sekolah jenis itu sudah ada sejak Merdeka tidak semestinya ianya betul. Pemimpin-pemimpin yang lalu telah menyapu masalah ini kebawah tikar dan berlagak seolah-olah tiada apa masalahnya. Lihat sahaja masalah integrasi saperti yang Sdr sebutkan itu.

Maka kita perlu terus menyeru supaya rakyat dan ahli-ahli parti politik yang berkenaan memilih pemimpin-pemimpin yang tegas dan berani menghadapi masalah negara secara berdepan sepenuhnya. Dan kita berdo’a moga-moga akan timbul pucuk pimpinan yang benar-benar tabah, berani dan sanggup menyelesaikan masalah ini secara tindakan bagi kesejahteraan jangka masa panjang negara.

1 12 2010
18 01 2011
Pendokong Tegar dan Juara Sekolah Vernakular « Kempen SSS

[…] vernakular (SJKC dan SJKT) di negara ini. Berdasarkan kenyataan DS Najib dahulu, “Najib: BN sahabat sejati pendidikan sekolah Cina” dan pendirian DS Najib sendiri yang seringkali diulang-ulang, maka memang cocoklah gelaran […]

29 09 2011
Bergelumang Dengan Perkara-Perkara HARAM ! « Kempen SSS

[…] dengan dokongan tegar terhadap sekolah-sekolah vernakular. Sahabat sejati sekolah vernakular, KLIK! Share this:DiggEmailFacebookStumbleUponPrintTwitterRedditLike this:LikeBe the first to like this […]

18 01 2012
Nasib Bahasa Kebangsaan Terletak di Tangan Orang Melayu « Kempen SSS

[…] mengusung Keranda 152 di depan pejabat PM di Putrajaya apabila PM dengan bangganya mendabik bahawa BN adalah sahabat sejati sekolah vernakular? Ataupun depan pejabat Menteri Pendidikan yang ikut sama menabur baja kesuburan sekolah-sekolah […]

23 02 2012
BN sahabat sejati pendidikan sekolah Cina – kata Najib. Dan inilah hasilnya « Kempen SSS

[…] DS Najib pernah mengatakan begitu. KLIK DI SINI. […]

15 06 2012
7 07 2012
Apa komen Perdana Menteri MALAYSIA? « Kempen SSS

[…] Sahabat sejati sekolah vernakular, KLIK! […]

11 07 2012
Produk “sahabat sejati kepimpinan kerajaan DS Najib” « Kempen SSS

[…]   Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak mengatakan bahawa kerajaan pimpinan beliau adalah sahabat sejati pendidikan sekolah cina. (KLIK DI SINI) […]

23 08 2012
Simply Trouble Makers « Kempen SSS

[…] gomen (especially the PM and Minister of Education), instead of encouraging it, should have the back-bone not to allow these […]

Leave a comment