Mertabatkan Bahasa Kebangsaan – PPSMI “dikambing-hitamkan” sedangkan “barah” sebenarnya adalah sekolah vernakular

15 11 2011

Kecelaruan & kehipokritan dalam isu PPSMI

  • Benar-benar jujurkah pihak-pihak yang bersuara dalam isu PPSMI dalam memperjuangkan Bahasa Melayu, yakni Bahasa Kebangsaan? Jujur setulus hati kah mereka dalam mendokong Artikel 152?
  • Ataupun Artikel 152 hanyalah tidak lebih dari sebuah alasan bagi menolak PPSMI?Cuba jawab, kenapa PPSMI?
  • Kenapa tidak sistem pendidikan vernakular yang sudah sekian lama menjadi barah sehinggakan DS Najib sendiri layak untuk dianugerahkan gelaran Bapak Vernakular? Tanya juga soalan ini pada Tan Sri Muhyiddin Yasin.
  • Kalau ingin melihat dengan lebih jelas lagi tentang kecelaruan dan kehipokritan ini (walaupun sudah berpuluh-puluh kali perkara ini ditonjolkan), silalah baca  di SINI dan di SINI (lagi artikel terkini mengenainya).
  • Mari kita tanya diri kita sendiri soalan berikut ini.
  • Kenapa tidak Bahasa Kebangsaan dalam pengajaran Sains & Matematik? Kenapa mahukan bahasa Inggeris? Kenapa negara-negara seperti Jepun, Jerman, Perancis, Rusia (sebagai contohnya) menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing dalam pengajaran Sains dan Matematik?
  • Kenapa?
  • Kerana negara-negara tersebut tidak berkompromi dengan kedaulatan bahasa kebangsaan masing-masing? Kerana bahasa kebangsaan mereka MAMPU menjadi bahasa pengajaran Sains & Matematik?
  • Jawapannya.. YA! Kedua-duanya sekali!
  • Bahasa kebangsaan mereka mampu KERANA sudah sekian lama mereka mendaulatkan bahasa kebangsaan masing-masing! Bahasa mereka MAMPU kerana ianya terlebih dahulu DIDAULATKAN dengan sewajarnya!
  • Lihatlah negara MALAYsia dengan sistem pendidikan vernakular bagaikan kera sumbang di saentero dunia ini. Apabila bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) TIDAK DIDAULATKAN, maka akan berkembangkah bahasa ini sehingga MAMPU digunakan sebagai alat pengajaran Sains & Matematik?
  • Usah hipokrit! Kalau dahulu ianya dikenali sebagai Ilmu Hisab (berasal dari Arab?), sekarang ini ianya Matematik. Apa pula, atau ADAkah perkataannya untuk “Sains”? Seperti yang ditulis oleh Tukang Dok Peghati dalam artikelnya di atas:-
  • 1) ‘Sophisticated‘(BI) – Sofistikated (diBMkan) – Canggih (BM asli)
  • 2) ‘Conclusion‘(BI) – Konklusi (diBMkan) – Kesimpulan (BM asli)
  • 3) ‘Variety‘(BI) – Variasi (diBMkan) – Kepelbagaian (BM asli)
  • Polis, komputer, telefon dan banyak lagi sudah tidak asing lagi malahan sudah juga sebati dengan bahasa Kebangsaan. Bukan begitu?
  • Evolusi bahasa bukan pointnya di sini, tapi PENDAULATAN bahasa itu sendiri walaupun ianya telah melalui pelbagai evolusi sehingga kini.
  • Maka kita tanyakan pejuang-pejuang bahasa yang mengusung keranda 152 berdemo dijalanan suatu ketika dahulu. Adakah mereka berjuang untuk bahasa kebangsaan ataupun mereka berjuang untuk BAHASA IBUNDA? Mereka berjuang menentang PPSMI kerana hendak mendokong bahasa ibunda?! Bukannya hendak mendaulatkan bahasa kebangsaannya? Mereka hendak mendokong penggunaan bahasa Melayu di sekolah Kebangsaan, bahasa cina di SJK (China), bahasa india di SJK (Tamil)? Teruskan jugalah dengan bahasa jawa, minang, kelate, utagha, kadazan, murut, bajau, dayak, negrito dan lain-lain lagi. Jangan berhenti setakat bahasa ibunda cina dan india sahaja! 1-Malaysia bukan?Jangan hipokrit! Jangan celaru! Kenapa tidak diusung keranda 152 itu ke sekolah-sekolah vernakular dan ke pejabat PM di Putrajaya?
  • Kita tidak dapat lari dari mempersoalkan persoalan ini dengan jujur. “Mampukah Bahasa Kebangsaan yang ada pada hari ini menjadi bahasa pengajaran Sains & Matematik“?
  • Mampukah?
  • Bahasa Inggeris juga pada sewaktu ketika dahulu tidak mampu untuk menguasai pengajaran Sains & Matematik (ilmu kaji bintang, algebra dsb), lalu orang Inggeris dahulu mempelajari bahasa Arab untuk belajar Sains & Matematik!
  • PPSMI bukan soal pendaulatan ataupun membelakangi Artikel 152. Buat masa ini, di bumi MALAYsia ini, Bahasa Inggeris lebih MAMPU menerapkan ilmu Sains & Matematik kepada anak-anak bangsa, terutamanya anak-anak bangsa yang berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu/Kebangsaan (tidak tahulah pula sejauh mana bahasa cina yang didokong oleh sebahagian dari mereka-mereka yang hidup di bumi MALAYsia ini!)
  • Kenapa begitu?
  • Kerana kita sendiri tidak acuh kepada Bahasa Kebangsaan sendiri, TIDAK MENDOKONG ARTIKEL 152 dengan sepenuh hati untuk memungkinkan BAHASA MELAYU mengambilalih tugasan dari Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains & Matematik.
  • Jadi betulkan arah perjuangan anda. Kita mendaulatkan Bahasa Kebangsaan, BUKANNYA bahasa Ibunda, dengan mendokong Artikel 152. Musuh anda sebenarnya bukan PPSMI, tetapi mereka-mereka yang membelakangi Artikel 152 Perlembagaan! Yang tidak mendaulatkan Bahasa Kebangsaan dengan sewajarnya walaupun telah ada Akta Bahasa Kebangsaan. Boleh mereka-mereka ini berjuang pula untuk percambahan sekolah vernakular? Boleh mereka ini berjuang bermati-matian mendokong bahasa Ibunda dengan membelakangi Bahasa Kebangsaan di bumi ini? Inilah musuh-musuh anda!Semoga suatu hari nanti Bahasa Kebangsaan kita akan semakin berkembang maju sehingga menjadi bahasa pengantar bukan sahaja untuk pengajaran Sains & Matematik malahan dalam apa jua bidang pun ( termasuk AL-KITAB? hehehehehe……)

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: